Sunday, July 26, 2020

Durian kahwin ataupun Durian kampung?



Nak beli sebijik tapi ada kualiti ataupun nak beli kira kuantiti?

Pengalaman 5 tahun aku duduk di Balik Pulau, ubah persepsi terhadap Durian. 

"Beli durian adalah satu PERJUDIAN!"

Seumur hidup aku, makan durian depa jual kira lunggok. 13 tahun aku duduk Taiping, mak tak pernah pun beli sikit-sikit. Sekali beli selunggok banyak bijik. Happy betul. Time tu hanya kenal buah durian Taiping. Durian batu kurau dan bukit gantang memang umppphhj

Pindah ke Penang

Kali pertama aku tengok orang jual durian secara timbang. Lepas aku meningkat dewasa, aku merantau dan rata-rata jual timbang kilo. Perasaan protes dalam diri membuak-buak. Kenapa depa jual timbang kilo?

Kulit bukannya boleh makan pun!

Lepas kahwin, aku pindah ke Balik Pulau. Tempat yang famous dengan durian. Start pindah sini baru aku kenal jenis durian. Rupanya, ada banyak jenis durian ni. Kahwin ada. Kampung ada. Start kat sini baru aku tahu beza buah kahwin tempatan dan buah kahwin siam.

Aku still stick dengan beli buah durian kampung. Bagi aku, masih rugi beli buah timbang mahal mahal, tapi hanya buang kulit & isi sejemput. 

Utamakan kuantiti daripada kualiti

Bila orang cakap pasal buah kahwin, aku tetap dengan pendirian "rugi beli durian kahwin. Sikit". Baik aku beli buah kampung, beli timbang kilo baru RM8-10. Dapat banyak bijik. Puas makan. 

Aku suka "kopek" buah. Bukak je. Mekna yang perabis. Nasib dapat bini hantu durian jugak. Beli banyak mana pun tetap habis. Jimat. 

Best kalau makan ada partner.


Frust 

Masuk tahun ke 3 kat sini, keghairahan aku happy dengan kuantiti buah durian kampung hampir luntur. 

Asal beli je, dalam 10 bijik, 5 ok. 5 lagi tu ada buruk, mangkaq (tak masak), tasteless, isi nipis, bijik besar, terlalu banyak ulas dan terlalu besar. Aku jadi jem. Serius jem

Sampai bila nak compromise kuantiti dengan kualiti ni?

Durian ni Setahun sekali je. Nak makan puas, makan berbijik-bijik, tapi tak dapat rasa yang sempoi. Lepas pada tu aku cuba beli buah yang branded. Ada nama. Ada jenama. 


First try udang merah

Asyik dok dengar tentang Udang Merah, ni dia Udang Merah. Aku cuba makan ni pada tahun 2018. Rugi la baru tau sedap udang merah ni. Sebelum nak kopek, selalunya depa ketok2 dulu. sebab buah ni jatuh atas jaring. So tak macam durian kampung yg lasak tu. 

Sedap, tapi....

Beli time tu RM25/kg, buka tengok isi dalam tu ada beberapa ulas je. Tapi, pada la isi dia tu kawwww. 
Isi tebal, bijik kecik. Nak makan udang merah, kena makan banyak bijik sebab kulit dia tebal & berat

So sejak makan durian kahwin, aku dah tau beza rasa durian. Serius beza!

Since buah durian kahwin ni ada pelbagai nama, of kos ada pelbagai rasa.



Hang suka jenis apa?

Manis?
Manis pahit?
Pahit banyak manis kurang?
Isi nipis?
Isi tebal?
Rasa bergas?

Semua ni ada jenis dan nama dia. Complicated? Haha

Ya, benda sedap memang complicated sikit.


Ketagih

Sejak makan durian kahwin ni aku jadi agak "ketagih" nak cuba setiap jenis durian kahwin yang ada

Musang king lah, ang her, hor lor, ang bak kia, kacang merah, D14, D2, D15, Ganja (tangkai panjang), ochie, dan pelbagai nama lagi. Banyak. Macam aku share sebelum ni, lain nama, lain jenis, lain rasa, even lain warna.

ada yang kuning, putih, kuning pudar dan paling aku suka cari warna oren.

bukan warna oren macam durian kat sabah tu. ni warna oren lain punya.... 

selalunya beli durian mesti kata kat tokei tu nak buah "isi oren". tapi recently aku kena ceramah dgn sorang apek peraih durian lepas aku cerita jenis apa aku suka

"lu tengok warna ka? salah tu, kita makan ikut rasa. Ada warna pudar tapi rasa banyak syiok"

Aku diam. Betul jugak

So, aku dan Mekna mula menghargai dan menghayati durian ikut rasa.

Makan durian ikut rasa 

Kami makan setiap jenis durian dan tanya pendapat masing masing.

Aku suka durian pahit + manis, dia kurang sikit. pahit sikit2 ok.

Aku suka durian isi macam krim/planta. Dia pun suka.

Aku tak suka durian isi tebal sangat, sebab makan seulas dua dah muak, tapi dia suka. boleh makan banyak. So kami agree to disagree. kalau beli buah, kami mix ikut taste masing-masing. campur2 makan. happy.

buat apa nak gaduh kan? haha

so kesimpulannya, aku ni bukannya pandai sangat pun tentang durian ni. cuma kalau nak sembang pasal durian tu boleh la, sebab aku minat pasal durian ni. Minat tu takdak la terer sangat, tahu la nama, rasa, cam lah jenis durian tu melalui warna, bentuk duri dll.

durian tu adalah anugerah! dan siapa yang makan durian adalah seorang manusia yang bertuah dalam dunia. So, next time kalau nak makan durian pastikan tahu jenis apa yg hampa nak makan, isi kuning/oren, pahit@manis, dan semestinya, buah durian kahwin ye!

haha durian kampung cane?

durian kampung boleh je nak makan. makan je la. tapi jangan letak harapan yang tinggi sangat. okay?

setakat ni je perkongsian aku dalam entry merapu ni.

aku nak cuba durian ni pulak. paling top, DURI HITAM

Harga pulak tak tahan! Satu lagi. sebelum aku akhiri posting ni, pendapat aku beli durian ni adalah SATU PERJUDIAN

Nak tahu rasa kena makan semua jenis.

Nak selamat, kena beli kopek boh dalam tupperware baru tak buruk

Nak senang, jimat, tak payah makan durian.

1 comment:

  1. Durian semua asal dari durian kampung..cuma ia telah di daftar oleh jabatan..kampung pun byk yg isi power..kena cari bro..sebab yg ni takda jual di pasaran..itu lagi RARE

    ReplyDelete