Jadilah makhluk Allah yang adil

Syok bila bersembang pasal hidup. Cerita pasal hidup ni macam macam boleh disembangkan..

Hari hari aku sembang dengan mak pasal ni. Mak sangat suka nasihat. Cakap macam macam sampai benda yang sama diulang ulang. Aku pun dah faham sangat tapi sebagai anak dan manusia ni, entahla nak cakap macam mana. Aku masih macam ni. Aku masih tak ada perubahan walaupun dalam hati asyik nak meronta ronta suruh berubah menjadi hamba allah yang baik. Continue reading “Jadilah makhluk Allah yang adil”

Pentingnya menjaga emosi

Assalamualaikum..

Sejak akhir akhir ni, keadaan disekelilingku sangat kelam kabut, emosional dan tak terurus. Kenapa? Masing masing takut dan kalut dengan pre-audit untuk menghadapi audit sebenar dari FDA yang akan tiba. Tambahan pula, keadaan diluar sana yang berjerebu menambah ketidakstabilan emosi seseorang menghadapi tekanan ditempat kerja. Semua orang tertekan ditempat kerja, termasuklah aku.

Kalau nak dibandingkan prestasi aku 1.5 tahun sebelumnya, aku hanya insan biasa tetapi sekarang penuh dengan tanggungjawab. Kerja memang macam tu kan.

Mengawal emosi sangat sangat sangat penting untuk memastikan kerja dan tugasan kita dapat berjalan dengan lancar. Teringat akan pesanan seorang pakar motivasi Orang yang berjaya ialah orang yang berjaya mengawal emosi, bukannya emosi mengawal dirinya
Bagi aku pula Orang yang professional sahaja yang boleh mengendalikan emosi dengan baik. Orang yang emosional tu orang yang tak professional

Sebagai seorang yang boleh mengawal emosi ataupun professional, kita haruslah mengawal emosi kita dengan baik semasa mengendalikan orang yang emosional. Nasib baik aku dah mengikuti kursus How to handle and deal with difficult people oleh pakar motivasi Dr Sarjit Singh tahun lepas. Banyak points yang aku boleh gunakan untuk hadapi semua ini.

Orang emosional ni ada banyak jenis. Ada yang melalui komunikasi dia sangat garang dan tak terkawal tetapi bila jumpa depan depan dia senyap nak mampos. Jenis satu lagi yang aku jumpa, dia sangat emosional semasa jumpa depan depan, tetapi dalam telefon dan email hanya jawap dengan cool sahaja.

Ada banyak jenis lagi tapi aku malas nak tunjuk semua.

Baru baru ini aku terpaksa handle orang yang jenis nombor dua, bila dalam email ataupun telefon dia sangat cool tetapi bila jumpa depan depan, suara dan respons dia sangat kelam kabut, cakap kuat gila dan sangat annoyying.

Apa yang aku buat? Aku bagi masa kepada dia untuk cakap sehabis baik, cakap puas puas, berikan ruang dekat dia dan tenangkan dia. Kemudian, bila habis dia bercakap, kita jangan response 25 macam dia juga! Nanti bergaduh macam kucing dengan anjing.

Cakap perlahan dan cool, suruh dia bertenang dan berikan penjelasan yang seringkas mungkin serta padat. Berikan cara penyelesaian dan bagi dia puas hati selepas penjelasan tu dengan harapan emosi dia boleh turun dan stabil balik. Kalau tidak, mampus la datang melompat dan cakap kuat kuat kat kita.

Lepas je dia blah, aku terus ketawa terbahak bahak sambil disaksikan oleh boss aku dari jauh. Dia hanya senyum saja.

Posted from WordPress for Android
Powered by Samsung Galaxy Tab

Blog dah makin membosankan ataupun hidup kita terlalu sibuk?

Lately, rasa macam dah jauh dengan blog. Erk.. Ayat lain macam eh? Yep. Memang dah rasa jauh dengan blog. Asyik bukak dashboard, new post tapi entry tak publish pun. Tulis setengah jalan lepas tu terus save dan tutup. Rasa semacam je dengan blog. Nak kata tak ada masa, tipu la tak ada masa. Hari hari mengadap komputer. Tak cukup komputer di office, dekat rumah bukak laptop pulak. Tabby ada dekat tangan selalu. Blog masih lagi tak diupdate.

Mungkin ini penangan laman sosial kot? Masa dihabiskan di Facebook dan Twitter je sampai lupa dua tiga blog yang dah lama tak sentuh. Haha. Sejak dua menjak ni aku ghairah dok explore henfon. Android memang mengasyikkan. Isnin lepas aku tukar Stock Rom 2.3.3 Gingerbread, Jumaat lepas aku guna Custom Rom pulak. Masa habis dengan kelebek fon je.

Badan pun rasa tak sedap. Balik kerja je letih terus tidur dan malam tu bangun ambil kakak kerja seperti biasa. Ni semua sebab weekend lepas yang terlalu gembira plus kena penangan si cekenit. Sakit badan.

Catatan ringkas. Esok Isnin. Aaahhh

Jangan mudah approve kawan di Facebook

Cerita pasal Facebook, ramai orang sekarang ni ada akaun Facebook. Bila jumpa dan berkenalan dengan orang baru perkataan terakhir sebelum bye ialah ada Facebook tak? Nanti add saya ok?. Tak macam dulu, mintak nombor telefon la, itu la ini la. Hahaha.

Dalam keghairahan ber-facebook, jangan lupa untuk mengawal privasi diri sendiri. Seboleh bolehnya, jangan mudah approve orang yang anda tak kenali di Facebook. Kalau dulu masa zaman Friendster dan Myspace, lagi ramai kawan lagi la orang itu dipandang hebat. Yelakan, kawan sampai ribu ribu. Zaman dulu laman sosial digunakan untuk cari kawan. Tapi sekarang ni Facebook aku rasa tak sesuai buat macam tuh.

Continue reading “Jangan mudah approve kawan di Facebook”

Macam mana nak kikis mentaliti orang Melayu?

Hai. Malam ni nak update blog. Tulis pasal mentaliti orang Melayu yang sangat sangat tak boleh diterima pakai pada zaman melenium nih. Orang Melayu ni kaum majoriti kat Malaysia nih. Eh.. tanah melayu nih. So macam macam la cerita pasal orang Melayu.

Aku bukan nak kutuk pasal bangsa sendiri, tapi aku rasa semua yang aku tulis ni macam tak releven. Macam tak masuk akal..

Kalau tak kerja kerajaan, kerja di sektor Swasta tu dianggap tak ada masa depan dan dianggap tak baik dan bukan kerja

Aku dah buat keputusan nak tarik balik surat resign yang aku hantar 15hb lepas. Kalau ikut surat tu tarikh akhir aku bekerja disini 16hb June nih. Tapi, lepas aku dah tak tenang dan rasa tak bahagia dengan keputusan yang aku buat tuh, aku nekad tak pergi ke kerajaan dan terus stay dekat company yang sama. Itu keputusan aku. Aku takkan pergi ke Kastam Continue reading “Macam mana nak kikis mentaliti orang Melayu?”