Tuesday, May 22, 2018

PRU 14: Keputusan Dan Analisis mengikut Kerusi dan Kaum

Saya mohon maaf kerana kali ini lambat membuat analisis keputusan PRU 14 yang berlangsung hampir dua minggu lalu. Sebenarnya data keputusan dan analisis sokongan mengikut kaum  sudahpun siap beberapa hari yang lepas  tetapi saya memerlukan keadaan tenang sedikit untuk menerbitkan analisis ini. Itupun saya tak lepas daripada cacian kerana  ramalan yang tersasar kali ini.

Untuk mengimbas kembali saya peturunkan angka ramalan berbanding keputusan sebenar dibawah:

PRU 14: PERBANDINGAN ANGKA KEPUTUSAN KERUSI PARLIMEN





























































































ANGKA SEBENARBNPHPASWARI-SANLAIN
LAIN
JUMLAH
SEM
MALAYSIA
49971801165
SARAWAK191000231
SABAH/
LABUAN
11608126
JUMLAH791131884222
ANGKA RAMALAN      
SEM
MALAYSIA
93621000165
SARAWAK25600031
SABAH/
LABUAN
17603026
JUMLAH135741030222

Ramalan kali ini ternyata  tersasar kerana tidak menjangka pengaruh Tun Mahathir masih begitu meluas di kalangan pengundi  Melayu di hampir semua kawasan di pantai Barat Semenanjung.  Bagaimanapun jangkaan penulis yang pengaruh beliau di Kelantan dan Trengganu  amat terhad ternyata tepat. Disamping itu jangkaan kita yang  PAS akan mengalami kekalahan teruk diluar kawasan tradisinya amat tepat sekali.

Petanda Tsunami Mahathir yang kian menghampiri pantai Barat tidak disedari oleh hampir semua opinion polls daripada agensi-agensi yang ternama. Jadi oleh kerana blog ini membuat ramalan berasas kepada data-data tersebut ramalan penulis   juga jauh tersasar pada keseluruhannya.

Walaupun demikian ada dua artikel berkaitan  ditulis sebagai amaran awal. Pertama, kajian sikap pengundi muda yang boleh berubah bergantung kepada keberkesanan kempen parti yang bertanding (klik di sini). Kedua, artikel “PRU 14: Pakatan Harapan Why Johor?” yang mendedahkan PH telah mampu menarik kira-kira 20% umdi Melayu di Johor dan implikasinya di negeri-negeri lain di Semenanjung (klik di sini). Akan tetapi nampaknya BN tidak menyedari hakikat ini ataupun menyedarinya tetapi tidak mampu menepis pengaruh Tun Mahathir.

Analisis Sokongan Pengundi Melayu

Saya telah menyiapkan analisis pilihan pengundi Melayu dengan cara regression analysis dan mendapati pada puratanya seramai 46.29% daripada keseluruhan pengundi Melayu telah mengundi BN, yang tertinggi di Negeri Sembilan dan Johor  melebihi 65% dan Terendah di Selangor, 34%. Purata bagi Semenanjung Malaysia, pertusan undi Melayu telah menurun 17 mata dan undi kaum India juga  jatuh 17 mata ( berbanding dengan PRU 13). Ini adalah sebab utama kekalahan BN kali ini.

Sokongan pengundi  dari setiap kaum kepada parti-parti adalah seperti di bawah:

Pru 14(tahun 2018): Peratusan undi mengikut kaum untuk parti di Semenanjung Malaysia







































PARTIUNDI MELAYU
(peratus)
UNDI CINA
(peratus)
UNDI INDIA
(peratus)
BARISAN NASIONAL46.29.2.4125.97
PAKATAN HARAPAN25.4792.6762.95
PARTIPAS28.14NANA
 JUMLAH 100.00.95.08 88.92
    

Sungguhpun sokongan pengundi Melayu untuk BN telah menurun dengan mendadak, ia tidak  cukup untuk PPBM menembusi kawasan kubu kuat UMNO (sila klik kajian inibertarikh 10 bulan sebelum PRU 14). Ini menyebabkan  kegagalan PPBM yang hanya mampu memenangi 12 kerusi . Analisis kita menunjukkan hampir kesemua kemenangan calon Melayu PH hanya diperolehi di kawasan campuran dengan undi Cina 20% keatas, kecuali di Selangor dimana pengaruh PKR lebih meluas.

Dengan keadaan demikian, tidaklah menghairankan kerajaan Persekutuan dibawah PH dibentuk  oleh sebilangan minoriti 58 wakil rakyat Melayu/Islam  berbanding 63 yang lain.

Untuk menambah wakil rakyat Melayu/Islam Pakatan Harapan memerlukan kerjasama daripada mereka seagama daripada parti parti lain. Agak  pasti mereka akan cuba seterusnya merampas kerusi-kerusi  UMNO, PAS dan parti-parti BN yang lain dalam PRU akan datang dan sebaliknya BN akan cuba merampas kembali kerusi-kerusi yang hilang. Siapa yang  akan berjaya nanti masih terlalu awal hendak diramal kerana di kawasan kubu kuat UMNO, PAS dan PBB,  ahli- ahlinya  terbukti amat setia dengan parti masing-masing. Ia akan juga bergantung kepada kemampuan UMNO merapatkan barisan dibelakang kepimpinan baru yang mantap.  Bagi PH pula ia punyai satu kelebihan  sebagai parti yang memegang tampok kerajaan Persekutuan.

Apapun, kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib  kerana telah berundur dengan rela hati dan  ini  membolehkan proses peralihan yang lancar. Tahniah kepada Tun Mahathir dan kita perlu akur dengan realiti baru  yang parti pembangkng  kini  berkuasa. Di harap Tun  akan berjaya dalam usaha memulihkan ekonomi dan keyakinan rakyat, tetapi juga akan berundur ketika tiba masanya nanti untuk menyerahkan tampok kerajaan kepada Anwar seperti telah dipersetujui diantara mereka.

Dengan syarat wujudnya  tempoh transisi yang  lancar dalam kerajaan Pakatan Harapan serta  kemampuan UMNO  bangun semula untuk mengemblengkan kumpulan pembangkang yang mantap, insya Allah Malaysia akan maju kehadapan menempuhi zaman peralihan ke dual parti system yang berkesan dengan selamat dan menuju kearah sebuah negara  yang lebih gemilang.

UPDATE 27 Oktober 2018

Sebagai respond saya kepada  beberapa pembaca yang memohon butiran terperinci kajian  di atas dan  sebab wujudnya beberapa hasil kajian baru yang mengelirukan, saya paparkan butiran analisis sokongan setiap kaum kepada Pakatan Harapan dalam jadual di bawah:

PRU 14: Peratusan Sokongan Ikut Kaum di Semenanjung Malaysia





































































































NegeriUndi Melayu PH (%)Undi Cina PH (%)Undi India  PH (%)        R Squared (%)
Perlis27.886.089.1373.7
Kedah22.5100.027.977.4
Penang26.6100.065.698.5
Kelantan6.810080.9
Terengganu591.095.0
Perak16.695.271.098.3
Pahang14.2100.072.291.8
Selangor38.9100.075.295.4
Wilayah P41.9100.035.898.5
Negeri Sembilan26.299.871.598.5
Melaka26.410058.599.7
Johor27.274.674.095.9
Sem Malaysia(weighted average)26.0794.3463.27

Dalam jadual di atas, saya paparkan dapatan bagi setiap negeri yang menunjukkan  sokongan kaum Melayu untuk Pakatan Harapan hanya pada kadar purata 26.07% untuk Semenanjung Malaysia dengan sokongan banyak berbeza bagi setiap negeri. Sokongan tertinggi didapati di Wilayah Persekutuan dengan 41.9% sokongan Melayu dan kadar terendah di Terenggganu, 5% sahaja. Nilai R Squared melebihi 95% menandakan ketepatan  analisis yang amat tinggi bagi negeri-negeri berkenaan.  Purata bagi Seluruh Malaysia ialah 94% pengundi Cina menyokong PH, 26.07% undi Melayu dan 63.27% India.

Kajian serupa menunjukkan seramai 46.29% pengundi Melayu telah mengundi BN dan 28.14%,  menggundi Pari PAS.

Sila juga rujuk ke ruang responses dibawah untuk menilai ketepatan dapatan dari regression analisis ini.

Sekian Wallahu a’lam.

DAH IKHWAN.

Sumber : Dah Ikhwan

0 Komen:

Post a Comment