Minggu lepas aku dan Mekna ke South Korea. Jalan-jalan selepas 6 bulan lebih beli tiket dan perancangan nak ke Korea ni. Seriously aku tak ada pelan apa - apa pun, semuanya buat last minit 1-2 bulan sebelum nak ke Korea. Kami tinggal di Korea selama 8 hari (termasuk pergi dan balik).
Kami hanya pergi ke Korea ikut pelan sendiri. Bukannya ikut tour guide sebab aku tak suka terikat dengan masa dan pelan yang orang yang atukarn. Lebih baik ikut kaki dan masa sendiri. Baru best kan?
Kumpul maklumat dan itinerary
Aku banyak baca information kat group Facebook Road To Korea dan juga banyak google maklumat tentang tempat yang nak ditujui, macam mana nak ke sana sini dan do and donts semasa berada di bumi Korea Selatan.Kebanyakkan maklumat dapat dari hasil perkongsian di Facebook sebab kat situ depa share lebih details dari maklumat di tempat lain.
Untuk pengetahuan hampa, nak ke Korea ni biasanya Imigresen depa mintak tengok senarai tempat yang kita nak pergi, kediaman dan lain-lain sebab ada banyak kes warganegara Malaysia pergi ke Korea nak bekerja. Depa masuk guna pas lawatan tapi bekerja. So oleh disebabkan depa ni la yang menyusahkan orang yang nak ke Korea untuk bercuti.
Aku ambil masa sikit untuk kaji keseluruhan perjalanan. Aku nak nasihatkan untuk rancang buat itinenary untuk mudahkan perjalanan dan jimatkan masa. Tak la nanti buang masa kita nak bincang dan decicde masa dah sampai nanti. Okay?
Wabak COVID-19
6 bulan lepas masa aku beli tiket flight, tak ada lagi masalah wabak Covid-19 ni. Masa tu ok je. Tapi bila hampir 1 bulan sebelum flight tetiba masalah wabak Covid-19 ni menjadi - jadi. Aku dan Mekna rasa serbasalah nak ke Korea masa time wabak ni. Tapi, bila dah tengok perkongsian dari kawan-kawan yang menjejakkan kaki ke Korea, depa kata tak ada masalah, so aku pun ok je lah.Kami sebenarnya tawakkal je nak ke Korea dengan keadaan wabak Covid-19 ni. Apa-apa pun, takkan nak tawakkal je kan? Kena lah usaha jugak. Apa yang aku dan Mekna buat, kami siap bekalan ubat-ubatan, facemask dan handsanitizer untuk 8 hari. Bekal siap-siap takut tak cukup nanti nak kena beli.
Perjalanan bermula
Oleh kerana trip kali ni kami pergi berdua, so aku letak Rizqi kat rumah mak. Mak tolong jagakan Rizqi untuk kami semasa 8 hari ke bumi Korea. Sedih sebenarnya tapi kami buat keputusan yang bijak sebab dengan wabak Covid-19 ni tak sanggup nak beri risiko kat Rizqi. Nasib sebenarnya.Aku beli tiket kereta api dari Bukit Mertajam ke KL Sentral pada jam 550 pagi. Pagi tu aku mintak Kak Pah untuk hantar ke Stesen Keretapi Bukit Mertajam. Alhamdulillah, kami sampai di KL Sentral pada jam 930 pagi. Semuanya berjalan dengan lancar.
Masa di KL Sentral, aku just tunjuk shuttle bas KL Sentral - KLIA2 yang aku beli melalui apps AirAsia. RM 9.90 je seorang berbanding kalau beli direct kat kaunter dalam RM15. Dah jimat.
Perjalanan dari KL Sentral ke KLIA2 mengambil masa dalam 1 jam lebih sebab hari tu agak jem sikit. Tapi takpa sebab flight kami pada jam 3.30 petang.
Sampai je kat KLIA2, kami terus siap-siap nak checkin dan timbang bag. Aku dan Mekna bawak 2 luggage bag. 1 besar dan 1 lagi kecik untuk masuk ke dalam kabin kapal terbang. Sebijik je la yang kena check in. Aku pulak bawak bag laptop yang berisi personal items. Tak mudah sebenarnya bila nak travel ni bawak beg banyak - banyak. Cukup dengan 1 beg laptop dan 1 luggage. Tapi bila dah pergi jalan - jalan dengan mem, takkan la nak bawak 1 luggage je. Mem nak OOTD tauuu!
Kali pertama di KLIA2 International Gate
Besar rupanya KLIA2 ni. Ni kali kedua aku dan Mekna di KLIA2. First time masa ke Sabah tahun 2018 lepas naik kat domestic terminal tapi kali ni kami ke Korea guna international terminal. Beza banyak.
Untuk rekod, ini merupakan penerbangan international ke 12 untuk aku ke luar negara manakala untuk Mekna, ni kali kedua dia ke luar negara lepas kali pertama kami ke Medan, Indonesia tahun lepas. Ramai orang jugak kat KLIA2 ni. Tapi rasanya tak sebesar KLIA yang ada pelbagai terminal dan satelite terminal lagi.
Kami tunggu di ruangan menunggu dekat dengan Gate, mudah untuk tengok keadaan sekeliling. Orang ramai masa tu dah mula pakai mask sebab takut kena jangkitan Coronavirus.
Okay, bersambung di entry seterusnya
0 Komen:
Post a Comment