Tuesday, June 09, 2020

Road To South Korea - Part 7 : Seharian di Seongsan Illchubong & Perjalanan ke Gunung Sanbangsan

Bersambung dari entry ini

Kami tidur di Illchuldadam Pansion, terletak 5 minit berjalan kaki dari pintu masuk Kawah Gunung Seongsan Illchubung. Aku pilih hotel ni disebabkan harga murah & mudah untuk akses. Dari Woljongri Beach hanya 25 minit je. Kami sampai dekat hotel dalam jam 730 malam dan terus check in.

Semua best. Hotel cantik, kawasan strategik tapi CUMA yang tak best tentang hotel ni dia tak ada lif untuk bawak naik luggage. Aku terpaksa heret luggage aku naik ke atas. 

Malam tu kami makan makanan ringan je sebab kedai kat area situ semua dah tutup. Lagipun, petang tu kami dah makan banyak makanan. Full. So pada sebelah malam, kami hanya keluar jalan - jalan sekitar pekan Seongsan Illchubung je. Beli buah dan susu.

Mendaki kawah gunung berapi untuk tengok matahari terbit 

Esok pagi seawal jam 630, aku dan Mekna dah turun ke pintu masuk pendakian ke puncak kawah gunung berapi. Jika masuk pada awal pagi, no entrance fees sebab tak ada orang jaga. Jika masuk lambat selepas 730 pagi, kena bayar KRW5,000 seorang. Jimat KRW 10,000 dah kami pagi tu.

Kalau ikut information page, Seongsan Illchubung mempunyai ketinggian 180 meter. So kami siap sedia dah nak mendaki melalui tangga yang telah disediakan.

Target kami kena sampai sebelum jam 7.14 pagi iaitu sebelum matahri terbit. Kan nak tengok sunrise! 

Penat wei! 

Permulannya memang excited. Lepas 10 minit dah rasa letih. Lama tak buat outdoor activity. Sekali kena mendaki tangga ni memang kantoi la. Pancit. Apa yang best, pada waktu pagi sangat sejuk. So aku pakai baju tebal. Mekna pakai lagi tebal. 

Kami ingat kami je yang mai awal. Rupanya, ramai orang lagi terutamanya orang tua mendaki sekali pada waktu pagi. Tercabar rasanya takkan orang muda tak boleh nak mendaki kan? Haha 

Alhamdulillah, jam 6:56 pagi kami dah sampai puncak. Hampir 30 minit jugak mendakit. Letih wei. Penat! 

Gelap lagi!

Subahanallah, cantiknya permandangan 

Bila dah sampai puncak, cantik sungguh kawasan ni. Puncak kawah gunung berapi ni terletak di kawasan hujung sekali (tanjung) so ada teluk di kiri dan kanannya. Bila tengok dari atas memang lawa la. Tambahan pulak, nampak sekali kawasan pekan yang penuh dengan bangunan. 

Kami tunggu kat atas puncak kawah sehingga matahari terbit. TAPIIIII orang kata tak ada rezeki lah kan, pagi tu terlalu banyak awan (rasanya mendung) dan awan tu lindung matahari. Lepas jam 718 pagi macam tu baru nampak matahari tapi dah naik tinggi la. Huhu

Rehat sat

Muka letih

Kami happy lepas dapat naik atas

Gambar kami

Takpa, sekurang-kurangnya aku naik jugak sini dan tengok permandangan pagi yang cantik ni.

Lepas puas tengok permandangan sini, kami pun terus turun menerusi tangga yang lain. Sebelah laut, boleh nampak laut dari atas

Turun sat je, lepas sampai aku tengok permandangan dari bawah sangat cantik. So kami ambik gambar dulu. 

Cantik tak view sini?

Posing sikit

Brunch di Uridong Sikdang 

Kami keluar dari Seongsan Illchubong pada jam 9 pagi dan terus siap mandi untuk makan. Rupa-rupanya, kedai makan Uridong Sikdang tu betul - betul depan bilik kami. Menghadap bilik kami je. Apa lagi, terus skodeng bila kedai tu bukak, kami jadi first customer depa. Haha!

Kedai makan berhadapan je dengan bilik kami. hihi

Permandangan dalam kedai makan

Menu yang ada 

Jom makan!

So dah siap kemas semua aku dan Mekna terus turun ke bawah. Complicated jugak rupanya nak makan kat sini. Taktau nak makan apa. Tapi, aku dok nampak kat sosial media orang dok makan ikan cutlassfish yang besaq tu. 

Apa lagi, aku order terus set yang orang makan tu. Huhuhu

Pertama kali makan abalone 

Taktau nak luahkan rasa macam mana abalone tu. Aku tak suka sangat sebab so fishy. Rasa dia pelik, tapi since benda ni dah ada dalam set kami, so aku habiskan je la. Harap tak alergic huhu. Aku sebenarnya kesian kat abalone ni sebab mak nya ni masukkan abalone yang hidup-hidup terus celup masuk kedalam sup.


Siap & bergerak meninggalkan pekan Seongsan Illchubong

Lepas makan, aku checked out dan terus masuk ke dalam kereta. Sambil tu sempat selfie & ronda - ronda tengok keadaan pekan Seongsan Illchubong yang makin sibuk. Kami gerak keluar jam 11 pagi. Masa kami gerak keluar dari pekan, kami nampak kepulauan bunga warna kuning di tepi jalan. Ramai jugak orang berhenti & turun ke tempat tu.

Wah, rupa-rupanya kat situ tempat hostpot orang ambil gambar dengan bunga. 

Kami pun terus berhenti. Kena bayar KRW 1,000 sorang. No problem, bayar je. Janji ada kenangan!

See, kena bayar KRW1k

Happy wife happy life

Lepas puas bergambar, kami teruskan perjalanan ke Sanbangsan. Perjalanan ke sana ambil masa 3 jam di highway. Tapi masalahnya tak boleh nak bawak laju sebab ada speed trap. Takpala, kami enjoy je drive dan tengok sepanjang perjalanan.

Perjalanan yang menarik

Walaupun jarak dari Seongsan Illchubong agak jauh, tapi perjalanan dia smooth sebab time tu tak jem pun. GPS kereta Hyundai ni bawak ke jalan yang betul - betul short cut. Sampai je di area Seogwipo, kami dihidangkan dengan permandangan buah limau dikiri - kanan jalan. 

Permandangan kawah besar dari tepi pantai

Kereta kami

Menarik betul, kalau kat Malaysia ni tak ada chance la buah tu nak stay dekat pokok. Rasanya kena curi dek orang. Hahaha! 

Lepas 3 jam memandu, akhirnya kami sampai di Gunung Sanbangsan. Kami berhenti kereta di tepi jalan, turun ke bawah sana untuk ke Yongmeori Coast. Bersambung di entry seterusnya


0 Komen:

Post a Comment