Monday, January 30, 2017

Pengalaman memandu dari Jerman ke Belanda!

Peta perjalanan kami dari Kassel, Germany ke Amsterdam, Netherlands. Jumlah perjalanan mengambil masa 4 jam

Aku nak kongsi pengalaman terbaharu aku September tahun lepas masa seminggu aku di Jerman buat kali ke lima. Aku bekersempatan untuk memandu ke Amsterdam, Belanda daripada tempat kerja.

Memandu di eropah bukan satu yang asing bagi aku. Boarder crossing di negara - negara EU sangat menarik sebab tak ada pun istilah “boarder” sebab tak ada pun check point macam kat negara kita dengan Singapura, Indonesia, Thailand dan lain lain lagi.

Sunday, January 22, 2017

Kedah juara Piala Sumbangsih 2017

image

JOHOR BAHRU 20 Jan. - KEDAH melaungkan amaran awal mereka bakal menjadi pencabar utama Liga Super 2017 selepas memenangi perlawanan Sumbangsih dengan menumpaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi penentuan sepakan penalti di Larkin, hari ini.

Turun sebagai juara Piala Malaysia, skuad Lang Merah mengikat 10 pemain JDT 1-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, sebelum menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah menerusi penentuan sepakan penalti 5-4.

Saturday, January 21, 2017

Donald Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke - 45

image

WASHINGTON 21 Jan. - Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 untuk tempoh empat tahun di Rumah Putih semalam ketika dunia terus tertanya-tanya apa yang berlaku selepas beliau menjawat jawatan terpenting itu.


Friday, January 20, 2017

DBP - Jangan mudah terima istilah bahasa Inggeris

image



KUALA LUMPUR 19 Jan. – De­­wan Bahasa dan Pustaka (DBP) diminta agar tidak se­wenang-wenangnya menerima istilah bahasa Inggeris sebagai perkataan da­lam bahasa Melayu.

Penasihat Sosiobudaya Ke­rajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim sebaliknya menya­rankan DBP me­ngenal pasti ter­lebih dahulu perkataan bersesuaian dalam bahasa Melayu yang digunakan di rantau Nusantara sebelum menterjemahkan sebarang istilah bahasa Inggeris.

Wednesday, January 18, 2017

Review - Sebulan bersama Webe

image


Aku buat pilihan untuk bertukar ke Webe pada Disember 2016, iaitu bulan lepas setelah beberapa bulan menggunakan Celcom Gold 80 yang aku langgan sejak Mac 2016. Untuk rekod, setelah aku potong Celcom Gold 80, aku terus port out ke Digi Prepaid. Alasannya sebab nak cuba tengok coverage Digi dekat rumah aku.

Friday, January 13, 2017

Pulau Pinang dan pengkhianatan sejarah

image



A. MURAD MERICAN
23 Julai 2015 1:05 AM


UNGKAPAN dan kepercayaan bahawa sejarah Pulau Pinang bermula dari tahun 1786 masih berlanjutan. Apakah kita mahu kekalkan satu mitos dalam sejarah negara?

Secara khususnya, sejarah dan persejarahan Pulau Pinang amat dikhianati. Saya merujuk kepada makalah Dr. Chandra Muzaffar (Utusan Malaysia 5 Julai 2015) yang memberi reaksi terhadap apa yang dipaparkan dalam laman web rasmi Pulau Pinang. 

Wednesday, January 11, 2017

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia

image

(UTUSAN ONLINE) KUCHING 11 Jan. - Rakyat Sarawak dikejutkan dengan berita sedih hari ini, apabila kehilangan pemimpin paling disayangi, Tan Sri Adenan Satem.

Ketua Menteri Sarawak kelima itu dilaporkan menghembus nafas terakhir pada pukul 1.20 petang di Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan dekat sini.

Monday, January 09, 2017

Sunday, January 08, 2017