Sambungan dari entry ini
Gunung Sanbangsan ni agak popular selain daripada Gunung Halla. Sebab, lokasi gunung ni dekat dengan banyak kawasan tarikan pelancong yang popular iaitu Yeongmori Coast. Niat utama nak ke Yeongmori Coast je sebab cantik. So, kami letak kereta di tepi jalan kaki gunung ni dan terus turun ke bawah tepian pantai.
|
Peta permandangan apa yang ada kat situ |
|
Actual view |
Dalam bahasa Korea, Yong tu maksud dia Naga dan Meori tu pulak maksud dia Kepala. Kepala naga hahaha
Gunung Sanbang ni gunung berbatu je. Kami ambil gambar sambil-sambil berjalan kaki turun ke tepian laut tu. FYI area kat sini banyak batu ditepian gigi laut. Memang tarikan utama kat sini gigi pantai yang berbatu. Nampak macam terhasil dari lahar gunung berapi. kat tempat kita tak ada pun tepian pantai macam ni.
Lepas beberapa minit berjalan turun ke bawah, kami sampai di tempat entrance masuk Yongmeori Coast ni. Nasib tak menyebelahi kami, tempat tu tutup akibat ombak yang kuat. Takpala, ada rezeki nanti datang balik boleh tengok permandangan di Yongmeori Coast ni.
|
Selfie je la dengan permandangan berbatu di Yongmeori Coast ni |
Kami hanya berjalan-jalan di sekitar pintu masuk Yongmeori coast ni. Ada banyak monumen dan tempat untuk tarikan pelancong contohnya gera jualan, tapak pesta dan lain-lain lagi. Menarik.
|
Permandangan berhadapan dengan laut
|
|
Gambar kenangan kami |
Jusangjeolli Cliff
Lepas sejam kat sini, kami terus drive ke tempat yang dekat dengan Gunung Sanbang iaitu Jusangjeolli Cliff. Kat sini permandangan dia macam di Yongmeori Coast jugak, tempat berbatu - batu. Tapi yang uniknya, batu yang terhasil ni petak - petak. Nak explain tak pandai, hampa tengok gambar je la ye.
|
Ini la cliff yang sempoi tu |
|
Selfie berdua |
Cheongjeyeon Waterfalls
Dekat Jusangjellidae ni kami dok kejap je. Setengah jam lepas tu kami terus ke tempat ketiga iaitu Cheongjeyeon Waterfalls, 8 minit drive dari tempat tadi. Haaa, tempat ni sangat cantik. Boleh tengok pelbagai jenis air terjun dari sungai ni. Yang tak menarik hanya tempat dia berbukit, letih nak panjat!
|
Kebetulan ada couple mat saleh tu tolong ambilkan gambar kami |
|
Permandangan dari first waterfall nak ke 2nd waterfall |
|
Cantik kan? |
|
Family korea tolong ambil gambar kami lepas kami ambil gambar depa |
|
2nd waterfall |
|
aku sorang je ambil gambar sebab mekna dah letih haha |
Lepas letih, kami terus balik ke hotel yang dah book di bandar Seogwipo. Hotel kami hanya 13 km dari Cheongjeyeon Waterfall ni, 35 minit.
Singgah beli limau
Seogwipo ni kan terkenal dengan buah limau hoolabung. So, masa on the way ke hote kami singgah beli limau yang ada di kanan jalan. Banyak kedai jual limau. Orang sini macam dah tak heran dengan tanaman limau kat tepi jalan. Pokok limau dengan buah limau bergantungan je kat situ. Rilex takdak sapa nak curi. Haha
|
Singgah beli kedai ni |
|
Letak macamtu je |
|
Geram tengok! |
Kami beli untuk makan dan buah tangan untuk mak dan ayah.
Sampai di Hotel Alegria, Seogwipo
Alhamdulillah, sedap betul dapat baring lepas seharian memandu & berjalan. Cantik hotel ni. Tak mahal pun. Nak tidur je kan sebab esok dah nak gerak balik ke Seoul.
|
Suka katil dia |
|
Simple |
|
Kecik je tapi nice |
Hotel ni terletak dengan barisan restoran. Enjoy jugak tengok banyak kedai makan tapi tak berani nak tengok sana sebab banyak yang tak halal.
So aku google & jumpa satu kedai makanan India yang halal sekitar ni.
Tapau makan malam di Halal Restauant Yatri Indian Cuisine
Mekna dah letih malam tu. So aku keluar sorang je beli makan malam. Pekan Seogwipo ni terletak di tepi laut, agak sejuk jugak malam tu dengan cuaca yang berangin.
Aku drive dari hotel ke restoran yang terletak 8 minit perjalanan. Dekat je. Malam tu aku ada peluang untuk tengok-tengok keadaan malam di Seogwipo.
Pekan ni agak happening pada waktu malam. Mungkin timing aku keluar tu cantik kot. Bukannya malam minggu. Kedai Yatri ni terletak di tingkat atas. Nak ke sana kena naik tangga. Unik jugak design kedai ni.
Aku order simple je untuk malam ni buat lapik perut. Nak tido je kan
|
Kedai tingkat satu |
|
Kitchen |
|
Ruang makan |
|
The menu |
|
Halal cert yang display kat situ |
|
Jumlah perjalanan untuk hari ini adalah 104 km bersamaan dengan 4 jam memandu
|
Tinggalkan Pulau Jeju
Esok pagi pagi lagi aku dah check out dan bertolak ke Jeju town untuk hantar balik kereta sewa. Perjalanan hampir sejam dari hotel ke tempat sewa kereta Lotte. Masa kami drive ke sana, tak ada lagi tanda - tanda nak salji. Cuaca sangat sejuk.
So, bye Seogwipo. Ada rezeki kami sampai lagi kat sini ye.
|
Masa tengah perjalanan ke Jeju City |
|
Ni permandangan lagi 10 km nak sampai airport Jeju |
|
Isi minyak kereta bagi full. Lebih kurang RM118 untuk minyak Kia Morning |
Kami hantar balik kereta ke Lotte Rent A Car yang terletak hanya 10 minit dari Jeju Airport. Permulannya aku terus ke Airport tapi bila check dengan orang kat sana kereta kena pulangkan balik ke tempat yang kita ambil tu.
|
Jeju Airport |
Nasib baik kami keluar awal. Sebab tu takut kalau keluar on time. Takut benda-benda macam ni la. Alhamdulilah, kereta kami dapat dalam keadaan yang baik dan pulangan pun dalam keadaan yang baik.
Satu hal jugak bila nak check in beg sebab ada beteri kamera la dll. Lepas kawtim semua, kami terus pusing-pusing airport Jeju sebab flight kami jam 1230 tengah hari. Sempat lah makan, ambil gambar kat kawasan airport tu.
|
Mylove
|
|
Im here! |
|
Makan aiskrim! |
|
Beratur nak boarding dah |
|
Bye JEJU! InsyaAllah ada rezeki datang lagi |
Bersambung di entry seterusnya, sampai di Seoul & sambung perjalanan ke Incheon
Entry sebelum : Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6 & Part 7
0 Komen:
Post a Comment