Friday, November 09, 2018

Singgah sebentar di Aspen Vision Park, Batu Kawan

Selasa lepas aku singgah sat di Aspen Vision Park, Batu Kawan lepas tak jadi nak ke Padang Besar dengan kereta api. Dari Balik Pulau, singgah makan kat Cargas Cafe (Makan kat sini dua hari berturut-turut) dan terus ke Batu Kawan. Sebenarnya tak rancang pun tapi since dah ada masa ni why not kan?

So, mulanya aku agak confuse tang mana la Aspen Vision Park ni. Bila google dan set Waze dia bawak kami ke visitor center Aspen Vision Park. Mana boleh masuk. So, patah la balik cari dan cari jumpak jugak. Rupanya dia betul - betul sebelah IKEA Batu Kawan je.
Kalau hampa dari Penang, terus ambik susur keluar kiri. Kalau hampa daripada Batu Kawan, hampa kena straight dan buat u-turn di traffic light dekat kilang Honda.

Senang kan?

Oleh kerana Selasa lepas adalah cuti semperna Deepavali, so memang ramai la orang kat sini. Jenuh nak cari parking. Nasib baik la ada peluang untuk letak di bahu jalan. Aku rasa aku dah cukup selfish letak kereta di bahu jalan, rupanya orang lain lagi la teruk. Sampai block jalan orang lain. Lagi haru.

Keadaan sekeliling masih lagi dalam pembinaan so tak ada banyak jalan yang ada. Kena la hati-hati letak kereta takut-takut kena pecah dek orang.

[caption id="attachment_6188" align="aligncenter" width="720"] Punya ramai orang kat sini.[/caption]

[caption id="attachment_6196" align="aligncenter" width="724"] Aku dan Mekna dok selfie berdua je. Rizqi dok mengamok[/caption]

Aku upload gambar sikit je ni. Nanti aku upload lain. So untuk sesiapa yang nak mai sini, better mai malam sebab cantik sikit ada lampu semua.

Dengar cerita taman ni tutup pada jam 10 malam. Pandai-pandai la plan time hampa!

0 Komen:

Post a Comment