Wednesday, January 01, 2020

Sepintas lalu sedekad 2010-2019

Ramai orang tulis tentang sedekad dari 2010 hinggalah ke 2019. Aik, bukan ke tu hanya 9 tahun kan?

Aku ada ambik jawapan dari laman web ni :

Because people think that the second millennium ended with 1999 and the third millennium started with 2000, people think that the last decade ended on 31 December 2009 and that the current decade started on 1 January 2010.
1990–1999
2000–2009
2010–2019
Popularly, the 1990’s was 1990–1999 and the twenty-teens is 2010 to 2019
Haha, ok la. Apa - apa pun aku nak share sepintas lalu tentang sedekad 2010 - 2019 :


2010 

Aku baru habis belajar dan graduated pada Julai 2010. Alhamdulillah, dapat kerja di B.Braun selepas hampir 9-10 kali interview. Masa tu baru umur baru 21. So sangat - sangat fresh dalam dunia pekerjaan. Aku bekerja sebagai Project Technican. Pada tahun 2010, kali pertama aku drive jauh iaitu ke KL.

Eye on Malacca - Januari 2010 

2011 

Tahun 2011 dihabiskan untuk bekerja je. Tak ada yang special. Banyak belajar benda baru contohnya ke premise supplier untuk conduct FAT, buyoff dan visit. Oh, pada tahun 2011 aku konvo di Politeknik Seberang Perai. Time ni aku dok aktif guna Blackberry! 

Nama di "sametime" chat application 


Dengan kawan-kawan di hadapan Dewan Seri Mutiara, Politeknik Seberang Perai
Blackberry ni aku beli second hand dengan harga RM500



2012

Sama, tak ada yang special pada tahun 2012. Cuma, kali pertama aku naik kapal terbang, bawak kereta belah kiri dan ke luar negara atas urusan kerja. Aku ke Germany pada bulan September dan Disember. Dalam masa yang sama, dapat peluang untuk berjalan-jalan di Abu Dhabi & Dubai, UAE. Pada tahun 2012 la aku dapat pegang dan rasa sajli buat pertama kali. Lagi-lagi drive time salji. Takut!  

2013 

Tahun yang sangat menarik bagi aku. Aku beli kereta baru. Trade in kereta lama, ambik Perodua Alza. Niat beli kereta ni nak bawak mak ayah jalan - jalan. Tahun ni aku ke luar negara tiga kali. Kali pertama ke Germany untuk seminggu pada awal tahun, kemudian aku ke Italy untuk sebulan lebih pada musim Panas dan kali ketiga pun ke Italy pada musim Luruh. Best!

2014 

Masih fokus dalam bekerja. Handle project yang ditugaskan pada aku. Alhamdulillah, aku dapat promotion dari Project Technican ke Assistant Project Engineer. Syukur dengan rezeki yang diberikan. Aku masih aktif ke Italy dan Germany. Tahun tu aku ke Germany pada bulan Julai dan Ogos di Italy. Relationship? Aku dah get along dengan wife time tu. Pada bulan Disember decided untuk kahwin. Tapi apa pun tak plan. Haha

2015 

Aku tunang pada bulan Febuari, dua hari selepas aku sampai Malaysia daripada business trip di Itali. Dari awal tahun sampai ke tengah tahun sibuk untuk persediaan kahwin. Kursus kahwin la, daftar kahwin la, beli barang itu ini. Alhamdulillah, bulan Mei akad nikah dan kenduri di kedua-dua belah pihak. Pada Oktober, aku pindah keluar dari rumah mak ayah dan duduk rumah sendiri. 


2016

Kehidupan selepas kahwin memang best. Masa tu baru kita boleh tengok keadaan rumahtangga macam mana terutamanya lepas kahwin. Permulaan kahwin memang ada turun naik. Tapi tetap best. Aku ke Germany untuk tujuan kerja. Pada masa tu aku tahu yang itu merupakan trip aku yang terakhir ke sana. Aku rasa susah untuk aku ke sana lagi pada tahun 2017. So aku enjoy trip tu. Dapat drive dari Germany ke Belanda. Best

2017

Aku dapat promotion ke Project Engineer. Alhamdulillah. Walaupun promotion tu tak dapat mengembirakan semua tapi aku tetap syukur sebab semuanya dipermudahkan. Aku dapat survive. Pada Julai 2017 aku tender resignation dan pada Disember aku masuk ke tempat kerja baharu. Syukur pada Allah atas aturan hidup yang sangat perfect. Allah takkan uji kalau kita tak mampu kan?

2018

Fasa hidup dengan pekerjaan baharu. Aku pun buat kerja sebagai Ejen Takaful. Aku teruskan niat aku untuk buat kerja yang boleh beri contribution kepada orang lain. Kali pertama aku ke Sabah. Bab berjalan, memang laju! 

2019

Anak makin besar, umur dah masuk 30 tahun. Rasanya dah makin tua. Lagi sedih bila tengok mak dan ayah pun makin berumur. Tahun 2019 aku rasa sangat happy bila mak dan ayah dapat panggilan Allah ke Tanah Suci Makkah untuk tunaikan ibadah Haji. Dah lama sangat orang panggil ayah "Tuan Haji" tapi tak pergi haji lagi. Aku pun happy sebab aku dah beli rumah. Walaupun bukannya rumah yang hebat macam orang lain, tapi aku rasa its the right time untuk beli rumah. Tak larat dah nak menyewa. 

Aku dapat bawak Mekna & Rizqi ke Indonesia untuk 4 hari. Kali pertama depa ke luar negara. 

Aku berpendapat untuk satu dekad ni sangat - sangat menarik dan memberi aku banyak pengajaran yang baik dan tak baik untuk hidup aku. Aku rasa cukup dah apa yang dah lepas tu, biarkanlah berlalu. Aku kenal ramai orang dalam dekad yang lepas. Aku dah banyak buat keputusan yang baik mahupun tak baik. Aku tak nak fikir dah semua tu.

Apa yang aku fikir dan rencanakan untuk teruskan apa yang aku ada sekarang. Insyallah, semoga dekat yang baharu akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. AMIN! 







0 Komen:

Post a Comment