Kalau hampa terlepas entry sebelumnya, boleh baca disini.
Dari premis Coffee Bean ni kami dapat lihat secara lebih dekat kehidupan orang di Seoul. Ghalit aku tengok orang lalu lalang tepi jalan. Masing - masing kalut nak ke tempat kerja.
Lepas dah dapat penerangan tentang bagaimana nak check in, aku terus ke mesin check in berdekatan
Hari ketiga di bumi Korea Selatan, kami bergegas bangun untuk ronda - ronda di sekitar Seoul city. Sebab, kami dah book flight ke Jeju Island pada sebelah malam. So kami ada setengah hari untuk berjalan - jalan di Seoul sementara nak ke Gimpo airport.
Kami siap kemas beg dan letak di lobby hotel sebab tak mau kalut bila nak ke airport nanti.
Melawat Istana Gyeongbokgung (경복궁)
Keluar je dari Hotel, kami terus ke station Chungmuro untuk ronda - ronda area tu. Target kami adalah nak ke istana. Lepastu ronda dan breakfast di area sekitarnya.
Masa kami sampai di area istana tu tak bukak lagi. So apa yang kami boleh buat adalah dengan ronda area situlah. Best bila tengok keadaan pagi di tengah kawasan metropolitan Seoul ni. Tengok orang ramai bergegas ke tempat kerja, kereta sibuk atas jalan, motor lalu lalang dan tak ketinggalan juga orang bersenam di sekitar kawasan Istana tu.
Tak silap aku jam 10 baru depa bukak kawasan muzium tu. Takpala, mungkin lain kali lah kot aku masuk melawat istana tu. Kami hanya ambik gambar di luar je la menandakan kami dah sampai ke tempat ni. Huhu
Minum pagi di Coffee Bean
Sambil kami jalan - jalan tu dok ushar kiri kanan kat mana tempat untuk sarapan pagi. Yelah keluar hotel awal pagi mana nak sempat untuk breakfast. Mekna agak particular sikit tentang halal ni, so apa yang aku nampak masa tengah jalan - jalan (tanpa arah tuju) adalah Coffee Bean.
Tempat yang kami singgah tu agak ekslusif nampaknya. Tak macam Coffee Bean pun. Masing - masing order minuman panas dan sepotong kek untuk alas perut. Tak ada selera pulak nak makan benda lain.
13.1k Won untuk breakfast pagi ni |
Breakfast kami |
Minum kopi suam sambil tengok permandangan luar |
Dari premis Coffee Bean ni kami dapat lihat secara lebih dekat kehidupan orang di Seoul. Ghalit aku tengok orang lalu lalang tepi jalan. Masing - masing kalut nak ke tempat kerja.
Berjalan menyelusuri Cheonggyecheon Stream (청계천)
Jam dah hampir 10 am. Kami berjalan di sepanjang jalan yang sejak menyelurusi sungai yang terletak didalam tengah bandar. Cantik. Kat sini terletak Cheonggyecheon Stream yang popular tu.
Oleh kerana time ni adalah Covid.19, so tak ada banyak aktiviti. Nampak air sungai pun surut je. Tak sempoi.
Aku ambik train dari stesen Jonggak untuk turun ke Myeongdong Street. Masa masih awal, so kami berjalan - jalan dekat Myeongdong tu sambil tengok kedai dan gelagat orang ramai.
Gerak dari Seoul Station ke Gimpo Airport
Dalam jam 130 tengah hari, balik ambil beg dan terus ke Seoul Station. Rupanya dekat je dari hotel nak ke Seoul Station. Aku hanya heret luggage (2 bijik luggage) di kaki lima sepanjang ke Seoul Station. Tak jauh, cuma jalan tu berbukit sikit. So, kena guna stamina dan kederat lelaki aku bawak beg terus ke Seoul Station.
Di Seoul Station pulak ada banyak tingkat. Pada mulanya kami nak makan kat situ. Tapi, pusing punya pusing tak jumpa pun satu kedai HALAL kat dalam Seoul Station. End up, hanya beli biskut dan roti untuk lapik perut sepanjang perjalanan kami.
Tak nak banyak cakap, aku terus turun ke bawah iaitu connecting area untuk ambil train ke Gimpo Airport. Kami naik train berhenti - henti ke sana. Sebab masa masih banyak, kami just nak enjoy the trip.
Alternatively, kalau kalut boleh je naik AREX dari Seoul Station tapi harga dia 5x ganda lah.
Sampai di Gimpo Airport Domestic (김포국제공항 국내선)
Perjalanan kami menggunakan train ke Gimpo Airport mengambil masa lebih dari 30 minit. Sebelum sampai, train berhenti di 4 hentian. Naik train henti-henti kan? Train pada masa tu sangat padat dengan orang ramai. Pada masa tu tak ada lagi istilah social distancing bagai. Semua pakai masuk dan cramp dalam gerabak kereta api.
Sampai je aku silap tempat. Rupanya kat situ bukannya tempat check in. Tempat check in adalah di tingkat atas. Apa lagi, terus naik dan buat self checkin. Tapi sebab aku ni first time, aku ke kaunter untuk tanya macam mana prosedure kat Korea ni.
Travelator yang panjang di Gimpo Airport. Keadaan dia macam mendaki sikit |
Keadaan di kaunter check in |
Lepas dah dapat penerangan tentang bagaimana nak check in, aku terus ke mesin check in berdekatan
Kami dah check in seawal jam 3 petang kat situ. Flight kami, Jinn Air akan bergerak dari Gimpo Airport pada jam 6.15 petang. So ada banyak masa boleh ronda disekitar airport. Macam style aku suka sampai awai, ready sebab tak tahu lagi macam mana keadaan. Tak rugi pun sampai awal.
Check in done! |
Bersambung di entry seterusnya
0 Komen:
Post a Comment