Sunday, September 30, 2018

Rizqi’s first flight Kuala Lumpur - Kota Kinabalu!

Sebenarya yang aku risau masa nak ke Sabah ni adalah travel dengan anak. Bukan apa, aku takut ada masalah je dalam 2 jam penerbangan tu. Aku dah la tak pernah bawak anak naik kapal terbang, Mekna pun first time naik kapal terbang. Takut nanti kena jaga dua – dua sekali pulak tak ke haru? Hehe. Sebelum ke Sabah, aku ada buat sikit study berkenaan macam mana nak bawak anak kecil on board.

Dalam masa yang sama aku pun ambik sikit pengalaman kawan-kawan yang mana handle anak 2 tahun masa penerbangan domestik dan international. Ramai yang bagi respond tak berapa positif kat aku, tapi aku tak mau nak risau sebab ni pengalaman aku dengan anak aku. Mungkin dia okay dari orang lain! Haha

Friday, September 14, 2018

7 perkara yang anda perlu tahu sebelum, semasa dan selepas buat keputusan untuk ambil Takaful


Daripada consultant Takaful kepada semua!



 



Saya nak ulas sikit tentang tentang isu seorang "Datuk" mendakwa syarikat Takaful "tipu" dia masa dapat rawatan di sebuah hospital swasta. Sebenarnya banyak kes macam ni. Kesannya ramai orang buat tanggapan buruk dan keputusan melulu untuk tak mau ambik takaful/insurans. Ada yang ambik keputusan drastik sampai terus nak stop ambik Takaful.



Jangan buat sebarang keputusan tanpa buat kajian. Setiap keputusan yang kita buat langsung tak merugikan pihak lain tapi takut - takut kesannya adalah kepada diri kita sendiri. Haru!




Sebenarnya ada banyak sebab yang perlu kita tahu dan kita kena ambik tahu sebelum ambik takaful, semasa tengah buat keputusan untuk ambik takaful dan selepas kita ambik Takaful.


Saturday, September 01, 2018

Merdeka ke 61, Hari Kebangsaan 2018 dan Hari SST!

Salam,

Hari ini 1 hb September 2018, merupakan hari pertama perlaksanaan kembali cukai SST 2.0 yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan setelah Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 diluluskan oleh Dewan Negara pada 20 Ogos 2018.

Malaysia Memilih, majoriti rakyat pilih kerajaan PH untuk menolak BN, UMNO, GST dan Perdana Menteri DS Najib Razak. Kini, keputusan telah dibuat dan kita pakat tunggu apa nak jadi seterusnya.

[caption id="attachment_6127" align="aligncenter" width="648"] Perdana Menteri pilihan majoriti rakyat Malaysia bersama dengan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V serta barisan jemaah menteri. Depa pakai baju batik yang bertemakan "Petron" - Gambar BERNAMA[/caption]