Thursday, February 05, 2009

Jom Photoshop akan ditutup?

Letihnya! Tak larat Luth nak mengupdate blog tu. Oleh kerana Luth terasa kemalasan ya amat , Luth bercadang nak memasukkan kembali segmen Tutorial Photoshop ke dalam blog ini kembali. So, Luth nak mintak pandangan daripada sama ada nak ke tak segmen tu kembali dan anda boleh menyuarakan pendapat anda dengan mengundi POLL diatas.Poyo

Mungkin tak semua orang tahu, bahawa Luth lah yang mengendalikan blog tersebut. Seriusli, Luth dah tak larat nak update banyak - banyak blog.

Satu lagi, sekarang laptop Luth yang season ini sudah diupgrade. Haha.. Sebelum ni, memory laptop cabuk neh hanyalah 256MB sahaja, dan minggu lepas Luth baru saja tambah memori DDR. Kelajuan laptop ni dah bertambah dan boleh la Luth berphotoshop dengan anda.

Luth rasa, Luth akan tutup laman blog Jom Photoshop! lagi 5 hari dan akan memindahkan semua koleksi postingnya didalam blog ini. Baru Luth rasa akan kehangatan blog ini akan kembali. Luth tak harap dan tak ingin apa - apa, tapi apa yang Luth inginkan, Luth nak berkongsi ilmu dengan anda semua.


Harap Maklum. 

P/s:Sorila, tengah sibuk dengan praktikal dan badan ini amat letih, tak dapat nak blogwalking
Pss: Kepada semua pemenang kontes Luth, nantikan hadiah anda! Maaf, sebab lambat kirim hadiah!

Tuesday, February 03, 2009

Gawat Oh Gawat! (2)

Dah dua hari beturut - turut pihak syarikat mengumumkan prestasi syarikat Luth, iaitu semalam dan tadi pagi. Aduhai, ingatkan kilang yang Luth praktikal ni tak ada sangkut paut dan juga tak ada kesan dengan kegawatan ekonomi yang melanda pada awal tahun ini. Tapi sangkaan Luth meleset, ada juga kesannya secara langsung.

Kilang ni bukannya kilang elektronik, tapi diorang dah declare production yang menurun pada bulan Januari lepas berbanding dengan Januari 2008. Walaubagaimanapun, ia masih maintain berbanding dengan kilang - kilang yang berada dirantau Perai ini.

Itu tak menjadi masalah kepada Luth? Ah, yelatu.. Luth nak berpraktikal selama enam bulan disyarikat neh dan Luth harap syarikat ni tak akan jadi macam syarikat yang lain - lain, diorang banyak membuang pekerja dan juga memindah pusat pengeluaran mereka ke tempat lain. Ehem, tempat Luth praktikal neh memang gah, dah beroperasi selama 30 tahun. Memang Hebat! tabik spring

Doakan Luth berjaya menjalani latihan industri dengan jayanya. Amin


Wa tamau cerita banyak- banyak, nanti lu orang tuduh wa pecahkan rahsia peribadi syarikat.Nanti wa boleh kena sue! Khainney!

CARA SENANG Untuk Membuat Banner Exchange Link

Ok Assalamualaikum WBT kepada semua pembaca sekalian. Terima kasih kepada semua followers yang baru mengikut blog Jom Photoshop ini.Maafla, dah lama tak mengupdate blog ini.
Tutorial ini merupakan tutorial yang lama dipinta oleh Saudara Fawas. Saya akan ajarkan anda cara - cara membuat Banner Exchange Link.

 
LANGKAH PERTAMA 


Pilih dan masukkan gambar pilihan ada ke Adobe Photoshop. Saya mengesyorkan anda menggunakan Adobe PS Cs3 dan kepada yang telah mahir menggunakan CS3, anda boleh mencuba CS4 yang baru. OK?

 


LANGKAH KEDUA
Tentukan size banner yang anda hendak buat. Ok, saya mengesyorkan anda mengambil size 170x66 pixel. Banner tersebut tidak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Cun cun.

 
LANGKAH KETIGA

 
 
Tarik gambar pilihan anda ke dalam Subjek (banner) dengan mengklik pada layer yang anda kehendaki dan terus tarik masukkan kedalam subjek tersebut.

 
LANGKAH KEEMPAT

 
Hiasilah banner anda dengan sekreatif yang mungkin. Banner tersebut akan menjadi cantik jika anda pandai menghiasi banner anda.

 
LANGKAH KELIMA

 
OK Anda perlu buat dua banner yang berasingan. Satu untuk frame 1 dan satu lagi untuk frame 2. Jangan ubah latar belakang gambar tersebut, anda hanya perlu mengedit perkataan sahaja dan pastikan Frame 1 sama dengan Frame 2. [Rujuk gambar diatas]

 
LANGKAH KEENAM

 
Lepastu, pastikan anda mendapat banner yang sama di atas. Ok. Kemudian,anda pergi ke Lunapic dan anda terus meng-upload image Frame 1 di ruangan UPLOAD

 


LANGKAH KETUJUH
Sila ikut image di atas

 
JIKA ANDA INGIN ANIMASI ANDA CEPAT, ANDA BOLEH MENGUBAH FRAME DELAY SECOND DENGAN MENCUBA 0.5SEC DAN LAIN LAIN LAGI

 
LANGKAH KELAPAN

 


TRY AND ERROR OK?

Nasik Kandaqq ohh Nasik Kandaq..


Kenapa Luth tiba tiba nak posting pasal nasik kandaq neh? Aha.. Luth sebenarnya nak meluahkan rasa tak puas hati sebab hari tu Luth pegi Kelantan, kedai nasik kandaq tak ada kat Kelantan.. Hihi..

Tak adala.. Saja ja kata macam tu.. Tak ada maknanya nak sokong mamak mamak nasik kandaq yang kaya tu.. Ada satu cerita yang mungkin dah basi. Kejadian ni berlaku selepas Luth habis kerja di Penfabric Perai.

Pada kebiasaannya, Luth dan kawan, Azizi akan ke restoran mamak untuk makan petang a.k.a minum petang. Menu Selalunya, Luth akan ke restoran mamak Kasim Mustafa berdekatan dengan Kedai A tu Z (kedai pengantin) sebab disitu memang ramai awek - awek dan amoi yang lalu. Atas restoran tu ada pusat karaoke.

Tapi, petang 14hb tu Luth pegi ke kedai mamak satu lagi, agak jauh dari restoran Kasim Mustada. Ok, Luth macam biasa, bagi Luth petang - petang wajib ada sebiji roti pisang tak pun dua bijik roti canai kosong. Tak lupa, segelas air kopi ais. hihi..

Petang 14hb Januari tak seindah petang - petang yang selalu. Entahla, tengah dok makan, hati Luth tak dapat rasa nikmatnya makan roti pisang dan juga kopi ais. Tau tak kenapa?


Azizi tiba - tiba menegur "Weh, tuuuu"
Luth terkejut dan melihat seorang mamat dan rombongannya menghurung satu kereta ke satu kereta dengan membawa kertas ditangan mereka. 

Luth terus bangkit dan tengok keadaan disekeliling. Adakah mamat tu dah "menghurung" kereta Luth. Dan lepas je mamat and the gang beredar dari kawasan restoran mamak tersebut, Luth terus belari menuju ke kereta Luth yang terletak lebih kurang 300m dari kedai mamak tersebut.

Waaa... Aku dapat surat cinta pertama!! Tidak!!


Aduh.. Kejadian tu dah berlalu lebih kurang dua minggu lepas. Tapi, Luth masih lagi tak membayar kompaun tersebut. Rm30 pada 14 hari pertama dan RM40 untuk 28 hari seterusnya!

Hmm, selama 7 tahun Luth tinggal kat Bukit Mertajam ni, ini ialah kali pertama Luth dikompaun oleh mamat durjana tu.. Ahli MPSP yang amat rajin membuat OT.

Cukupla kerja time pejabat, 8am - 5pm, lagi depa tu rajin nak buat OT, mungkin cari duit lebih kot, untuk anak dan bini..hihi

Kejadian tu berlaku dua kali, tetapi pada kali kedua Luth sempat larikan kereta jauh dari tempat bahaya tersebut, iaitu sejauh lebih kurang 800m dari restoran mamak tu. Aduhai..

Sephia dah pesan banyak kali, kalau nak parking keta di Seberang Jaya, pegi beli kupon parking sebelum dikompaun. Sephia dah kena dua kali. Dan dia tak mau ia berlaku kali ketiga. Dia pesan pada Luth, tapi, Luth buat endah tak endah.. Padan muka..

Moral: Ambil berat pesanan dan nasihat orang lain
Moral lagi : Sila makan tempat lain selain Sebarang Jaya

Sunday, February 01, 2009

Jalan - Jalan KB : Fuyyooo

Hari kedua Luth di KB amat - amat menarik. Pertama sekali, Luth sudah berjanji nak berjumpa dengan Dj Fairuz pada tengah hari tersebut (25/1/2009). Tapi, Dj Fairuz memberitahu bahawa dia sibuk dan tak dapat jumpa. Tak mengapalah.

Hari tersebut Luth keseorangan kerana kawan Luth, Fuad keluar dating bersama aweknya. Kesian kan kat Luth keseorangan. Luth mula - mula merancang untuk menyewa kereta pada hari tersebut, tetapi bila Luth tengok jalan di sekitar KB terutamanya dihadapan KB Mall, jem teruk, terus Luth tak jadi nak sewa kereta!

Biasalah, mungkin cuti tahun baharu Cina, semua anak Kelantan dan juga pelancung dari negeri lain datang menyebabkan kesesakan lalulintas pada hari tersebut.

Ini merupakan kali pertama Luth menjejakkan kaki di negeri Kelantan dan merupakan kali pertama mengembara  secara keseorangan bak pelancong orang putih berjalan - jalan di pekan Georgetown!

Perjalanan pertama bermula daripda Mamak Spicy Specialist dan menuju ke Jalan Ibrahim iaitu jalan besar dan Luth singgah di Pusat Pelancongan Kelantan di sebelah dengan Post Office. Tersasul kesitu, Luth diberikan satu template berkaitan dengan pelancongan di KB. Berpandukan template tu, Luth berjalan - jalan tanpa tujuan dibandar KB.. Yuhuu..

Ikut kaki je nak pegi mana. Luth jalan - jalan berjumpa dengan tempat - tempat dibawah:



Luth berjalan - jalan ke Muzium Diraja, Pusat Kraftangan, Pasar Khadijah, dan manyak - manyak lagi dengan berjalan kaki dari KB Mall.. Hihi.. Rasa macam pelancong asing la. Luth dok usung beg laptop kat belakang. 
 
Masa Luth sedang berjalan - jalan, Luth teringat akan bekas  assist supervisor Luth di Kamdar Bukit Mertajam yang telah bertukar ke Kamdar Kelantan. Luth terus berjalan tanpa arah dan akhirnya Luth berjumpa juga dengan Kamdar di KB nih
 
Apabila Luth menjejakkan kaki kedalam Kamdar KB nih, Luth terus berjumpa dengan bekas supervisor Luth dan dia kini telah menjadi manager disana. Banyak jugakla yang kami borakkan. Dia ajak Luth bersembang di pejabat dia ditingkat 3 bangunan tersebut. Rasa macam orang bisnes pulak, manager terus ajak naik ke ofis. Fuyyoo...

Prong prang prong prang, sejam lepastu Luth beredar untuk berjalan - jalan di pekan KB. Memang jauh perjalanan pada hari tersebut, macam nak tercabut kepala lutut neh. Tapi, letih - letih pon seronok. 
Sampai sampai je ke hotel, Sephia telefon Luth memberitahu pemergian ayahnya. 

Pada malam tu, Luth dan Fuad pegi ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) dan itu kali pertama Luth drive di KB. Okla PCB tu, macam Queensbay di Penang dan juga RNR Bagan Ajam, Pantai Molek dan Pantai Bersih di Seberang Perai. Perjalanan kami tamat pada hari tersebut.