Sunday, May 29, 2016

Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016

USUL RANG UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN AHLI BUKAN KERAJAAN DI BAWAH P.M. 49(1)

RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) (PINDAAN) 2016

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang]:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh, Tuan Yang di-Pertua. Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49(1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 seperti berikut;

(i) menggantikan Seksyen 2 dengan seksyen berikut: “2. mahkamah syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Undang-undang Persekutuan.”; dan

(ii) memasukkan selepas Seksyen 2 dengan seksyen berikut: “2A. dengan menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas selain dari hukuman mati.

Terima kasih.

Sumber: Handsard Parlimen



Friday, May 27, 2016

SMARTPHONE : Kemudahan atau kemudaratan?

image

Suka aku nak petik berita tentang KPWKM anjur kempen ‘No Mobile During Dinner' 



PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melancarkan kempen 'No Mobile During Dinner’ (Tiada Telefon Bimbit Semasa Makan Malam) bagi menggalakkan ahli keluarga berinteraksi di meja makan.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata kebanyakan ahli keluarga kini lebih gemar bersama telefon bimbit berbanding berkomunikasi secara bersemuka dengan mengetepikan hal kerja atau gajet buat sementara waktu. 


“Malah, ada ibu bapa yang gunakan gajet untuk melekakan anak kecil mereka ketika di meja makan. 


Berdasarkan Kajian Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia Ke-5 pada 2014, lebih 76 peratus remaja gemar berkomunikasi dengan ibu bapa melalui telefon, sistem pesanan ringkas dan aplikasi media sosial walaupun tinggal serumah. 


"Kajian juga mendapati, dengan membiarkan peralatan teknologi mengganggu perbualan dan diguna ketika menjalankan kegiatan bersama menyebabkan konflik dan memberi kesan negatif dalam perhubungan. 


"Kempen seumpama ini secara tidak langsung dapat menggalakkan ahli keluarga berkomunikasi dan bercerita mengenai pengalaman seharian ketika bekerja atau bersekolah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan KPWKM, di sini hari ini. 


Rohani berkata, kempen anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu turut membabitkan kerjasama dengan 30 jenama restoran terkemuka di 60 premis sekitar Lembah Klang. 


“Di restoran, mereka (ahli keluarga) akan dibekalkan dengan sebuah kotak untuk meletakkan telefon bimbit masing-masing serta satu kad permainan yang mengandungi cadangan topik perbualan. 


"Ahli keluarga perlu mencabut beberapa nombor dan nombor berkenaan akan mewakili soalan yang perlu mereka jawab. Besar harapan saya supaya apa yang dilakukan ini dapat mengembalikan nostalgia kita semasa kanak-kanak dan terbuka bercerita mengenai pelbagai isu bersama ahli keluarga,” katanya. 

Sampai macam tu sekali pendekatan KPWKM untuk mengurangkan jurang “communication breakdown” dan menggalakan keluarga untuk terus berhubung secara sihat bukannya melalui telefon.

Dah jadi satu tabiat, bila bila masa mesti kena “mengadap” telefon walaupun kadang kadang ada didepan mata! Aduh

Secara sedar, aku pun mengalami masalah obses terhadap telefon. Dari zaman bercinta dulu sampai dah kahwin, wife selalu ingatkan jangan dok main telefon sangat. Ntah buat apa kat telefon tu. 

Apa update terbaru?

Bagi aku, tak ada apa yang menarik sangat pun pasal telefon, cuma, tak boleh duduk saja mesti nak tengok apa yang terjadi dan terbaru di telefon. Sebenarnya, apa yang berlaku di laman sosial tu tak penting berbanding apa yang berlaku dikehidupan sebenar!

Kalau ghalit main telefon ketika makan, makanan yang panas akan jadi sejuk.

Kalau ghalit main telefon ketika bersua muka, maka timbul perasaan tak suka

Kalau ghalit main telefon ketika bersama keluarga, apa maknanya bila bersama?

Tanam sikap jauhkan telefon ketika bersama

Tak kira la ada dengan sapa, tapi bila dah bersua muka bertentang mata, kenalah utamakan yang ada. Great respect come from proper listening and give attention to people. Kalau tak dengar, tak ambil peduli bermakna tak hormat. Lepas tu macam macam boleh jadi, gaduh, tak sefahaman dan macam macam lagi. 

Sikap utamakan telefon dengan “mengejar update terbaru” secara tak langsung, sedar tak sedar boleh membunuh dan merubah sikap orang lain pada diri kita. Percayalah.

Aku sahut apa yang dicadangkan oleh KPWKM tu tentang penggunaan telefon ketika bersama keluarga, seeloknya ia merupakan satu kemudahan, dah jadi benda yang memudaratkan!

Wednesday, May 25, 2016

Ulangtahun Perkahwinan yang Pertama

Alhamdulillah, 365 hari telah pun berlalu dengan begitu pantas! Rasa macam baru je menikah dua tiga bulan yang lepas tapi sebenarnya dah 12 bulan dah berlalu.

Ada kawan kawan kata, bagi seorang lelaki sepatutnya tak boleh nak gembira sangat masa hari kahwin sebab ia merupakan hari yang hang kena ambik tanggungjawab sebagai seorang suami dan ketua keluarga. 

Wednesday, May 04, 2016

Blog Luthfi.My secara rasmi ke platform Tumblr!

image

3hb Mei 2016, secara rasminya blog Luthfi.my telah berpindah platform ke Tumblr. Mengikut sejarah blogging aku, ini merupakan blog peribadi ketiga selepas blog Luthtextile.com (2007-2010) platform Blogger - Wordpress.org, Mohdluthfi.com (2010-2011) di platform Wordpress.org dan Luthfi.my (2010-sekarang) dari platform Wordpress.org, Blogger dan kini Tumblr.



Kenapa ke Tumblr?



Satu alasan besar sebab aku buat keputusan untuk hijrah ke Tumblr adalah keringkasan apps Tumblr di Android phone dan Wordpress yang mana paling sempoi buat masa ni.



2016 merupakan tahun yang semua benda nak mudah dan pantas. Dengan adanya apps user friendly macam Tumblr ni memang memudahkan aku untuk berblogging berbanding bersosial di laman FB, Twitter dll.

Apps sangat penting bagi aku untuk terus aktif blogging. Pada tahun 2007-2009, alasan tak ada sambungan internet merupakan satu sebab kenapa aku tak boleh blogging tapi sekarang ni tak releven lagi sebab segalanya dikelilingi oleh sambungan internet.

Aku perlukan satu platform yang ringkas dan padat, pada pandangan aku, Tumblr dapat menawarkan fungsi yang aku nak.

Contoh? Segala apps dilaman sosial boleh dikongsi kepada blog Tumblr, seperti posting di Instagram boleh terus dikongsi dan dijadikan satu new post. Tak ke tu satu fungsi yang bagus? Aku suka sebab ia memudahkan perkongsian tanpa perlu membuka Blogger.com. 

6 Tahun blog Luthfi.MY

Sat saja masa berlalu, dah 6 tahun aku beli domain Luthfi.My. Cepat je masa berlalu, aku harap aku akan stay bersama dengan domain ni dan blogging di Tumblr sampai bila bila. Harap Tumblr tak tutup kedai! Haha

Terima kasih kepada Asiahost kerana terus menerus menawarkan perkhidmatan cemerlang untuk domain .my. Semoga terus maju jaya!

Monday, April 04, 2016

Merenung masa depan Proton setelah 33 tahun


(Agendadaily) Membaca kenyataan penuh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed,Jumaat mengenai kedudukan terkini Proton tentu kita boleh tepuk dahi mengeluh…Proton Oh Proton.

Setelah 33 tahun wujud dalam mengejar impian bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Malaysia keluarkan kereta nasional sendiri, Proton masih lagi belum dapat berdiri atas kaki sendiri dan bergantung kepada bantuan kerajaan.
 
Sejak penubuhannya pada 1983 kerajaan telah beri geran dan pelbagai bantuan berjumlah keseluruhan 13.9 billion.
 
Apa yang jelas kalau nak banding,Proton masih ditakuk lama sebaliknya satu lagi jenama kereta tempatan Perodua steady dan berdaya maju.
 
Mustapha kata Proton menghadapi masalah yang cukup mencabar.
 
Menurut beliau sepatutnya keluar dari lingkungan dilindungi kerajaan.
 
Kata menteri itu sekalipun kita mengitiraf sumbangan Dr Mahathir sepanjang jadi Pengerusi Proton namun kita tidak boleh pejam mata kepada cabaran dihadpai Proton dan kegagalannya mewujudkan kedudukan kewangan yang kukuh.
  
BERIKUT KENYATAAN PENUH DATUK SERI MUSTAPHA MOHAMED:  
  
The current state of Proton
The decision made by the Government to go into heavy industries, including the automotive sector, in the mid-1980s was a bold and courageous one. However, the Government cannot continuously protect these industries.

Other countries such as Japan and South Korea have protected their automotive industry, but these measures were short and medium term in nature and were eventually abolished.

Proton, which is our national car project, needs to graduate from this protection.

Since I became the MITI Minister in 2009, I have been briefed by the Senior Management of Proton of the issues and challenges faced by the company on a regular basis. I have met with both the previous and current management teams and shareholders of the Company.

In 2009, the Company presented to me its restructuring plan which aimed to improve the quality of its cars, to boost exports and to make Malaysia a hub for the automotive industry in the region.

In 2012, following the takeover of Proton by DRB Hicom, the new owners came to see me and they presented another restructuring plan to make Proton more competitive. They also highlighted a number of ambitious plans to boost exports.

The National Automotive Policy in 2009 clearly stated the need for Proton to team up with strategic foreign partners. In this extremely competitive line of business, there is a need to set aside high capital resources for Research & Development (R&D). Scale is also crucial. Proton currently has neither of them.

The problems faced by Proton are very challenging. The company's share of the domestic automotive market hit a peak of 74% in 1993, but currently hovers at 15%.

Since its establishment in 1983, the Government has provided grants, various forms of assistance as well as taxes forgone to Proton to the tune of about RM13.9 billion in total. There has been intense discussion between MITI and the Senior Management of Proton on the future of this company in the past six months. Proton's Management has also made a number of presentations to the Economic Council chaired by YAB Prime Minister.

Our observations on the current state of Proton are as follows:

The company is a relatively small player in the global context and thus not able to compete with other foreign companies unless it can substantially increase its exports

Proton is suffering a problem of underutilization – about 35% of the available capacity in each of its two production plants is being utilised. The decision to have two plants is probably one of the mistakes made in the past by Proton.

About three years ago, Proton almost struck a deal with a renowned foreign player but at the last minute decided not to proceed with the proposal. Had this collaboration been realized, we may have seen an improved performance by Proton in the subsequent years.

Malaysia currently has two national car projects namely Proton and Perodua. The latter turns out to be a more sustainable model. Perodua Manufacturing, which is 49% owned by Malaysian shareholders including PNB, has a joint-venture with Daihatsu and Toyota, and is a profitable company.

Last year, a number of Proton vendors came to see me on a few occasions and shared their problems. Following that, MITI injected RM100 million to provide soft loans to alleviate their burden. Even then, it has come to my attention that some of the vendors may face serious challenges if Proton continues to operate at the current level of production and sales. A few of them might be out of business in the next three to four months.

In view of the very serious nature of the problem, the Government believes that the current business model adopted by Proton is not sustainable. The Government has been seriously deliberating Proton’s request for assistance for grants and soft loans. It is a major request and the Government needs to be thorough with its evaluation as a lot of public money is involved. We need to be particularly prudent in allocation of resources at this time when our national revenues have been seriously impacted by falling oil and commodity prices.

Having said that, I would like to assure Proton employees, vendors and the Proton ecosystem that their interests will be taken into consideration before we make any decision on its request for assistance.

If the Government decides to assist Proton, this would be made subject to several conditions including:

i. Proton needs to immediately identify a strategic foreign partner

ii. The Company must be professionally managed

iii. There must not be any interference in its business

iv. Some tough but necessary measures must be put in place for the long-term sustainability of Proton

I have been informed that there were instances when Proton appeared to be unprofessional in its decision-making process. In order for the Government to consider providing financial assistance to Proton, it is important that a competent leadership team be appointed in the company.

We note the decision made by Tun Mahathir to relinquish his position as the Chairman of Proton. While we recognise the contributions made by Tun Mahathir throughout his Chairmanship of Proton, we must not turn a blind eye to challenges faced by Proton and its inability to establish a solid financial footing.

In this regard, we hope that the new Chairman and Senior Management of Proton will help towards enhancing the true potential of Proton and pave the way towards a better future for the company.

The Government remains committed to ensure the continuous growth and development of the domestic automotive industry which would include the transformation of Proton and its ecosystem.

Dato’ Sri Mustapa Mohamed1 April 2016

Friday, April 01, 2016

Setahun perlaksanaan GST di Malaysia : Apa kita dapat?



Review balik perlaksanaan GST, apa kata Luthfi?

Pejam celik pejam celik, dah setahun kerajaan pimpinan Najib Razak melaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) di negara kita. Majoriti rakyat Malaysia tak gembira dengan perlaksanaan GST kerana hampir 100% harga barangan dan perkhidmatan naik harga. Ini adalah fakta, perlaksanaan GST yang digembar gemburkan baik oleh kerajaan tak mencerminkan penurunan harga barangan. Salah siapa?



Dimana penguatkuasaan?