Tuesday, February 24, 2015

Setengah hari di bandar cinta Verona, Itali

Assalamualaikum
Baru baru ni aku berpeluang untuk melawat bandar Verona yang terletak di utara semenanjung Itali, lebih kurang 3 jam perjalanan dari Milan dan 45min dari bandar Venice.

Bandar Verona merupakan bandar ikon cinta selepas Venice, yang disebut sebagai bandar yang harus dilawati bagi pasangan yang berbulan madu. Bagi aku, setelah melawat kedua dua tempat “romantik” di eropah ni, aku lebih suka Verona kerana dua sebab.

Setengah hari di bandar cinta Verona, Itali

Assalamualaikum

Baru baru ni aku berpeluang untuk melawat bandar Verona yang terletak di utara semenanjung Itali, lebih kurang 3 jam perjalanan dari Milan dan 45min dari bandar Venice. 

Bandar Verona merupakan bandar ikon cinta selepas Venice, yang disebut sebagai bandar yang harus dilawati bagi pasangan yang berbulan madu. Bagi aku, setelah melawat kedua dua tempat "romantik" di eropah ni, aku lebih suka Verona kerana dua sebab. 

Apa benda dua sebab tu?

Pertama : Verona mempunyai banyak bangunan lama dan senibina bandar seolah olah Venice (kerana Verona dikuasai oleh kerajaan Venice satu masa dahulu) dan Verona tak ada banyak air serta jambatan yang menyerabutkan macam Venice. Kat sini yang aku paling suka adalah Arena di Verona. 

Sebuah stadium lama sejak zaman Roman lagi seolah olah Colleseum di Rom!

Harga asal tiket untuk masuk kedalam Arena di Verona ni ialah 10€ tapi masa kami datang sini semua muzium dan tempat pelancongan dikenakan sebanyak 1€ sahaja!! Dah jimat 9€ tu!

Aku tak lepaskan peluang untuk ronda sepuas-puasnya dalam stadium roman tu! Walaupun hujan renyai renyai, aku tetap berjaya melihat 360 darjah kawasan ni. Sungguh cantik. 

Berdiri berlatarbelakangkan Arena di Verona
Menunjuk sikit tiket masuk Teatro Romano atau Arena di Verona nih!
Yaaaaaaaaaaaaaaa saya sudah sampai!
Duduk kejap kat tempat duduk batu yang diperbuat daripada blok marmar yang besar dan sejuk
Sebab kedua aku suka bandar Verona ni ialah kepopularitiannya sebagai bandar romantik lagenda Romeo dan Juliet. Sebab keromantikan depa dua tu aku rasa banyak couple yang duduk kat sini dan dating. Perasaanya rasa macam kat Paris haritu. Menarik. 

Beranda Rumah Juliet
Pelancong yang datang berpusu - pusu. Terpaksa berhimpit - himpit dengan depa
Punyalah banyak orang yang berpusu pusu nak masu kedalam Muzium rumah si Juliet tu. Bagi aku tak payahla nak masuk dengan keadaan yang bersesak, ambik gambar sekeping dua sudah cukup sebagai ingatan dan tanda aku dah mai sini. 

Masa kami jalan balik ke tempat letak kereta, adalah ambik beberapa gambar disekitar Verona Centro

Market di tengah Verona Centro
Di pintu masuk kota Verona yang masih kukuh
Dan yang lawaknya kami tersesat masa nak cari tempat letak kereta sebab terlalu hanyak jalan. Walaubagaimanapun pengalaman sesat tu harus diberi keutamaan sebab dengan sesat tu la kami dapat tengok banyak benda baru dan terjumpa dengan Kubur Juliet atau disebut dalam bahasa Itali sebagai Tomba di Giuletta.

Kat sini terletaknya kubur Juliet, pelbagai arca zaman roman dan hiasan dalam rumah Juliet yang dipindahkan kesini. Tak sia sia mai sebab tiket pun 1€ juga. 

Walaupun trip kali ni sangat singkat, aku puas hati sebab dapat juga kesini. Alhamdulillah, rezeki dan dapat tambah pengalaman jalan jalan di bumi Itali. 

Sehingga berjumpa lagi ..

Luthfi
24.02.2015
1:30 PM

Sunday, February 22, 2015

Kali ke lima menjejakkan kaki di bumi Itali!

Suka aku nak kongsi pengalaman kali ke 5 aku menjejakkan kaki di bumi Itali. Alhamdulillah, Allah bagi aku peluang lagi untuk melihat keadaan muka bumi yang diciptaNYA. Kali ini adalah kali pertama aku ke Itali pada musim Sejuk. Sebelum ni, 4 kali yang lalu adalah pada musim Panas dan musim Luruh.

Musim sejuk ni pun sebenarnya dah hujung - hujung dan sepatutnya suhu cuaca disana dah makin "suam" dan salji pun dah mencair tapi pelik, salji masih ada dan cuaca masih sejuk!

Kali ni aku berdua dengan kawan sekerja, Shaik untuk misi yang mencabar. Aku suka betul trip kali ni sebab aku tak payah travel hari minggu sebab aku travel pun hari Selasa lepas! Kih kih kih

Syok rupanya travel time hari minggu ni sebab tak sesak macam biasa. Tapi ada ke airport yang tak sesak? Dah la kali ni aku naik Emirates, kat Dubai Airport tu muhong la tak sesak. So, bila sampai je kat Milan Airport, timing tak cun sebab time tu banyak sangat kapal terbang sampai dan aku tersekat kat passport control sebab long que. Hmm

Muslim salji di Itali

Masa sampai kat Airport Milan, cuaca masa tu sejuk dengan suhu serendah 4 deg C. Sejuk jugak tu sampai boleh keras hidung. Nasib baik la aku dah prepare awal sebelum travel, ada la bawak baju sejuk yang dah lama simpan. Last guna baju sejuk adalah pada tahun 2012 masa ke Jerman haritu. Huhu

Ingatkan dah tak ada chance untuk main salji, rupanya Allah bagi lagi kesempatan untuk aku main salji. Alhamdulillah, 4 musim di Itali dah CHECKED. Dah dapat rasa macam mana semua musim kat Itali ni. Huhu

Makan

Oleh kerana kali ni aku pi dengan kawan yang suka masak, so kami masak banyak kali la jugak sebab dah tak lalu nak makan makanan itali. Walaupun makan itali semua best - best, tapi aku rasa tak boleh nak blah kalau makan selalu.
Apa yang kami makan adalah NASIKKKKKK!

Tuesday, February 10, 2015

Keputusan Kes Liwat II : Anwar Ibrahim didapati bersalah

Dari Astro Awani :
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu. 2015-02-10

Dari BBC :

12.10pm: Peguam Sri Ram, yang mewakili Anwar, bangun minta penangguhan selama sejam untuk mendapat arahan lanjut daripada anak guamnya.
Mahkamah ditangguh sementara menunggu hukuman.
12.07pm: Hakim berkata terdapat bukti kukuh bahawa Saiful diliwat. Rayuan terhadap sabitan itu ditolak.
11.55am: Hakim berkata Anwar tidak mempertikaikan bahawa beliau berada di kondominium tempat kejadian didakwa berlaku dan dia juga tidak mempertikaikan keberadaan Saiful di situ.
 Hakim juga berkata “tiada merit” bagi dakwaan terdapat konspirasi politik dalam kes itu.
“Penafian semata-mata daripada Anwar tidak boleh diterima. (Dakwaan) konspirasi politik kekal tidak berasas,” katanya.

11.52am: Hakim sentuh dakwaan bahawa Saiful bertemu Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri, dan pegawai khasnya Khairul Anas.

11.50am: Hakim sentuh tentang saksi pembelaan lain.

Ini termasuk keterangan bekas pembantu Anwar yang lain, Najwan Halimi, yang terkejut mendapati Saiful, seorang penyokong BN, berkhidmat untuk ketua pembangkang.

11.45am: Ketika penghakiman dibacakan, di ruang maya ramai mula berspekulasi bahawa Anwar mungkin bersalah.
“Menuju ke arah pensabitan kes,” tulis ketua biro undang-undang PKR Latheefa Koya di Twitter.

11.43am: Hakim menyentuh soal alibi Anwar.
“Anwar mendakwa sampel itu diganggu dan menyalahkan media kerana membuat kenyataan prejudis.
“Dia juga mengkritik keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Saiful seorang saksi boleh dipercayai,” katanya.
Hakim ulang dakwaan konspirasi yang dibuat Anwar.
11.40am: Hakim berkata tiada ruang boleh berlaku kesalahan (inferiorly fallible) dalam keterangan ahli kimia.

11.31am: Lebih sejam Hakim Arifin membacakan penghakiman kes liwat Anwar. Seorang anak Anwar kelihatan menitiskan air mata.
11.27am: Anwar memandang kepada isterinya, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dua anggota polis berdiri kiri dan kanan kandang tertuduh tempat Anwar duduk.

11.25am: Hakim memutuskan bahawa tiada gangguan pada penjagaan sampel dan berkata pegawai penyiasat Jude Periera berhati-hati mengendalikannya.

Oleh itu beliau memutuskan sampel DNA Anwar tidak tercemar.
 11.08am: Hakim memutuskan bahawa barang-barang daripada lokap diperoleh secara sah dan menggelarkannya sebagai “bukti bebas”.
“Kami (panel) berpandangan bahawa tidak perlu menjalankan perbicaraan dalam perbicaraan (berhubung kebolehterimaan bukti daripada sel),” katanya.
11.05am: Bagi bahan bukti yang diperolehi dari lokap, ketua hakim menyimpulkan Anwar memang menggunakan barang-barang tersebut kerana sel itu sebelumnya kosong.

11.03am:  Hakim menyentuh pula keterangan ahli kimia Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon serta bagaimana hakim perbicaraan mempunyai cukup bukti yang saling mengukuhkan antara satu sama lain.
Katanya, kes prima facie berjaya dibuktikan dan Mahkamah Rayuan bersetuju dengannya.
“Saiful tidak bersekongkol dan tiada cukup bukti saling mengukuhkan untuk menyokong keterangan itu,” katanya.
11am: Hakim berkata dalam Akta Keterangan, pentahkikan tidak diperlukan. (Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan bahawa keterangan ahli kimia tidak mentahkikkan keterangan Saiful). Hakim berkata keterangan pengadu boleh dipercayai tanpa pentahkikan.

10.50am: Hakim Arifin membangkitkan keterangan mengenai pakaian berjenama Brioni. Bagi permaidani yang dirampas, beliau berkata ia bukanlah bukti yang sangat penting.

10.46am: Berkaitan keterangan terperinci Saiful, hakim berkata pengadu berpegang teguh kepada keterangannya walaupun selepas disoal balas mendalam. Ekoran itu, kata hakim, Mahkamah Rayuan memutuskan keterangannya diterima.

10.45am: Hakim membacakan pembelaan Anwar yang mempersoal tindakan Saiful membawa pelincir KY Jelly dan dakwaan doktor Pusrawi bahawa objek plastik menembusi duburnya.
Hakim berkata Saiful mendakwa berlaku hubungan seks dan pasukan pembelaan membangkitkan kenapa dia tidak lari.
10.43am: Hakim kini memberikan tumpuan pada isu kewibawaan keterangan Saiful.
10.42am: Hakim berkata pakar-pakar, yang memberi keterangan bagi pembelaan, sampel itu masih tidak tercemar, maka Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhujah bahawa wujud keraguan munasabah pada sampel tersebut.

10.39am: Hakim kini membacakan keterangan saksi pembelaan Prof David Wells dan Prof Brian Mcdonalds. Hakim berkata pakar bedah tulang belakang Dr Thomas Hoogland berpendapat bahawa Anwar tidak dapat melakukan aksi seks sebegitu kerana masalah belakang.
10.37am: Hakim berkata bahawa Anwar memberikan kenyataan daripada kandang tertuduh yang mendakwa terdapat konspirasi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mempersoal tindakan Saiful.

10.33am: Hakim berkata Anwar ditahan dan dibekalkan dengan tuala, berus gigi dan sebotol air mineral.
Barang itu diambil oleh polis pada hari berikutnya dan sampel daripadanya diserah kepada ibu pejabat polis Kuala Lumpur.
10.27am: Selepas membacakan bagaimana Saiful dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur, di mana sampel diambil.
Hakim Arifin berkata ahli kimia menemui sel sperma daripada calitan dubur bahagian tinggi dan rendah.
Beliau juga berkata dapatan awal bahawa tiada tanda-tanda tembusan.
10.24am: Keadaan di luar Istana Kehakiman ketika ini terkawal. Penyokong Anwar rata-rata duduk di kaki lima dan turut mendengar ceramah yang disampaikan oleh beberapa pemimpin PKR.
Pentas ceramah itu dibuat di atas kereta pacuan 4 roda Hilux yang dibawa ke perkarangan mahkamah.
Selain itu, penyokong juga diberi makanan percuma seperti buah oren dan karipap serta air minuman.
Terdapat juga peniaga yang tidak melepaskan peluang  menjual baju T kepada orang ramai.
Sementara itu, seorang orang kelainan upaya (OKU) Md Arof Majid, yang hadir ditemani isterinya berkata, beliau berharap supaya Anwar dibebaskan.
“Saya harap Anwar dibebaskan. Kerana dia membantu rakyat,” katanya.
10.20am: Hakim Arifin menceritakan kembali bagaimana Saiful tiba di kondominium, cara pelincir digunakan dan duburnya ditembusi.

Hakim berkata Saiful meletakkan jawatan selepas itu dan ditemani bapa saudaranya ke Hospital Pusrawi.

10.17am: Hakim Ariffin berkata, persetujuan tidak semestinya perlu untuk mensabitkan kesalahan.
Ariffin berkata Saiful berkhidmat sebagai sukarelawan dan pembantu peribadi kepada Anwar.

Saiful juga membantu Ibrahim Yaacob, ketua kakitangan pejabat Anwar, untuk menyusun jadual Anwar.
10.12am: Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria mula membacakan penghakimannya.

10.08am: Mahkamah mula bersidang seperti diumumkan pendaftar.

9.56am: Seorang penyokong Saiful, yang mahu dikenali sebagai Syafiq pula berkata, kehadirannya pada hari ini sekadar “ikut orang”.
Selain itu, Syafiq juga berkata, dia juga tidak tahu tujuannya hadir ke Istana Kehakiman pada hari ini.
Katanya lagi, dia bersama rakan-rakannya yang lain datang dari Puchong dengan menaiki motosikal.
“Saya ikut orang saja. Tak tahu sebab apa. Kami naik motor ramai-ramai,” katanya.
Ketika ditanya sama ada  dibayar, dia hanya ketawa dan berkata: “Adalah sikit. Duit minyak.”
9.33am: Sekumpulan 200 penyokong Saiful turut kelihatan berkumpul.

Mereka memakai baju bertulis “Liwat tetap liwat”.

Mereka berkumpul berdekatan Wisma Tani, kira-kira 150 meter daripada penyokong Anwar yang berkumpul di bangunan Auditorium Perbadanan Putrajaya.

Mereka juga melaungkan ungkapan “tangkap Anwar” dan :hukum peliwat”.

Ketua penyelaras penyokong Saiful, Suhaimi Adnan atau dikenali sebagai Suhaimi Taliban, berkata lambat berkumpul kerana melakukanya dengan sukarela dan bukan dibayar.

“Mereka (penyokong Anwar) muncul awal pagi 7.00 pagi sebab mereka dibayar, makan gaji, datang dengan bas dan kena duduk sana.

"Kita sukarelawan, tak dibayar!” katanya.
9.15am: Sekumpulan penyokong Anwar selesai mengadakan solat hajat dan berdoa di luar mahkamah.

Kini kira-kira 1,000 penyokong kini berkumpul sekitar kawasan itu.

9.02am: Anwar sudah tiba di mahkamah.

8.57am: Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah masuk ke mahkamah dengan pasukannya.

8.40am: Peguam utama Anwar yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram kini  berada di dalam mahkamah. Beliau tampil bertongkat.

Gopal ditemani peguam Sangeet Kaur dan Eric Paulsen.

Pasukan pendakwaan termasuk timbalan pendakwaraya (DPP) Mohd Hanafiah Zakaria, yang juga timbalan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara juga sudah masuk ke mahkamah.

Begitu juga peguam Saiful, Zamri Idrus.

Timbalan pengarah bahagian Asia Human Rights Watch Phil Robertson juga kelihatan.

8.30am: Seorang penyokong Anwar jatuh kerana sawan.

Kawan-kawannya tampil menolong dengan mengipas dan menteramkannya.
“Tenang, kami tunggu kamu,” kata salah seorang daripada mereka.
Lelaki itu kembali OK selepas 15 minit.
8.20am: Pemberita, pemerhati, anggota parlimen dan sebahagian orang awam dibenarkan memasuki mahkamah.
Pemberita duduk di sebelah kiri mahkamah manakala pihak lain di kawasan tengah dan kanan mahkamah.
Anggota keluarga Anwar belum kelihatan dalam mahkamah.
8.15am: kira-kira 200 penyokong Anwar berarak ke Istana Kehakiman sambil melaungkan "reformasi” , “lawan tetap lawan” dan “bebas Anwar”.
Mereka turut membawa sepanduk yang bertulis “rakyat hakim negara”.
Selepas itu, Dr Badrul Amin kini berselawat dan penyokong yang beragama Islam sedang bersiap sedia untuk solat hajat.
Setakat ini, kira-kira seribu penyokong Anwar kini telah berkumpul di perkarangan Mahkamah Persekutuan.
7.55am: kira-kira 200 orang penyokong Anwar berkumpul di depan Masjid Besi berhampiran Istana Kehakiman untuk memberi sokongan.
Mereka melaungkan “lawan tetap lawan” dan “hidup Anwar”.
Naib presiden  PKR Tian Chua memberi ucapan kepada penyokong.
“Kita berkumpul di sini bukan saja untuk Anwar tetapi untuk menyaksikan sama ada hari ini sistem kehakiman bebas atau tidak,” katanya.
Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad  turut berucap.
Penyokong Anwar kemudian berarak ke Istana Kehakiman dengan laungan “Reformasi”.
7.50am: Ramai anggota parlimen Pakatan sudah tiba, termasuk Rafizi Ramli (Pandan), Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Pasukan peguam dilihat memasuki mahkamah melalui pintu depan dan helikopter polis juga sedang berlegar-legar di angkasa memantau perkembangan.

7.20am : Sebanyak 30 pas masuk dikatakan disediakan kepada anggota keluarga Anwar, 38 pas untuk media dan 20 pemerhati antarabangsa dan 10 lagi untuk pemerhati tempatan.

Kawalan keselamatan di mahkamah ketat.

6.10am: Kira-kira 20 bas penyokong Anwar berkumpul di Masjid Sultan Zainal Abidin untuk memulakan solat Subuh.

Keputusan Kes Liwat II : Anwar Ibrahim didapati bersalah

Dari Astro Awani :
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu. 2015-02-10

Dari BBC :

Dari Malaysiakini

12.10pm: Peguam Sri Ram, yang mewakili Anwar, bangun minta penangguhan selama sejam untuk mendapat arahan lanjut daripada anak guamnya.
Mahkamah ditangguh sementara menunggu hukuman.
12.07pm: Hakim berkata terdapat bukti kukuh bahawa Saiful diliwat. Rayuan terhadap sabitan itu ditolak.
11.55am: Hakim berkata Anwar tidak mempertikaikan bahawa beliau berada di kondominium tempat kejadian didakwa berlaku dan dia juga tidak mempertikaikan keberadaan Saiful di situ.
 Hakim juga berkata "tiada merit" bagi dakwaan terdapat konspirasi politik dalam kes itu.
“Penafian semata-mata daripada Anwar tidak boleh diterima. (Dakwaan) konspirasi politik kekal tidak berasas,” katanya.

11.52am: Hakim sentuh dakwaan bahawa Saiful bertemu Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri, dan pegawai khasnya Khairul Anas.

11.50am: Hakim sentuh tentang saksi pembelaan lain.

Ini termasuk keterangan bekas pembantu Anwar yang lain, Najwan Halimi, yang terkejut mendapati Saiful, seorang penyokong BN, berkhidmat untuk ketua pembangkang.

11.45am: Ketika penghakiman dibacakan, di ruang maya ramai mula berspekulasi bahawa Anwar mungkin bersalah.
“Menuju ke arah pensabitan kes,” tulis ketua biro undang-undang PKR Latheefa Koya di Twitter.

11.43am: Hakim menyentuh soal alibi Anwar.
“Anwar mendakwa sampel itu diganggu dan menyalahkan media kerana membuat kenyataan prejudis.
“Dia juga mengkritik keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Saiful seorang saksi boleh dipercayai,” katanya.
Hakim ulang dakwaan konspirasi yang dibuat Anwar.
11.40am: Hakim berkata tiada ruang boleh berlaku kesalahan (inferiorly fallible) dalam keterangan ahli kimia.

11.31am: Lebih sejam Hakim Arifin membacakan penghakiman kes liwat Anwar. Seorang anak Anwar kelihatan menitiskan air mata.
11.27am: Anwar memandang kepada isterinya, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dua anggota polis berdiri kiri dan kanan kandang tertuduh tempat Anwar duduk.

11.25am: Hakim memutuskan bahawa tiada gangguan pada penjagaan sampel dan berkata pegawai penyiasat Jude Periera berhati-hati mengendalikannya.

Oleh itu beliau memutuskan sampel DNA Anwar tidak tercemar.
 11.08am: Hakim memutuskan bahawa barang-barang daripada lokap diperoleh secara sah dan menggelarkannya sebagai “bukti bebas”.
“Kami (panel) berpandangan bahawa tidak perlu menjalankan perbicaraan dalam perbicaraan (berhubung kebolehterimaan bukti daripada sel),” katanya.
11.05am: Bagi bahan bukti yang diperolehi dari lokap, ketua hakim menyimpulkan Anwar memang menggunakan barang-barang tersebut kerana sel itu sebelumnya kosong.

11.03am:  Hakim menyentuh pula keterangan ahli kimia Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon serta bagaimana hakim perbicaraan mempunyai cukup bukti yang saling mengukuhkan antara satu sama lain.
Katanya, kes prima facie berjaya dibuktikan dan Mahkamah Rayuan bersetuju dengannya.
“Saiful tidak bersekongkol dan tiada cukup bukti saling mengukuhkan untuk menyokong keterangan itu,” katanya.
11am: Hakim berkata dalam Akta Keterangan, pentahkikan tidak diperlukan. (Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan bahawa keterangan ahli kimia tidak mentahkikkan keterangan Saiful). Hakim berkata keterangan pengadu boleh dipercayai tanpa pentahkikan.

10.50am: Hakim Arifin membangkitkan keterangan mengenai pakaian berjenama Brioni. Bagi permaidani yang dirampas, beliau berkata ia bukanlah bukti yang sangat penting.

10.46am: Berkaitan keterangan terperinci Saiful, hakim berkata pengadu berpegang teguh kepada keterangannya walaupun selepas disoal balas mendalam. Ekoran itu, kata hakim, Mahkamah Rayuan memutuskan keterangannya diterima.

10.45am: Hakim membacakan pembelaan Anwar yang mempersoal tindakan Saiful membawa pelincir KY Jelly dan dakwaan doktor Pusrawi bahawa objek plastik menembusi duburnya.
Hakim berkata Saiful mendakwa berlaku hubungan seks dan pasukan pembelaan membangkitkan kenapa dia tidak lari.
10.43am: Hakim kini memberikan tumpuan pada isu kewibawaan keterangan Saiful.
10.42am: Hakim berkata pakar-pakar, yang memberi keterangan bagi pembelaan, sampel itu masih tidak tercemar, maka Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhujah bahawa wujud keraguan munasabah pada sampel tersebut.

10.39am: Hakim kini membacakan keterangan saksi pembelaan Prof David Wells dan Prof Brian Mcdonalds. Hakim berkata pakar bedah tulang belakang Dr Thomas Hoogland berpendapat bahawa Anwar tidak dapat melakukan aksi seks sebegitu kerana masalah belakang.
10.37am: Hakim berkata bahawa Anwar memberikan kenyataan daripada kandang tertuduh yang mendakwa terdapat konspirasi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mempersoal tindakan Saiful.

10.33am: Hakim berkata Anwar ditahan dan dibekalkan dengan tuala, berus gigi dan sebotol air mineral.
Barang itu diambil oleh polis pada hari berikutnya dan sampel daripadanya diserah kepada ibu pejabat polis Kuala Lumpur.
10.27am: Selepas membacakan bagaimana Saiful dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur, di mana sampel diambil.
Hakim Arifin berkata ahli kimia menemui sel sperma daripada calitan dubur bahagian tinggi dan rendah.
Beliau juga berkata dapatan awal bahawa tiada tanda-tanda tembusan.
10.24am: Keadaan di luar Istana Kehakiman ketika ini terkawal. Penyokong Anwar rata-rata duduk di kaki lima dan turut mendengar ceramah yang disampaikan oleh beberapa pemimpin PKR.
Pentas ceramah itu dibuat di atas kereta pacuan 4 roda Hilux yang dibawa ke perkarangan mahkamah.
Selain itu, penyokong juga diberi makanan percuma seperti buah oren dan karipap serta air minuman.
Terdapat juga peniaga yang tidak melepaskan peluang  menjual baju T kepada orang ramai.
Sementara itu, seorang orang kelainan upaya (OKU) Md Arof Majid, yang hadir ditemani isterinya berkata, beliau berharap supaya Anwar dibebaskan.
"Saya harap Anwar dibebaskan. Kerana dia membantu rakyat," katanya.
10.20am: Hakim Arifin menceritakan kembali bagaimana Saiful tiba di kondominium, cara pelincir digunakan dan duburnya ditembusi.

Hakim berkata Saiful meletakkan jawatan selepas itu dan ditemani bapa saudaranya ke Hospital Pusrawi.

10.17am: Hakim Ariffin berkata, persetujuan tidak semestinya perlu untuk mensabitkan kesalahan.
Ariffin berkata Saiful berkhidmat sebagai sukarelawan dan pembantu peribadi kepada Anwar.

Saiful juga membantu Ibrahim Yaacob, ketua kakitangan pejabat Anwar, untuk menyusun jadual Anwar.
10.12am: Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria mula membacakan penghakimannya.

10.08am: Mahkamah mula bersidang seperti diumumkan pendaftar.

9.56am: Seorang penyokong Saiful, yang mahu dikenali sebagai Syafiq pula berkata, kehadirannya pada hari ini sekadar "ikut orang".
Selain itu, Syafiq juga berkata, dia juga tidak tahu tujuannya hadir ke Istana Kehakiman pada hari ini.
Katanya lagi, dia bersama rakan-rakannya yang lain datang dari Puchong dengan menaiki motosikal.
"Saya ikut orang saja. Tak tahu sebab apa. Kami naik motor ramai-ramai," katanya.
Ketika ditanya sama ada  dibayar, dia hanya ketawa dan berkata: "Adalah sikit. Duit minyak."
9.33am: Sekumpulan 200 penyokong Saiful turut kelihatan berkumpul.

Mereka memakai baju bertulis "Liwat tetap liwat".

Mereka berkumpul berdekatan Wisma Tani, kira-kira 150 meter daripada penyokong Anwar yang berkumpul di bangunan Auditorium Perbadanan Putrajaya.

Mereka juga melaungkan ungkapan "tangkap Anwar” dan :hukum peliwat".

Ketua penyelaras penyokong Saiful, Suhaimi Adnan atau dikenali sebagai Suhaimi Taliban, berkata lambat berkumpul kerana melakukanya dengan sukarela dan bukan dibayar.

"Mereka (penyokong Anwar) muncul awal pagi 7.00 pagi sebab mereka dibayar, makan gaji, datang dengan bas dan kena duduk sana.

"Kita sukarelawan, tak dibayar!" katanya.
9.15am: Sekumpulan penyokong Anwar selesai mengadakan solat hajat dan berdoa di luar mahkamah.

Kini kira-kira 1,000 penyokong kini berkumpul sekitar kawasan itu.

9.02am: Anwar sudah tiba di mahkamah.

8.57am: Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah masuk ke mahkamah dengan pasukannya.

8.40am: Peguam utama Anwar yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram kini  berada di dalam mahkamah. Beliau tampil bertongkat.

Gopal ditemani peguam Sangeet Kaur dan Eric Paulsen.

Pasukan pendakwaan termasuk timbalan pendakwaraya (DPP) Mohd Hanafiah Zakaria, yang juga timbalan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara juga sudah masuk ke mahkamah.

Begitu juga peguam Saiful, Zamri Idrus.

Timbalan pengarah bahagian Asia Human Rights Watch Phil Robertson juga kelihatan.

8.30am: Seorang penyokong Anwar jatuh kerana sawan.

Kawan-kawannya tampil menolong dengan mengipas dan menteramkannya.
"Tenang, kami tunggu kamu,” kata salah seorang daripada mereka.
Lelaki itu kembali OK selepas 15 minit.
8.20am: Pemberita, pemerhati, anggota parlimen dan sebahagian orang awam dibenarkan memasuki mahkamah.
Pemberita duduk di sebelah kiri mahkamah manakala pihak lain di kawasan tengah dan kanan mahkamah.
Anggota keluarga Anwar belum kelihatan dalam mahkamah.
8.15am: kira-kira 200 penyokong Anwar berarak ke Istana Kehakiman sambil melaungkan "reformasi" , "lawan tetap lawan" dan "bebas Anwar".
Mereka turut membawa sepanduk yang bertulis "rakyat hakim negara".
Selepas itu, Dr Badrul Amin kini berselawat dan penyokong yang beragama Islam sedang bersiap sedia untuk solat hajat.
Setakat ini, kira-kira seribu penyokong Anwar kini telah berkumpul di perkarangan Mahkamah Persekutuan.
7.55am: kira-kira 200 orang penyokong Anwar berkumpul di depan Masjid Besi berhampiran Istana Kehakiman untuk memberi sokongan.
Mereka melaungkan "lawan tetap lawan” dan “hidup Anwar".
Naib presiden  PKR Tian Chua memberi ucapan kepada penyokong.
"Kita berkumpul di sini bukan saja untuk Anwar tetapi untuk menyaksikan sama ada hari ini sistem kehakiman bebas atau tidak," katanya.
Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad  turut berucap.
Penyokong Anwar kemudian berarak ke Istana Kehakiman dengan laungan "Reformasi".