Sunday, September 30, 2018

Rizqi’s first flight Kuala Lumpur - Kota Kinabalu!

Sebenarya yang aku risau masa nak ke Sabah ni adalah travel dengan anak. Bukan apa, aku takut ada masalah je dalam 2 jam penerbangan tu. Aku dah la tak pernah bawak anak naik kapal terbang, Mekna pun first time naik kapal terbang. Takut nanti kena jaga dua – dua sekali pulak tak ke haru? Hehe. Sebelum ke Sabah, aku ada buat sikit study berkenaan macam mana nak bawak anak kecil on board.

Dalam masa yang sama aku pun ambik sikit pengalaman kawan-kawan yang mana handle anak 2 tahun masa penerbangan domestik dan international. Ramai yang bagi respond tak berapa positif kat aku, tapi aku tak mau nak risau sebab ni pengalaman aku dengan anak aku. Mungkin dia okay dari orang lain! Haha


Preparation

Aku agak takut sikit kalau barang - barang anak tak cukup masa kat airport dan atas flight. Macam aku sendiri memang takut sikit kalau duk atas flight. So apa yang aku prepare, bawak beg, masukkan satu balang kecik susu, satu bekas kecil air panas dan sebotol air mineral kecik dan masuk kedalam flight.

Aku first time naik flight domestik, tak tau la pulak boleh bawak masuk air. Kalau naik international flight kena buang semua tu. Cewi sikit bila aku cakap aku bawak baby, bawak air panas dan susu semua dia lepas. Lega!

Tu tak masuk lagi dengan pampers 7-8 keping, baju sepersalinan dan tuala. Bawak sekali dengan tisu basah incase of apa-apa yang urgent kalau nak wipe. Mana nak tau tiba-tiba muntah ke apa, boleh sapu terus.

Aku ada sembang dengan kawan-kawan yang depa bagi anak minum ubat batuk la, ubat demam la bagai untuk flight yang lama supaya anak tak meragam. Aku tak sampai hati la pulak nak buat macam tu, tambahan pulak flight ni dua jam je. So takdak masalah la sangat kan?

Masa nak naik first flight dari KLIA2, Rizqi mengantuk dan tertidur masa nak masuk ke pesawat. So, masa tengah dok cari tempat duduk tu dia dah lali dan terus tidur atas bahu aku dengan jayanya lepas flight take off. So aku selamat. Tak ada masalah nak handle dia sebab dah tidur kan? Just ketatkan tali pinggang keselamatan dekat ibu sebab Mekna yang pegang Rizqi.

Kapal terbang penuh jugak pagi tu, so aku tak ada peluang untuk tukar ke seat yang kosong.

Time balik

Bila balik punya time, haaa haru! Rizqi dah terlena kat KKIA Airport 45 minit sebelum boarding. Punggah! Aku dah rasa dah dia akan mengamuk punya sebab tak cukup tidur! Masa nak masuk ke dalam perut kapal, dia dah mula menggelupur. Apa tak, kawan dok sedap tidoq tiba - tiba kena kacau kan?

Dari pintu masuk sampai la aku cari tempat duduk, dia keriau. Kemudian, nasib baik la FA tu sempoi dan ada tempat kosong so dia tukarkan tempat duduk aku. Rizqi boleh keriau tanpa kacau orang disebelah. Hmm..

Agak-agak dalam 40 minit jugak dia keriau dan takmau duk diam. Pujuk punya pujuk, last sekali buka la video dalam phone ibu. Nasib baik la ada select download video kat Youtube

Alhamdulillah, pengalaman pertama bawa Rizqi naik kapal terbang berjaya dengan baik. Aku nak share sikit tips untuk bawak anak kecil travel dan dalam kapal terbang :

  1. Pastikan anak tak kenyang - Takut dia termuntah bila naik ke atas awan sana. Sediakan separuh botol susu siap - siap, kalau dia mengamuk tak la baru tergagau nak bancuh susu. Ada pendapat yang mengatakan kalau tengah dok take off tu, better bagi kat anak isap susu sebab time tu kan akan ada gangguan telinga.

  2. Bawa bekalan susu tepung sahaja bila masuk ke dalam kapal terbang - Air panas dan air suam boleh didapati dalam kapal terbang. Mintak je kat pramugari tu. Depa akan bagi air panas atau suam. Kalau depa tak tau, ajar je depa boh macam mana. Hehe

  3. Bawak baju spare - Takut - takut dia termuntah atau terberak cirit ke apa. Boleh tukar terus.

  4. Bawak stroller ringan - Aku dah survey banyak tempat dan study macam mana nak bawak anak sebelum travel. So, aku beli stroller ringan dan kecik tu kat Giant berharga RM99. Mudah nak lipat dan simpan. Masa sebelum masuk ke dalam kapal terbang, bagi je kat pramugari tu. Depa akan simpan dan bawak turun ke bawah bila dah sampai.

  5. Bawak mainan - Aku bawak mainan lori, kereta dan patung panda Rizqi dalam flight. Kalau dia boring, dia boleh peluk panda tu dan main mainan dia. Tapi masa balik haritu bila dia bebal dan mengamuk, mainan kemana, patung kemana. Haih

  6. Kalau boleh jangan bagi dia tidur sebelum masuk ke dalam kapal terbang - Bagi dia mengantuk masa dalam kapal terbang bukannya sebelum masuk kapal terbang. Kalau tidak jadi macam Rizqi lah!
Ni je yang aku nak share semoga hampa dapat manfaat daripada perkongsian aku ni.

0 Komen:

Post a Comment