Wednesday, July 30, 2008

Musim durian sudah tiba..

Musim durian merupakan musim yang paling ambo tunggu-tunggu pada setiap tahun..
Pada kebiasaannya, bila musin durian menjelang tiba (cey cey, macam hari raya r pulak), buah buahan yang selalu ada dengan durian pun menjelma..

Rambutan, Manggis, Langsat, Dokong, macam macam buah lagi la yang ada kat pasaran.. dipasar malam pon banyak..

Durian macam manusia la jugak.. manusia ada banyak bangsa, cina, india, melayu.. sama macam durian.. mengikut pengalaman Luth yang dah lama bertapak di negeri Perak dan Pulau Pinang, durian Perak, esp durian Batu Kurau, memang tak boleh lawan antara adik beradik durian kat Malaysia nih..

Nak tengok durian batu kurau?
Ni dia durian batu kurau gread 'A'..
memang sedap.. kalau tengok kulit dia, kulit durian ni tak la begitu kuning. Banyak buah durian batu kurau berwarna hijau pekat. Memang kaw rasa durian ni.. tengok gambar pun dah terliur.. Memang sedap.

Bau Durian Batu Kurau memang kuat.. Kalau duduk luar rumah, masuk dekat ruang tamu dah bau aroma dia.. ush3.. memang terliur..


Durian siam bukanya boleh lawan dengan durian Batu Kurau.. Tak dak Umphh durian siam..
Durian batu kurau no. 1 dalam Perak.. Korang boleh dapatkan durian batu kurau di Pasar Malam Kamunting (tah, hari apa ada pasar malam Luth da lupa ar) dan pekan Taiping pun ada jual jugak. Kalau nak yang fresh, pegi ja dekat pekan Batu Kurau, sana lagi banyak dan murah..

Macam mana nak tahu identiti durian tersebut?

Payah sikitla nak kenal sesebuah (sesebuah ke? hihihi) durian tu asal dari mana. Sebab apa, kalau kita tengok daripada luaran durian tersebut, kebayakan sama saja. Ada durian duri2 besar, duri2 kecil, ada warna hijau tua, hijau muda dan lain-lain. Nak kenal identiti durian tuh dari ISI dia. Sebagai contoh, Kalau kita selalu makan durian Muar, orang lain bagi dekat kita durian siam, mesti kita dapat rasa perbezaan 'rasa' buah tu. Sama la dengan durian-durian yang lain.

2 hari lepas, my bro ada bawak balik durian Batu Kurau, 6 biji. Malm tu jugak Luth dengan kerabat-kerabat sental.. tapi tak la sampai makan 6 biji. malam tuh makan 3 biji ja.. Luth makan banyak. Mak,adik, kakak makan seorang 2,3 ulas ja.. Luth balon makan sampai 2bijik sorang.. buah ta berapa besar, tapi isi padat. Memang best. Lazat..



Peristiwa 27 Rejab


Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain."


Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."


Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."


Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."


Jibrail A.S. bertanya, "Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?" Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah Buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."


Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya.

Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?" Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

Wallahu'alam.

Monday, July 28, 2008

Budak Poly: Bengkel Minggu Ini.

Haloo.. Bengkel minggu ini berjalan seperti biasa tak seperti minggu lepas, banyak bende yang jadik.. So, minggu ini merupakan minggu kedua bagi bengkel/ makmal metrology.

Ada 8 pelajar didalam makmal ini yang dibahagikan kepada 2 group, iaitu group pertama: Ejoy, mirol, Mat and me.

Group kedua pulak terdiri daripada Yahudi (identiti tidak dapat dikenal pasti), shamsul (last week dia tak masuk dalam makmal metrology, dia sesat pegi bengkel froundry, ikot geng plastic), Hadi, dan Andy..

Kumpulan pertama, bersama En.Mazlan yang begitoo bagus.. Slow motion ja En. Mazlan, sporting gak orangya..

Mirol, Ejoy and me tengah conduct profile projector,
tah tepehape hape punya mesin.. (Luth tak conduct pon, just tengok ja, hihihi)
**Orang yang takde dlm gamba = Mat.


Khusyuk mendengar penerangan dari En.Mazlan,
cara-cara nak baca diameter besi pada pic. huhuhu..
Picture Taken by Mat.

Tudia depa, baguih dok ada.. tekun ja..

Ni Andy, semangat betoi dok baca nilai kat Dial Gauge tuh..
Dlm makmal kami, dia r yang paling rilex!

Cepatla dapatkan bacaan, pasnih nak kena buat report plak..

*Pictha credit to Ejoy.. Thankx ya*

Assignment kena buat:
Report Bar Sinus dan Pengukuran Benang Skru
1 Kumpulan ada 4 report.
Hantar pada: 4 Ogos 2008

Sunday, July 27, 2008

Saturday, July 26, 2008

JHEAIK tahan 16 ratu cantik pondan

26/07/2008 3:48pm

BACHOK 26 Julai — Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) menahan 16 pondan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik pondan di sebuah resort di sini, malam semalam.

Ketua Penolong Pengarah JHEAIK Abdul Aziz Mohd Nor berkata pondan yang berusia antara 20 dan 30-an ditahan kira-kira pukul 10 malam ketika beraksi dengan berpakaian wanita di sebuah dewan di resort itu.

“Tiga daripada mereka berjaya melepaskan diri dengan terjun ke sungai berdekatan manakala yang ditahan dibawa ke pejabat JHEAIK di Kota Baharu untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini.

Abdul Aziz berkata JHEAIK memandang serius kegiatan tidak bermoral kumpulan itu yang bertentangan dengan kaedah Islam kerana berpakaian wanita sedangkan mereka adalah lelaki.

Beliau berkata tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan yang ada dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara atau kedua-dua sekali.

Dua hari lepas, tiga pondan yang berkeliaran di sekitar Wakaf Siku, Kota Bharu ditahan dan setelah didapati bersalah, mereka dipenjara sehingga lima bulan kerana gagal membayar denda. — BERNAMA

Luth Textile cakap: Hahahahaha.. lawak betul la.. ada jugak ratu cantik pondan kat malaysia nih.. lawak betul la.. tah pehape hape.. diorang ingat sini siam ke nak bertanding ratu cantik? buduh punye worang..


Template baru..

Sorila, dua hari Luth tutup blog ni untuk renovate..
bz la tak dapat nk udapte.. Konpius banyak sangat template yang lawa-lawa.. tapi banyak yang ada iklan, link web diorang la.. macam macam lagi.. so, Luth amek yang simple2-simple jela.. nanti kalau rajin lagi, baru update.. hehehe..

Wednesday, July 23, 2008

Tuesday, July 22, 2008

Monday, July 21, 2008

Pelajar DTP3A bingung mencari bengkel

BUKIT MERTAJAM,21 JULAI Kesemua pelajar kelas DTP3A berasa bingung dan hairan pagi ini ekoran mereka tidak tahu bengkel mana yang harus dimasuki untuk modul bengkel pembuatan semester ini.

Situasi di kawasan bengekl tersebut agak kelam kabut kerana waktu bengkel hendak bermula. Pada semester ini, pelajar kejuruteraan mekanikal pembuatan (DTP) dibahagi kepada lima kumpulan,setiap kumpulan disertai 8 orang pelajar yang dibahagikan kepada lima bengkel iaitu bengkel plastik, metreologi, mesin granding dan lain-lain lagi.

Sehubungan dengan itu, Puan Nik telah campurtangan dalam masalah menentukan bengkel yang dihadapi oleh pelajar DTP3A. "Pelajar DTP3A dalam dilema, mereka harus rujuk kepada PA kelas, bukannya buat kacau pada hari ini. Saya hanya jadi pensyarah, bukan PA awk" ulas Pn. Nik.

Keadaan kembali seperti sediakala selapas semua pelajar berjaya mencari bengkel mereka 15minit kemudian. - LUTH TEXTILE

Oh External Hard Disk!!

So, bila duit pt dah masok, Luth nak pegi cari casing utk external hard disk Luth yang lama da rosak.. External hard disk Luth punya jenis lama, jenis gedabak bapak punya besaq..

Casing yang lama dah rosak, tak dapat nak akses hard disk tuh.. Kedai pertama yang Luth g cari casing EX HD adalah PC DEPORT.. Memang ramai orang kt Pc depot, crowed.. Luth ada la tanya dekat salesman dia, nak beli casing EX HD.. huhu.. dia tak tau, dia soh bawak g kt dia.. Mana Luth ada bawak, so, balik gitu jela..

dihari yang sama, Luth g beli kat summit ja casing dia.. RM50. Mahal.. Tapi cantik dan kuat..
Tokey cina tuh cakap, ada pape datang dekat dia balik.. tah la bebaloi ke tak beli.. tp lawa la..

Tengok kotak dah la.. lawa gak.. haha..
Sekali pandang macam PS2 lak..