Sunday, May 31, 2020

Road To South Korea - Part 6 : Hallasan National Park, Lunch di Cheonhaecheon, Explore Manjanggul Larva Tube Cave & Drive to Woljeongri Beach


Cerita bersambung dari entry ni

Ikut pelan kami akan ke Hallasan National Park. Kononnya kami nak cari Salji. Aku personally dah pernah main salji 8 tahun lepas, kali ni ke Korea time end winter nak bawak Mekna main salji. So, kami drive ke Hallasan je kot - kot ada salji. 

Sebelum ke Hallasan, kami singgah sat kat Mysterious Road. Ermm sangat misteri sebab tak ada apa - apa pun. Haha 

Misteri sangat sampai takdak apa apa pun?

Perjalanan ke Hallasan tak jauh. Dalam 30 minit je tapi jalan dia agak bengkang bengkok. Biasalah naik kawasan berbukit kan? Akhirnya lepas drive kami sampai di puncak tempat masuk ke Hallasan National Park.

Pusing - pusing cari parking. Letak kereta tepi jalan je la
Bergambar dengan signboard salah satu hobi aku ketika travel

Entrance 
Tak dapat salji, tengok pun jadi lah

Kami tak dapat masuk sebab Covid-19 depa hadkan pengunjung dan tengok perjalanan mendaki tu tak senang. Kalau nak mendaki, kena plan satu hari untuk naik ke sana. So, aku bagitau Mekna next time la. Kita ambik gambar dekat entrance sudah lah.

Takpa, kami ambik gambar berlatarbelakangkan Gunung Halla yang ada salji dekat puncak dia. 

Perjalanan balik, kami dapat tengok permandangan di kiri kanan jalan yang sangat cantik. Sejuk ni. Tak ada salji pun.

Cantik kan?

Lunch di Shabu- Shabu Cheonhaecheon


Aku singgah sekejap di Cheonhaecheon untuk makan tengah hari. Kala ikut rating, restoran ni adalah antara restoran Halal popular dikalangan pelancongMalaysia apabila ke Jeju Island. Sebab? Kat sini ada banyak jenis hirisan daging dan kambing

Kedai ni la


Sedap!

Yummy!

Bagi pendapat aku, kedai makan Shabu-Shabu ni paling best aku pernah makan berbanding kedai Korea lain. Err, pernah makan di Seoul Garden je. Haha! 

Meh tengok apa yang ada. Aku ada ambik banyak gambar tapi tak larat nak upload. Haha

Haaaa, ni yang paling best iaitu HALAL BEEF! 

Vaggie

Seafood 

Salad

Buah buahan pun banyak kat sini

So, kami habis KRW 68,000 iaitu bersamaan dengan RM250 untuk makan tengah hari dekat sini. Huhu

Mahal sikit tapi puas hati

Gerak terus ke Timur Jeju Island


Perut kenyang ni memang sesuai nak drive jauh. Kami ke Manjanggul Larva Tube Cave yang mengambil masa selama satu jam. Dari bandar Jeju, agak banyak kereta jugak tapi smooth je. Aku berhati - hati sikit memandu dalam bandar ni sebab takut terlaju kang naya pulak kena speed trap.

View di tengah jalan di bandar Jeju


Tapi, kereta Kia Morning yang aku bawak tu bagi amaran kat mana - mana area yang kena slow. 

Lepas keluar je dari bandar, aku tengok permandangan kampung di kiri dan kanan jalan. Cantik.

Perjalanan ke Timur

Yang paling penting, jalan kat dalam Jeju ni tak ada tol. Free. Jimat duit aku. 

Sampai di Manjanggul Larva Tube Cave (만장굴) 


GPS bawak kami betul ke tempat yang aku nak tuju. Kenapa pi tempat ni? Sebab, kat tempat kita tak ada pun gua larva gunung berapi ni. Tumpang sampai kat sini, ada gua larva gunung berapi baik aku pi tengok melawat. Lagipun kami berdua je kan, boleh la jalan - jalan ke tempat macam ni.



Manjanggul Larva Tube Cave adalah tempat yang disenaraikan dalam UNESCO pada tahun 2007. Tumpang tempat ni popular dan disenaraikan dalam UNESCO, baik kita pg melawat kan?

Gua larva Manjanggul ni adalah ke 12 terpanjang di dunia dan yang kedua panjang di Jeju Island. Menurut Wikipedia, gua ni terbentuk pada 200 - 300 ribu tahun yang lalu. 

Kami bayar tiket KRW 5,000 untuk masuk ke gua larva ni. Nampak macam tak ada apa - apa sebab lengang je. 

Rupanya, jalan masuk ke gua ni jauh kedalam. Takmau tulis panjang - panjang, tengok gambar sudah.

Entrance masuk
Masa ni cakap wow je


Masuk lagi dalam 'subahnallah'
Selfie dulu

Tu tengok peredaran larva
Lantai tanah

Poyo sikit


Sejam lebih jugak kami kat sini. Kalau boleh aku nak masuk terus ke dalam, tapi terlalu panjang & jauh kedalam. So tengok setakat tengah gua ni je. Tu pun jenuh sebab keadaan gua sangat basah. 

Video didalam gua larva 




Ambil angin di tepi pantai Gujwa-eup 


Lepas puas berjalan di gua larva, kami terus pergi ambil angin di tepi pantai berdekatan. Cadangnya nak tengok kincir angin di tepi pantai. Tu memang ada dalam agenda aku untuk hari ni. Drive dari Manjanggul ke persisiran panai Gujweup ni hanya 10-15 minit sahaja. 

Wow, pantai kat sini ada batuan warna hitam. Sebijik macam hasil gunung berapi. Yang cantiknya, ambik gambar kat sini ada latarbelakang kincir angin.

Permandangan berlatarbelakangkan kincir angin

Turun bawah

Selfie berdua dengan berlatarkan kincir angin

Mekna & kincir angin

Ni location dia




Kemudian, kami ke Woljongri Beach 


Aku tak pasti kenapa pantai ni popular. Mungkin sebab ada scene filem korea kat sini kot? Tak pa la, janji aku dah sampai sini. So ambik gambar dulu & tengok area disekeliling. Ikut apa yang aku baca, kat area sini banyak kafe & restoran yang popular. kami sampai pun dah nak dekat gelap (time end of winter kan) 

Kerusi viral

Pantai disini

Selfie disini 

Persisiran pantai


Janji ambik gambar & dah sampai. Tu je.


Aku teruskan perjalanan ke hotel pada malam kedua di Jeju Island iaitu di Seongsan Illchubong. Sambung di entry yang seterusnya 



1 comment:

  1. Best Ways to Get From Santa Rosa's Casino to Mardi Gras
    Mardi Gras Casino Resort & Spa. 천안 출장샵 The 부천 출장샵 resort was voted one of the best for its location in 서귀포 출장마사지 Southern California 사천 출장마사지 by The 구리 출장샵 D.C.

    ReplyDelete