Fahami hak pembeli rumah elakkan penipuan

Penulis :  Dr Mona Isa

KISAH penipuan membabitkan penjualan banglo harga murah bukanlah satu perkara yang baharu.

Beberapa syarikat berpayungkan hartanah dilaporkan pernah menyebabkan kerugian jutaan ringgit.

Terkini kerugian awam sebanyak RM6.10 juta melalui penjualan banglo pada harga murah, baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa sehingga kini tahap pengetahuan masyarakat mengenai asas pemilikan dan hak-hak sebagai pembeli hartanah kediaman masih rendah. (more…)

Mahkamah bagi peluang ibu jatuhkan hukuman terhadap anaknya

KOTA BHARU, 3 Okt — Mahkamah Majistret Kota Bharu memberi peluang kepada seorang ibu untuk menjatuhkan hukuman terhadap anaknya hari ini.

Majistret Nik Habri Muhamad memberi peluang itu kepada Rahimah Abdul Rahman, 52, sebagai pengajaran kepada anaknya, Adam Abdullah, 28, selepas tertuduh bertindak melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya dengan mengacukan sebilah gunting bermaksud hendak menakutkan mangsa.

Adam dituduh melakukan kesalahan itu di Kampung Terap Banggu di sini, pada pukul 9.30 pagi,19 Jun lepas dan didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. (more…)