Muhammad Rizqi berusia enam bulan!
Rasanya anak aku kecik lagi, tapi sedar tak sedar dah berusia enam bulan. Dah enam bulan Muhammad Rizqi hadir dalam hidup kami, terasa macam dah banyak perkara kami lalui bersama - sama. Alhamdulillah.
Kawan - kawan ada nasihatkan aku, masa anak masih kecil terutamanya 3-6 bulan dan anak pertama kena banyak bersabar. Aku pun mengangguk dan terima apa sahaja nasihat yang diberikan kawan, sebab dia ada ramai anak dan anak pun dah besar besar. So kena belajar daripada senior - senior lah ya!
Pesan kawan, masa isteri lepas pantang dan anak pula berusia 3-6 bulan, seorang ayah dan suami kena mainkan peranan yang sangat penting dalam keluarga. Suami dan ayah kena kuat dan tidak boleh cepat melatah dalam mengendalikan hal keluarga.
Masa yang kritikal
Bila disingkap kembali apa yang dipesan oleh kawan aku, ianya memang benar. Masa lepas pantang, keadaan ibu yang baru lepas melahirkan anak ni tak stabil, dengan perangai anak yang memang memerlukan perhatian dan bantuan.
Masa umur kurang dari 3 bulan, Rizqi memang sangat susah nak tidur malam sebab dia masih lagi tak boleh nak membezakan keadaan siang dan malam. Masuk je 3 bulan, dia dah tahu malam masa untuk tidur dan siang untuk bermain. Tera nak sampai masa tu hanya Allah saja yang tahu macam mana susah untuk membesarkan anak.
Kini, dah lebih dari 6 bulan, Rizqi dah makin pandai, makin stabil dari segi keadaan dirinya yang dah kuat, tangan dan tengkuk yang dah keras, boleh melakukan pelbagai pergerakkan, dah boleh makan makanan lembut dan macam macam lagi.
Kali pertama makan solid food
Masuk je 6 bulan, kebanyakkan ibu bapa dah exicted untuk bagi makanan yang lebih solid berbanding hanya susu dari hari pertama lahir hingga ke 6 bulan. Tapi, dah masuk 6 bulan bukannya boleh atau kena makan solid food sahaja, Rizqi masih lagi kena minum susu sekurang - kurangnya sehingga berusia 2 tahun.
Solid food Rizqi yang pertama adalah puree Apple yang dibuat oleh ibu dia. Ibu pun time tu dah bersemangat berkobar - kobar untuk suap makanan dekat anak.
Pada permulaan, Rizqi memang tak pandai lagi nak makan bila disuap. Bukan saja tak pandai makan makanan yang disuap, dia pun tak pandai nak telan! hahaha! Tapi takpa, lepas 2-3 suapan, Rizqi dah pandai suap dan buka mulut untuk makan. Sekarang ni, dia dah pandai tolak makanan, tak mahu makan puree yang masam dan siap cakap "wekkkk" lagi dengan gaya nak termuntah! Alahai anak~
Pelbagai aksi mencuit hati
Dah masuk umur 6 bulan ni pelbagai aksi yang menarik dia dok buat. Sejak dari 4 bulan haritu, dia dok gatal gigi. Meramu la air liur tu. Selain daritu, bila dah pandai pusing dan menirap, sekarang ni Rizqi dah kerap angkat punggung serta buat pumping.
Letak je toto, dia pusing la 360 darjah sambil buat muka comel. Gelak tu perkara biasa. Buat orang geram nak picit.
Dalam tempoh ni orang tua - tua kata dia akan menirap dan menyulur (orang Penang kata menyuloq). Ada sesetengah budak, dia tak menyulur dah. Terus merangkak. Laju! Tapi Rizqi takpa, pelan - pelan kayuh. Belajar satu satu. Yang penting sihat. Kuat!
Alhamdulillah, syukur ke hadirat Allah SWT atas kurniaan cahaya mata. Aku harap, aku dapat besarkan anak depan mata dan nak berikan yang terbaik untuk Rizqi demi masa depannya. Amin
Alolo...comei nya Rizqi.
ReplyDeleteBest dapat tengok perkembangan anak...pejam celik..pejam celik..nanti kejap aje dah besar.
alhamdulillah, itulah. cepat je. nanti dah boleh jalan, lari & sekolah.
ReplyDelete[…] aku dapat tengok pembesaran Rizqi depan mata, aku dapat saksikan dari melentang, pusing, menirap, menyulur, merangkak, dan sampai sekarang berjalan. Alhamdulillah, Allah bagi aku nikmat untuk lihat dan rasa […]
ReplyDelete[…] enam bulan, peningkatan usia dan perkembangan Rizqi nampak memberangsangkan. Aku syukur tengok perkembangan […]
ReplyDelete