Monday, May 06, 2019

Salam Ramadan 1440H/2019M


Alhamdulillah, hari ni diberikan kesempatan untuk berpuasa pada usia 30 tahun untuk tahun 1440 hijrah, 2019 masihi. Semoga Allah memberkati dan mempermudahkan urusan ibadah ramadan pada tahun ini. 

Ikhlas
Luthfi 


Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok (Isnin), 6 Mei 2019, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari itu menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada hari ini, 5 Mei, Ahad bersamaan 29 Syaaban 1440 Hijrah.

Jawatankuasa berkenaan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. – BERNAMA

0 Komen:

Post a Comment