Entry yang sebelumnya ada
disini ye
Oleh kerana flight kami lagi 3 jam, kami ada peluang untuk ronda satu Gimpo Airport tu. Eh, specifically aku la yang dok meronda sebab Mekna dah letih berjalan dari pagi sampai ke petang naik turun ekskalator. Aku lapar sebenarnya sebab tak makan nasi pun lagi dari pagi. Ronda dalam tu tak ada makanan berasaskan nasi & kebanyakkanya semua ayam, daging & pork. So tak boleh la nak makan.
Lepas check imigresen, kami banyak duduk di pintu pelepasan sambil layan phone & look around. Aku dapat tengok keadaan dalam kawasan menunggu tu. Cantik.
|
Masuk je tengok ni. Wow |
|
Aku suka siling dia je |
|
Keadaan masa tu tengah hujan. Aku risau sebenarnya. Boleh ke depa kendalikan flight?
|
Boarding dalam flight
Perjalanan dari Gimpo Airport ke Jeju Airport mengambil masa 1 jam. Dekat je. Domestic flight je kan. So tak payah fikir apa - apa. Ni kali pertama tengok FA buat demo safety dalam bahasa korea. Comel je. FA laki ke perempuan ke dedua comel.
|
Macam biasa sebelum take off, aku selfie dulu
|
|
Settle cepat!
|
Alhamdulilah, walaupun hujan kapten kapal bawak flight ni sangat baik dan smooth. So perjalanan kami sampai ikut schedule. Dalam jam 730 malam kami mendarat sampai di Jeju Island. Weeee
Proses nak masuk ke dalam arrival hall kena scan setiap orang. So line jadi panjang & ramai dok beratur sampai luar. Syukur, luggage sampai dengan baik & tak ada damage. Tu paling penting.
Misi mencari NASI!
Aku lapar. Hanya makan untuk lapik perut je. Ikut google, lepas je sampai Jeju Airport, kami ambil bas ke Bandar Jeju untuk ke Restoran Bagdad, iaitu restoran halal India. Aku nak order nasik.
Ikutkan Naver maps, kami kena ambik bas dan sampai di stesen bas stop City Hall dan hanya berjalan kaki 7 minit ke kedai makan. Aku tak kesah, 7 minit ke 8 minit ke, jalan heret luggage ni aku tak kesah. Janji dapat makan nasik! Haha
Lepas 30 minit, kami sampai di Restoran Bagdad!
|
Mekna takmau makan nasik. So kami order Nasi & roti bersama chicken butterfly |
Alhamdulillah, lepas makan, sembang - sembang jap kami tak boleh nak buang masa sebab nak kena ambik bas pulak ke hotel tempat kami menginap. Perjalanan dari City Hall ke Hotel kami terletak di Barat Pulau Jeju ni mengambil masa 1 jam.
Yang cuaknya, kami kena tukar 1 bas ke tempat yang kami nak tuju tu. Masa dah makin lewat. Takut kalau terlepas bas tu kami akan lambat sampai & esoknya lambat bangun la jawapnya! Huhuhu
|
Perjalanan kami malam pertama di Jeju Island
|
Lepas 1 jam kami sampai di Hotel White House.
Alhamdulillah, sampai je check in dan smooth tak ada masalah. Aku book hotel ni dekat Agoda. Murah je. Baru aku tahu kat bawah hotel ni ada Starbucks Drive Thru. Mudah la kononnya esok pagi nak turun beli kopi kat bawah.
|
Front desk ada pakcik & makcik korea yang baik hati
|
|
Cantik bilik ni
|
Bermalam berhadapan East Sea
Lepas check in dan mandi, aku keluar untuk ambil angin malam. Jam dah hampir 1 pagi. Aku teringin nak tengok keadaan malam dekat luar. Lepas bukak je pintu hotel, aku dengar bunyi angin dan ombak yang kuat. Kuat sungguh!
Dah la cuaca pada masa tu sangat sejuk. Mencucuk - cucuk rasanya. Baik aku naik tidur. Boleh rehat sebab esok pagi nak keluar awal ke Jeju Airport untuk ambil kereta.
|
Tengoklah ombak tu. putih. |
Pagi tu kami bangun awal untuk siap ke Airport. Sebenarnya, aku tak bagitahu pun kat Mekna yang aku book kereta sewa di Jeju. Dia terkejut lepas aku bagitau masa dalam flight. Aku siap tunjuk semua booking details sekali dengan Lesen Memandu Antarabangsa! Haha
Kami ke Airpot guna bas je. Kat sini bas mudah.
Sampai je dekat Airport, kami kena ambik shuttle bas ke Lotte Rent A Car, tak jauh dari Airport.
Alhamdulullah, lepas ambik kereta kami ke Hotel White House untuk kemas barang & seterusnya ke destinasi pertama kami di Jeju Island.
0 Komen:
Post a Comment