Wednesday, February 26, 2020

Road To South Korea - Part 2 : Sampai di Seoul & perjalanan ke Nami Island

Hampa boleh refer entry pertama disini 

Flight kami ke Seoul ambil masa lebih kurang 6 jam. Flight dari KUL jam 3 petang dan sampai je di bumi Seoul pada jam 10 malam. Actually, aku dah cuba untuk avoid ambik flight sampai malam. Tapi, tak ada pilihan.

Arrival Card, Health Declaration Form kena isi disebabkan Coronavirus

Ni pulak Traveller Declaration form

Masa dalam flight, kami kena isi beberapa dokumen dan declaration untuk pelancong luar. Kat situ, kena pastikan segala maklumat penting untuk pastikan masa jumpa imigresen nanti tak ada masalah.

Aku ada baca beberapa perkongsian di Facebook tentang Visa On Arrival sesetengah pelancong dari Malaysia dibatalkan dek silap isi maklumat dalam kad tersebut. Since sekarang ni ada isu penularan wabak Coronavirus lagi la ketat sikit kemasukkan pelancong asing ke Korea.

Aku ada baca dan buat persiapan arrival pada waktu malam ni. Aku tengok pada keadaan sama ada sampai awal, on time ataupun tidak.

Nampak macam sejuk? Hehe

Pengalaman di kaunter imigresen 


Bila keluar flight, kami tengok ramai sangat orang berkejar - kejaran ke kaunter imigresen. Aku rasa pelik kenapa semua pakat kalut. Aku rasa dekat airport ni semuanya 24 jam. Tak ada masalah lah kalau nak ambik masa pun. Bila sampai di kaunter imigresen, depa dah asingkan laluan pelancong China dan bukan pelancong China.

Kaunter banyak. Pegawai yang bertugas pun ramai. Aku dan Mekna beratur di satu barisan yang sama. Kami tak mau pecah. Nanti kalau tiba giliran kami nak bersama-sama ke kaunter jumpa pegawai Imigresen tu.

Bila sampai je turn aku, aku ke kaunter kiri dan Mekna ke kaunter kanan. Kaunter kiri tu kosong. So kami terpisah. Tapi tak risau sebab aku dah bekalkan dia satu set itennary dan segala booking confirmation. Alhamdulillah, aku tak ditanya banyak soalan pun. Hanya cakap datang dengan wife, lepastu terus isi cap jari di mesin tu. Canggih betul.

Dalam kurang dari 8 minit rasanya dah siap.

Masing-masing letih tapi excited!

Keluar ambil luggage, pickup portable wifi, beli T-Money & naik bas ke Seoul Station

Oleh kerana masa tu dah betul-betul rush, train dari airport ICN nak ke Seoul Station dah lewat, aku dan Mekna buat keputusan untuk ambik bas. Bila travel ni kena ada banyak plan. Ni plan B lah. Keluar je ambik luggage, kami keluarkan winter jacket dan terus cari kaunter portable wifi.

Rupa-rupanya ada banyak counter kat situ. Aku ni pi cari portable wifi kat Shopee, dan kena bayar duit deposit KRW 100,000. Banyak tu dalam RM350.

Dah la kat situ kena bayar guna kad kredit dan tak mau cash. Aku pun pening nak cari kad kredit kat mana. Dah la debit kad kami tak aktifkan roaming. Hmm terbaik la.

Kemudian, aku terus ke kedai serbaneka kat situ untuk beli T-Money. Beli kad dan topup duit sekali dalam tu. Kad kosong dan topup KRW 20,000 sorang KRW 30,000.(RM106.00) Kemudian, guna kad tu untuk call CIMB Malaysia untuk aktifkan kad debit. Alhamdulillah, lepas dah call terus boleh guna kad debit CIMB. Lega!

Masa tu jam hampir pukul 12. Aku pun kelam kabut cari pintu keluar untuk tunggu late night bus ke Seoul Station. Dari Incheon Airport, bas bergerak jam 12:15 tengah malam terus ke Seoul Station. Tambang bas KRW 9,000 (RM32.00) seorang. Nasib baik lah masa ambil portable wifi tu cepat, aku sempat beratur di line tunggu bas tu. Kalau bas dah penuh, kena tunggu next bus pada jam 1 pagi.

Long Q, bukan kita je nak naik bas. Ramainya orang time ni

Tag luggage. Depa akan tagkan ni kat luggage kita. Supaya tak hilang ataupun tertukar

Schedule bas hampa boleh tengok kat website ni 

Rehat di K-Pop Guesthouse Seoul Station 


Kami sampai di Seoul Station pada jam 1:15 pagi. Cepat jugak driver bas tu bawak. Merempit tengah-tengah malam. Bas pun besar dan selesa. Sampai je kami kat Seoul Station tu, aku dah blur blur sama ada nak jalan kaki ataupun nak naik teksi. Tengok di Google Map rasanya dekat je boleh jalan kaki. Tapi, kesian pulak dekat Mekna dah letih, nak usung luggage lagi, aku ambik teksi je la.

Mujur kat situ ada banyak teksi yang menunggu. Depa mesti tau kan orang akan naik bas lewat malam ke Seoul Station. Kami bayar KRW 7,000 (RM 24.00) tambang teksi ke hotel.

Sampai je hotel, masukkan nombor password pintu masuk hotel tu dan terus ambik kunci pintu bilik yang depa letak kat kaunter tu. Ada siap nama aku dah kat situ. Ehhh ada 1 nama je. Nama aku je. Huhuhu.

Masuk bilik, keciknya bilik tak macam dalam gambar. Apa-apa pun malas fikir. Dalam jam 3 pagi kami baru tidur, tu pun lepas kemas-kemas dan mandi. Esok pagi dah nak keluar awal untuk ambil train ke Pulau Nami

Zzzzz

Pintu masuk ke station Hoehyeon

Kali pertama naik subway di Korea, dari Hoehyeon Station ke Yeongsan Station 


Aku pilih hotel K-Pop tu sebab dekat sangat dengan subway station. Ye, betul tu. Jam 7 kami keluar untuk ke Yeongsan Station, sebab aku ambik direct train ke Gapyeong. Yeongsan Station tu besar. Kat situ je station yang pergi ke Gapyeong, sebuah pekan yang hampir dengan Pulau Nami.

Dari Hoehyeon Station hanya 2 station je dari station ni. Mudah!

Tapi oleh kerana aku ni first time dan tak study betul-betul macam mana sistem subway kat Korea ni, aku confuse pintu masuk tu mana satu. Then pakai masuk je mana-mana pintu dan aku assume nanti akan turun ke platform yang sama. Haha Dan assumption aku tu betul!

Sampai je kat Yeongsan Station, aku terus cari kaunter tiket ITX nak ke Gapyeong tu.

Aku dah beli tiket ITX secara online. So just nak tebus tiket (kononnya) la. Alhamdulillah, mudah je proses nak ke situ. Cuma platform ke sana je yang aku confuse sikit.

Jalan kaki ke Ipark Mall yang link dengan line ITX
Direction ke kaunter ITX

Naik ITX ke Gapyeong untuk ke Nami Island 

Nami Island bukannya kat Seoul. Nami Island ni terletak 1 jam perjalanan dari Seoul. Pekan yang terdekat dengan Nami ni adalah Gapyeong. Ada banyak cara untuk ke Pulau Nami ni sama ada naik bas, Metro Train ataupun ITX direct train.

Kalau hampa nak guna Metro Train biasa pun boleh tapi ambik masa yang agak lama dan confuse sebab nak kena tukar dari satu line ke satu line. Untuk pergi ke sana aku guna ITX dan balik nanti aku nak guna Metro Train biasa.

Menunggu ITX train
Oleh kerana kesuntukan masa, aku pilih untuk guna ITX. ITX ni ada banyak line, kalau hampa nak ke Nami, kena guna ITX-CheongChun. ITX ni berhenti di beberapa station terpilih sahaja. Thats why perjalanan dengan ITX ni lebih pantas TAPI harga tiket ITX ni double daripada harga tiket subway biasa.

Perjalanan kami dari Yeongsan Station ke Gapyeong mengambil masa 60 minit. Dalam jam 10 pagi kami dah sampai di stesen keretapi Gapyeong. Keluar je dari station tu, hirup udara sekelilingn yang sangat - sangat SEGAR! Time winter memang best. Sejuk!

Station Gapyong yang cerah

Naik bas pengantara dari Gapyeong Station ke Nami Island 


Gapyeong station ni dekat je dengan Nami Island tapi takkan la nak jalan kaki kan? So depa ada sediakan bas pengantara ke Nami Island. Nak ke Nami Island tu kena guna boat. Bas akan hantar berdekatan dengan jeti Nami Island.

Tambang bas dari Gapyeong untuk seorang adalah KRW 8,000 (RM28). So dua orang adalah dalam RM60. Tambang bas ni adalah untuk dua hala ye. Pergi dan balik.

Aku mintak cappucino depa taktau. last sekali latte la. mudah
Sementara tunggu bas sampai, kami sempat pi beli kopi kat sebuah cafe berhadapan dengan station Gapyeong. Aku minum coffee latte KRW 5,000 (RM18)

Fuhhh nanti aku sambung lagi di entry seterusnya!

Kerajaan Pakatan Harapan Jatuh


PADA pagi Ahad 23 Februari 2020, rutin kebanyakan rakyat Malaysia bermula santai dan indah dengan menikmati hujung minggu bersama keluarga di samping hidangan roti canai, teh tarik dan nasi lemak serta ke pasar membeli barangan keperluan dapur.

Namun bagi para pemain politik kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan anggota pentadbiran Kabinetnya, Ahad lalu adalah permulaan hari-hari sukar yang membawa kepada kejatuhan sebuah kerajaan yang baru berusia 21 bulan.

Persoalan yang melingkari benak pemikiran setiap rakyat Malaysia, bagaimanakah semua ini boleh berlaku? Pastinya kemuncak kepada semua episod yang berlaku adalah peristiwa pada tengah hari Selasa 24 Februari 2020 apabila terbitnya kenyataan media mengejut daripada Pejabat Perdana Menteri yang menyatakan Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan.

Tuesday, February 25, 2020

Road To South Korea - Part 1 : Kali Pertama Jejakkan Kaki di Korea Selatan


Minggu lepas aku dan Mekna ke South Korea. Jalan-jalan selepas 6 bulan lebih beli tiket dan perancangan nak ke Korea ni. Seriously aku tak ada pelan apa - apa pun, semuanya buat last minit 1-2 bulan sebelum nak ke Korea. Kami tinggal di Korea selama 8 hari (termasuk pergi dan balik).

Kami hanya pergi ke Korea ikut pelan sendiri. Bukannya ikut tour guide sebab aku tak suka terikat dengan masa dan pelan yang orang yang atukarn. Lebih baik ikut kaki dan masa sendiri. Baru best kan?

Kumpul maklumat dan itinerary 

Aku banyak baca information kat group Facebook Road To Korea dan juga banyak google maklumat tentang tempat yang nak ditujui, macam mana nak ke sana sini dan do and donts semasa berada di bumi Korea Selatan.

Kebanyakkan maklumat dapat dari hasil perkongsian di Facebook sebab kat situ depa share lebih details dari maklumat di tempat lain.

Untuk pengetahuan hampa, nak ke Korea ni biasanya Imigresen depa mintak tengok senarai tempat yang kita nak pergi, kediaman dan lain-lain sebab ada banyak kes warganegara Malaysia pergi ke Korea nak bekerja. Depa masuk guna pas lawatan tapi bekerja. So oleh disebabkan depa ni la yang menyusahkan orang yang nak ke Korea untuk bercuti.

Aku ambil masa sikit untuk kaji keseluruhan perjalanan. Aku nak nasihatkan untuk rancang buat itinenary untuk mudahkan perjalanan dan jimatkan masa. Tak la nanti buang masa kita nak bincang dan decicde masa dah sampai nanti. Okay?

Wabak COVID-19 

6 bulan lepas masa aku beli tiket flight, tak ada lagi masalah wabak Covid-19 ni. Masa tu ok je. Tapi bila hampir 1 bulan sebelum flight tetiba masalah wabak Covid-19 ni menjadi - jadi. Aku dan Mekna rasa serbasalah nak ke Korea masa time wabak ni. Tapi, bila dah tengok perkongsian dari kawan-kawan yang menjejakkan kaki ke Korea, depa kata tak ada masalah, so aku pun ok je lah.

Kami sebenarnya tawakkal je nak ke Korea dengan keadaan wabak Covid-19 ni. Apa-apa pun, takkan nak tawakkal je kan? Kena lah usaha jugak. Apa yang aku dan Mekna buat, kami siap bekalan ubat-ubatan, facemask dan handsanitizer untuk 8 hari. Bekal siap-siap takut tak cukup nanti nak kena beli.

Perjalanan bermula

Oleh kerana trip kali ni kami pergi berdua, so aku letak Rizqi kat rumah mak. Mak tolong jagakan Rizqi untuk kami semasa 8 hari ke bumi Korea. Sedih sebenarnya tapi kami buat keputusan yang bijak sebab dengan wabak Covid-19 ni tak sanggup nak beri risiko kat Rizqi. Nasib sebenarnya.

Aku beli tiket kereta api dari Bukit Mertajam ke KL Sentral pada jam 550 pagi. Pagi tu aku mintak Kak Pah untuk hantar ke Stesen Keretapi Bukit Mertajam. Alhamdulillah, kami sampai di KL Sentral pada jam 930 pagi. Semuanya berjalan dengan lancar.

Masa di KL Sentral, aku just tunjuk shuttle bas KL Sentral - KLIA2 yang aku beli melalui apps AirAsia. RM 9.90 je seorang berbanding kalau beli direct kat kaunter dalam RM15. Dah jimat.
Perjalanan dari KL Sentral ke KLIA2 mengambil masa dalam 1 jam lebih sebab hari tu agak jem sikit. Tapi takpa sebab flight kami pada jam 3.30 petang.

Sampai je kat KLIA2, kami terus siap-siap nak checkin dan timbang bag. Aku dan Mekna bawak 2 luggage bag. 1 besar dan 1 lagi kecik untuk masuk ke dalam kabin kapal terbang. Sebijik je la yang kena check in. Aku pulak bawak bag laptop yang berisi personal items. Tak mudah sebenarnya bila nak travel ni bawak beg banyak - banyak. Cukup dengan 1 beg laptop dan 1 luggage. Tapi bila dah pergi jalan - jalan dengan mem, takkan la nak bawak 1 luggage je. Mem nak OOTD tauuu!

Kali pertama di KLIA2 International Gate


Besar rupanya KLIA2 ni. Ni kali kedua aku dan Mekna di KLIA2. First time masa ke Sabah tahun 2018 lepas naik kat domestic terminal tapi kali ni kami ke Korea guna international terminal. Beza banyak.

Untuk rekod, ini merupakan penerbangan international ke 12 untuk aku ke luar negara manakala untuk Mekna, ni kali kedua dia ke luar negara lepas kali pertama kami ke Medan, Indonesia tahun lepas. Ramai orang jugak kat KLIA2 ni. Tapi rasanya tak sebesar KLIA yang ada pelbagai terminal dan satelite terminal lagi.

Kami tunggu di ruangan menunggu dekat dengan Gate, mudah untuk tengok keadaan sekeliling. Orang ramai masa tu dah mula pakai mask sebab takut kena jangkitan Coronavirus.

Okay, bersambung di entry seterusnya

Saturday, February 22, 2020

KWSP umum dividen 5.45% konvensional, 5% syariah



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan dividen sebanyak 5.45 peratus dengan jumlah agihan RM41.68 bilion untuk simpanan konvensional untuk 2019, menurut laporan Bernama.

Bagi simpanan syariah pula, kadar dividen diisytiharkan lima peratus dengan agihan sebanyak RM4.14 bilion.

Menurut laporan itu, kadar tersebut ekoran prestasi kukuh KWSP pada tahun lalu yang disumbangkan oleh operasi dan kewangan.

Justeru, menurut laporan itu, KWSP memberikan dividen pada kadar 2.95 peratus melebihi yang dimandatkan oleh Akta KWSP 1991, yang menyatakan dividen nominal tahunan perlu sekurang-kurangnya 2.5 peratus.

Selain itu, KWSP juga mencatatkan dividen purata tiga tahun untuk simpanan konvensional, selepas penyelarasan inflasi, pada 4.33 peratus, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu dua peratus.

Sumber : Malaysiakini

Saturday, February 15, 2020

Pengalaman Memandu di Jeju Island, South Korea


Ni kali pertama saya memandu di Korea Selatan. Umum mengetahui bahawa Korea Selatan memandu di sebelah kiri berbanding kita di Malaysia. Bagi saya dah tak kekok untuk memandu disebelah kiri sebab dah pernah memandu di Eropah. 

Cuma, cabaran memandu di Korea Selatan khususnya di Jeju Island adalah undang-undang tempatan, traffic lights, signboards, road marking dan SPEED LIMIT.

Kereta Sewa Lotte-Rent-A-Car

Saya pilih untuk ambil di Lotte-Rent-A-Car. Sebab? Syarikat ni adalah syarikat sewa kereta yang besar. So, agak yakin dengan system syarikat depa. Semua urusan booking melalui online dan saya bayar guna kad Bigpay. Mudah!

Masa sampai je di Jeju Airport, hampa terus ke parking area untuk ambik transit bus ke Jeju Auto House. FREE je. Perjalanan dari aiport ke Auto House kurang dari 15 minit. Dekat. 

Once dah sampai Auto house, bagi passport, permit memandu antarabangsa dan sign beberapa borang maklumat. Yang penting, depa tak mintak pun duit deposit. Registration sangat smooth. Staff di kaunter akan terangkan rules and regulations tentang car rental. Saya pilih untuk ambik full coverage CDW. 

Dengan full coverage CDW, tak payah dah fikir tentang nak kena bayar jika kemalangan, rosak atau tayar kereta sewa pecah. Jika kemalangan, insurans akan cover kerosakan kereta, kenderaan orang lain, harta awam dan pejalan kaki. 

Jika tayar pecah, telefon je. Depa akan gantikan kereta dengan yang baharu. Sempoi kan? Memang tak payah pening-pening kepala. 

SPEED LIMIT

Sepanjang 3 hari memandu di Jeju Island, saya boleh simpulkan bahawa orang Jeju bawak kereta agak perlahan. Had pemandu dijalan 3 lorong biasanya 60-70&80 km/j, manakala kebiasaan tempat 50 km/j. Kalau memandu di dalam kawasan bandar, speed limit adalah 30 km/j. Bukan tu je, kena perhatikan speed limit camera ada disepanjang jalan.

Kalau ambik kereta sewa tu pastikan ambik lengkap dengan GPS. Kereta yang saya sewa Kia Morning dah lengkap dengan built in GPS. So memang mudah nak bawak kereta. Masa ambik di rental company pastikan depa dah tukarkan ke bahasa Inggeris. 

ROAD MARKING

Bila memandu, tanda jalan ataupun marking sangat penting kan? Untuk guide kita nak ke kiri, kanan atau lorong yang betul. Dengan pengalaman saya memandu di Italy, Germany, France, dan dinegara Europe yang lain, saya rasa road marking di Korea Selatan sangat lengkap dan straight forward. 

Jika hampa berada di persimpangan jalan, atas jalan tu dah ada marking kat mana hampa kena lalu/ikut. Kat situ dah ada pelbagai tanda contohnya arah mana nak masuk, kalau hampa pandai baca tulisan depa lagi mudahlah nak memandu. 

Kat atas jalan depa dah marking siap-siap jalan sehala ataupun no entry. Kalau kona je kiri ataupun kanan, tengok marking atas jalan sama ada boleh masuk ataupun tidak. 😂😂😅

Alhamdulillah, dengan road marking yang ada disepanjang jalan saya tak silap jalan dan tak termasuk ke jalan lain. 

SIGNBOARDS

Dah ada GPS kan? Dah ada marking atas jalan. So, hampa pun kena la peka dengan signboards. Sebab saya tak nampak pun signboard no entry, one way dll. Banyak nampak signboard no parking, nama jalan, kawasan dll. 

Apa yang saya nak tekankan masa memandu kena perhatikan signboard kawasan sekolah, depa pun ada signboard "Old Citizens Zone", "Disabled People Zone" dan lain-lain.

Bagi saya ia unik kerana kat tempat kita takdak semua tu.

Oh ya, saya ada perasaan beberapa tempat ada kamera had laju tapi GPS tak habaq. So hampa kena tengok signboard berapa had laju dan ada kamera ke tidak. Bahaya!

Dengan maklumat di signboard hampa boleh memandu dengan selamat. 




TRAFFIC LIGHTS

Untuk first timer macam saya, saya perhatikan dulu macam mana sistem lampu isyarat depa. Di lampu isyarat depa, kiri sekali adalah merah, kemudian kuning, lepastu belok kiri dan hijau. 

Merah kuning tau kan? Anak panah belok kiri tu akan menyala bila jalan ready untuk kita. Kalau nampak lampu isyarat hijau je menyala bermaksud kita tak boleh belok kiri. 

Suka saya ingatkan semua penting untuk fokus kat lampu isyarat. Takut-takut tersilap tengok hijau sekali hampa pi belok. Bertembung dengan kereta depan. Haru! 

UNDANG-UNDANG TRAFIK

Dah clear dengan lampu isyarat? Haaa, satu lagi, hampa kena tengok lampu isyarat pejalan kaki. 

Di persimpangan jalan, untuk belok ke kanan tak perlu tunggu lampu hijau. Terus je kona kanan. Of course kat situ ada Zebra crossing untuk pejalan kaki. Jika nampak lampu isyarat pejalan kaki, perhatian sama ada hijau atau merah sebelum terus kona. 

Saya takut hampa dengan yakin terus kona tanpa tengok pejalan kaki, terlanggar depa pulak! 

Undang-undang jalanraya lain sama macam kita. International rules kan? Cuma, masa memandu di 2 lorong kalau drive perlahan boleh duduk di line 2 (line kanan) dan laju di line 1 (line kiri). 

Hampa kena ingat memandu di stereng kiri ni kena pastikan pemandu berada di tengah-tengah jalan. Kalau hampa duk kat dalam jalan, bermaksud silap lorong la tu! 😂😂😂

Ok, ni saja perkongsian ringkas (ringkaslah sangat) pengalaman memandu di Jeju Island, Korea Selatan. Tips memandu yang lain? Baca doa bawa kenderaan, selawat, baca bismillah dan tekan minyak dengan yakin. Tu je

Enjoy your driving in Jeju Island!