Akhirnya ibu bapa, anak-anak jadi mangsa…

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis

Buat sekian kalinya kita mendengar tragedi pusat tahfiz. Sekali lagi saya bangkit apa yang pernah saya catat beberapa bulan lepas:

Kebelakangan ini timbul beberapa isu tentang sekolah agama dan tahfiz persendirian yang tumbuh serata tempat.

Pelbagai isu berbangkit, termasuk kebakaran, kes penyeksaan, kematian pelajar dan pelbagai isu keselamatan yang lain. Di sini saya ingin sebut beberapa nota ringkas untuk perhatian ibu bapa yang mulia hasrat mereka dan pihak berwajib.

Ramai, bahkan mungkin keseluruhan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah agama dan tahfiz dengan hasrat dan niat yang baik. Continue reading “Akhirnya ibu bapa, anak-anak jadi mangsa…”

Malaysia oh Malaysia : Juara keseluruhan Sukan SEA ke 29, Hari Kemerdekaan ke 60 & Aidiladha 1438H

Hujung minggu ni adalah hujung minggu yang panjang. Ye lah, banyak perkara besar yang berlaku pada hujung minggu ni iaitu Majlis Penutup Sukan Asia Tenggara ke 29, Kuala Lumpur 2017, Hari Kebangsaan 2017 bersemperna dengan Kemerdekaan 60 tahun Malaysia dan Hari Raya Aidiladha 1438H

Kecemerlangan negara hadiah ulang tahun kemerdekaan

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Kejayaan Malaysia merangkul 145 pingat emas dan menjadi juara keseluruhan Sukan SEA Ke-29 merupakan hadiah kepada negara yang menyambut Hari Kebangsaan kali Ke-60 pada 31 Ogos.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan kontinjen Malaysia itu membuatkan hari kebangsaan tahun ini sangat bermakna. Continue reading “Malaysia oh Malaysia : Juara keseluruhan Sukan SEA ke 29, Hari Kemerdekaan ke 60 & Aidiladha 1438H”

Tahun ni tak puas makan durian!

Durian Balik Pulau, kuning oren dan berkedut!

Tahun ni hampir dua tahun aku pindah dan duduk di Balik Pulau. Sejak dua tahun lepas, dan tahun tahun sebelumnya aku dan wife memang pulun makan durian, tak kira la durian dari mana sekalipun. Kami dua memang hantu durian. Nasib baik dapat bini yang kaki makan durian jugak, kalau dia tak makan durian mati kutu la aku makan durian sorang – sorang. Continue reading “Tahun ni tak puas makan durian!”

Berbaju Melayu di bandar Würzburg

Aku di Würzburg Residence, Residenzplatz

Throwback sikit cerita pasal tahun lepas yang aku tak tulis lagi. Masa aku dan kawan aku, Fadhil kami ke Germany untuk business trip. Masa on the way balik dari Wertheim Village.

Perjalanan kami dari Wertheim Village mengambil masa selama 25 minit. Dekat je, tapi aku ambik keputusan untuk guna jalan biasa 10 minit lebih jauh daripada guna Autobahn.  Continue reading “Berbaju Melayu di bandar Würzburg”

Hebatnya majlis pembukaan Sukan SEA ke 29 #KL2017!

Stadium Nasional Bukit Jalil dilimpahi oleh pancaran bunga api ketika perasmian Sukan SEA ke 29 #KL2017 – Gambar dari akaun rasmi @KL2017

19 hb Ogos 2017, menjadi tarikh ingatan 32 juta rakyat Malaysia tentang mulanya Sukan Asia Tenggara kali ke 29 di Kuala Lumpur, Malaysia. Malaysia yang mengajurkan temasya Sukan SEA untuk kali ke enam!

Aku, macam biasa mesti takkan lepaskan peluang untuk tengok majlis pembukaan ni secara live. Aku memang minat majlis – majlis macam ni. Continue reading “Hebatnya majlis pembukaan Sukan SEA ke 29 #KL2017!”