Friday, September 29, 2017

Bukan senang nak cari pengasuh

 

Ya, bukan senang nak cari pengasuh sekarang ni. Zaman sekarang ni laki bni pakat bekerja, hanya beberapa percentage yang isteri tak kerja. Bab mengasuh ni jadi bila ada pihak memerlukan, ada permintaan, dan dalam masa yang sama ada pihak yang boleh bagi pertolongan dan tawarkan perkhidmatan.

Lagi sebulan, anak aku akan masuk 12 bulan. Sekejap je. Dalam masa yang sama, sekarang ni dah pernah hantar ke dua orang pengasuh. Alhamdulillah, buat masa ni tak ada apa – apa masalah dengan pengasuh. Tapi, minggu lepas aku dan isteri dikejutkan dengan berita tentang kesihatan mengasuh sekarang yang tak berapa baik dan dia tak boleh nak mengasuh anak aku buat sementara waktu.

Sunday, September 24, 2017

12 jam memandu dari Milan ke Paris melalui Zurich!

Aku saja nak kongsi kisah perjalanan 12 jam pergi dan balik aku bersama kawan - kawan dari Milan ke Paris menerusi Zurich pada 4 tahun yang lepas. Perghh, kenapa dah 4 tahun baru nak share? Alah, saja la nak kongsi pengalaman. Lagipun, dah lama sangat dok sibuk, ni baru ada masa untuk tulis satu entry lengkap macam mana aku boleh bawa kereta sejauh tu dan macam mana aku boleh sekuat tu.

Friday, September 15, 2017

Akhirnya ibu bapa, anak-anak jadi mangsa...



Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis

Buat sekian kalinya kita mendengar tragedi pusat tahfiz. Sekali lagi saya bangkit apa yang pernah saya catat beberapa bulan lepas:

Kebelakangan ini timbul beberapa isu tentang sekolah agama dan tahfiz persendirian yang tumbuh serata tempat.

Pelbagai isu berbangkit, termasuk kebakaran, kes penyeksaan, kematian pelajar dan pelbagai isu keselamatan yang lain. Di sini saya ingin sebut beberapa nota ringkas untuk perhatian ibu bapa yang mulia hasrat mereka dan pihak berwajib.

Ramai, bahkan mungkin keseluruhan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah agama dan tahfiz dengan hasrat dan niat yang baik.

Friday, September 01, 2017

Malaysia oh Malaysia : Juara keseluruhan Sukan SEA ke 29, Hari Kemerdekaan ke 60 & Aidiladha 1438H

Hujung minggu ni adalah hujung minggu yang panjang. Ye lah, banyak perkara besar yang berlaku pada hujung minggu ni iaitu Majlis Penutup Sukan Asia Tenggara ke 29, Kuala Lumpur 2017, Hari Kebangsaan 2017 bersemperna dengan Kemerdekaan 60 tahun Malaysia dan Hari Raya Aidiladha 1438H

Kecemerlangan negara hadiah ulang tahun kemerdekaan

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Kejayaan Malaysia merangkul 145 pingat emas dan menjadi juara keseluruhan Sukan SEA Ke-29 merupakan hadiah kepada negara yang menyambut Hari Kebangsaan kali Ke-60 pada 31 Ogos.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan kontinjen Malaysia itu membuatkan hari kebangsaan tahun ini sangat bermakna.