Tuesday, June 19, 2018

Salam Aidilfitri 2018!

Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa akhirnya tiba masa untuk semua orang Islam meraikan Hari Raya Puasa. Di Malaysia, 1 hb Syawal 1439 H disambut pada 15 Jun 2018 iaitu hari Jumaat.

Sebenarnya, tahun ni sepatutnya giliran aku dan family beraya di Pulau Pinang tapi oleh kerana dah lama tak balik kampung sebelah Mekna, akhirnya kami sambut raya di Dungun, Terengganu.

Oleh kerana tahun ni aku bertukar tempat kerja dan majikan baharu bagi cuti tahunan yang terhad, terpaksalah aku meraikan Hari Raya mengikut cuti yang ada sahaja. Nasib baik hari tu cuti pilihanraya diganti pada 14 dan 18 hb Jun, so aku ambik cuti satu hari awal iaitu 13hb dan ini bermakna cuti raya aku selama 6 hari. Alhamdulillah, baik daripada 3 hari je kan!?

Monday, June 11, 2018

Pemilihan UMNO 2018-2021

Assalamualaikum WBT & Salam Hormat,

Hari ni hari yang ke 26 Ramadan dan umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri kurang dari tempoh seminggu. Semua pakat dok sibuk dalam mengerjakan ibadah berpuasa pada hari – hari yang terakhir dan dalam masa yang sama kalut nak persiapkan untuk menyambut hari Raya.

Walaupun dalam mood berpuasa dan hari Raya, tapi suhu dan senario politik Malaysia masih lagi pada takat yang sama, iaitu Pasca Pilihanraya Umum ke 14 yang berlalu satu bulan yang lepas.

Barisan Nasional telah tumbang dan PM DS Najib telah jatuh dari tampuk pemerintahan yang berkuasa selama Sembilan tahun dan 61 tahun dalam memerintah Malaysia sejak kita merdeka.

Tuesday, June 05, 2018

50 nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya

Pagi - pagi ni aku ada masa sikit untuk tengok dan baca beberapa laman blog untuk panduan diri aku dan keluarga. Terjumpa pulak 50 nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya yang sangat - sangat bermakna untuk aku sebagai anak dan kepada anak aku, Muhammad Rizqi.

Semoga masa dia dah besar nanti, dia boleh baca dan fahami pesanan daripada Luqman Al-Hakim ni yang sebahagiannya datang dari diri aku jugak.

Friday, June 01, 2018

Perlaksanaan GST berkadar sifar mulai hari ini!

GST zero rated from June 1


(The Star) KUALA LUMPUR: The Goods and Services Tax (GST) will be set at zero percent beginning June 1, 2018, says the Finance Ministry.
This decision does not include goods and services listed in the Goods and Services Tax (Exempt Supply) Order 2014, which remain exempted from GST.

"As such, all registered traders must follow the decision of the zero rate now. At the same time, registered businesses are still subjected to all current regulations," said the Ministry.