Saturday, September 01, 2018

Merdeka ke 61, Hari Kebangsaan 2018 dan Hari SST!

Salam,

Hari ini 1 hb September 2018, merupakan hari pertama perlaksanaan kembali cukai SST 2.0 yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan setelah Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 diluluskan oleh Dewan Negara pada 20 Ogos 2018.

Malaysia Memilih, majoriti rakyat pilih kerajaan PH untuk menolak BN, UMNO, GST dan Perdana Menteri DS Najib Razak. Kini, keputusan telah dibuat dan kita pakat tunggu apa nak jadi seterusnya.

[caption id="attachment_6127" align="aligncenter" width="648"] Perdana Menteri pilihan majoriti rakyat Malaysia bersama dengan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V serta barisan jemaah menteri. Depa pakai baju batik yang bertemakan "Petron" - Gambar BERNAMA[/caption]


Kemerdekaan kali kedua?


Perayaan 31 Ogos telah berlalu semalam. Sebahagian rakyat Malaysia sambut ulangtahun Kemerdekaan ke 61, ada yang panggil Hari Kebangsaan 2018, ada yang sambut umpama "Kemerdekaan Kali Kedua" dan bermacam - macam lagi panggilan.

Aku terbaca didalam ruangan komen di Facebook, ada orang meraikan kemerdekaan kali kedua daripada pemerintahan BN, ada yang lantang mengatakan kini telah bebas dari pemerintahan satu bangsa, dan dalam ucapan semperna Hari Kebangsaan 2018, Perdana Menteri pilihan majoriti rakyat Malaysia kata "Kita sudah bebas daripada pemerintahan kejam"


Kenapa di Putrajaya? 


Untuk pertama kali, perarakan Hari Kebangsaan dilakukan di Putrajaya. Lokasi sambutan dipilih sendiri oleh Perdana Menteri pilihan majoriti rakyat Malaysia. Bukankah tarikh 31 Ogos lebih sinonim dengan Merdeka dan Dataran Merdeka?

Pemilihan Putrajaya yang sememangnya hanya dibuat atas dasar "sentimental" oleh Perdana Menteri pilihan majoriti rakyat Malaysia. Putrajaya hanya tempat yang diwujudkan Mahathir dan bukannya ada kena mengena dengan maksud Merdeka.

Hambar


Bagi aku, sambutan hari ulangtahun kemerdekaan yang ke 61 adalah sambutan yang hambar dan tiada erti kemerdekaan. Tak ada alasan untuk berbangga dengan sambutan kemerdekaan tahun ni kerana kita masih lagi terjajah oleh "pemimpin pemerintahan kejam" yang lepas.



Selamat Ulangtahun Kemerdekaan ke 61, Malaysia. Semoga negara kita akan kekal bebas, aman, makmur, dan stabil untuk sekarang dan selama-lamanya.

0 Komen:

Post a Comment