Alhamdulillah. Petang tadi hadir sesi perjumpaan waris dengan cikgu tadika anak.
Sebagai seorang ayah, aku syukur sangat anak dah lancar cakap, pandai baca, pandai tulis, pandai berkawan dll.
Bila dah ada anak baru aku faham betapa indahnya perasaan ini. Terima kasih Teacher.
Anak aku speech delay.
Dia hanya boleh cakap sebutir sebutir pada umur 4 tahun.
Aku jadi sangat risau dengan keadaan dia masa tu, so decided hantar dia ke kelas Speech Therapy swasta.
Mahal kelas tu. RM500+ untuk 3 sesi sebulan.
Aku sempat hantar 2 bulan lepastu PKP.
Walaupun hanya 2 bulan kat Speech Therapy, kesannya sangat baik. He improved a lot.
Teacher kat situ set fokus dia, buat latihan sensori dll.
Kalau dulu mana ada fokus sangat. Bercakap pun tak. Sebab anak sulung. Tak ada kawan.
Oleh disebabkan PKP, hanya main kat rumah. Lepas je dah longgar PKP, aku terus daftar sekolah tadika.
Orang lani panggil Play school. Aku rasa dia perlu pendedahan pendidikan secara terus. Banyak main pun takpa, janji ada interaksi dengan kawan & belajar sikit-sikit. Budak kan
Dia start tadika lambat jugak sebenarnya.
Pada masa tu, dia masih pakai Pampers. Bayangkan badan besar tapi pakai Pampers. Tak sampai 2 minggu terus dah tak pakai Pampers. Teacher ajar berak kat toilet & malu dengan kawan-kawan.
Syukur sebab dah mudah satu bab iaitu Pampers!
Walaupun 2 bulan hantar kat Speech Therapy, aku sebagai parents banyak belajar tentang anak.
Aku mula google & belajar perkara yang boleh improve Speech delay anak.
Walaupun dah hantar masuk tadika, aku nampak silibus pendidikan tadika tu pun membantu anak aku.
So to cut short, dari umur anak aku 4 tahun, masuk 5 dan sekarang ni 6 tahun, masa dah berlalu sangat pantas.
Alhamdulillah syukur dia dah cakap lancar. Tapi tak macam kawan-kawan sebaya dengan dia.
Dia cakap ada pelat sikit. segala perkataan yang dia cakap tu kami faham.
Pada permulaannya, aku hanya hantar dia kelas half day, balik jam 12 tengah hari.
Bila masuk 6 tahun ni, balik sekolah nampak gaya macam tak nak belajar je.
Syukur tahniah, Allah bagi rezeki lebih dapat hantar dia tadika full day dari pagi 730 sampai 630 petang 😅
Dulu bayar yuran tadika macam installment Axia, kini yuran dia macam harga installment Myvi 😅
Aku letak tepi semua tu. Allah bagi rezeki bukan untuk makan minum pakai je. Pendidikan pun sangat penting.
Berkat hantar dia tadika full day, hasilnya adalah diri dia hari ini 🤲🏻
0 Komen:
Post a Comment