Beliau menyenaraikan dengan panjang lebar semua negara Islam yang telah menerima ICERD, kecuali Malaysia dan Brunei. Katanya, adakah hanya satu peratus daripada 1.9 bilion Muslim di dunia layak untuk digelar sebagai Muslim sejati sedangkan semua negara Muslim termasuk semua negara Muslim di Timur Tengah telah meratifikasi ICERD?
Adakah dengan mengatakan bahawa 99 peratus Muslim di dunia yang datangnya dari negara yang telah meratifikasi atau menyetujui ICERD bukan Muslim sejati? Malah katanya China, yang mempunyai kira-kira 50 juta Muslim, sudah menyetujui ICERD pada 1981.
Apabila bapak ultra kiasu ini membandingkan Malaysia dengan negara-negara Arab yang telah menandatangani ICERD, adalah perbandingan yang sangat naif dan terserlah kekiasuannya. Nampak sangat agenda jahatnya agenda tersembunyi ultra kiasu mengaburi rakyat Malaysia bagi menunjukkan betapa baiknya ICERD.
Sedangkan semua tahu bahawa ICERD hanya baik untuk ultra kiasu ini, tetapi bukan untuk pribumi seperti orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
Bagi mengelakkan kekeliruan yang ditimbulkan ultra kiasu ini, biarlah saya berterus terang. Kenapa semua negara Arab Islam meratifikasikan ICERD? Logiknya sangat mudah, kerana mereka negara sebangsa atau homogeneous. Berbanding kita Malaysia, negara bersifat berbilang bangsa atau heterogeneous.
Diskriminasi macam mana pun di negara Arab, pi mai pi mai tang tu juga, dapat kat depa. Turun naik sesebuah pemerintahan, akan jatuh kepada bangsa yang sama.
Berbeza dengan Malaysia, termasuk Brunei. Jika Malaysia dan Brunei masih bersifat sebangsa, sudah lama mereka meratifikasikan ICERD ini. Tetapi Malaysia telah berubah wajah. Lanskap politiknya yang dahulu bersifat sebangsa telah berubah dengan kedatangan pendatang-pendatang yang dibawa oleh penjajah British dan faktor-faktor lain yang menolak mereka mendatangi alam Melayu.
Akibatnya, asal-usulnya adalah sebuah negara sebangsa, Tanah Melayu di Kepulauan Melayu yang bersifat homogeneous bertukar menjadi heterogenous.
Disebabkan oleh sifat Melayu Islam yang terlalu baik dalam meraikan pendatang, akhirnya, pendatang diterima menjadi rakyat negara bertuah ini. Pertukarannya, pendatang perlu menerima hak istimewa agama Islam, Bahasa Melayu, hak istimewa Melayu (raja-raja Melayu), dan bumiputera Sabah Sarawak. Itulah yang dinamakan kontrak sosial. Hak istimewa inilah, jika boleh dikatakan satu keistimewaan, yang mahu dibuang jika ICERD diratifikasikan.
Ultra kiasu lupa tentang sejarah asal-usul sejarah ini. Jika Melayu tidak menerima pendatang, pasti negara ini kekal dengan sifat negara sebangsa. Tidak ada Singapore, yang ada hanya Singapura bermaksud kota singa, kekal dengan nama Melayunya. Kerana ultra kiasu di sana tidak mahu bunyi nama Singapura itu beridentitikan Melayu, maka nama Melayunya telah bertukar kepada Singapore.
Ini tidak termasuk penghapusan nama-nama jalan beridentitikan nama-nama Melayu kepada nama-nama yang pelik-pelik, yang tidak ada kaitan dengan alam Melayu, sebagai satu perancangan strategik menghapuskan segala identiti Melayu.
Cuba lihat bagaimana orang Melayu di Singapura didiskriminasikan dengan langsung tidak diberikan kepercayaan untuk berada dalam jawatan tinggi strategik seperti perkhidmatan tentera, polis, imigresen dan lain-lain. Orang Melayu diragui untuk memegang jawatan strategik tersebut kerana takut rahsia negara diketahui. Dalam kata lain, orang Melayu didiskriminasikan kerana Cina tidak pernah percaya kepada Melayu. Jika adapun jawatan presiden Singapura diberikan, itu hanya jawatan ‘pak pacak’ sahaja.
Bagaimana pula kepercayaan kita terhadap bukan Melayu di negara bertuah ini? Boleh dikatakan banyak juga jawatan tinggi strategik negara, diberi kepercayaan kepada bukan Melayu, termasuk jawatan yang sangat kritikal Menteri Kewangan dan jawatan strategik yang lain, termasuk jawatan strategik tentera dan polis.
Sehinggakan kita tidak ambil tahu langsung, apabila jawatan Menteri Perpaduan diberikan, semua pegawai kanan sulitnya terdiri daripada pegawai satu warna, tidak ada seorangpun bangsa lain untuk memegang jawatan sulit yang rapat dengannya.
Pendek kata, kepercayaan Melayu kepada bukan Melayu di sini jauh lebih baik daripada kepercayaan bukan Melayu kepada Melayu. Malah jawatan tinggi nombor dua Kementerian Pertahanan yang sebelum ini dipegang oleh orang Melayu, telah diberikan kepada ultra kiasu. Semua rahsia keselamatan negara diketahui. Justeru, diskriminasi apa lagi yang hendak diperkatakan.
Untuk makluman semua, apabila Tanah Melayu menjadi berbilang bangsa (heterogeneous) melalui kontrak sosial, sudah tentu keadaan menjadi lebih kompleks. Menguruskan negara sebangsa sudah tentu lebih mudah berbanding dengan negara berbilang bangsa, terutama dalam memastikan hak pribumi terjamin, seperti negara-negara lain di dunia.
Logiknya, sudah tentu pribumi akan berasa tergugat, jika berlakunya hegemoni atau dominasi bangsa yang mendatang melampaui batas. Inilah mungkin menimbulkan kebimbangan
Saya tidak nafikan manusia boleh berubah mengikut keadaan, tetapi melihat ultra kiasu yang ada ini, saya yakin mereka ini masih sama, dan tidak pernah berubah sejak daripada dahulu
Apakah kita tidak pernah mengambil iktibar? Sudah terang lagi bersuluh, ultra kiasu India Hindu yang dilantik sebagai Senator menjadi Menteri, pernah memburuk-burukkan Malaysia di luar negara. Beliau mengatakan, Malaysia mengamalkan diskriminasi yang sangat ketara kepada bangsa India Hindu. Kuil-kuil dirobohkan sewenang-wenang tanpa ganti dan berbagai lagi.
Sedangkan setiap kuil haram yang dirobohkan ada sahaja diganti dalam skala yang lebih besar sehinggakan bilangan kuil Hindu sahaja jauh meninggalkan bilangan surau dan masjid. Pendek kata, kuil-kuil Hindu inilah yang paling banyak di Malaysia, walaupun bilangannya penganutnya sangat minoriti berbanding agama lain.
Kawasan Batu Caves itu sendiri, merupakan tanah kerajaan, di situlah ditempatkan kuil Hindu yang paling tinggi sekali di dunia. Lebih dahsyat lagi, kuil-kuil Hindu ini turut dibiayai kerajaan. Berbanding di India, semua kuil sama ada skala besar atau kecil dibiayai dengan wang sendiri.
Kita juga turut didedahkan bagaimana sebelum ini, Menteri India ultra kiasu tersebut turut menemui Perdana Menteri India yang sangat terkenal dengan sikap anti Islam. Berapa ramai umat Islam telah dibunuh, dianiayai, serta dizalimi dan wanita Islam dirogol, hanya kerana umat Islam memakan binatang suci Hindu iaitu lembu.
India meskipun telah menandatangani ICERD, tetapi tidak langsung mempraktikkannya. Malah umat Islam didiksriminasikan dengan begitu ketara. Lebih hina lagi, hanya kerana memakan lembu umat Islam dimangsakan. Ini tidak termasuk bilangan masjid yang dirobohkan dan diganti dengan kuil Hindu.
Negara kita terlampau baik. Toleransi pribumi terlalu tinggi. Dahulu, kita boleh menyembelih lembu secara terang-terangan. Setelah diprotes oleh Hindu, kita tidak lagi boleh menyembelih sembelihan korban ini di khalayak kerana menjaga sensitiviti kaum kononnya.
Lebih menggerunkan lagi, ketika majlis angkat sumpah, ultra kiasu Hindu ini juga membawa sami Hindu yang kelihatan pelik dan berpakaian pelik ke dalam parlimen. Terkini, kelihatan sami hindu yang berpakaian pelik turut membanjiri parlimen untuk menemui Menteri tersebut atas tujuan kehinduannya. Sedangkan kita, jika mahu menemui Menteri dan memasuki parlimen diwajibkan memakaikan pakaian yang ditetapkan. Diskriminasi jenis apa lagi yang sedang diperkatakan?
Lihat pula dengan kedudukan umat Islam Uighur, Xinjiang, di negara China komunis. Xinjiang, yang juga dikenali sebagai Turkestan Timur, merupakan wilayah autonomi di barat laut China. Ia didiami oleh etnik Uighur beragama Islam yang menuntut kemerdekaan daripada pemerintah di Beijing. Wilayah itu juga didiami oleh penduduk Islam daripada etnik lain termasuk Kazakh, Kyrgyz, Uzbek, Tatar dan Tajik. Siapa yang sanggup tinggal bersistemkan komunis. Tetapi lihat bagaimana mereka dizalimi.
Berdasarkan bancian penduduk pada tahun 2000, etnik Uighur di Xinjiang dicatatkan berjumlah 10.2 juta orang. Terkini, tidak diketahui jumlah sebenar, mungkin semakin berkurang disebabkan ramai yang telah hilang.
China menuduh etnik Uighur menggerakkan kempen keganasan untuk menuntut kemerdekaan. Dakwaan itu bagaimanapun tidak dapat disahkan dan dilihat oleh kumpulan yang bersimpati dengan Uighur sebagai helah untuk menghalalkan diskriminasi terhadap golongan minoriti itu.
Lihat betapa zalim negara komunis China ini, melarang umat Islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan ibadah puasa. Parti Komunis China dan pemerintah di Xinjiang sebelum ini menyekat sebarang perhimpunan berbentuk keagamaan atas sebab-sebab keselamatan. Ia bimbang perhimpunan seumpama itu dijadikan pentas untuk menyebarkan mesej gerakan pemisah.
Jurucakap Kongres Uighur Sedunia, berkata tindakan kerajaan China yang menindas itu akan mencetuskan lebih banyak ketegangan. Menurut jurucakap Uighur, pihaknya juga dimaklumkan oleh penduduk di Xinjiang bahawa mereka diberi makanan percuma sebagai galakan untuk tidak berpuasa. Pihak pihak berkuasa komunis juga turut membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk memastikan tidak ada yang berpuasa. Ini tidak termasuk bilangan mereka yang dibunuh, dizalimi dan dipenjara, hanya kerana mereka beragama Islam.
Semua contoh ini sudah jelas menunjukkan bahawa meskipun negara-negara ultra kiasu ini telah meratifikasika ICERD, tetapi diskriminasi sangat jelas dilakukan sehingga berada dalam tahap yang sangat tegar.
Sedangkan negara kita tercinta ini, masih tidak meratifikasikan ICERD. Cuba lihat perbandingannya, keadilan yang kita berikan, ibarat langit dengan bumi. Kita boleh dikatakan langsung tidak mendiskriminasikan bukan Melayu atau Bukan Islam, kerana tuntutan agama Islam melarang tindakan sebegini.
Jika adapun, kesnya sangat terpencil. Malah, orang bukan Islam boleh hidup senang lenang sehingga kekayaan mereka jauh menandingi pribumi. Pribumi pula merempat di negara sendiri. Apakah kejayan ini boleh dicapai jika kita mengamalkan diskriminasi? Apa yang saya dapat lihat, seolah-olah pribumi sendiri yang didiskriminasikan di bumi sendiri.
Pendek kata, hari ini semua bukan Melayu boleh tidur lena dan hidup senang lenang serta mengaut kekayaan semahu-mahunya dalam keadaan aman damai, disebabkan oleh pengorbanan pribumi yang tidak ada tolok bandingnya. Pribumi inilah yang menjad polis dan tentera bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin.
Melayu dan bumiputera pribumi ini sanggup menjadi kuli, bercekang mata dan berkorban jiwa raga, bagi memastikan ultra kiasu dapat tidur lena dan meneruskan kehidupan keesokan harinya tanpa diganggu. Ultra kiasu ini jugalah dapat berada dalam aman tenteram melakukan ibadat dalam kuil-kuil hindu serta menemui sami-sami mereka yang tidak ketahuan asal-usulnya. Tidak ada siapa mengganggu dan bertanyakan daripada mana asal-usul kamu? Siapakah tuan, siapakah hamba di bumi negara bertuah ini? Fikirkanlah.
Sumber : Ridhuan Tee
0 Komen:
Post a Comment