Monday, July 06, 2009
Saturday, July 04, 2009
Ushar Wayang : Ice Age 3 : Dawn Of The Dinosaurs
Posted on Saturday, July 04, 2009by Luth Textile with 16 comments
Adoi, Luth ketinggalan bas lagi. Agak lambat bagi Luth untuk mereviw filem ini sebab ia dah lama ditayangkan dipanggung wayang Malaysia. Apa yang Luth nak kata, kalau anda bosan dan tak tengok lagi filem nih, pegila serbu panggung wayang berdekatan. Taubat tak rugi.
Kawan Oh Kawan. Cerita ni berkisar semangat setiakawan dan perpaduan diantara satu sama lain. Tengok tu, haiwan pun pandai berpadu untuk selamatkan kawan dia yang susah, kita manusia ni suruh berpadu dan bekerjasama pun payah. Contohila cerita Ice Age 3 ni, Best! Tengok trailer Ice Age 3.
Luth bagi 5 bintang untuk filem animasi Ice Age 3 : Dawn Of The Dinosaurs. Memang lawak!

Friday, July 03, 2009
Yang mana patut kita hormat : Ahli Politik atau Artis?
Posted on Friday, July 03, 2009by Luth Textile with 27 comments
Sekarang ni dah kecoh dalam Malaysia, semua macam dah celaru. Ahli politik ini buat itu ini, keluar parti masuk parti lompat sana dan lompat sini. Artis pun satu haru jugak. Si dia berdua - duaan dengan dia tu sampai terkantoi dan ditangkap, ada yang kawin anak dara tua dan ada yang buat persembahan tiba - tiba buka baju atas pentas. Apa ni? Mana standat orang Malaysia ni.
Antara satu kita nak hormat? Artis ke Ahli Politik?
- Ahli politik ada buat skandal yang keterlaluan. Jatuh saham sebagai seorang pemimpin. Macam mana nak hormat seseorang pemimpin kalau akhlaknya amat teruk sekali? Diri pun tak dipimpin, nak memimpin orang. Macam mana tu?
- Rasuah dengan politik memang tidak dapat dipisahkan. Bak kata Dr. Mahathir, Rasuah tu ibarat makan babi. Kalau makan barang rasuah, serupa makan babi, sebab haram. Erm, jika ada antara mereka yang ambil rasuah tu, perlu disingkirkan. Tak perlu diangkat sebagai pemimpin.
- Si artis A ada fair dengan si artis B. Dah terang - terang kantoi, tapi dorang nafikan. Luth tak suka artis yang bohong - bohong macam tu. Dah kantoi, bagitahu direct la. Sapa pon tak kesah. Kan?
- Artis seksi. Pakai tak ingat dunia. Mula - mula jadi artis, mak oi pakai memang sopan. Macam anak dara kampung. Tapi bila dah lama jadi artis dan mula tunjuk belang, seksi seksa. Keras je tengok. Yang Luth respek, Dato Siti Nurhaliza jer. Dia memang sopan santun. Wah gitu.
Bagi Luth, baik kita hormat dan sanjung ahli politik daripada artis. Ahli politik koman - koman pun dia buat sumbangan pada rakyat tapi kalau artis? Sumbang lagu dan filem sahaja. Walaupun sumbangan artis tak nampak sangat, tapi dalam tak sedar, industri seni kita pun ada juga beri sumbangan pada negara kita.
Aiseh, apa yang mengarut nih.. huhu..
Thursday, July 02, 2009
4 bulan sudah berlalu
Posted on Thursday, July 02, 2009by Luth Textile with 29 comments
Tiga bulan sudah berlalu. Aku aku. Kau Kau. Orang cakap, patah tumbuh hilang berganti. Aku tak ada feel nak berganti apabila sudah patah. Betul cakap kawan - kawan, terutamanya brader aku ni, aku percaya kata dia dan apa yang dia kata benar - benar terjadi.
Barang yang lama, usah dikenang. Bagaimanakah nak menyambung tali layang - layang yang sudah putus? Yang pastinya, layang - layang sudah hilang entah kemana. Tinggal talinya sahaja. Sekarang, layang - layang kembali nak cari tali yang terputus tadi. Nak ikat macam mana?
Entah, permulaanya aku ni macam tokong je. Tak ada guna, kemudian tiga bulan entah kemana. Angin pun tak ada, senyap macamtu saja. Betul cakap kak aku, "dulu hang sendiri yang jadi tak betul, kemudian yang elok dengan sendiri" Nasib baik ada kawan yang dapat teman aku selalu tiga bulan yang lepas. Dia banyak bagi nasihat. Ayat yang selalu dia cakap, ingat, bunga bukan sekuntum. Aku dah lali dengar ayat tu.
Katakan Tidak! Tidak!
Posted on Thursday, July 02, 2009by Luth Textile with 57 comments
Nampak tak makanan diatas tu? Luth seumur hidup tak pernah makan benda diatas tu. Rasa ke, apa ke langsung tak pernah. Dah 20 tahun hidup sebagai seorang Melayu, Luth tak kisah kalau tak makan benda kat atas tu. Wekk.. Tengok pun dah tak lalu, bila bau ee tak lalu nak makan. Macam mana korang boleh jadikan ia sebagai penambah selera? Wa tak tahu!
Dalam family Luth sendiri, adik beradik, mak dan ayah memang kuat makan sambal belacan. Tapi, Luth tak sikit pon teringin nak makan benda tu. Adik Luth yang perempuan tu gila betul, bolehnya dia ratah saja sambal belacan tu. Bukannya makan dengan nasi, makan saja. WTH?
banyak orang cakap orang Kelantan ni bijak sebab makan budu Hukumnya, budu sama dengan cencalok. Cuma dia tak nampak kesian sangat sebab ikan bilis tu dah kena blander lumat - lumat.
Kesimpulannya, Luth ni orang Melayu moden. Hahaha. Cuba bawak bekal sambal belacan ni masa makan kat food cort mana - mana shopping complex. Tobat berbau. Rela lagi bau durian daripada bau sambal belacan. Boleh muntah hijau.
- Sambal Belacan
Dalam family Luth sendiri, adik beradik, mak dan ayah memang kuat makan sambal belacan. Tapi, Luth tak sikit pon teringin nak makan benda tu. Adik Luth yang perempuan tu gila betul, bolehnya dia ratah saja sambal belacan tu. Bukannya makan dengan nasi, makan saja. WTH?
- Air Asam
- Cincalok
- Budu
Kesimpulannya, Luth ni orang Melayu moden. Hahaha. Cuba bawak bekal sambal belacan ni masa makan kat food cort mana - mana shopping complex. Tobat berbau. Rela lagi bau durian daripada bau sambal belacan. Boleh muntah hijau.
Wednesday, July 01, 2009
Selamat datang bulan Julai!!
Posted on Wednesday, July 01, 2009by Luth Textile with 42 comments
Ini merupakan posting yang pertama dalam bulan tujuh. Kenapa Luth suka sangat bulan tujuh ni? Erm, bulan yang merehatkan badan yang sangat - sangat letih. Al-maklumlahkan, kerja teruk 6 bulan. So, kena la cuti pun 6 bulan. Tapi tak boleh nak cuti lama - lama, takut naik lemak kat badan. Encik Poli bagi cuti sebulan lebih je. Alhamdulillah.
Bulan tujuh ni target nak kurangkan blogging dan nak tumpu pada final report Latihan Industri. Boleh ke? Bolehla. Dah tiba masanya kurangkan masa untuk blogging, FB dan Dj. Nak kena korek balik pengalaman enam bulan lepas. Nak tulis. Aduhai.
Kepada kawanku yang mana tak habis praktikal tu, selamatlah menghabiskan praktikal anda. Kepada kawan - kawan yang nak balik ke pusat pengajian masing - masing, terutamanya kepada kawan cumil ini, Cik Ain bersedialah bungkus barang - barang anda untuk pulang ke pendalaman.
Kepada kawan yang dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian yang baru, tahniah dan selamat belajar. Aduhai, ada lagi setahun bagi Luth untuk selesaikan misi diploma. Kemudian nak pulak ambil Ijazah. Kerja pakai diploma pun masih pening - pening lagi.
Ok, semoga bulan tujuh dapat memberikan sinar baru untuk hidup kita masing - masing.
P/s: nak cari kerja part time. Kerrriiinng..

Subscribe to:
Posts (Atom)