Semalam Rizqi baru keluar daripada hospital dek jangkitan kuman Rota. Ceritanya aku ambik Rizqi daripada pengasuh jam 630 petang 30 hb Januari yang lepas. Aku terkejut bila ambik anak, kak pengasuh kata dia baru je muntah-muntah. Masa pi ambik tu dia dok terbaring nampak letih dan lemah. Kesian, aku ambik dia dan dukung terus dia muntah atas baju aku.
Aku dah tak sedap hati, bawak balik rumah dan bagi makan pun dia tetap muntah. Selang 15 minit tu. Dalam jam 7 petang, aku pi bawak dia ke Hospital Balik Pulau. Tunggu punya tunggu, masa tu pun dia dok muntah 3-4 kali. Time doktor check dia tak muntah pulak, so just bagi air garam.
Balik dari hospital jam 830 malam, dia muntah lagi lagi dan lagi. Sampailah aku rasa tak sedap hati, bawak balik ke hospital dan minta tahan wad & masukkan air.
Kena masuk jarum
Setiap kali sakit, aku memang kesiankan Rizqi bila doktor dan misi nak masukkan Branula ditangan dia. Sakit kot, kompom la dia nangis. Aku kesian tapi tak ada cara lain, ni je cara nak selamatkan dia, nak bagi dia pulih dan sihat. So, kali pertama misi masukkan branula introcan G24 kat tangan kanan Rizqi untuk ambil darah tiba tiba tercabut. Lepastu kali kedua doktor yang buatkan. Masa kali kedua tu aku dah kesian sangat sebab dia menggelupur sakit. Nangis toksah cakap la.
Aku agak terkilan dengan prosedur doktor dan misi kat sini. Kenapa depa tak ikat atau balut anak aku dulu sebelum masukkan jarum? Selalunya, petugas akan balut budak, minta ibu atau bapa tolong pegangkan. Ada sesetengah tempat tak bagi langsung parents masuk. Tapi kali ni depa masukkan jarum tanpa ikat apa-apa dan minta aku tolong pegang anak kuat - kuat. Dah la masa masukkan jarum tu tak letak atas meja pun, tangan tergantung macam tu je. Haih.
Lepas percubaan kali kedua gagal, terus dia minta misi bahagian kecemasan buatkan. Aku angkat Rizqi kat atas katil dan depa start balut. Hanya tinggal bahagian tangan je yang keluar. Alhamdulillah, dengan kecekapan dia sekali masuk je jarum tu dekat saluran darah Rizqi yang kecik tu. Bermaksud, malam tu saja dah tiga kali tangan Rizqi kena cucuk dengan jarum. Kesian! Jam 140 pagi, Rizqi dah kena admit & dimasukkan air.
Bermalam di Hospital Balik Pulau
Aku jaga orang malam tu sebab Mekna cuti. Alhamdulillah, lepas masuk air keadaan Rizqi ok sikit. Lemah tetap lemah, bagi air garam bukannya dia nak minum sangat. Bagi air masak dan susu habis dia muntah balik. Aku jaga sampai jam 8 pagi, lepas Mekna balik kerja, kami bincang dan mintak discharge Rizqi sebab nak transfer dia ke Hospital Pantai Penang.
Aku contact leader aku untuk tolong check status semua, contact hospital dan lain-lain lagi. Dalam jam 11 pagi, lepas je bayar bil Rizqi dah boleh keluar dan terus ke Hospital Pantai. Masa dalam perjalanan tu dia ok. Tapi sampai je Pantai, terus jadi tak sihat balik. Dalam jam 330 petang baru dapat masuk bilik.
Permulaannya aku rasa macam nak tukar hospital je sebab depa janji ada bilik tapi lepas 2 jam dia baru kata ada bilik kosong. Haih, nak buat macam mana. Syukur la ada bilik jugak daripada tak ada bilik langsung.
Stress di Hospital Pantai
Bila masuk bilik, tak dapat nak rehat sebab jiran sebelah tu bising sangat. Dengan TV pasang kuat, dengan cakap telefon, lepas tu anak dia lompat-lompat dan yang paling tak boleh tahan siap menyanyi lagi sambil buka lagu dekat phone.Stress aku. Rizqi dah la masa tu tengah demam, ciriti banyak dengan muntah. Macam mana nak duduk dengan keadaan macam tu?
Tak boleh tahan aku terus bagitau kat nurse sebab aku tak mau cakap terus dengan dia. Aku patient, dia pun patient. Tak dak la aku nak pi kacau dia. Lepas tu nurse pegi nasihatkan dia pun tetap tak makan nasihat. Kemudian, lepas 15 minit terus kami tukar bilik ke bilik yang lain.
Kita tak boleh ubah orang tapi kita boleh mengalah kan? Tu je pilihan yang kita ada.
Rizqi yang lemah kena rotavirus |
Petang tu, Doktor NH Lim mai datang melawat. Keadaan Rizqi masa tu sangat lembik macam sayur dah. Mana tak lembik, dia dok muntah kemudian dok cirit. Dalam masa 2 jam lebih dalam wad, dah 2 kali tukar cadar sebab cirit dia terlalu banyak sampai bocor pampers. So, doktor kata dia nak cek dulu sample taik cirit Rizqi. Tengok symptom nampak macam dah kena rota virus.
Menurut apa yang aku google, symtom rota virus ni tak boleh nampak terus sebab dia makan masa. Permulaannya, akan muntah kemudian akan cirit, kemudian akan demam. Masa kena ni sakit dalam bahagian abdomen dalaman. Rizqi kecik lagi, macam mana la dia nak cerita sakit kat mana dan macam mana. Apa yang dia boleh buat hanya keriau je la. Kesiannya.
Lepas cirit kali ke 3 sampai bocor pampers, aku terus ambik bekas yang nurse bagi untuk isi najis cirit Rizqi dan beri kepada nurse. Dalam 2 jam, nurse datang dan sahkan Rizqi kena rota virus. Kami kena duduk dalam bilik asing dan dikuarentin.
Dalam hati aku syukurlah kena pindah dok bilik asing. Mudah sikit nak buat urusan dan penjagaan. Aku dan Mekna ada privasi sikit. Duduk bilik 2 orang ni share toilet dan segala. Susah. Lagipun Medical Card Rizqi memang entitle untuk bilik single, RM250.
Rawatan 4 hari 3 malam
Bukan mudah sebenarnya nak rawat anak yang dijangkiti Rota virus. Kesian sebenarnya sebab tak mau makan, tak mau minum. Lepastu kalau minum pun lepastu muntah. Kemudian berak cirit. Haih, memang masa 3-4 hari dihospital Rizqi guna banyak pampers. Takpa Rizqi, janji Rizqi sihat.Total 4 hari di hospital Rizqi kena masuk lebih kurang 2 botol air. Kesian sebenarnya bila masuk air, habis bengkak tangan. Lepas tu, dah tak boleh cucuk di tangan, doktor cucuk pulak di kaki. Macam mana la budak tu nak bergerak bebas kalau kaki kena masuk jarum dan air?
Lepas 4 hari, doktor sahkan Rizqi dah boleh balik. Tu pun sebab esok tu dah Chinese New Year, doktor mungkin nak bercuti. Tapi masa dicas keluar keadaan Rizqi tak sihat sepenuhnya lagi. Dia masih lagi tak lalu makan dan kadang - kala berak cirit lagi. Alhamdulillah tak muntah dah. Lepas dah berhenti muntah baru doktor monitor demam.
Masa disahkan kena rota virus tu, doktor NH Lim ada bagitau yang ada vaksin tambahan untuk cegah rota virus. Bila check umur Rizqi dah 2 tahun lebih, dia cakap "you missed the boat already. He cant be vaccinated". Apa yang jadi pada Rizqi kali ni betul - betul membuatkan aku dan Mekna sedar akan pentingnya additional vaccination. Kita rasa program vaksinasi di klinik kerajaan tu dah mencukupi tapi sebenarnya ada pelbagai lagi vaksin yang boleh menghalang anak daripda terkena jangkitan virus contohnya Rota, dan lain-lain lagi.So, lepas ni nak ambik vaksin tambahan untuk Rizqi. Aku nak schedule session dengan doktor Lim untuk review apa lagi vaksin yang Rizqi boleh ambik pada usia dia 2 tahun lebih ni.
Rizqi dah sihat dan nakal kembali! |
Kesiannya kaki kena cucuk :( |
The team delivered solid, fast, and highly professional work st louis web design agencies
ReplyDelete