Tuesday, August 21, 2018

22 bulan usia Muhammad Rizqi



Alhamdulillah, lagi dua bulan lagi genap usia dua tahun, anakku si Muhammad Rizqi. Cepat betul masa berlalu.





Sejak 1 tahun 10 bulan dan 9 hari yang lepas, Rizqi dah bawak banyak keindahan dalam hidup aku. Betul kata orang tua - tua, budak kecik ni bawak kebahagiaan dan rezeki. Aku percaya semua tu.

Sejak masuk umur 1 tahun setengah, Rizqi dah pandai bawa diri sendiri, lebih manja, mudah berkomunikasi dan faham apa orang cakap. Tapi, kot mana sekalipun macam orang kata, budak bawah umur 3 tahun ni memang tak faham bahasa! Haha








[caption id="attachment_6132" align="aligncenter" width="500"] Tengok muka dia! [/caption]


Nakal





Sesuai dengan umur dia, Rizqi merupakan kanak-kanak riang! Memang tak takut dan tak makan saman. Aku happy tengok dia aktif. Takut jugak kalau tengok anak yang pasif, baik dia aktif tapi tolonglah jangan hyper-active!



Buat masa ni, Rizqi baik-baik saja. Tak ada la buat perangai pelik-pelik.






Suka meow










Buat masa ni Rizqi suka sangat tengok meow. Kalau nampak je kucing, dok dalam dukungan pun dia nak bukak dan lompat. Macam tu la Rizqi suka sangat dengan kucing.





Abah harap Rizqi akan terus sihat dan membesar macam kanak-kanak yang lain

0 Komen:

Post a Comment