Pengalaman memandu dari Jerman ke Belanda!

image

Peta perjalanan kami dari Kassel, Germany ke Amsterdam, Netherlands. Jumlah perjalanan mengambil masa 4 jam

Aku nak kongsi pengalaman terbaharu aku September tahun lepas masa seminggu aku di Jerman buat kali ke lima. Aku bekersempatan untuk memandu ke Amsterdam, Belanda daripada tempat kerja.

Memandu di eropah bukan satu yang asing bagi aku. Boarder crossing di negara – negara EU sangat menarik sebab tak ada pun istilah “boarder” sebab tak ada pun check point macam kat negara kita dengan Singapura, Indonesia, Thailand dan lain lain lagi. Continue reading “Pengalaman memandu dari Jerman ke Belanda!”

PM Trudeau : Kanada sedia terima imigran, masyarakat Islam

image

Luthfi Suib

OTTAWA – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau kelmarin mengalu-alukan kedatangan imigran ke negaranya melalui mesej di akaun Twitternya.

Trudeau membuat pengumuman itu selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan larangan kemasukan sementara ke atas semua kumpulan pelarian dan masyarakat Islam ke AS.

“Kepada mereka yang lari daripada penyiksaan, keganasan dan pepera–ngan, rakyat Kanada akan menerima anda, tanpa mengira kepercayaan agama. Kepelbagaian adalah kekuatan kami #WelcomeToCanada,” kata Trudeau dalam Twitter.

#WelcomeToCanada pic.twitter.com/47edRsHLJ5

— Justin Trudeau (@JustinTrudeau)
January 28, 2017

Mesej itu dibuat sehari selepas Trump menandatangani perintah eksekutif untuk menggantung kemasukan semua pelarian bagi tempoh sekurang-kurangnya 120 hari.

Bilionair itu juga mengenakan sekatan ketat ke atas penduduk dari Iran, Iraq, Libya, Somalia, Syria dan Yemen dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Sejak perintah itu, pelancong dari negara-negara berkenaan telah dihalang untuk menaiki pesawat ke AS, sekali gus mencetuskan bantahan dan ada juga ditahan di lapangan terbang.

Terdapat juga pelancong yang berada di dalam pesawat di ruang udara ketika Trump menandatangani perintah eksekutif itu. Pelancong itu ditahan sebaik sahaja kapal terbang mendarat, menurut laporan The New York Times.

Bagaimanapun, seorang hakim per–sekutuan menolak sebahagian daripada sekatan imigran oleh Parti Republikan itu kelmarin.

Selepas berbincang dengan Washington, pihak berkuasa Kanada menyatakan rakyat Kanada termasuk mereka yang mempunyai dwikerakyatan, terlepas daripada sekatan Trump.

“Kami diberi kepastian bahawa rak–yat Kanada yang melancong dengan pasport akan dilayan seperti biasa,” kata jurucakap Trudeau, Kate Purchase.

Kelmarin, syarikat penerbangan Kanada, WestJet memaklumkan mereka akan membayar balik penumpang yang disekat mengembara ke AS di bawah polisi baharu negara berkenaan. – AFP

Sumber : KOSMO

Kedah juara Piala Sumbangsih 2017

image

JOHOR BAHRU 20 Jan. – KEDAH melaungkan amaran awal mereka bakal menjadi pencabar utama Liga Super 2017 selepas memenangi perlawanan Sumbangsih dengan menumpaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi penentuan sepakan penalti di Larkin, hari ini.

Turun sebagai juara Piala Malaysia, skuad Lang Merah mengikat 10 pemain JDT 1-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, sebelum menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah menerusi penentuan sepakan penalti 5-4.

Kegagalan mempertahankan kejuaraan yang dimenangi dua tahun berturut-turut memberi permulaan sumbang buat pe­ngendali baharu JDT, Benjamin Mora.

Skuad Harimau Selatan me­mulakan kempen dengan langkah kanan selepas mendahului 1-0 menerusi sepakan penalti ketua pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-39.

JDT dihadiahkan penalti selepas pemain import mereka, Brian Federico Ferreira dikasari dalam kawasan penalti.

Safiq tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti dengan melakukan rembatan leret ke penjuru kanan gawang bagi mengatasi penjaga gol Abd. Hadi Abdul Hamid.

Bagaimanapun keceriaan tuan rumah tidak bertahan lama selepas pemain mereka, S. Kunanlan dibuang padang pada waktu kecederaan babak pertama gara-gara mengkasari Mohd. Fakri Saarani di luar kotak pe­nalti.

Berdepan 10 pemain lawan memberi peluang kepada Lang Merah untuk mendominasi permainan.

Selepas mengatur asakan bertali arus, Kedah berjaya me­nyamakan kedudukan pada minit ke-63 menerusi rembatan lencong kapten Baddrol Bakhtiar dari luar kotak penalti.

Ini adalah kejuaraan Sumbangsih ketiga yang dimenangi Kedah selepas 1994 dan 1991, sekali gus menjadikan mereka calon untuk mencabar kejuaraan liga musim ini.

Malah, Kedah yang dibim­bing jurulatih tempatan, Tan Cheng Hoe menunjukkan peningkatan hebat pada hujung musim lalu apabila menamatkan kempen di tangga ketiga, sebelum menutup saingan dengan mengalahkan Selangor dalam final Piala Malaysia.

Bagi JDT, saingan musim baharu pasti lebih mencabar, terutama dengan menampilkan jurulatih baharu, Mora. Mereka bagaimanapun bermula dengan berkongsi satu mata liga. – UTUSAN ONLINE

Donald Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke – 45

image

WASHINGTON 21 Jan. – Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 untuk tempoh empat tahun di Rumah Putih semalam ketika dunia terus tertanya-tanya apa yang berlaku selepas beliau menjawat jawatan terpenting itu.

Dipercayai seramai 800,000 orang termasuk penunjuk perasaan hadir di pekarangan National Mall menyaksikan majlis angkat sumpah itu menggantikan Presiden terdahulu, Barack Obama.

Bilangan itu bagaimanapun lebih rendah berbanding jumlah orang ramai yang hadir menyaksikan majlis angkat sumpah Obama pada 2013.

Ucapan pelantikan menjadi tradisi kepada setiap Presiden baharu yang dilantik sejak 1789 ketika George Washington menerajui negara itu. Trump, 70, bilionair dan bekas bintang program realiti televisyen, The Apprentice, menjadi Presiden pertama yang tidak pernah berkhidmat dengan kerajaan serta menyertai angkatan tentera. Dalam ucapan pelantikannya sebagai Presiden semalam, Trump menekankan segala keputusan atau dasar yang akan dibuat kelak bakal memberikan keutamaan kepada rakyat AS sendiri.

“Bersama-sama kita akan membina haluan baharu AS dalam tahun-tahun mendatang. Hari ini, rakyat AS telah menyertai usaha kerajaan untuk membentuk kembali dan mengembalikan semula janji negara ini kepada semua orang “Anda akan mendapat sistem pendidikan yang bagus, peluang pekerjaan terbaik serta persekitaran tempat tinggal selamat selepas ini. Ingat kata-kata saya, anda tidak akan diabaikan lagi selepas ini,” kata Trump.

Walau bagaimanapun, dua jam sebelum majlis berkenaan dicemari dengan perbalahan antara sekumpulan besar penunjuk perasaan yang memakai pakaian serba hitam dengan anggota pasukan keselamatan. – AGENSI

Tweet pertama Trump di Twitter Rasmi President of the United States @POTUS

Laporan beberapa akhbar tempatan tentang Trump

Beberapa video menarik selepas pertabalan Trump sebagai POTUS

DBP – Jangan mudah terima istilah bahasa Inggeris

image

KUALA LUMPUR 19 Jan. – De­­wan Bahasa dan Pustaka (DBP) diminta agar tidak se­wenang-wenangnya menerima istilah bahasa Inggeris sebagai perkataan da­lam bahasa Melayu.

Penasihat Sosiobudaya Ke­rajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim sebaliknya menya­rankan DBP me­ngenal pasti ter­lebih dahulu perkataan bersesuaian dalam bahasa Melayu yang digunakan di rantau Nusantara sebelum menterjemahkan sebarang istilah bahasa Inggeris.

Beliau berkata, terdapat ribuan perkataan bahasa Ing­geris telah dimasukkan sebagai perkataan bahasa Me­layu dalam edisi terbaharu Kamus Dewan terbitan DBP.

“Sebagai contoh, perka­taan bahasa Inggeris seperti impresif, impulsif dan kompetisi telah dimelayukan se­perti terdapat dalam Kamus Dewan.

“Ini bukan bahasa kita dan ini bukan Melayu. Ini (bahasa) Inggeris. Jadi, DBP mesti berubah dan kembali kepada bahasa Melayu,” katanya.

Mengulas lanjut, Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, kerajaan juga perlu memastikan agar semua nama jalan, taman perumahan, gedung per­niagaan serta bangunan menggunakan bahasa Mela­yu.

Pada masa sama, beliau tu­rut menyarankan agar Sek­syen 11 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dipinda bagi memberi kuasa kepada Perdana Menteri memperkasakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, perdagangan dan perhubungan masyarakat.

“Kuasa Perdana Menteri di bawah seksyen itu seharusnya bukan setakat mengarahkan pertukaran borang bahasa Inggeris ke­pada borang bahasa Mela­yu, tetapi juga perlu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, perdagangan dan perhubungan.

“Perkara ini tidak ada di bawah Seksyen 11 dan saya memohon supaya Seksyen 11 ditambah lagi dan diberi kuasa kepada Perdana Menteri bagi memperkasakan bahasa Melayu,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE