Saturday, February 22, 2020

KWSP umum dividen 5.45% konvensional, 5% syariah



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan dividen sebanyak 5.45 peratus dengan jumlah agihan RM41.68 bilion untuk simpanan konvensional untuk 2019, menurut laporan Bernama.

Bagi simpanan syariah pula, kadar dividen diisytiharkan lima peratus dengan agihan sebanyak RM4.14 bilion.

Menurut laporan itu, kadar tersebut ekoran prestasi kukuh KWSP pada tahun lalu yang disumbangkan oleh operasi dan kewangan.

Justeru, menurut laporan itu, KWSP memberikan dividen pada kadar 2.95 peratus melebihi yang dimandatkan oleh Akta KWSP 1991, yang menyatakan dividen nominal tahunan perlu sekurang-kurangnya 2.5 peratus.

Selain itu, KWSP juga mencatatkan dividen purata tiga tahun untuk simpanan konvensional, selepas penyelarasan inflasi, pada 4.33 peratus, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu dua peratus.

Sumber : Malaysiakini

0 Komen:

Post a Comment