KIEV 25 Okt. - Sebuah serangan siber dikenali sebagai ‘BadRabbit’ berjaya melumpuhkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ukraine dan tiga agensi media utama Rusia semalam sebelum dikenalpasti oleh pakar IT di Jerman semalam waktu tempatan.
Semua operasi penerbangan terpaksa dihentikan untuk seketika dan pakar IT sedang menjalankan siasatan berhubung serangan siber ini.
BadRabbit dipercayai kini sedang menular ke dua buah negara lain termasuk Jerman, Turki dan Bulgaria ketika ini.
#VentanaGlobal El #ransomware #BadRabbit ya es un ciberataque mundial https://t.co/y9OiinSNZq pic.twitter.com/3GGXkkVbjP
— Infochannel México (@InfochannelMX) October 26, 2017
Sebelum ini, Eropah digegarkan dengan kehadiran serangan siber Ransomware NotPetya yang merupakan perisian merbahaya menyekat akses kepada komputer yang dijangkitinya menggunakan kaedah penyulitan dan menuntut wang tebusan sebagai syarat mengakses semula komputer.
Sehingga kini, pelbagai sektor dan perkhidmatan kritikal seperti kerajaan, tenaga, pengangkutan, komunikasi, kesihatan dan perbankan sudah dijangkiti oleh serangan ini membabitkan 13 negara.
Antara paparan serangan #BadRabbit pic.twitter.com/SCsG1wEO10
— Luthfi (@LuthfiMY) October 26, 2017
Sebelum ini, dunia juga dikejutkan dengan serangan siber Ransomware WannaCry yang menjejaskan banyak agensi termasuk hospital di United Kingdom. - AFP & Utusan
Demo ransomware Bad Rabbit :
Live Demo Bad Rabbit Ransomware #BadRabbit - YouTube https://t.co/eCGWF5n9mQ
— Neutral8✗9eR (@0x009AD6_810) October 26, 2017
[caption id="attachment_5044" align="aligncenter" width="697"] Perjalanan Bad Rabbit - oleh Amanda Rousseau @malwareunicorn[/caption]
0 Komen:
Post a Comment