Wednesday, June 25, 2008

My Music: Modern Talking

Info Tentang Modern Talking:
Merupakan duo berkumpulan yang berasal dari Jerman yang diasaskan pada 1984. Ia terdiri daripada dua orang artis terkenal iaitu
Dieter Bohlen dan Thomas Anders.

Album:
1985 The First Album
1985 Let's Talk About Love
1986 Ready For Romance
1986 In The Middle Of Nowhere
1987 Romantic Warriors
1987 In The Garden Of Venus
1998 Back For Good
1999 Alone
2000 Year Of The Dragon
2001 America
2002 Victory
2003 Universe
2003 The Final Album

*link akan menyusul kemudian. harap maklum.

Starbucks dibenar beroperasi di IPTA

PUTRAJAYA 25 Jun – Kementerian Pengajian Tinggi hari ini memberi kebenaran kepada syarikat francais seperti Starbucks, Kopitiam dan Dunkin Donuts membuka premis mereka di pusat pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, selain perlu mendapatkan kebenaran daripada naib-naib canselor universiti berkenaan, kafe-kafe francais tersebut juga perlu menyediakan perkhidmatan jalur lebar Wi-Fi untuk kemudahan pelajar.

Katanya, walaupun terdapat IPTA yang sudah menyediakan perkhidmatan Wi-Fi, namun ia masih belum dilakukan secara menyeluruh.

Menurut beliau lagi, ramai penuntut universiti yang sanggup keluar kampus untuk mengunjungi kafe Starbucks di bandar sambil melakukan tugasan mereka.

``Saya terfikir kenapa tidak kita bawa Starbucks ke universiti, usaha ini boleh menggalakkan mereka melakukan perbincangan di kafe yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi.

``Saya tidak nampak ada halangan atau masalah yang akan timbul tetapi ia mesti dibuat di pusat pelajar, tambahan pula, banyak syarikat yang bersedia menawarkan perkhidmatan itu di universiti,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Konvensyen Pengetua, Kolej Kediaman IPT di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Hadir sama ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Zulkifli Mohd. Ghazali.- Utusan.


Komen: Baguslah kalau macam ni, senangla kita sebagai pelajar ipta dapat kemudahan. Tapi, pasal harga jangan cekik darah sangat!

Penat, akhirnya pc aku sihat jugak..

Sebelum ni aku install windows royale.. hehe.. saje jela kan nk try version os nih.. so, aritu masa aku saja nak cuba windows nih, aku saja ja upgrade windows xp aku yang lama ke windows royale. so, after upgrade, aku tengok ada masalah dengan sistem pengoperasian dia. then, aku rasa better format terus.

So, aku format pc aku kepada windows royale, ada masalah dengan cd yang aku burn tuh.
aku skip driver.cab. huhuhuh.. then banyakla prob yg jadi.. usha demi usha, sehat balik pc aku nih.. :D

Sunday, June 22, 2008

Guiness Book ArtisMelayu. net Pemenangnya. . ialah..


Rekod Paling Banyak Menang Anugerah

Siti Nurhaliza sudah memenangi lebih 100 anugerah/awards. Tiada satu pun dari kemenangan tersebut datang dari bidang lakonan. Semua kemenangan adalah dalam bidang nyanyian (vokal terbaik, persembahan terbaik, album terbaik..) Ini menggambarkan betapa unggulnya Siti Nurhaliza dalam bidang nyanyian. Artis lain yang menggabungkan kemenangan mereka dalam bidang nyanyian, penciptaan dan lakonan masih belum mampu menandingi kehebatan Siti Nurhaliza. Siti memenanginya di Malaysia , Singapura (MTV), Indonesia , Shanghai , Australia dan Kazakhstan .


Rekod Paling Lama Menunggu Untuk Buat Konsert
Ahmad Jais menunggu selama 40 tahun sebelum dapat mengadakan konsert solo. Konsert Ambang Sore diadakan di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya pada 1 Oktober 2004 adalah yang pertama untuk artis bertaraf 'terkenal' seperti Ahmad Jais, yang berumur 68 tahun. Syarikat Casa Elegan Sdn. Bhd. menjadi syarikat pertama yang menawarkan Ahmad Jais untuk menjayakan konsert solo. Ahmad Jais sempat merakamkan 15 album dan 200 lagu sepanjang kariernya. Lagu Kuchupan Azimat adalah lagu pertama yang dirakamkan oleh Ahmad Jais iaitu pada 29 November 1965. Itulah kali pertama lagu tersebut dinyanyikan di atas pentas.

Artis Pertama Bergelar Tan Sri

P.Ramle menerima pangkat Tan Sri pada Jun 1990, selepas 17 tahun beliau meninggal dunia.

Paling Lama Jadi Artis
Tan Sri S.M Salim (Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros) telah menjadi artis selama lebih 50 tahun. Mula menyanyi nasyid, zapin dan keroncong di majlis-majlis perkahwinan semasa kecil lagi. Menyertai pertandingan menyanyi Bintang Radio di Singapura pada tahun 1952 dan mendapat tempat ketiga setelah tewas kepada P.Ramlee dan R.Azmi.

Artis Pertama Bergelar Tan Sri Semasa Masih Hidup
Tan Sri S.M. Salim adalah artis pertama bergelar Tan Sri semasa masih hidup. Beliau dikurniakan pangkat "Panglima Setia Mahkota" (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.




Thursday, June 19, 2008

Dah lama tak posting..

Dulu masa dok kuliah, luth adala berfikir nk kerja cuti sem ni, ala, untuk cari duet lebih.. tp bila dah dtg cuti nih, malas pulak, so dah dimuktamatkan luth tak keja pon..

dok umh ja cuti2..

Bila dok umh, duet pon takde.. adui.. mula la nak cari kerja merapu-rapu untuk dpat duet. kerja apa yang nak buat untuk mendapatkan duit? adui...

pening,pening..

Tuesday, June 17, 2008

citer ayam dgn kmbing

Kambing dan ayam adalah kawan baik. Mereka berkawan sejak mereka baru dilahirkan lagi. Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing. Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam: Kambing, pekabo?

Kambing: Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.

Ayam: Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing: Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam,kan?

Ayam: Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.

Kambing: Apa?

Ayam: Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi telur nampak...

hehehehe....

Saturday, June 14, 2008

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

LAWAK BUAH DADA (18SX)

Alor Setar - Seorang lelaki berumur 48 tahun telah ditahan polis hari ini
kerana telah mencabul kehormatan menantu perempuannya. Kejadian dikatakan berlaku lebih kurang pukul 11 pagi apabila tertuduh dikatakan telah masuk ke dalam bilik menantunya yang pada masa itu tinggal berseorangan kerana suaminya telah pergi bekerja. Tertuduh kemudian dilaporkan telah memaksa mangsa menanggalkan bajunya lalu tertuduh telah meramas dan menghisap buah dada mangsa. Jiran-jiran dapat menangkap tertuduh setelah mendengar jeritan mangsa lalu membawanya ke balai polis.

Di balai polis, suami mangsa, iaitu anak lelaki tertuduh, terus meluru kepada ayahnya dengan perasaan marah bercampur kesal. Si anak dengan menahan sabar berbaur kemarahan, dengan nada suara menggigil kerana menahan amarah yang amat sangat, lalu bertanya kepada ayahnya, "Ayah..... naper ayah buat camni ha? Ayah dah hilang akal ke? Tak malu ke? Mana kami nak letak muka, ayah? Kenapa ayah? why? why? why?"


Si ayah pun dengan tenang lagi selamba menjawab, "Ooh... malu konon... apa
yang nak dimalukan?"


Berdesing telinga si anak apabila mendengar jawapan ayahnya.


"Apa??!! Tak malu??!!!


Badan si anak telah menggeletar teramat kerana cuba menahan marah.


"Dah tu....." tempelak si ayah, "yang kau tu dulu hisap buah dada bini aku,
aku tak kisah pun. Takkan skang ni aku nak hisap buah dada bini kau pun tak
boleh??? Kena adil laaa!!!"


Si anak terus jadi sawan mendengar jawapan ayahnya

Friday, June 13, 2008

Ushar Wayang: Kung Fu Panda (Jun 2008)

Kung Fu Panda merupakan sebuah filem animasi yang diarahkan oleh John Stevenson dan Mark Osborne and diterbitkan oleh Melissa Cobb. Cerita ni agak menarik yang mengisahlan seekor panda yang malas bernama Po, yang ingin menjadi seorang ahli kung fu. Dia berkerja bersama ayahnya di kedai mee.

Bagi Luth cerita ni kalau korang tengok memang tak boring, jalan cerita memang menarik.Ala, tak semestinya cerita kartun budak-budak saja yang boleh tengok, orang dewasa pun boleh enjoy jugak!

Rating filem nih:

4 Bintang

Website rasmi:



Akhirnya cuti semester menjelma jugak!

Setelah lama dah ditunggu tunggu, lastly cuti la jugak. Luth dok tunggu je cuti ni, sebab apa, sebab banyak member-member Luth yang lain dah cuti, budak budak Uitm, Kolej Komuniti, GMI, UniKL kira banyakla yang dah cuti..

Arini ari Khamis, Luth dok rumah saja, tak pegi mana.. Agak bz jugak, sebab nak siapkan komputer si Rizal nih, banyak masalah, dulu masa kita format laptop dia, dia tak mo mintak software-software yang ok, bila dia install sendiri, ada effect pulak kat laptop dia. Macam mana nak buat, format sajalah jalan terakhir.

Sebelah malam, Luth ada janji dengan si Syamsul, classmate Luth mintak tolong hantarkan dia ke jeti, bas dia khabar nak bertolak jam 1230, so takpela, member mintak tolong, just tolong jela. Ada masa free, tolong, takat mana yang Luth boleh tolong, i'll help you.

Masa balik dari hantar Syamsul tadi, teringat masa cuti semester sem lepas, bestnya.. Enjoy gila.. Macam macam plan disusun walaupun time tu duit Pt dah habis, tetap enjoy. Tapi, kenangan tinggal kenangan. adakah aku yang ego?? Entah, tanya diri sendiri pun, tetap dapat jawapan yang sama.

Thursday, June 12, 2008

CERITA: Cikgu Tak Ada Otak

Ader seorang guru tadika yg tidak percaya
wujudnya tuhan dan die pun
berfikir bagaimana nak brain wash kanak2 di
tadika tsebut supaya tak
percaya wujudnya tuhan. Die pun mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak2,nampak tak pen ni.
Anak2 : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ade kan.
Anak2 : Ader cikgu.

kemudia guru tadika tadi memasukkan pen tu
dalam poket die, kemudian
bertanya lg..

Guru tadika :Anak2,nampak tak pen?
Anak2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ade tak?
Anak2 : takder cikgu.

Guru tadika : Anak2 nmpk tuhan tak?
Anak2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : tuhan ader tak?
Anak2 : takder cikgu.

Guru tadika td sgt gembira sbb tujuan die nak
brain wash otak budak2 tu berjaya.Ttp dlm byk2 bdk tu
ader seorg bdk
yg pintar,dan die minta pun mengangkat tgn...
Bdk A : Cikgu bleh sy ckp sesuatu.
Guru tadika : Bleh,mari ke depan.
Bdk A : kwn2 nmpk cikgu tak.
Kwn2 : nampak.
Bdk A : cikgu ader! kan?
Kwn2 : ader.

Bdk A : kwn2 nmpk otak cikgu tak?
Kwn2 : tak nampak.
Bdk A : cikgu ader otak tak?
Kwn2 : tak ader.

Moral of the story , bila tak nampak, tak semestinya
takdak! sayangi
agama kita dengan 'amar ma'ruf dan nahi mungkar, kalau
tidak
kita, siapa lagi...

Friday, June 06, 2008

Dia kempunan lagi!!



KUALA TERENGGANU - Hasrat Mohamed Nor Awang, 57, untuk berkahwin kali keempat dengan Suzi Sulong, 34, yang sepatutnya berlangsung 23 Mei lalu, terpaksa ditangguh sekali lagi.

Ia ekoran Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang mengendalikan kes tersebut, Shaikh Ahmad Ismail terpaksa menghadiri satu mesyuarat bermula kelmarin hingga semalam menyebabkan perbicaraan tidak dapat dijalankan.

Menurut sumber mahkamah, kes itu kemungkinan akan dibicarakan dalam tempoh dua minggu lagi.

"Kami dalam proses menetapkan tarikh untuk perbicaraan itu termasuk tarikh untuk kes-kes lain yang juga terpaksa ditangguhkan," katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, tinjauan di mahkamah tersebut mendapati Mohamed Nor atau wakilnya tidak hadir kerana mungkin telah dimaklumkan lebih awal mengenai penangguhan tersebut.

Sebelum ini, kes tersebut dibicarakan pada 15 Mei lalu dengan dihadiri isteri pertama Mohamed Nor iaitu Wan Rukiah Mat Yusof, 52, isteri kedua, Khalthom Dollah, 39, dan Noraini Daud, 40, (isteri ketiga).

Bagaimanapun hakim menangguhkan keputusan membenarkan bapa kepada 18 orang anak yang turut mempunyai empat cucu itu kepada 18 Mei lalu.

Bagaimanapun, hakim masih belum dapat memberikan keputusan ekoran kegagalan Mohamed Nor mengemukakan afidavit tambahan yang meyakinkan mahkamah mengenai kemampuannya untuk beristeri empat.

Hakim kemudian menetapkan semalam sebagai tarikh perbicaraan baru tetapi ia juga ditangguhkan lagi.

Adui, dah ada 3 bini pon nak tambah sorang lagi ?? amboi... ni ikot sunnah nabi ke ikut nafsu? payah kan orang laki ni, mampu sikit saja nk tambah lagi sorang, keja tak tera mana, nak bini ramai.

Thursday, June 05, 2008

Nak jadi orang PANDAI @ BODOH??

Orang bodoh = pakai credit card sampai maximum, lepas tu takleh bayar
(berlagak macam org banyak duit!)

Orang pandai = pakai credit card tapi orang lain bayarkan (pakai kad klon la tu!)

Orang bodoh = ada motor tapi gi kerja nak naik LRT jugak (kes suka 'bergesel'la ni)

Orang pandai = takde motor, takde kereta, takdeLRT tapi ada otak
(kes suka numpang kereta or motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak!)

Orang bodoh = company dah sediakan nescafe, milo, biskut bla bla bla tapi gi minum gak
katcafeteria kena bayar plak tu

Orang pandai = tak minum kat cafeteria tapi
company punya nescafe, milo, biskut
bla
bla
blaangkut bawak balik !!!!

Orang bodoh = beli suratkhabar sebab nak
tengok nombor ekor je pas tu buang

Orang pandai = orang yg tunggu org
bodoh buangpas tu dia kutip... dapat baca semua
sekali

Orang bodoh = kentut kuat kat office pastu
bangga ngan baunya

Orang pandai = kentut senyap sunyi (takde bunyi)
baunya... boleh buat unta sakit perut! tak
punkoma sekejap!
pas tu bermati-matian salahkanmember sebelah
guess sapa member sebelahtu?...
(sibodoh yg kentut kuat tula!)

Orang bodoh = ada masalah cerita kat
orangpandai

Orang pandai = dengar masalah orang bodoh
pastu cerita kat orang bodoh yang lain,
pastu membodohkan orang bodohtu...
jadinya orangbodoh yang pertama tu jadi bodohs
(plural)

Minyak oh Minyak

Ekoran kekalam kabutan masa sekarang tentang isu minyak yang naik lagi, Luth pun turut menghayatinya di stesen minyak berdekatan dengan rumah luth. Pam minyak memang panas. orang dok pusu-pusu pegi nk bagi kenderaan diaorang makan, memang hot.

Teringat Luth masa kenaikan minyak pada Feb 2008 yang lepas, tapi kali ni lagi ramai pada yang lepas. Kan rate minyak dah naik banyak dan ada sesetengah orang cakap PM nih melampau naikkan minyak sampai nk cecah RM3. Paklah kata, ni dah kira baik jika kita kompare negara jiran, Singapore yang minyak dia RM5.20 seliter (petrol).. wow, memang terkejut.

Beban memang beban, tapi benda satu dunia dah naik harga, takkan la Malaysia nih ja yang mantain harga lama, sampai bila pon tak maju kalo gitu, rakyat takleh nak dimanjakan sangat dengan subsidi, nanti negara tak boleh maju. Sikit-sikit tolong, lama lama