Showing posts with label PRU14. Show all posts
Showing posts with label PRU14. Show all posts

Tuesday, May 22, 2018

PRU 14: Keputusan Dan Analisis mengikut Kerusi dan Kaum

Saya mohon maaf kerana kali ini lambat membuat analisis keputusan PRU 14 yang berlangsung hampir dua minggu lalu. Sebenarnya data keputusan dan analisis sokongan mengikut kaum  sudahpun siap beberapa hari yang lepas  tetapi saya memerlukan keadaan tenang sedikit untuk menerbitkan analisis ini. Itupun saya tak lepas daripada cacian kerana  ramalan yang tersasar kali ini.

Untuk mengimbas kembali saya peturunkan angka ramalan berbanding keputusan sebenar dibawah:

PRU 14: PERBANDINGAN ANGKA KEPUTUSAN KERUSI PARLIMEN












ANGKA SEBENAR
BN
PH
PAS
WARI-SAN
LAIN
LAIN

JUMLAH

SEM
MALAYSIA

49
97
18
0
1
165

SARAWAK
19
10
0
0
2
31

SABAH/
LABUAN

11
6
0
8
1
26

JUMLAH
79
113
18
8
4
222

ANGKA RAMALAN
 
 
 
 
 
 

SEM
MALAYSIA

93
62
10
0
0
165

SARAWAK
25
6
0
0
0
31

SABAH/
LABUAN

17
6
0
3
0
26

JUMLAH
135
74
10
3
0
222



Ramalan kali ini ternyata  tersasar kerana tidak menjangka pengaruh Tun Mahathir masih begitu meluas di kalangan pengundi  Melayu di hampir semua kawasan di pantai Barat Semenanjung.  Bagaimanapun jangkaan penulis yang pengaruh beliau di Kelantan dan Trengganu  amat terhad ternyata tepat. Disamping itu jangkaan kita yang  PAS akan mengalami kekalahan teruk diluar kawasan tradisinya amat tepat sekali.

Thursday, May 10, 2018

Barisan Nasional tewas, Pakatan Harapan menang PRU14 bentuk kerajaan persekutuan

KUALA LUMPUR, 10 Mei : Pakatan Harapan (PH), gabungan empat parti politik pembangkang yang baru dibentuk, menang besar pada pilihan raya umum Malaysia yang baru berakhir, menamatkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama lebih 60 tahun.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia hampir 93 tahun, berjaya dalam apa yang dilihat sebagai tugas mustahil untuk meraih sokongan besar rakyat bagi memecahkan genggaman kuasa BN yang sebelum peristiwa bersejarah hari ini, merupakan parti politik paling lama memerintah.

Dr Mahahir dijangka mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh hari ini. Dr Mahathir ialah Perdana Menteri kempat dan merupakan orang yang sama mengetuai kejayaan BN dalam pilihan raya umum lima tahun berturut-turut dari 1982 hingga 1999.

Mengundi untuk kali ketiga semperna Pilihanraya Umum ke 14

Alhamdulillah tadi aku sempat menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang warganegara Malaysia dan menyuburkan lagi demokrasi di bumi Malaysia. Kali ni mengundi di SMK Guar Perahu Indah, aku mengundi di saluran 7 salah satu daripada 3 saluran mengundi untuk orang muda iaitu saluran 6 (1986 kebawah), saluran 7 (1987 keatas) dan saluran 8 (kebanyakkan pengundi muda kali pertama mengundi)

Bilik mengundi terletak di tingkat 1, so aku beratur di barisan yang agak ramai. Semalam kita reunion jugak la. Baru jumpa kawan-kawan sesekolah dan kenalan. Lama jugak tak jumpa, ada yang aku tak jumpa last masa sekolah dulu. 

Friday, March 16, 2018

Malaysia Polls Could Be In Late April Or Early May

(ST) – Malaysia could dissolve Parliament this month, cutting short its current sitting and paving the way for polls next month or in May, sources told The Straits Times.

As government and opposition leaders criss-crossed the country this past month to prepare for the upcoming polls, Prime Minister Najib Razak is expected to table new electoral maps next week, which critics say favour his ruling coalition Barisan Nasional (BN).

Approval of these new maps could be the last business for this Parliament, which had been scheduled to sit until April 5. The new boundaries could be passed by lawmakers and given royal assent within days.

Parliament had earlier been expected to also debate a proposed law to curb fake news, but this may be abandoned as the draft Bill is not ready yet.