Saturday, August 30, 2008

Letih! Letih! Letih!



Semalam, member Luth, Arep ada mai rumah. Komputer (laptop) dia tah tetiba gelong tah napa. Dia datang dan tunjukkan laptop dia yang gelong tuh.. Luth tengok laptop dia memang dah tak dapat nak diperbaiki dan harapan untuk baik hanyalah dengan men"format" laptop tuh..

So dengan persetujuan Arep, Luth format la laptop dia nih.. Luth rasa suma orang dah tau, tambah tambah pengguna laptop presario jenama Compaq nih, kalau kita format,memang payah la nak dapat driver disebabkan company (compaq) memang tak provide cd driver, kita la yang kena cari sendiri.

Untuk pengtahuan member-member suma, Luth la orang pertama yang downrage laptop si Arep ni dari Vista ke Xp. Masa mula-mula Luth nak downrage laptop si Arep nih, memang betul betul liat nak difomat.. Payah.. Vista memang best, tapi sopwer tak support. Game pon kalau nak install kena game yang baru-baru. Kalau macam tuh jenuh sket la kan nak tunggu game baru ja.. hehhee.. Luth siap format laptop nih pukul 1 am 30/8..

Kat sini Luth ada nak share driver untuk laptop Compaq Presario V3615AU


Arini Luth buat banyak keje gile.. Tadi tengah ari Luth pegi Seberang Perai City, bawak my sis nak mintak keja kat KFC Jusco. Memang best, dapat makan free lagi.. kak Luth, Ifa dia ada orang dalam :D senang la nak dapat keje.. Luth ingat nak keje gak la nanti, start next week nak cari duit raya.. Nak shoping sket2 nanti..

Lepas pegi KFC Jusco Perda, Luth pegi belajar memandu kat Melati :D Adui.. 15hb nanti Luth ada test dengan JPJ.. Takutnya..

Wednesday, August 27, 2008

I win! Thanks Enchek Anap_ilmi!!

Thankx kepada Enchek Anap_ilmi kerana menjemput Luth ke blognya ::My Way [v.2]::
masa Enchek Anap_ilmi jemput Luth semalam, dia ada buat satu pertandingan, iaitu
mencari pengunjung ke 2008.

Hehehe, Luth dapat menjadi pengunjung ke 2008 pada hari ini,
pada pukul 8** tak silap..

Terima Kasih Enchek Anap_ilmi, Luth menunggu ketibaan hadiah itu..



Tuesday, August 26, 2008

Pilihanraya kecil Permatang Pauh adalah pilihanraya yang paling GANAZZ dalam sejarah!

Kenyataan dari akhbar tuh memang betul dan memang aku setuju.

Memang penyokong pembangkang kali ni gila babi dan tak profesional langsung! Tadi pagi, masa balik daripada pusat pengundian, bilik gerakan disebelah rumah aku diserang oleh penyokong PKR!

Depa siap dengan kapak, cangkul dan parang sekali tuh.. aku gabara tengok geng PKR tadi. Macam ada orang nak mati ja. Apasaila orang tua tuh nak gaduh2 macam tu? Pelik la..Sebab peraih undi saja, depa nak bunuh2 orang pulak..

pelaq toi.. aku rasa, PKR menang.. Bn bungkuih.. Takpala.. Dah takdir Allah, nak buat apa kan..

Monday, August 25, 2008

Aura by-election Permatang Pauh! FU** XXXXX

Hari ni 25 hb. sok 26hb.. untuk orang matang pauh, selamat mengundi. Aku takleh mengundi lagi, so kena tunggu next general election la kalau nak merasa untuk mengundi.. hehehe..

masa by election nih aku ada buat keja part time, iaitu keja yang senang dapat duit.. untuk malam pertama kerja pasang banner dan poster, aku dapat RM50 untuk semalam. Memang best.. cool.. syok kalau dapat duit gini.. hehehe...

Sampai sekarang kira la berapa RM yang aku dapat sejak 16 hb arituh.. semalam RM50.. hihi.. Kalau pegi konvoi ke, dapat lagi RM30 tambah duit minyak. Memang best election neh.. lubuk rezki mencari duit.. halal kan? hehe..

Semalam, aku cukup hot! Dalam seminggu dua nih, aku buat kerja untuk parti pilihan aku (ada la.. pandai-pandai korang la teka) memang tak ada masalah.. line clear.. best buat keje.. tapi malam semalamla yang paling aku bengang dan nak mengamuk..

Sekarang dah tinggal saat-saat akhir untuk ketiga-tiga pihak untuk berkempen, diorang mintak tolong aku buat kerja last-last minit. aku mula-mula letih la jugak, sebab sebelum tu aku pegi satu ceramah parti XXXXX untuk record video.. Lepastu ada YB XXXXXX turun pusat gerakan, so bz la sikit kan..

Walaupun aku takleh mengundi lagi, aku dapat rasakan bahang By-election kali ni. Pihak lawan, XXXXX kejar aku, baling aku dengan kasut masa aku tengah edar risalah and CD.. Aku cukup hot! Oleh sebab nak selamatkan diri, aku melarikan diri dengan sepantas kilat, and lastly selamat..

HUh! Naseb bek member aku datang amek, kalo tak aku kontang-kanting bersembunyi. Aku sebenarnya nak lawan sorang pakcik yang serang aku tuh, tapi atas nasihat member aku (nasihat last minit) kami lari menyelamatkan diri. Nothing impossible.. Apa-apa boleh jadi.. Pakcik tua tuh taksub sangat. Nasib kami ada 3 orang ja. Kalau ramai, dah pukui balik da orang tua tuh.. F**K XXXXX!

(untuk sesapa yang mengundi dan aktif dalam politik, aku nasihatkan ar kat korang, JANGAN TERLALU TAKSUB DENGAN PEMIMPIN YANG ANDA PUJA. NANTI JADI MACAM AYAH PIN, TAK PASAL-PASAL KENA TANGKAP.

Sorila dah lama tak post tutorial PS.. Nanti after By-election, lepas poly bukak, aku akan post lagi tutorial yang menarik! ok fren!

Sunday, August 24, 2008

Saturday, August 23, 2008

COOOLLL!! SEBERANG PRAI CITY SHOPPING CENTER MEME BEST!

Malam semalam, Luth pegi Seberang Prai City (SPC) ngan Bro Faiz dan Firdaus. Kelam kabut nak sampai sana, sebab sebelum tuh Luth ada perjumpaan dengan seorang bloggers di Bukit Mertajam. So, 9.30pm Bro Faiz suroh sharp ada di sana.. Kelam kabut bawa moto macam ribut, sampai2 sana 9.32pm.. I'am late bout 2 minute. hahahaha..

Sampai-sampai disana, memang cool SPC.. Besar, baru, canggih.. Kat sini Luth ada taruk 2 keping gamba.. tengoklah.. sebenarnya banyak, saja Luth taruk sikit.. kedekut..


Me With Bro Faiz Al-Iranian


Dia dah tunggu kami bout 5 minit.. kesian


Luth n Firdaus


Arena Restaurant, food cort SPC


Jalan-jalan~

Best tak? kalo rasa macam best, pegila sendiri. Tak rugi.. Kalau duet banyak, leh r shoping.. hehehe

Thursday, August 21, 2008

Menanti pembukaan SEBERANG PRAI CITY, PERDA

Besok 22hb ogos merupakan tarikh rasmi pembukaan Seberang Prai City, Shoping Complex yang terletak di Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam. Luth selalu berada di Bandar Perda sebab ia berdekatan dengan Politeknik Seberang Perai.

Bagi Luth, kawasan SPC ni betul betul strategik. Yela, belah kiri SPC ada pasar awam Perda, depan sikit ada Balai Polis Daerah Seberang Perai Tengah, sebelah balai Polis ada Balai Bomba Seberang Perai Tengah. Belakang SPC ada PUZ, Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), BSN dan lain-lain. Ha.. lupa lak.. disebelah SPC ada hospital pakar Bukit Mertajam, yang betul-betul dihadapan bangunan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Kelahiran SPC banyak memberi impak kepada pusat beli-belah yang veteran seperti The Summit Bukit Mertajam, Penang MegaMall dan Sunway Carnival Bandar Sunway Seberang Jaya.. Wah,, bungkuih la kedai kedai lain..

Pandangan hadapan SPC





tak sabaq nak masuk.. nak try tengok wayang kat sini.. mesti gempaq..

Wednesday, August 20, 2008

Sunday, August 17, 2008

Tutorial Photoshop 8: Tukar gambar warna ke hitam dan putih

Assalamualaikum WBT kepada member2 suma.. Dah lama Luth tak post tutorial. Arini Luth nak sahre macam mana nak jadikan gambar yang asalnya warna kepada hitam putih.

Langkah 1 - Masukkan gambar yang anda kehendaki. Luth pilih gambar kereta. Keta Moriss Minor. Chomey..
Langkah 2 - Pergi ke IMAGE > MODE > GRAYSCALE

Langkah 3 - Kemudian pilih Flatten.
Langkah 5 - Bila dah tekan flatten, akan keluar satu message box. Pilih DISCARD

Tadaaa.. Image yang berwarna hitam putih dah siap.. Memang senang dan mudah menggunakan Adobe Photoshop!

Artikel Berkaitan:

Tutorial Photoshop 1 Cara untuk menambah brush di adobe

Tutorial Photoshop 2 Quick Mask, cara pantas memotong layer


Tutorial Photoshop 3 Mari sensoredkan muka anda

Tutorial Photoshop 4 Tips mantapkan bibir

Tutorial Photoshop 5 Cara nak buat pop-up Image

Tutorial Photoshop 6 Macam mana nak ubah warna rambut dengan cepat

Tutorial Photoshop 7 Cara nak menambah gradient

Aku ke-bz-an..

Tahla sejak dua tiga hari ni aku bz gile.. tepehape - hape ar...
tido lewat, mangon awal.. Adui.. Pening, pening.. Kepada member2 blogger semua, nanti aku link-up korang balik k? aku baru je tuka template.. banyak g keje nak kena settle.. huhuhu.. cuti tinggal lagi seminggu..assignmet.. oh assignment........

Apa yang ada dibulan SYA'ABAN?

Assalamualaikum Warahmatullah.

PENGENALAN

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang
padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan
Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran
ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa
kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk
memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll
juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi
menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

01. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

02. Keperkasaan dan ketinggian.

03. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ran pahala yang besar daripada Allah Taala.

04. Kasih-sayang dan kemesraan.

05. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.

ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN

01. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam.Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

02. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

03. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.

ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN

Memperbanyakkan puasa sunat.

Saidatina Aisyah berkata:Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saidatina Aisyah berkata:

Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Melazimi Berzikir dan Berdoa

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah. (Riwayat Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Doa merupakan otak kepada ibadat.(Riwayat at-Tarmizi).

Saidatina Aisyah berkata:

Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.

(Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat dan Beristigfar

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.(Surah an-Nur: ayat 31).

KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan. (Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.(Riwayat Baihaqi).

Berkata Imam Shafie:

Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali:

Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban.

MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN

Para tabiin ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:

Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabiin dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.

Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabiiin itu dan dilakukan juga oleh para ulama.

PENUTUP

Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan keutamaan yang mesti direbut. Tulisan ringkas ini adalah sekadar untuk mengingatkan mana-mana yang terleka dan alpa dalam menjalani hidup ini sebagai hamba Allah Taala yang amat kerdil lagi hina. Saya juga tidak bercadang untuk memanjangkan tulisan ini dengan perbincangan berbentuk khilaf yang boleh memeningkan kepala masyarakat. Semoga kita semua berada di dalam redha Allah Taala setiap masa. InsyaAllah.

‘Memberi dan Berbakti’

Wallahaulam.

Sumber: www.iLuvislam.com

Friday, August 15, 2008

P.44 Parlimen Permatang Pauh

1:30pm
Hari ni hari Jumaat, aku bersiap siap nak ke Masjid untuk menunaikan solat jumaat. Setelah bersiap, aku pun berjalan kaki menuju ke masjid. Hari ni bukan hari jumaat yang biasa. tah hari ni ramai pulak orang pegi masjid, tak macam selalu. Tiba tiba, ada sorang makhluk Allah naik moto 135LC dengan bawak bendera skali, pecut depan aku, sikit lagi nak kena aku. Pelaq betul.. lepastu datang lagi sebijik RXZ, tapi orang tua yang naik, dia pun bawak moto punya laju, lepas tu dia sesedap rasa ja blok jalan yang bertentangan dengan aku. Tah pehape.. Aku wat donno..

1:35pm
Sebuah kereta BMW, BJC6 tah siri keberapa tah masuk perkarangan masjid Saidina Abu Bakar As-siddiq, Taman Guar Perahu. Dibelakang BMW tuh, ada sebijik lagi kereta, tapi kereta ni lagi mewah, Merc Benz, tah apa jenis tah, kaler gold bernumber plate WJC 6000 masuk ke dalam perkarangan masjid dan parking betul - betul depan pintu masjid. Tah, sawan ke apa depa ni parking depan pintu masjid. Kemudian, Seorang lelaki berumur 60an berpakaian baju Melayu lengkap bersampin keluar dari kereta mewah tersebut dan melambai kearah hadirin jumaat dimasjid tersebut. Lepastu, dia masuk kedalam masjid yang diiringi oleh rakan-rakannya.

1:40pm
Kedengaran khatib membaca khutbah pertama yang memuatkan perjuangan seorang pemimpin, yang sanggup dipenjara, dihina, dimaki dan dicaci hanya kerana rakyat. Khatib tersebut juga mempersoalkan kemerdekaan negara kita. Rakyat dihina dan ditindas oleh undang undang dan kerajaan yang zalim, mengutuk pemerintahan kerajaan sekarang yang lemah dan tidak berkaliber. Khatib juga ada menceritakan sebuah cerita dulu, cerita sejarah la kot, yang mana ada sebuah kerajaan yang lemah akhirnya dijatuhkan oleh rakyat dan rakyat menaikkan sebuah kerajaan baru yang kuat dan terkenal. Kenapa eh khatib cerita bab sejarah pulak r? Pelik pelik la..

1:55pm
Sekarang dah masuk khutbah yang kedua. Aku tak dapat nak masuk dalam masjid sebab ramai sangat. So, macam biasa, aku berdiri kat luar sambil mendengar khutbah dan melihat suasana perkarangan masjid yang semakin lama, semakin meriah. Aku tengah kehairanan sekarang. Kenapa orang-orang yang datang kemasjid tempat aku ni tak hormat akan khutbah dan tak diam semasa khatib sedang berkhutbah? Depa ni rilex ja sembang-sembang, buat donno saja. Nak cakap siam bukan. Depa semua orang Melayu. Tah pehape. Aku tengok ja depa. Tiba - tiba ada sepasang orang cina yang memakai tag MEDIA ditengoknya masuk diperkarangan masjid. dibelakang depa ada seorang lelaki cina yang muda membawa kamera. (ish, dia ni mesti kameraman). Masjid hari ni macam ada something yang menarik ja, sampai orang cina rilex masuk dalam perkarangan masjid pasai pa.. ah.. lantak la..

2:00pm
Iqamah dah dilaungkan. aku pun masuk kedalam masjid untuk solat. Selesai saja solat 10 minit kemudian, setengah daripada jemaah keluar meninggalkan masjid. Tinggal berapa kerat sahaja jemaah yang tinggal. Orang tua yang datang ke masjid kami tadi sedang memberi tazkirah. Aik.. Setahu aku, orang tua tu bukannya ustaz, cikgu pun tak. Kenapa dia hari ni diberi platform untuk menyampaikan tazkirah didalam masjid yang mulia ni? Betul ke tazkirah? Aku meragui apa yang ingin disampaikan oleh orang tua tersebut. Aku keluar dari masjid dan berdiri memerhatikan kereta BMW keluar daripada perkarangan masjid sambil mendengar orang tua tersebut menyampaikan tazkirah.

2:20pm
Adakah orang tua terbabit menyampaikan tazkirah yang mengajak manusia kejalan yang diredhai-NYA? Tazkirah orang tua tuh adala berbau politik. Tapi, beliau pandai membuat ayat yang berbunga bunga. Memang hebat dia bersyarah. Asyik juga ucapannya. Bersemangat dan penuh dengan tenaga.

2:30pm
Kameramen tadi bersama sama sepasang wartawan cina menyerbu orang tua terbabit. Suasana ketika itu hangat. Hadirin masatu semua pakat nak salam dengannya. Orang tua terbabit tersenyum simpul kepada hadirin dan wartawan yang datang. Glamornya.. Kan best kalau aku jadi macam tuh.. Orang tua tuh berjalan menuju ke keretanya yang berkilau dek cahaya matahari. Driver dia dah siap bukak pintu. wa.. hebat. hebat.Setelah beliau bersalaman dengan hadirin, beliau masuk kedalam keretanya dan memecut laju meninggalkan perkarangan masjid.

So, apa yang aku nak simpulkan disini adalah kekesalan terhadap sesetengah 'pemimpin' yang menyalahgunakan masjid untuk tujuan politik kotor. Aku tak suka dengan politik. Aku tak suka masjid dijadikan sebagai salah satu platform untuk berkempen tentang politik. Aku tak suka akan perpecahan masyarakat akibat penyalahgunaan masjid oleh sesetengah pihak.

Masjid harus dijadikan sebagai tempat berkumpul dan menjalinkan ikatan silaturrahim antara satu sama lain dan bukanlah tempat untuk menunjuk hero dan mencari publisiti murahan. Apa yang aku nak sampaikan ini bukanlah sebagai protes kedatangan 'orang tua' terbabit, tatapi aku kesal penyalahgunaan masjid yang dijadikan sebagai platform politik.

Wallahualam.

Aku tak pandai sangat bab bab mengarang ayat nih, tapi aku cuba nak menyampaikan isi hati aku melalui penulisanku. terlebih terkurang minta maaf

Download Photoshop Tool : Brush Pack 3

Harini Luth nak share brush pack 3 iaitu Angels & Roses Brushes, Apophysis Brushes dan Godspeed Brushes.
Kepada kawan kawan yang berminat, sila la download.. Untuk sesiapa yang tak tahu cara nak menambah brush di Photoshop CS3, klik sini.

>>Download Brush Pack 3<<

Thursday, August 14, 2008

Download Photoshop Tool : Brush Pack 2

Harini adala sikit photoshop tool Luth nak share, iaitu brush pack 2.
Dalam file compress ni Luth masukkan 3 brush iaitu 001beautifulborders_stockudith, 387_ABSTRACT_VECTOR_BRUSHES dan 1960's Brushes.

001beautifulborders_stockudith
(brush untuk frame)
387_ABSTRACT_VECTOR_BRUSHES
(brush pelbagai bentuk)
1960's Brushes
(brush old skul)

3 in 1 Compressed File

>>Download Brush Pack 2<<

Gallery Gambar : Fuhh.. Penat..

Fuhh... Se-pagi Luth siapkan photoedit bagi pasangan Kak Azlina dan Abang Haris. Bukan 3 keping je, tapi semua ada.. urm.. nak dekat 20 keping gambar nak edit.. Diorang ni memang laki bini yang happening. Ceria je sentiasa, pengantin laki ke, perempuan ke, 2x5 dua dua open minded and enjoy. So, diucapkan Selamat Pengantin Baru kepada korang berdua.
Gambar dibawah ni adalah gambar semasa Akad Nikah pada 10 Ogos 2008

Hari Sabtu ni baru kenduri.. Bestla! (Tapi Luth tak dapat nak pegi awal, ade keje sket)



Wednesday, August 13, 2008

Tutorial Photoshop 7: Cara untuk menambah gradient

Langkah 1 - Run Adobe Photoshop CS 3

Langkah 2 - Pilih icon Paint Bucket Tool dan tekan lama lama sampai keluar dua option, iaitu gradient dan bucket.

Langkah 3 - Pergi ke main toolbar, klik macam dalam rajah dibawah dan last sekali tekan LOAD GRADIENT.

Langkah 4 - Pilihlah gradient daripada simpanan anda dan tekan LOAD. Hanya 1 gradient boleh load dalam satu satu masa. pastikan file gradient adalah .GRD ok? Selesai!

Artikel Berkaitan:

Tutorial Photoshop 1 Cara untuk menambah brush di adobe

Tutorial Photoshop 2 Quick Mask, cara pantas memotong layer


Tutorial Photoshop 3 Mari sensoredkan muka anda

Tutorial Photoshop 4 Tips mantapkan bibir

Tutorial Photoshop 5 Cara nak buat pop-up Image

Tutorial Photoshop 6 Macam mana nak ubah warna rambut dengan cepat


Tuesday, August 12, 2008

Tutorial Photoshop 6: Mari kita ubah warna rambut!!

Assalamualaikum.. Harini Luth nak share macam mana nak ubah warna rambut dengan menggunakan Adobe Photoshop dengan cepat dan simple..

Posting kali ni Luth menggunakan model dari myspace, cik Naddy. Minta kebenaran ya Cik Naddy!

Langkah 1 - Buka dan masukkan gambar pilihan anda di PS.


Langkah 2 - Pilih Pen Tool untuk memilih bahagian rambut. Guna Pen Tool lebih senang dan best.

Langkah 3 - Bila dah habis jew select bahagian yang anda nak tuh, pergi ke LAYER > PATH > make selection dan buat seperti dalam gambar bawah nih..

Langkah 4 - Lepastu, korang ambik Sponge Tool dan touch up rambut dengan guna Sponge Tool k?

Langkah 5 - Bila korang siap touch up rambut dengan Sponge Tool, korang tekan CTRL + L, untuk mengubah LEVEL ataupun kecerahan gambar yang anda mahu. Pastikan kawasan pilihan korang tadi masih lagi avaiable.


Langkah 6 - Lepas dah adjust level warna rambut korang tu, tekan pulak CTRL + B untuk mengeluaran colour brightness. Korang adjustla sendiri warna rambut anda dengan selera sendiri. ok ya?

Taddaaaa..... Dah siap!

Artikel Berkaitan:

Tutorial Photoshop 1 Cara untuk menambah brush di adobe

Tutorial Photoshop 2 Quick Mask, cara pantas memotong layer


Tutorial Photoshop 3 Mari sensoredkan muka anda

Tutorial Photoshop 4 Tips mantapkan bibir

Tutorial Photoshop 5 Cara nak buat pop-up Image