Flight kami ke Seoul ambil masa lebih kurang 6 jam. Flight dari KUL jam 3 petang dan sampai je di bumi Seoul pada jam 10 malam. Actually, aku dah cuba untuk avoid ambik flight sampai malam. Tapi, tak ada pilihan.
Arrival Card, Health Declaration Form kena isi disebabkan Coronavirus |
Ni pulak Traveller Declaration form |
Masa dalam flight, kami kena isi beberapa dokumen dan declaration untuk pelancong luar. Kat situ, kena pastikan segala maklumat penting untuk pastikan masa jumpa imigresen nanti tak ada masalah.
Aku ada baca beberapa perkongsian di Facebook tentang Visa On Arrival sesetengah pelancong dari Malaysia dibatalkan dek silap isi maklumat dalam kad tersebut. Since sekarang ni ada isu penularan wabak Coronavirus lagi la ketat sikit kemasukkan pelancong asing ke Korea.
Aku ada baca dan buat persiapan arrival pada waktu malam ni. Aku tengok pada keadaan sama ada sampai awal, on time ataupun tidak.
Nampak macam sejuk? Hehe |
Pengalaman di kaunter imigresen
Bila keluar flight, kami tengok ramai sangat orang berkejar - kejaran ke kaunter imigresen. Aku rasa pelik kenapa semua pakat kalut. Aku rasa dekat airport ni semuanya 24 jam. Tak ada masalah lah kalau nak ambik masa pun. Bila sampai di kaunter imigresen, depa dah asingkan laluan pelancong China dan bukan pelancong China.
Kaunter banyak. Pegawai yang bertugas pun ramai. Aku dan Mekna beratur di satu barisan yang sama. Kami tak mau pecah. Nanti kalau tiba giliran kami nak bersama-sama ke kaunter jumpa pegawai Imigresen tu.
Bila sampai je turn aku, aku ke kaunter kiri dan Mekna ke kaunter kanan. Kaunter kiri tu kosong. So kami terpisah. Tapi tak risau sebab aku dah bekalkan dia satu set itennary dan segala booking confirmation. Alhamdulillah, aku tak ditanya banyak soalan pun. Hanya cakap datang dengan wife, lepastu terus isi cap jari di mesin tu. Canggih betul.
Dalam kurang dari 8 minit rasanya dah siap.
|
Keluar ambil luggage, pickup portable wifi, beli T-Money & naik bas ke Seoul Station
Oleh kerana masa tu dah betul-betul rush, train dari airport ICN nak ke Seoul Station dah lewat, aku dan Mekna buat keputusan untuk ambik bas. Bila travel ni kena ada banyak plan. Ni plan B lah. Keluar je ambik luggage, kami keluarkan winter jacket dan terus cari kaunter portable wifi.Rupa-rupanya ada banyak counter kat situ. Aku ni pi cari portable wifi kat Shopee, dan kena bayar duit deposit KRW 100,000. Banyak tu dalam RM350.
Dah la kat situ kena bayar guna kad kredit dan tak mau cash. Aku pun pening nak cari kad kredit kat mana. Dah la debit kad kami tak aktifkan roaming. Hmm terbaik la.
Kemudian, aku terus ke kedai serbaneka kat situ untuk beli T-Money. Beli kad dan topup duit sekali dalam tu. Kad kosong dan topup KRW 20,000 sorang KRW 30,000.(RM106.00) Kemudian, guna kad tu untuk call CIMB Malaysia untuk aktifkan kad debit. Alhamdulillah, lepas dah call terus boleh guna kad debit CIMB. Lega!
Masa tu jam hampir pukul 12. Aku pun kelam kabut cari pintu keluar untuk tunggu late night bus ke Seoul Station. Dari Incheon Airport, bas bergerak jam 12:15 tengah malam terus ke Seoul Station. Tambang bas KRW 9,000 (RM32.00) seorang. Nasib baik lah masa ambil portable wifi tu cepat, aku sempat beratur di line tunggu bas tu. Kalau bas dah penuh, kena tunggu next bus pada jam 1 pagi.
Long Q, bukan kita je nak naik bas. Ramainya orang time ni |
Tag luggage. Depa akan tagkan ni kat luggage kita. Supaya tak hilang ataupun tertukar |
Schedule bas hampa boleh tengok kat website ni
Rehat di K-Pop Guesthouse Seoul Station
Kami sampai di Seoul Station pada jam 1:15 pagi. Cepat jugak driver bas tu bawak. Merempit tengah-tengah malam. Bas pun besar dan selesa. Sampai je kami kat Seoul Station tu, aku dah blur blur sama ada nak jalan kaki ataupun nak naik teksi. Tengok di Google Map rasanya dekat je boleh jalan kaki. Tapi, kesian pulak dekat Mekna dah letih, nak usung luggage lagi, aku ambik teksi je la.
Mujur kat situ ada banyak teksi yang menunggu. Depa mesti tau kan orang akan naik bas lewat malam ke Seoul Station. Kami bayar KRW 7,000 (RM 24.00) tambang teksi ke hotel.
Sampai je hotel, masukkan nombor password pintu masuk hotel tu dan terus ambik kunci pintu bilik yang depa letak kat kaunter tu. Ada siap nama aku dah kat situ. Ehhh ada 1 nama je. Nama aku je. Huhuhu.
Masuk bilik, keciknya bilik tak macam dalam gambar. Apa-apa pun malas fikir. Dalam jam 3 pagi kami baru tidur, tu pun lepas kemas-kemas dan mandi. Esok pagi dah nak keluar awal untuk ambil train ke Pulau Nami
Zzzzz
Pintu masuk ke station Hoehyeon |
Kali pertama naik subway di Korea, dari Hoehyeon Station ke Yeongsan Station
Aku pilih hotel K-Pop tu sebab dekat sangat dengan subway station. Ye, betul tu. Jam 7 kami keluar untuk ke Yeongsan Station, sebab aku ambik direct train ke Gapyeong. Yeongsan Station tu besar. Kat situ je station yang pergi ke Gapyeong, sebuah pekan yang hampir dengan Pulau Nami.
Dari Hoehyeon Station hanya 2 station je dari station ni. Mudah!
Tapi oleh kerana aku ni first time dan tak study betul-betul macam mana sistem subway kat Korea ni, aku confuse pintu masuk tu mana satu. Then pakai masuk je mana-mana pintu dan aku assume nanti akan turun ke platform yang sama. Haha Dan assumption aku tu betul!
Sampai je kat Yeongsan Station, aku terus cari kaunter tiket ITX nak ke Gapyeong tu.
Aku dah beli tiket ITX secara online. So just nak tebus tiket (kononnya) la. Alhamdulillah, mudah je proses nak ke situ. Cuma platform ke sana je yang aku confuse sikit.
Jalan kaki ke Ipark Mall yang link dengan line ITX |
Direction ke kaunter ITX |
Naik ITX ke Gapyeong untuk ke Nami Island
Nami Island bukannya kat Seoul. Nami Island ni terletak 1 jam perjalanan dari Seoul. Pekan yang terdekat dengan Nami ni adalah Gapyeong. Ada banyak cara untuk ke Pulau Nami ni sama ada naik bas, Metro Train ataupun ITX direct train.Kalau hampa nak guna Metro Train biasa pun boleh tapi ambik masa yang agak lama dan confuse sebab nak kena tukar dari satu line ke satu line. Untuk pergi ke sana aku guna ITX dan balik nanti aku nak guna Metro Train biasa.
Menunggu ITX train |
Perjalanan kami dari Yeongsan Station ke Gapyeong mengambil masa 60 minit. Dalam jam 10 pagi kami dah sampai di stesen keretapi Gapyeong. Keluar je dari station tu, hirup udara sekelilingn yang sangat - sangat SEGAR! Time winter memang best. Sejuk!
Station Gapyong yang cerah |
Naik bas pengantara dari Gapyeong Station ke Nami Island
Gapyeong station ni dekat je dengan Nami Island tapi takkan la nak jalan kaki kan? So depa ada sediakan bas pengantara ke Nami Island. Nak ke Nami Island tu kena guna boat. Bas akan hantar berdekatan dengan jeti Nami Island.
Tambang bas dari Gapyeong untuk seorang adalah KRW 8,000 (RM28). So dua orang adalah dalam RM60. Tambang bas ni adalah untuk dua hala ye. Pergi dan balik.
Aku mintak cappucino depa taktau. last sekali latte la. mudah |
Fuhhh nanti aku sambung lagi di entry seterusnya!
0 Komen:
Post a Comment