Friday, September 14, 2018

7 perkara yang anda perlu tahu sebelum, semasa dan selepas buat keputusan untuk ambil Takaful


Daripada consultant Takaful kepada semua!



 



Saya nak ulas sikit tentang tentang isu seorang "Datuk" mendakwa syarikat Takaful "tipu" dia masa dapat rawatan di sebuah hospital swasta. Sebenarnya banyak kes macam ni. Kesannya ramai orang buat tanggapan buruk dan keputusan melulu untuk tak mau ambik takaful/insurans. Ada yang ambik keputusan drastik sampai terus nak stop ambik Takaful.



Jangan buat sebarang keputusan tanpa buat kajian. Setiap keputusan yang kita buat langsung tak merugikan pihak lain tapi takut - takut kesannya adalah kepada diri kita sendiri. Haru!




Sebenarnya ada banyak sebab yang perlu kita tahu dan kita kena ambik tahu sebelum ambik takaful, semasa tengah buat keputusan untuk ambik takaful dan selepas kita ambik Takaful.




Semua perkara ni kena clear dan fahami. So that kita faham apa yang protection yg kita ada supaya kedepan kita tak ada masalah dengan takaful yg kita ambik 😊😋


Sebelum ambik Takaful :

 

1) Siapa agent / consultant Takaful?




 



Dalam dunia takaful ni bagi pendapat saya yang paling penting bukannya plan tu semata-mata tapi yang paling utama adalah consultant Takaful tu sendiri.



 



Sekarang ni ramai orang nak jadi agent Takaful, tapi tak ramai orang yang nak jadi consultant. Bagi saya, pilih la consultant yang betul-betul serius dalam bidang ni. Bukannya yg nak kejar income dan case semata-mata tapi betul-betul nak membantu orang ramai.





Tak semua orang buat takaful full time (even saya sendiri pun part time), tapi cari la consultant Takaful yang ada team yang betul-betul running the business. Contohnya walaupun dia consultant Takaful part time, tapi leader dia adalah leader full time.




Sebab, consultant ni kerja dia servicing. Dia dapat komisyen setiap bulan dari hasil caruman hampa dan dia kena servis. So kalau hampa pilih consultant part time yg tak boleh fokus dekat servicing sbb bz dgn kerja full time, nanti takut ada masalah dengan lambat dapat claim, lambat submit report dan dokumen penting yg lain.



 



Berbanding dengan consultant yg ada leader dan team full time, segala claim submission, report dan lain-lain boleh diuruskan oleh pihak yg fokus untuk segala documentation. So potential claim delay, kes tak settle sebab tak follow up dan lain-lain dapat dikurangkan 😊




2) Ketahui keperluan perlindungan takaful anda


 


Tak ramai orang kita tahu tentang takaful ni dan macam mana peranan takaful. Takpa, tu la tugas consultant Takaful untuk buat fact finding, kaji dan bagi cadangan perlindungan takaful untuk hampa.




Sebenarnya "consultant Takaful yg sebenar - benarnya tak jual produk" tapi consultant berperanan "mencadangkan perlindungan dengan produk-produk takaful" yang syarikat takaful ada. Jangan confuse ya!



Kita ada medical card (yang berperanan untuk bayar bil rawatan hospital swasta sahaja), kita ada life takaful (yang berperanan untuk sediakan dana bila kita ditimpa musibah), income protection, kita ada education plan, child protection plan, takaful haji dan banyak lagi produk. Sebab tu jangan cakap tentang produk, tapi kita sembang lah tentang perlindungan yang kita perlukan!



 



Untuk mengelakkan masalah dikemudian hari, baik bincang elok-elok dan fahamkan setiap perlindungan takaful yg anda mahukan. Kalau company tempat kerja dah cover medical expenses, buat apa nak ambik Medical card lagi? Ambik la income protection plan. Kalau tak ada bajet (bajet ciput), ambik la life Takaful.




3) Faham betul-betul cadangan plan perlindungan takaful anda



 



Yang ni penting. Kena faham setiap butiran manfaat perlindungan takaful.



 



Contohnya, kalau ambik medical card, tanya bagi clear.... Sebab banyak masalah salah faham bila orang ambik medical card ni



 




  • Tengok bilik apa? Bilik 150 ke? Bilik RM250 (2 orang) ke?

  • Bila nak admit kena bayar deposit tak?

  • Berapa had tahunan?

  • Tahun depan ada naik harga tak?

  • Bil rawatan takaful cover 100% ataupun 90% je? Lagi 10% kena bayar? 😱

  • Kalau tahun ni tak ada claim, tahun depan dapat diskaun tak?









Jika consultant bagi cadangan tentang life takaful, tanya dia balik...





  • berapa ideal protection untuk gaji saya?

  • apa manfaat yang saya dapat lepas carum lebih dari 5 tahun? Boleh ambil duit tak?

  • ada sekali dengan pelaburan tak? Lepas sijil takaful matang dapat berapa?kalau kena penyakit kritikal masih kena bayar lagi ke?

  • caruman bulanan akan meningkat tak kalau umur semakin naik?

  • berapa penyakit kritikal yg cover? Boleh tak bagi senarai penyakit kritikal?




Kalau dia bagi cadangan Personal Accident (PA), boleh tanya soalan ni..



 




  • manfaat kematian ni terhad bila mati kemalangan sahaja ataupun kematian semua punca?

  • kalau patah tangan boleh claim apa?

  • masuk hospital dapat duit tak?

  • kalau pekerjaan saya berisiko dan merbahayakan boleh tak apply?




Dan macam-macam lagi la.




Sejujurnya ADA consultant Takaful ni tak cerita perabis melainkan kalau hampa tanya. Macam saya dulu sebelum saya ambik takaful saya suka tanya soalan kat bakal consultant saya (Rusydi Zainul, sekarang ni dia jadi leader saya 😝) dan dia dapat jawap soalan saya. So saya yakin dan terus isi borang.



Tapi sekarang sebagai consultant, saya nak cerita dan yakinkan kepada bakal prospek saya macam leader saya explain kat saya dulu. Suka tak suka, saya akan explain perkara yang betul dan benar sampai la prospek saya paham. Tak suka tak setuju takdak masalah. Takyah ambik, anggaplah satu perkongsian je.



 



Kalau saya malas nak kongsi lebih detail pada masa sekarang, prospek tak faham, kemudian hari jadi masalah kat dia dan secara automatik jadi masalah saya jugak.



Semasa nak buat keputusan untuk ambik takaful :




4) Ketahui terma dan syarat. Yang penting, declare!



 



Masa nak sign tu tanya lagi sekali consultant Takaful anda. Apa terma dan syarat bila dah mula mencarum.



 



Sebagai contoh :


 



  • dulu pernah patah tangan, untuk apply Takaful baru ni cover tak?

  • berapa tempoh menunggu lepas je permohonan approved?

  • kalau sebelum tempoh menunggu tu eksiden takaful cover tak?

  • kenapa perlu declare sejarah perubatan yg terdahulu?

  • perlu tak buat medical check up?




Dan pelbagai soalan lagi



 



Macam kami di zurich takaful, tempoh menunggu kami pendek je. Lepas je sijil takaful approve, untuk kemalangan cover 24 jam, kalau medical card nak admit perlu tunggu 30 hari. Lepas hari ke 31 dah boleh admit, penyakit kritikal akan dicover lepas 120 hari. Menarik kan?




Sebenarnya terma dan syarat ni penting untuk melindungi dana tabung takaful sumbangan orang ramai supaya tak disalahgunakan dek individu yang tidak bertanggungjawab. Amanah orang tu.



Satu lagi nak pesan, nak apply Takaful masa tengah sihat walafiat bukannya bila dah sakit baru nak apply. Kita wajib declare sebab tak semua permohonan takaful akan diluluskan. Jika syarikat takaful ragu-ragu, mungkin kena buat checkup, kena pi ambik record perubatan di hospital ataupun depa akan buat counter offer (cover semua penyakit kecuali sakit sedia ada yg dinyatakan) atauuuuuuuuuuu application kena reject. 😥😥



5) Ketahui cara bayaran caruman supaya tak "lapse"

Bila dah sign borang mestah kena bagi sekali bayaran caruman pertama kan? Ingat, setiap caruman takaful tu adalah contribution yakni sumbangan kepada tabung takaful. Takaful bukannya hutang, beban ataupun tempat nak dapat untung tapi takaful adalah satu tempat yang berikan perlindungan kepada kita.




So lain company lain cara bayaran caruman. Macam kami di zurich boleh buat bayaran secara ansuran bulanan, setiap 3 bulan, 6 bulan ataupun tahunan (dapat diskaun sikit kalau buat tahunan). Tetapkan pulak medium bayaran tu, nak bayar melalui potongan gaji, debit card ataupun kad kredit. Hat ni memang mudah. Ataupun, boleh je bayar di portal dan Jompay.



Takaful ni senang luput ataupun"lapse". Komitmen dia tak macam kita bayar bulanan rumah atau kereta. Sebab mindset kita kata kalau tak bayar tak kena tarik pun? Tak bayar bank tak mai lelong dan sebagainya.



 



Tapi kena ingat, kalau betul - betul faham kepentingan takaful, insyaallah rasa takut kalau miss bayar takaful sebab takut tak "insured".



 



Umpama kita takut naik kereta tak ada Insurans. Satu, takut roadblock polis nanti kena saman. Kedua, kalau eksiden, takleh claim pastu kena guna duit sendiri. Clear kan?



 



Setelah bayar caruman pertama, dapat sijil takaful dan lepas habis waktu menunggu :




6) Teliti buku sijil takaful, check balik senarai manfaat & coverage, ejaan nama serta penerima hibah



 



Hat yang ni ramai orang tak ambik kesah. Masa dapat je buku sijil takaful perkara yang anda perlu consultant jelaskan adalah buktikan segala tawaran manfaat seperti dibincangkan tertera "hitam dan putih"




Sijil takaful ni adalah bukti setiap tawaran manfaat dari syarikat takaful. Rasanya setiap tuntutan kena kemukakan sijil takaful even nak ke mahkamah pun valid. So, bila dah cek tu simpan elok-elok buku sijil takaful. Kalau hilang cepat cepat habaq kat consultant atau ke pejabat syarikat takaful untuk minta salinan.



Lani zaman moden, macam Zurich Takaful kami ada laman weh MyAccount untuk cek maklumat sijil takaful secara online. Mudah. Semua maklumat info ada situ, nama saya, leader saya dan CMC saya pun ada serta contact number lagi.



 



Satu lagi, kena pastikan nama dan nombor ic penerima hibah tu betul macam dalam ic. Kalau Mohd kat ic, mohd la dlm buku sijil takaful. Semua ni boleh jadi masalah kalau nak buat tuntutan nanti sbb typo error ke apa. Penting!



7) lepas tempoh menunggu, nak buat apa?


 



Sebaiknya kita record bila tamat tempoh menunggu tu. Selepas 30hari dan 120 hari (bagi zurich takaful lah), kemudian tau tau sendiri hehe.




Kalau consultant tu bagus, dia akan keep in touch dan update tentang tempoh menunggu dah tamat, update information baharu tentang takaful dll.



Sebagai contoh macam di zurich takaful kami ada produk takaful wanita. Setiap tahun dapat claim check up untuk pap smear, blood test etc. So client buat checkup pastu bagi resit kat saya. Kita refund balik duit.



 



Masa ni la baru boleh nilai mutu perkhidmatan seseorang consultant tu. Ada apa-apa je terus contact dia dan pastikan semua settle dan terurus. Sebab tu kalau kenal personally dgn consultant lagi bagus, add di Facebook dan lain-lain lagi supaya tak terputus hubungan.



 



Yang penting, kita sentiasa kena inform consultant update dia bila perlu.



 



Oklah ini sedikit sebanyak perkongsian dan pendapat saya tentang takaful dar perspektif sebagai seorang pencarum dan consultant Takaful.



 



Kalau hampa nak information tentang takaful, meh jangan malu untuk bertanya. Pm tepi ya



 



Luthfi Zurich Takaful,

consultant Takaful anda




017-4228911

0 Komen:

Post a Comment