Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.. Dah lama dah peram cerita nih, sekarang baru sempat nak cerita. Ha.. Alhamdulillah, apa yang Luth rancang selama nih, nak buat gathering dengan bloggers dari Pulau Pinang walaupun ada salah seorang daripadanya bukannya orang Penang tulin berjalan dengan lancar dan yang penting, telah berjaya akhirnya.
Luth dan Khairil pada hari tu ada dua agenda, 1 nak jumpa bloggers dan 1 lagi, nak teman pakcik hensem a-bit tu cari kamera. Akhirnya, dua - dua agenda dapat dipenuhi.
Sebenarnya, sebelum majlis ini berlangsung pada 28hb, tarikh asal gath kami ditetapkan pada hari krismas yang lalu, 25hb. Oleh kerana banyak sangat halangan yang diterima, sorang ada di Thailandlah, sorang lagi ada kenduri hari krismas tu, sorang anak sakit la, macam - macam rungutan yang Luth terima, Akhirnya terpaksa dipinda ke 28hb iaitu hari Ahad.
Urm, mengikut rekod blog Komuniti Bloggers Penang, ada lebih kurang 33 buah blog = 33 orang bloggers yang berasal dari Penang telah dilinkkan. Tapi, yang ada bersama kami semua, hanyalah 5 orang. saja yang dapat show thier face pada hari itu. Tak apa la, janji lebih dari 2 orang.
Cek Lala , Kak Azza dan Kak Intan datang bertiga dan depa semua dah pakat awal - awal. So, senanglah. Kalaulah hampa semua tak jadi nak jumpa hari tu, plan B, iaitu meneman si Khairil membeli kamera ada, kira ok la kan.. Hahaha..
Terima kasih daun pisang kepada Kak Azza dan Cek Lala beranak dua kerana membelanja kami pada petang tersebut. Luth memang kemalu-maluan ketika itu dan hanya sempat membaham 2 ketul ayam dan 1 1/2 gelas air yang ditaja oleh Cikgu Azza kita. Baik betol la cikgu neh.. Lain kali leh la belanja lagi.
Kesemua bloggers yang ada peramah peramah belaka. Memang best, tambah tambah Kak Azza dengan Cek Lala yang hingaq. Luth memang suka orang yang bising - bising neh. Senang nak masuk, senang nak sembang. Cuma yang agak "mandom" pada hari tu adalah Kak Intan yang kaver cun. Mula mula dia sengap, dah nak balik tu baru la dia potpet.. Memang malu kot mula2..
kak Intan itu tinggi sangatlah!
Hah! Gathering kami sampai pukul 4 saja.. Masing - masing ada hal dan plan sendiri, termasukla kami. Ok... Terima kasih la yer kak dan cik semua. Kerana sudi bertemu dan membelanja kami. Senarai bloggers dibawah, sila hantar email tunjuk sebab kepada luthtextile@gmail.com
Jumpa lagi posting yang akan datang!
P/s : sorila kawan, tulisan agak pelik sebab mengantuk amat neh...