Thursday, December 31, 2015

THE INFLUENCE OF MALAY RULER

Source : Sin Chew Daily & Malaysia Today

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar of Johor shared his views on a number of major issues in a recent media interview.

The Sultan has in recent years expressed his personal views on a number of issues in the country, and these have drawn widespread attention among Malaysians.

We need to understand that our Malay Rulers are only symbolic rulers who nevertheless enjoy some unique status and roles under the country’s constitutional monarchy system.

Generally speaking, these rulers do not hold actual power of administration under the constitutional monarchy system, save for their symbolic significance. That said, constitutional monarchy system varies from country to country. In Malaysia, we have not only inherited the British system, but have also incorporated the Malay social traditions that accord the Rulers a very noble position, including their roles as the religious heads of their respective states.

Monday, December 28, 2015

Rezeki

Ramai orang dok mentafsir maksud "Rezeki" yang boleh diterjemahkan kepada pelbagai maksud dan makna. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, "rezeki" adalah
Maksud rezeki (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan nafkah, mata pencarian, periuk nasi, pendapatan, perolehan gaji, upah keuntungan, laba, elaun, komisen, dividen, bonus, ganjaran, hasil, panen.,
Tapi, masyarakat kita sangat berfikiran condong yang tertutup akan maksud dan makna "rezeki" yang sebenarnya. Maksud dan makna "rezeki" yang luas disalahertikan oleh manusia yang mempunyai perasaan negatif. Masalah ni dah terbawa bawa dalam masyarakat dan dah jadi satu 'identiti' kita semua.

Friday, November 13, 2015

Benci tapi suka

Benci tapi suka.

Itu la realiti yang kita tempuhi zaman sekarang. Kalau dah tak suka tu, tak suka lah. Buat apa nak "suka". "Suka" yang aku maksudkan ni adalah apabila kita tahu sesuatu perkara tu tak baik dan boleh mendatangkan marah dan benci tapi masih lagi nak "like", komen dan share apa benda yang kita tak suka.

Hairan!

Aku rujuk kenyataan Facebook yang dikeluarkan oleh Alvin Tan, lewat ini dia gemar sangat mengeluarkan kenyataan yang menghina, menghentam dan mencemuh agama Islam, Nabi Muhammad, Allah dan terbaharu iaitu semalam dia menghina Al-Quran dengan menggunakan halaman Al-Quran untuk mengesat najis ketika buang air besar. Nauzubillah~

Yang peliknya, orang ramai masih lagi "peduli" dan "ambil berat" akan setiap status, posting, gambar yang dimuat naik dan video oleh Alvin Tan. Hey, kalau dah tak suka buat apa lagi nak ambil peduli?

Mungkin orang kita ni ada banyak masa dan tak tahu nak manfaatkan masa yang ada.

Apa yang perlu kita lakukan jika ada orang yang sengaja buat provokasi di laman sosial?

1. Tekan butang unlike untuk hentikan segala maklumat dari page yang anda like
2. Block page tersebut dan jangan ambik kisah
3. Abaikan segala jenis bentuk provokasi yang dilemparkan. Utamakan perkara yang penting.

Senang kan?

Friday, October 30, 2015

5 tahun bersama Jambatan Pulau Pinang

Duduk di Seberang Perai dan kerja di Pulau.

Itu lah situasi aku setiap hari, berulang alik dari tanah besar ke pulau untuk mencari rezeki. Oleh kerana tempat kerja jauh diselatan pulau, maka jalan terbaik untuk kesana adalah menerusi Jambatan Pulau Pinang yang gagah berdiri selama 30 tahun lamanya.

Menurut laporan Kosmo pada Mei 2015 yang lepas mencatatkan purata jumlah kenderaan yang melalui Jambatan Pulau Pinang adalah 81,000 kenderaan! Pergh, memang ternyatalah dari statistik yang dikeluarkan, Jambatan Pulau Pinang memang sangat sibuk!

Macam tu lah yang aku lalui setiap hari ke tempat kerja berlumba - lumba seawal 6 pagi dan selewat 830 pagi setiap hari. Dan sedar tak sedar dah lima tahun aku berulang alik dan Jambatan memang sangat sinonim dalam diri aku.

Rutin

Kalau nak cakap jauh dan letih, itu dah jadi sebati dalam diri. Kalau nak ikutkan hati memang dah tak mahu nak lalui semua tu tapi aku tak ada pilihan. Rupanya, bukannya aku seorang sahaja yang secara rutin melalui Jambatan Pulau Pinang setiap hari. Ada diantara kawan - kawan sekerja yang tinggal jauh daripada Seberang Perai contohnya Taiping, Parit Buntar dan sejauh Sungai Petani. Tapi, depa semua lebih cekal menempuhi cabaran yang sama.

Trafik merupakan keypoint 

Ratanya semua orang memang sangat bergantung kepada kelancaran trafik diatas Jambatan untuk sampai awal ditempat kerja dan selamat sampai awal dirumah. Masa mula mula kerja dahulu, aku
kerap jugak skodeng trafik Jambatan sebelum keluar dari rumah melalui apps yang pamerkan trafik melalui CCTV live. Dengan ada kemudahan tu aku boleh merancang dan mengelakkan dari terperangkap dalam kesesakan.

Nak sampai awal, kena keluar awal. Kalau sampai di Plaza Tol Jambatan sebelum atau 715 pagi memang boleh sampai sebelum jam 8 pagi di Pulau sana. Kalau sampai je lepas jam 715 pagi, memang trafik akan sibuk dan silap silap kena beratur panjang.

Pengalaman buruk

Dah lima tahun berulang, aku dah tempuhi macam macam perkara. Dah sinonim dalam diri, setiap hari Isnin mesti akan jammed diawal pagi dan setiap petang Jumaat mesti akan jammed gila gila. Tambahan, trafik akan jadi sangat sibuk bila pagi atau malamnya hujan. Biasalah.

Selalunya, kalau ada satu kes kemalangan kat jalan masuk, tengah dan hujung Jambatan pasti akan sesak gila. Dah jadi budaya, bila ada kemalangan yang sesaknya bukan sebab halang jalan tapi masing masing nak tengok kejadian dengan memperlahankan kereta masing masing.

Pengalaman yang tak boleh aku lupa, bila naik motor untuk balik rumah diatas Jambatan, angin ribut serta petir sabung menyabung. Langit masa tu dah jadi gelap gelita, dalam hati hanya berdoa supaya semoga selamat sampai rumah. Angin kuat sangat macam nak terbang, tapi aku perlahankan kenderaan dan bawa dilorong tengah diapit oleh kereta kiri dan kanan.

Pengalaman yang sangat berharga

Apa apa pun, setelah lima tahun aku berulang Seberang - Pulau, lepas kahwin aku buat keputusan untuk terus tinggal di Pulau. Rasanya, dah cukup kot pengalaman dan "tekanan" yang aku dapat sepanjang lima tahun lepas. Sebenarnya, tak nak susahkan isteri untuk dia berulang alik. Cukuplah aku sahaja yang susah berulang daripada nak libatkan dia. Sebab tu aku buat pengiraan dan perancangan, lebih baik tinggal di Pulau untuk elakkan semua komplikasi dijalanan.

Sunday, July 26, 2015

Salam Aidilfitri 1436H 2015M

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu, Alhamdulillah diucapkan kehadirat Ilahi kerana memberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadan Almubarak dan seterusnya dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 1436H. Tak cukup rasanya bila bersama dengan bulan Ramadan, bulan yang ditunggu - tunggu oleh semua umat Islam untuk beribadat kepadaNYA. Bukan semua orang berpeluang untuk menemui bulan yang sangat barakah ni.

Wednesday, July 01, 2015

Kalau bagi peluang .....

Salam,

Pejam celik pejam celik dah sebulan lebih aku bergelar "suami" orang. Ya, lepas beberapa bulan je merasa jadi "tunangan" orang, aku terus rasa tak sabar nak upgrade status tu jadi yang halal. Bukan mudah untuk lalui semua ni, yang pasti apa yang aku rasa semua orang melalui cabaran dan laluan yang sama, cuma laluanya berliku mudah atau sukar.

Sunday, June 21, 2015

Bila terlalu bebas berbicara ....

Salam,

Sekarang ni semua orang mampu mempunyai telefon pintar dan langganan data. So, apa yang aku tengok kebanyakkan orang juga memiliki akaun di laman sosial dan juga sangat aktif menyampaikan dan berkongsi maklumat

Thursday, June 18, 2015

Ramadhan 1436H / 2015

Salam,

Hari ni, bermulalah puasa Ramadhan untuk kita umat Islam di Malaysia.

Kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan dan kenalan, semoga Ramadhan tahun ini dapat memberikan 1001 hikmah kepada diri kita. Marilah kita sama - sama perbanyakkan amalan kerana bukan senang untuk dapat pahala bonus macam ni.

Luthfi
2015-06-18
Bayan Lepas

Monday, June 15, 2015

Majlis Tilawah & Menghafaz AL-QURAN Peringkat Antarabangsa ke-57

Salam,

Keputusan Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa 1436H/2015M
Tilawah - Qari
1. 91.75% Iran
2. 91.38% Malaysia
3. 90.97% Filipina
4. 90.10% Brunei
5. 87.55% Algeria

Tilawah - Qariah
1. 91.55% Indonesia
2. 88.36% Filipina
3. 86.97% Malaysia
4. 86.47% Brunei
5. 80.13% Thailand
Hafazan - Hafiz - 30Juz
1. 97.63% Qatar
2. 96.26% Kuwait
3. 92.75% Tunisia
Hafazan - Hafizah - 30Juz
1. 89.50% Malaysia
2. 89.38% Mauritania
3. 88.25% Tunisia

Sedutan Majlis Tilawah & Menghafaz AL-QURAN Peringkat Antarabangsa ke-57 dari akaun Youtube JAKIM :

Pembukaan : 

Hari Kedua

Hari Ketiga

Hari Keempat

Hari Kelima

Hari Keenam, Penutup dan Penyampaian Hadiah

Luthfi kata :

Walaupun Malaysia tak menang Qari dan Qariah, tapi mutu pertandingan kali ini sangat sangat tinggi dan kagum dengan bacaan semua Qari, Qariah, Hafiz dan Hafizah yang bertanding!!

Friday, June 05, 2015

Tuesday, June 02, 2015

Luthfi dah kahwin!

Alhamdulillah, tanggal 16 Mei 2015 secara rasminya aku dah tinggalkan zaman bujangku. Akad Nikah yang berlangsung pada jam 11 pagi di Paka, Terengganu telah menanggungjawabkan aku untuk menjaga isteri aku selamanya. Bukan senang nak buat keputusan untuk berkahwin, tapi itulah dikatakan oleh Allah dalam surah An Nuur ayat ke 32.
“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui"

Allah tak pernah halang dan bantutkan apa yang kita niat, tapi aku percaya, jika aku niat untuk teruskan perhubungan dalam cara yang diberkati Allah, pasti DIA akan mudahkan dan tunjukkan jalan kepada aku untuk terus ke alam perkahwinan.

Tunang

Pada hari Jumaat, 20hb Febuari aku dan keluarga ke negeri Terengganu untuk majlis pertunangan aku dengan "awek" aku masa tu. Yelah, memang tak rancang pun nak bertunang sebab aku tahu buat banyak banyak majlis ni perlukan banyak perancangan, masa dan duit. Tapi bila dah berbincang dengan keluarga, walaupun bertunang ni hanya "adat" kita orang Melayu aku teruskan juga sebab ini lah satu satunya cara untuk dekatkan kedua - dua belah keluarga. Aku dan dia memang dah kenal lama, kalau tak bertunang macam mana nak rancang dan bersua muka.

Sebelum tunang, aku dah jelaskan berapa lama tempoh pertunangan sebab banyak orang kata masa dok jadi tunangan orang ni la banyak betul cabaran yang melanda. Aku bergelar tunangan orang lebih kurang 2 bulan saja. Hehe

Apa yang aku akan kenang saat - saat pertunangan aku hari tu, memang saja Allah nak duga hambanya. Elok je rancang tarikh pertunangan, syarikat minta aku untuk ke luar negara untuk urusan perniagaan. Alhamdulillah, majlis tetap berlangsung seperti yang dipinta tapi, elok je saya jejak kaki ke tanah air, esoknya saya terus ke Terengganu untuk bertunang.

Kalau aku tahu

Betul orang tua tua kata, elok kalah menikah cepat - cepat, dalam agama pun galakkan untuk berkahwin, nak mengelakkan buat maksiat bila berdua duaan tanpa sebarang ikatan yang sah. Kalau aku ada kesedaran dan "berakal" time tu, awal - awal lagi aku nak kahwin awal.

Yelah, lepas kahwin ni memang hidup rasa lain sangat. Aku tak nak tulis panjang - panjang, tapi kalau nak tahu kahwin la cepat cepat. Tak perlu nak tangguh lama lama hubungan dengan si dia tu, mulakan niat untuk "halal"kan dan InsyaAllah, Allah akan tunjukkan jalannya sama ada senang atau susah, kena terpaksa lah lalunya untuk si dia kan?

Berubah

Bila dah ada tanggungan, aku dah tak boleh fikir pasal diri aku sendiri saja. Aku dah kena jaga isteri dan jalankan tanggungjawab yang telah diletakkan masa aku akad dan lafaz taklik pada hari tu. Sekarang ni masih baru, masih lagi dalam mood "honeymoon" tapi aku sedar dari detik pertama bergelar suami, hidup ni tak selalunya indah, tapi indahnya bila berlayar bersama..

Luthfi,
Guar Perahu
31.05.2015

Wednesday, May 13, 2015

Thursday, April 23, 2015

Hilangnya semangat untuk berblogging

Salam,

Sebelum hadirnya media sosial yang pantas dan berpengaruh, blog merupakan salah satu medium untuk berinteraksi antara satu sama lain, menyampaikan maklumat dan juga berkarya. Ada banyak benda yang boleh dilakukan di platform blog yang mana sangat menarik tapi, momentum blogging dah makin lama makin berkurangan (ke aku je yang rasa macam tu?)

Dengan adanya platform yang mudah, pantas dan ringkas seperti Facebook, Twitter? dan juga Instagram untuk dua tiga tahun kebelakangan ni, aku rasa fokus aku pada blog sangat merudum, buktinya boleh lihat dengan ketara bilangan posting yang aku tulis berbanding hampir lima tahun lepas, rindu berblogging dan kembalinya aku ke platform blogger ber-domain-kan Luthfi.MY.

Aku nak senaraikan punca kenapa aku tak boleh nak berblogging!

1. Faktor masa

Sebenarnya, faktor masa tak boleh dikatakan punca aku tak boleh nak berblogging macam dulu. Kalau nak dibandingkan dengan masa student dulu, masa tengah bekerja ni aku ada banyak masa free yang mana aku tak perlu nak struggle untuk belajar dan fokus pada perkara yang penting.

Kalau nak kata aku sibuk sangat masa kerja, tak sangat sebab dalam masa yang sama aku boleh je update Instagram, Facebook dan kadang kala tweet kat Twitter. So, alasan “sibuk” tu bukan jadi penghalang. Mau dengan tak mau je.

2. Tak ada internet dan tak ada komputer

Alasan ni memang sangat tak boleh pakai. Lima tahun lepas, aku sanggup beli pass internet RM3 untuk setengah hari, aku sanggup pergi ke cyber cafe untuk berkarya di blog tapi kenapa bila aku dah ada segalanya masih tak boleh nak update blog?

So far, dua je alasan yang aku boleh senaraikan kat sini kenapa aku tak boleh nak berblogging macam dulu. Apa pun, satu perkara yang utama ialah “mau atau tak mau” itu je. Kalau mau, semua benda boleh buat walau sesukar mana sekalipun.

Aku kena ubah mentaliti, kurangkan buang masa di Instagram dan curahkan semua idea tu dalam bentuk penulisan yang lebih bagus. Dalam masa yang sama, aku nak optimize interface blog aku ni untuk jadi lebih menarik, seperti yang aku buat lima tahun lepas.

Bukan susah mana pun nak berblogging. Mau atau tidak.

Luthfi
2015-04-23
18:00

Hilangnya semangat untuk berblogging

Salam,

Sebelum hadirnya media sosial yang pantas dan berpengaruh, blog merupakan salah satu medium untuk berinteraksi antara satu sama lain, menyampaikan maklumat dan juga berkarya. Ada banyak benda yang boleh dilakukan di platform blog yang mana sangat menarik tapi, momentum blogging dah makin lama makin berkurangan (ke aku je yang rasa macam tu?)

Dengan adanya platform yang mudah, pantas dan ringkas seperti Facebook, Twitter? dan juga Instagram untuk dua tiga tahun kebelakangan ni, aku rasa fokus aku pada blog sangat merudum, buktinya boleh lihat dengan ketara bilangan posting yang aku tulis berbanding hampir lima tahun lepas, rindu berblogging dan kembalinya aku ke platform blogger ber-domain-kan Luthfi.MY.

Aku nak senaraikan punca kenapa aku tak boleh nak berblogging!

1. Faktor masa

Sebenarnya, faktor masa tak boleh dikatakan punca aku tak boleh nak berblogging macam dulu. Kalau nak dibandingkan dengan masa student dulu, masa tengah bekerja ni aku ada banyak masa free yang mana aku tak perlu nak struggle untuk belajar dan fokus pada perkara yang penting.

Kalau nak kata aku sibuk sangat masa kerja, tak sangat sebab dalam masa yang sama aku boleh je update Instagram, Facebook dan kadang kala tweet kat Twitter. So, alasan "sibuk" tu bukan jadi penghalang. Mau dengan tak mau je.

2. Tak ada internet dan tak ada komputer

Alasan ni memang sangat tak boleh pakai. Lima tahun lepas, aku sanggup beli pass internet RM3 untuk setengah hari, aku sanggup pergi ke cyber cafe untuk berkarya di blog tapi kenapa bila aku dah ada segalanya masih tak boleh nak update blog?

So far, dua je alasan yang aku boleh senaraikan kat sini kenapa aku tak boleh nak berblogging macam dulu. Apa pun, satu perkara yang utama ialah "mau atau tak mau" itu je. Kalau mau, semua benda boleh buat walau sesukar mana sekalipun.

Aku kena ubah mentaliti, kurangkan buang masa di Instagram dan curahkan semua idea tu dalam bentuk penulisan yang lebih bagus. Dalam masa yang sama, aku nak optimize interface blog aku ni untuk jadi lebih menarik, seperti yang aku buat lima tahun lepas.

Bukan susah mana pun nak berblogging. Mau atau tidak.

Luthfi
2015-04-23
18:00

Monday, April 20, 2015

Happy 1st Anniversary, LUTHFI.MY!

Salam,

Time had flies so fast! Actually, on 12th April its the first anniversary of my beloved blog, Luthfi.MY after back to Malaysian Blogspace and move to Blogger platform.

Look back at one year ago, not so many posting that I have write here.

I hope I can write and contribute more after this, including the most exciting event which will happen less than 30 days!

Regards,
Luthfi

2015-04-20
10:50 am

Saturday, April 11, 2015

Makan di Nada Lama, Hotel Equatorial, Bukit Jambul, Pulau Pinang!

Salam,

Aku nak kongsi pengalaman aku makan di sebuah restoran baharu di Hotel Equatorial, Penang yang baru je dibuka (err.. tak la baru sangat). Boleh dikatakan setiap tahun, lebih daripada dua kali aku makan dekat sini (tu pun makan cemei) dan bergantung kepada majlis yang berkaitan dengan kerja.

Apa pun aku pernah juga makan sini bersantai santai dengan cik tunang.

Okay, untuk restoran Nada Lama dah dua kali aku menjejakkan kaki kat sini. Bagi orang yang suka makan banyak boleh la cuba pergi makan kat sini. Hidangan di hotel ni adalah secara buffet.

Semalam aku pergi makan malam (dinner) package Weekend Surf and Turf BBQ Buffet Dinner, bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam. Not bad, ramai betul orang malam semalam.

Restoran Nada Lama, imej dari laman web rasmi Equatorial Penang

Makanan kat sini berkonsepkan pelbagai variasi, apa yang hang nak makan semua ada! Dari makanan Melayu, Cina, Inda dan juga makanan barat. Apa yang aku sangat tertarik dengan Nada Lama ni adalah konsep dekorasi dan suasana tempat makan yang sangat ekslusif! Paling menarik, BBQ corner yang ada pelbagai jenis daging, dan makanan laut yang sangat segar!

Lapik Meja | Nada Lama | EQ Hotel | Penang
Bukit Makanan Laut Segar | Nada Lama | EQ Hotel | Penang

BBQ | Nada Lama | EQ Hotel | Penang

Pemanis Mulut | Nada Lama | EQ Hotel | Penang

Ikhlas,
Luthfi

Sabtu, 11 April 2015
10:20 pagi

Thursday, April 02, 2015

Serangan di Yaman : Siapa sebenarnya Syiah Houthi?

Diambil dari laman blog Detik Islam :

Arab Saudi dan gabungan negara-negara Teluk melancarkan serangan untuk menggempur pemberontak Syiah Houthi di Yaman. Tidak main-main, Arab Saudi mengerahkan 100 pesawat pejuang dan 150 ribu pasukan. Sedangkan UAE, Kuwait, Bahrain, Qatar, Jordan, Maghribi dan Sudan masing-masing mengerahkan 30, 15, 15, 15, 1, 6, 6, dan 3 pesawat pejuang.

Siapa sebenarnya Syiah Houthi dan bagaimana kekuatannya sehingga dikerahkan begitu banyak pasukan untuk menggempurnya?

Syiah Houthi adalah kumpulan militan Syiah Zaidi yang beroperasi di Yaman. Syiah Zaidi merupakan salah satu cabang dari Syiah Imamiyah Iran. Walaupun bukan majoriti, Syiah Zaidi pernah berkuasa di Yaman hingga tahun 1962.

Dari data Aljazeera, syiah Houthi pertama kali melancarkan pemberontakan pada tahun 2004 di Saada. Mereka beralasan, tujuan pemberontakan waktu itu adalah menamatkan marginalisasi politik dan ekonomi di Yaman Utara. Namun ditegaskan, tujuan utama pemberontakan mereka adalah untuk mengembalikan kekuatan Syiah yang pernah memerintah Yaman selama hampir 1000 tahun.

Dalam propagandanya, Syiah Houthi mendakwa berjuang agar semua warga Yaman memperoleh haknya. Mereka berkata, penduduk Yaman baik di Utara dan Selatan sedang ditindas oleh penguasa sekular.

Syiah Houthi mengambil bahagian dalam pemberontakan pada tahun 2011. Itulah momentum paling menguntungkan bagi Syiah Houthi. Mereka yang minoriti boleh bergabung dengan arus utama rakyat Yaman dalam menggulingkan Presiden Ali Abdullah Saleh dan kemudian memperoleh penerimaan politik di Yaman. Tapi mereka segera memisahkan diri dari sisa kekuatan politik yang menggulingkan Presiden Ali Abdullah Saleh. Mereka kembali melakukan aksi tentera dan dalam enam bulan terakhir telah menguasai San'aa dan sejumlah wilayah Yaman.

Kekuatan Syiah Houthi meningkat drastik sejak Oktober 2013. Wartawan Aljazeera mencatat, tiba-tiba mereka mempunyai senjata-senjata baru yang jauh lebih canggih dari sebelumnya. Mereka mampu mengalahkan dan mengusir ribuan orang non-Syiah di bandar Dammaj. Pada bulan Januari 2014, militan Houthi melakukan serangan lebih jauh ke selatan dan berjaya mengalahkan salah satu formasi suku utama, Persekutuan Hashid, sebelum mencapai Arhab, dan suku lain yang hanya tinggal berjarak 50km dari San'aa.

Apakah senjata-senjata itu dari Iran? Mungkin saja. Sebab peranan Iran juga terlihat dalam menghadapi Arab Saudi dan gabungan Teluk ini. Iran telah memberi amaran kepada mereka menghentikan serangan atas Syiah Houthi di Yaman, walaupun Syiah Houthi sendiri mendakwa tidak akan meminta bantuan Iran.

Thursday, March 26, 2015

GST : Apa Luthfi kata?

Salam,

Topik GST merupakan satu topik yang agak panas yang menjadi satu topik bualan rakyat Malaysia untuk beberapa minggu ni. Mana tidak, semua benda yang berkaitan dengan duit dan bayaran lebih mesti akan jadi rungutan semua pihak termasuk diri aku sendiri.

GST bermaksud Goverment Service Tax yang akan dijalankan pada 1 hb April 2015, akan dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan tertentu sebanyak 6%. Kerajaan kata dengan GST ni akan menurunkan harga barang dan perkidmatan yang selama ni dikenakan cas sebanyak 11%.

Untuk kerajaan, GST ni bagus sebab boleh trace segala pendapatan peniaga dan juga boleh ambil balik semua cukai yang sepatutnya hak kerajaan.

Tak faham

Bagi pendapat aku, bukan semua orang paham 100% akan konsep GST.

Apa yang aku paham, pengeluar kena bayar 6%, pemborong 6% dan peniaga 6% kemudian pengguna pun kena bayar harga termasuk cukai 6%. Tapi, pengeluar, pemborong dan peniaga boleh ambil balik duit 6% tu daripada kerajaan. Pengguna? Yilekkkk, tak boleh nak claim.

Bila tak faham, tak ada ilmu mula lah nak marah itu ini salah itu ini padahal dia tak faham konsep GST tu yang sebenarnya. Bagi aku, sampai sekarang ni kempen GST oleh kerajaan tak begitu efektif dan tak sampai kepada masyarakat. Sepatutnya, media kerajaan ni kena agresif sampaikan maklumat. Buat masa ni tak berjaya.

Ambil kesempatan

Semua angka dan claim oleh pihak kerajaan tidak dipercayai oleh rakyat terutamanya pengguna. Bagi aku, GST lebih disukai oleh para pemborong dan peniaga. Sebab? Haaaa, masa ni la ramai diantara mereka boleh ambil kesempatan untuk menaikkan harga barang disebabkan GST.

Baru ni aku ke kedai emas, saja lah sembang dengan peniaga emas tu. Dia cakap, lepas GST dilaksanakan, harga upah akan naik RM100 manakala harga emas akan naik 6%. So, selain daripada naik 6%, dia kena naikkan lagi harga upah RM100. Bermakna, RM100 + 6% dah berapa banyak harga tu naik.

Nampak sangat peniaga saja nak naikkan naikkan harga untuk mendapatkan untung lebih.

Mau tak mau terpaksa

Sebagai seorang rakyat Malaysia, mau ke tak mau terpaksa juga setuju dengan GST ni. Baik untuk masa depan negara tapi kerajaan kena telus untuk sampaikan maklumat kepada rakyat kemana semua duit cukai ni digunakan.

Aku harap selain ada sistem yang bagus, kerajaan kena jalankan perlaksanaan undang undang dengan lebih baik. Pengalaman aku dinegara luar terutamanya di eropah, IVA (di Itali) dan VAT (di Jerman) lebih tinggi berbanding di negara kita.

Kalau kat Jerman walaupun dah ada VAT harga barangan depa jauh lebih murah. Aku harap satu hari nanti kita pun boleh jadi macam tu…

Luthfi
26 hb Mac 2015
14:00

Kalau kat Jerman walaupun dah ada VAT harga barangan depa jauh lebih murah. Aku harap satu hari nanti kita pun boleh jadi macam tu...

Luthfi
26 hb Mac 2015
14:00

Friday, March 13, 2015

Proses dan Prosedur Perkahwinan di negeri Pulau Pinang

Salam,

Aku nak kongsi beberapa proses dan prosedur untuk berkahwin di negeri Pulau Pinang. Peraturan ni mungkin berlainan daripada negeri lain (bergantung kepada Majlis Agama Islam Negeri) masing masing.

Apa yang aku nak kongsi kat sini berkaitan dengan prosedur yang aku telah baca di laman blog kawan aku, si @Speedrider lebih kurang 2-3 tahun yang lepas. Dah la dia tulis macam mana prosedur nak kahwin tu, aku siap komen lagi tapi dia tak jemput pun aku pergi kenduri rumah dia. Takpa, takpa.

Kali ni giliran aku nak share pulak apa yang aku lalui sepanjang permohonan nak kahwin ni.

Urusan dia macam ni :

1) Ambil borang di Pejabat Agama 

Oleh kerana aku tinggal di Seberang Perai Tengah, apa apa urusan perkahwinan kena rujuk ke Pejabat Agama Bukit Mertajam (sebelah The Summit BM). Dekat borang tu ada cop diambil dari pejabat agama mana. So, aku sarankan lebih baik ke pejabat tempat hampa tu. Lagi senang. Apa apa semua boleh tanya kat sana.

Borang untuk berkahwin adalah percuma.

2) Lengkapkan Borang Permohonan untuk berkahwin

Borang untuk kahwin Lelaki dan Perempuan berbeza ok. Oleh kerana aku lelaki, dekat borang permohonan kahwin tu ada pengistiharan status diri sama ada bujang, beristeri, duda dan sebagainya. Kat situ sangat penting untuk menentukan aku betul betul tak berkahwin, dan perlu pengesahan dua orang saksi.

Bagi borang untuk berkahwin di Pulau Pinang, kena betul betul penduduk negeri ni ataupun pengesahan daripada qariah jika tinggal lebih dari 3 bulan. Untuk aku, memang ada alamat Pulau Pinang di kad pengenalan senang saja lah. Aku hanya perlu dua orang saksi untuk mengesahkan permohonan kahwin aku.

Oleh kerana aku ada cable besaq punya, aku dapatkan sokongan daripada Bilal dan Imam masjid di qariah tempat tinggal aku. Senang. Cepat. Mudah. Kalau hampa tak pernah nak pergi masjid ke apa ke, baik gunakan khidmat orang tua (bapa) sebab kita kan orang muda yang tak dok kat rumah, selalu merantau untuk mencari rezeki. Kan kan?

Lepas siap isi tu, kena lampiran beberapa dokumen yang diperlukan seperti :

  1. Kad pengenalan lelaki dan perempuan
  2. Sijil Kursus kahwin
  3. Keputusan Ujian HIV 
Untuk makluman, semua salinan diatas perlu pengesahan daripada orang yang berkelayakkan ya. Jangan pergi bawa salinan saja tanpa pengesahan. Nanti kena tolak pula permohonan kahwin tu. Bagi pemohon perempuan ada beberapa lagi dokumen yang perlu dibawa.

3) Temuduga Perkahwinan

Lepas siap, bawa je borang yang lengkap bersama salinan dan yang asal ke Pejabat Agama. Bayar RM5.00 untuk yuran pemprosesan (mungkin?) dan lepas bayar anda kena pi temuduga dengan Penolong Pendaftar.

Bab ni la orang laki paling takut. Yela, takut kantoi. Kih kih kih, alhamdulillah temuduga kahwin aku sangat sangat lancar dan cepat. Aku tunggu puya lama tapi temuduga sat ja. Nak tahu apa dia soalan yang akan ditanya? Klik sini.

Dengan pantas je Penolong Pendaftar tu ambil borang aku, cop dan sign. "LULUS TEMUDUGA & DISOKONG". Senyum lebar je aku turun kebawah jumpa kerani tu.

4) Ambil borang / surat kebenaran kahwin

Lepas je habis temuduga, bagi balik borang tadi dengan pengesahan daripada Penolong Pendaftar ke kaunter. Depa akan bagi tarikh bila surat kebenaran kahwin tu. Ingat, di Pejabat Agama Bukit Mertajam depa perlu 7 hari waktu bekerja untuk dapat borang dan surat kebenaran kahwin tu. Tempat lain aku tak tahu.

Untuk aku, bagi orang lelaki kena  bawa borang ni ke Pejabat Agama tempat si pengantin perempuan pula. Hmmm, macam aku kena bawa balik ke Terengganulah.

Kesimpulan :

Bagi pendapat aku, segala prosedur dan proses perkahwinan bagi orang Islam ni wajar dipermudahkan tapi jangan skip apa yang telah pun ditetapkan. Proses bagi belah pihak lelaki ni ambil masa yang banyak. Sebab tu lah aku nak cadang dan nasihatkan kat kawan kawan yang nak kahwin tu (terutamanya lelaki) kena sedia mental dan fizikal.

Kena rancang segala cuti dan persiapan untuk permohonan ni. Bagi aku, masalah masa je bagi semua prosedur ni sebab dari satu proses ke proses yang lain tu ambil masa dan tekanan. Ujian HIV tu kena buat awal, kalau boleh elakkan last minit walaupun pejabat agama boleh submit seminggu sebelum menikah.

Okey, ni saja yang aku nak kongsi pengalaman permohonan kahwin untuk kali pertama ni. Opssss!

Ikhlas,
Luthfi

13 Mac 2015
11:54 pagi

Wednesday, March 04, 2015

Soalan dan jawapan bagi temuduga perkahwinan

Salam,

Kat sini aku nak kongsi beberapa soalan dan jawapan bagi panduan kita bersama khas bagi bakal pengantin :)

1) ISTIGHFAR

2) MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

Makna: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku 
              bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

3) SELAWAT KE ATAS NABI

4) MEMBACA FATIHAH

5) RUKUN ISLAM

    - mengucap dua kalimah syahadah

    - mendirikan solat

    - berpuasa di bulan Ramadan

    - menunaikan zakat

    - mengerjakan haji bagi yang mampu

6) RUKUN IMAN

      - beriman kepada Allah

     - beriman kepada para malaikat

     - beriman dengan kitab-kitab suci

     - beriman dengan para Rasul

     - beriman dengan Hari Akhirat

     - beriman dengan Qada’ dan Qadar

7) SEBAB-SEBAB BERHADAS BESAR
     
     - bersetubuh sama ada keluar air mani atau tidak

    - keluar air mani sama ada dengan sengaja atau tidak

    - meninggal dunia kecuali mati syahid

    - setelah habis haid

    - nifas iaitu  darah yang keluar setelah melahirkan anak

8) LARANGAN KETIKA BERHADAS BESAR

     - mendirikan solat

    - mengerjakan haji

    - duduk di dalam masjid

    - menyentuh dan membaca Al-Quran

9) LAFAZ NIAT DAN CARA MANDI HADAS

cara mandi hadas:-
  - niat

  - menghilangkan kotoran dan najis pada badan

  - meratakan air ke seluruh badan

10) BAHAGIAN- BAHAGIAN AIR

                  AIR MUTANAJIS
       
                              - air sedikit yang dicemari dengan najis

                              - tidak harus digunakan

                              - suci tetapi tidak boleh guna untuk menyucikan benda lain.

                   AIR  MUTLAK

                              - ia suci lagi menyucikan 

                              - terdiri dari segala air yang turun dari langit dan 
                             
                                keluar dari bumi. Harus digunakan untuk makan dan
                                
                                minum,  boleh guna untuk menghilangkan najis serta
                               
                                hadas.

                                contoh air mutlak:-
                                                           1)  hujan
                                                           2)  embun
                                                           3)  sungai
                                                           4)  laut
                                                           5)  mata air 
                                                           6)  perigi
                                                           7)  salji

                AIR MUSYAMMAS

                              - suci tetapi makruh digunakan

                               - boleh menyucikan benda-benda lain

                                 contohnya:- air dalam bekas dan terdedah pada                 
                                                   sinaran matahari

                AIR MUSTA'MAL

                               - air yang suci tetapi tidak menyucikan

                                      - 
air yang sedikit (kurang dari dua kolah dlm kiraan 

                                  liter = 270 liter) telah     
         
                                  digunakan dalam basuhan fardu

                                  daripada hadas iaitu basuhan pertama.

                                - harus digunakan selagi tidak berubah disebabkan
                                  
                                  kemasukan najis didalamnya.

11) BAHAGIAN-BAHAGIAN NAJIS DAN CARA BERSUCI

       - najis mukhaffafah (najis ringan)

          seperti air kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan selain
          daripada susu ibu. Untuk mensuci memadai hanya percikkan air atas
          benda yang terkena air kencing itu meskipun air itu tidak mengalir. 
          Bagi kencing kanak-kanak perempuan yang belum makan selain      
          daripada susu ibu hendaklah basuh sampai mengalir air di atas benda
          yang kena najis dan hilang zat dan sifat-sifatnya sebagaimana 
          menyucikan kencing orang dewasa.

       - najis mutawasittah  (najis pertengahan)
          
           najis ini ialah najis yang lain selain najis mukhaffah dan najis 

           mughallazah Menurut Buku Indahnya Hidup Bersyariat, karya Datuk 
           Ismail Kamus, antara contoh najis mutawassitah adalah darah,
           nanah, muntah, tahi, air kencing, air wadi, air mazi dan     
           seumpamanya. 
            
           Cara menyucikan najis mutawassitah hendaklah dicuci dengan air 
           mutlak dengan menghilangkan tiga perkara iaitu ainnya (zat atau  
           warna), baunya dan rasanya. Ketiga-tiga ini hendaklah dihilangkan 
           dengan bersungguh-sungguh tetapi sekiranya diusahakan tetapi 
           tidak hilang, maka tidaklah diwajibkan meneruskannya
           lagi kerana  Allah SWT tidak memberatkan seseorang melainkan
           sekadar yang termampu olehnya
                  
       - najis mughallazah  (najis berat)

             najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang 
           terjadi daripadanya.

           Cara menyucikannya:
                               - bersihkan bahagian yang terkena najis.

                               - basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti
                                 menggunakan tanah bersih yang dicampurkan
                                 dengan air.                                 

                               - gunakan air mutlak untuk basuhan seterusnya 
                                 (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan
                                 rasa.
              
12) RUKUN WUDHUK DAN PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHUK

      - Niat - Niat wudhuk ((   نويت رفع الحدث ا لاصغر لله تعا لى   ))
                    
               - ertinya:- sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala

      - membasuh muka

      - membasuh dua tangn sampai ke siku
    
      - menyapu sebahagian daripada kepala dengan air

      - membasuh dua kaki sampai ke dua buku lali

      - tertib

      PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHUK
                 
                 1- Telah keluar sesuatu dari dubur dan kubul walaupun angin.

                 2- Tertidur kecuali jika tidur itu duduk dengan tetap (tidak 
                     beralih pungung)

                 3- Jika telah hilang ingatan disebabkan mabuk,gila,pengsan dan
                     sebagainya.

                 4- Jika telah bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan yang 
                     sudah cukup umur dan yang halal nikah.

                        5- Jika bersentuh tapak tangan atau jari dengan kemaluan 
                     atau dubur.

13) SOLAT dan RUKUN

          1- Niat

          2- Takbiratul Ihram

          3- Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi
              yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan  sebagainya boleh
              melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau 
              dengan isyarat.

          4- Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.

          5- Rukuk dengan toma`ninah.

          6- I`tidal dengan toma`ninah

          7- Sujud dua kali dengan toma`ninah

          8- Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah

          9- Duduk tasyahud/tahiyyat akhir dengan toma`ninah

          10- Membaca tasyahud akhir

          11- Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir

          12- Membaca salam yang pertama

          13- Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun
                tersebut.

14) RUKUN NIKAH dan PERKARA YANG BERKAITAN

            1. Pengantin lelaki

                Pengantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, 
                tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa         
                kahwin, tidak  beristeri lebih dari 4 orang, 
                lelaki yang tertentu dan perempuan  
                yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.

            2. Pengantin perempuan
                
                Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada
                dalam ihram haji atau umrah,  bukan isteri 
                kepada seseorang, tidak  berada dalam iddah dan
                perempuan yang tertentu.

             3. Akad (Ijab & Qabul)

                Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah  
                lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak  
                diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau  
                kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan  
                diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. 
                Hendaklah bersamaan  maksud antara lafaz ijab dan qabul. 
                Lafaz ijab dan qabul tidak   dikaitkan dengan sesuatu perkara 
                serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi
                perkahwinan itu.  
          
             4. Wali
                 
                 Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal,  
                 merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak  
                 dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan  
                 seorang lelaki yang fasik.

              5. Dua orang saksi

                 Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh,  
                 berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan   
                 melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami  
                 bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak  
                 terkena atasnya menjadi wali.

15) TANGGUNGJAWAB SUAMI,ISTERI DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

             Tanggungjawab suami
  
                  1menyediakan mahar untuk isteri

               2- menyediakan tempat tinggal

               3- memberi nafkah, makan dan minum, pakaian

               4- memberi nafkah batin

               5- adil kepada isteri-isteri jika berpoligami

               6- memberi didikan agama

           Tanggungjawab isteri

                   1- mentaati suami dalam semua perkara selagi tidak
                    mendatangi kemungkaran

                2- memelihara kehormatan diri dan maruah suami
          
                3- memelihara harta suami, menguruskan rumahtangga 

                4- tidak keluar rumah tanpa izin suami

                5-  menghias diri untuk suami

                6- melayan suami dengan baik

           Tanggungjawab bersama

                 Tanggungjawab bersama bermaksud kewajipan yang perlu  
                dilaksanakan oleh kedua belah pihak secara bersama dalam  
                usaha mewujudkan sebuah ikatan suami isteri yang kukuh dan  
                padu. Tanggungjawab tersebut adalah sebagaimana berikut:

                    1- Pergaulan yang baik
                    
                     Suami isteri mestilah mempunyai hubungan dan pergaulan
                     yang baik dan harmonis mengikut landasan yang diredhai 
                     Allah. Jangan sekali-kali mengeluarkan perkataan yang kesat 
                     serta perkataan yang boleh menyakiti hati pasangan 
                     walaupun dengan hanya tujuan untuk bergurau.                    

                    2- Amanah
                   
                     Amanah memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya di  
                     dalam perhubungan suami isteri. Sifat amanah ditanamkan di  
                     dalam diri masing-masing dan jangan sesekali melakukan 
                     sebarang pengkhianatan dan ada niat jahat di dalam
                     pergaulan   harian suami isteri dari sekecil-kecil perkara 
                     sehingga kepada  sebesar-besar perkara.                     

                    3- Saling kasih mengasihi

                     Perasaan kasih sayang yang suci dan ikhlas perlu ada di 
                     dalam  perhubungan di antara suami isteri.
                     Ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri
                     dan perasaan ini ditambah lagi dengan sikap timbangrasa,
                     dan perkara ini juga jika diamalkan sudah pastinya 
                     keharmonian dalam  rumahtangga akan terpancar.                    

                   4- Saling percaya mempercayai

                    Sikap saling percaya mempercayai di antara suami isteri
                    adalah  perlu bagi mengekalkan keharmonian
                    di dalam hidup berumahtangga. Tanpa sikap ini pasangan
                    akan terdedah  kepada prasangka buruk yang boleh
                    menjejaskan keharmonian  di dalam berumahtangga dan
                    boleh meretakkan hubungan   suami isteri. Suami isteri juga
                    tidak perlu meragui keikhlasan   dan kebenaran pasangan 
                    masing-masing sekiranya tidak ada   tanda-tanda 
                    penyelewengan dilakukan oleh mana-mana pihak                 

                  5- Faham memahami

                    Sikap saling faham memahami di antara satu sama lain adalah  
                    sikap yang perlu ada pada diri setiap pasangan suami isteri.  
                    Dengan adanya sikap ini secara tidak langsung akan menambah
                    dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang suami isteri.  
                    Segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan  
                    baik dan sempurna sekiranya sikap ini diamalkan dengan ikhlas.

                  6- Saling tolong menolong

                    Islam tidak memberatkan kerja-kerja harian rumahtangga  
                    seperti memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah,  
                    menjaga anak dan sebagainya untuk dipikul oleh isteri semata- 
                    mata. Sebaliknya kerja-kerja tersebut sebenarnya adalah  
                    tanggungjawab bersama di antara suami isteri. Sekiranya 
                    sikap   tolong menolong ini diamalkan oleh  suami isteri 
                    diyakini akan   terlahirlah sebuah keluarga yang 
                    harmoni dan tenteram.

                  7- Memenuhi keperluan seksual
            
                    Di antara tanggungjawab bersama yang perlu disempurnakan  
                    oleh pasangan suami isteri adalah menyempurnakan keperluan  
                    seksual masing-masing. Ramai pasangan suami isteri yang  
                    enggan berbincang mengenai hubungan seks mereka dengan  
                    pasangan. Mereka beranggapan bahawa perkara tersebut 
                    adalah terlalu rahsia dan sulit untuk dibincangkan. 
                    Pendapat serta pandangan ini ternyata salah dan ianya lari 
                    dari  matlamat sebenar perkahwinan sebagaimana
                    yang dianjurkan syarak.                                

                    Islam amat memandang serius perkara ini serta beranggapan  
                    bahawa perhubungan seksual ini adalah merupakan 
                    sebahagian  kehidupan perkahwinan yang harus dibina
                    bersama oleh suami  dan isteri demi keharmonian
                    rumahtangga. Manakala untuk   membinanya suami isteri
                    harus menyedari bahawa hubungan  seksual harmoni 
                    memerlukan kepada proses pembelajaran.  

                    Tanggungjawab untuk belajar ini bukan terletak sahaja
                    kepada suami malah suami isteri kedua-dua harus 
                    mengambil inisiatif untuk mempelajarinya.
                   
16) TANGGUNGJAWAB TERHADAP ANAK-ANAK

               - mendidik anak-anak terhadap akhlak yang baik

            - melayan anak-anak dengan kasih sayang

            - memberi nafkah makan dan minum, pakaian serta tempat tinggal

            - berlaku adil kepada setiap anak-anak. Keadilan hendaklah
              diratakan    kepada anak-anak.
              Sifat adil itu sangat hampir dengan takwa.  
              Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Bertakwalah kamu
              kepada  Allah dan berlaku adillah di antara anak-anak kamu.”
              (Hadis riwayat Muslim)

17) AURAT LELAKI DAN PEREMPUAN

              - aurat lelaki menurut hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut.

            - aurat perempuan  ialah seluruh anggota badannya kecuali
              wajah, tapak tangan dan tapak kaki.

18) WAKTU-WAKTU HARAM BERSETUBUH
  
               - dilarang bersetubuh  disiang hari pada bulan Ramadan

            - ketika isteri datang bulan/haid

            - ketika dalam ihram

            - ketika beriktikaf dalam masjid

19) TALAQ (maksud dan yang boleh rujuk dan tidak boleh rujuk)

         Pengertian Talaq

            - dari segi bahasa : melepaskan ikatan 

            - dari segi istilah   : melepaskan ikatan perkahwinan dengan 
                                        lafaz talaq dam seumpamanya oleh suami
                                        kepada isteri.

           Contoh lafaz talak:

              Talak sarih

               -  Lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti   

                  “Saya talak awak” atau “Saya ceraikan awak” atau “Saya        

                  lepaskan awak daripada menjadi isteri saya” dan sebagainya.

              Talak kinayah
                -  Lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti    
                   “Pergilah awak ke rumah mak awak” atau “Pergilah awak dari  
                    sini” atau “Saya benci melihat muka awak” dan sebagainya. 
                    
                   Namun, lafaz kinayah memerlukan niat suaminya iaitu jika  
                   berniat talak, maka jatuhlah talak tetapi jika tidak berniat        
                   talak, maka tidak berlaku talak.                     
                                 
                   Jenis talak boleh rujuk:

                   Talak raj’i
                     - Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada
                       isterinya.              
                       Suami boleh merujuk kembali isterinya ketika masih dalam  
                       idah. Jika tempoh idah telah tamat, maka suami tidak          
                       benarkan merujuk melainkan dengan akad nikah baru.

                   Jenis talak tidak boleh rujuk:

                   Talak bain
                    -  Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang 
                       ketiga kepada isterinya. Isterinya tidak boleh dirujuk           
                       kembali. Si suami hanya boleh merujuk setelah isterinya
                       berkahwin  lelaki lain, suami barunya menyetubuhinya,
                       setelah diceraikan  suami barunya dan telah habis idah
                       dengan suami barunya.

20) HAK - HAK SELEPAS PENCERAIAN
            
               - nafkah hanya diberi kepada isteri yang dicerai dengan 
               talak raj'i

            - isteri yang mengandung wajib mendapat nafkah sekalipun
              diceraikan  dengan talak ba'in