Wednesday, April 29, 2009

Tak lama dah!

Bestnya apabila dikira dengan hari. Tak sabar rasanya nak habiskan modul semester empat nih, iaitu Latihan Industri. Bukannya apa, semakin hari Luth berpraktikal, semakin lama rasa macam nak blah je. Tak tahu kenapa. Mungkin asyik nak kena buat kerja yang sama kot? Hehehe.

12 haribulan Jun 2009 merupakan hari yang terakhir Luth dan rakan - rakan akan tamat menjalani latihan industri. Tak sabar rasanya dan tak sabar - sabar nak kembali menjejakkan kaki ke kelas semula. Adat manusia, bila sebelum ni ditugaskan belajar je, rasa macam nak ponteng kelas je. Rasa nak pegi bekerja dan bila dah diberikan peluang untuk bekerja a.k.a training, alangkah bagusnya bila dapat bersama kawan - kawan didalam kelas.

Hahaha, walau apa pun, kami sedang menanti hari 12 Jun 2009. Tak lama dah. Blog ni pon dah lama tak diupdate!

Hukuman dan manusia

Walaubagaimapun kita berasa diri kira adalah dipihak yang betul dan benar, jangan kita sekali - kali menjatuhkan hukuman kepada pihak yang kita rasa salah. Gunakan kematangan dan elakkan menggunakan emosi dalam melakukan sesuatu keputusan.
Emosi memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi keputusan dan tindak tanduk seseorang dalam sesuatu keadaan. Aku tak suka apabila bermain dengan emosi dan aku tak suka menjadi pihak yang salah dan dijatuhkan hukuman sewenang - wenangnya.
Salah sekali tak bermakna salah untuk selama - lamanya. Cukuplah dengan kata - kata, tak perlu dengan perbuatan.

Tuesday, April 28, 2009

Aku tak tahu

Bak orang kata, kalau tengah dok sakan bercinta, memang tak ingat dunia. Bila dah putus cinta, memang merana gila - gila dan kalau orang tu solo, memang best gila. Tu la manusia, bila masa tengah panas dan kering - kontang, mereka akan minta tuhan turunkan hujan dan bila hujan selalu membasahi bumi, si manusia akan meminta kepada tuhannya, lebih baik panas daripada hujan. Semua serba tak kena.

Masa bercinta memang nak rasa macam lebih baik menjadi solo, dan bila dah solo, rasa macam nak balik ke zaman bercinta. Kah kah kah, kalau difikirkan balik, memang terpehape - hape hidup manusia. Aku pon dah tak larat nak fikir benda - benda macam ni, rasa macam nak enjoy saje.

Lebih baik kita mengsibukkan diri dengan membuat perkara - perkara yang tak berfaedah dan berfaedah. Hahaha. Aku suka hidup aku sekarang walaupun kadang - kala aku rasa aku rasa tak suka hidup macam ni. Tah tak tahu.

Baik keluar bersiar - siar dihujung minggu, menghabiskan duit yang berada didalam bank, berfoya - foya bersama rakan - rakan poli dan juga mengonlinekan diri 24jam sehari itu membuatkan aku bahagia dengan hidup aku. Aku diburu dengan kenangan yang aku cipta dulu, dan sekarang ini aku cuba untuk memadamkanya!

Monday, April 27, 2009

Dari Keybord, SMS, Singgah Ke Mata dan Turun Ke Hati!

Wah wah, tajuk posting kali ni macam hebat gitu! Tak adalah, Luth saja nak share dengan korang semua, pertemuan diantara Luth dan seorang bloggers yang paling penyayang dimuka bumi ini iaitu kakak kesayangan Luth, Cik Juzaidah kiter, pemilik blog Miss Jaz's Corner!

Sebenarnya, Luth memang tak rancang nak berjumpa dengan kak kita neh. Luth pegi ke TLDM Lumut semalam, untuk menyaksikan karnival Jom Heboh dan juga hari terbuka semperna ulangtahun ke 75 Angkatan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM). Suasana disana memang meriah dan memang hangat.

Apa yang hangat dan meriah?

Yang hangatnya, cuaca disana yang panas menyebabkan Luth dan kawan - kawan basah abes satu baju dan sama waktu dengannya dan yang meriahnya ialah, kebanjiran pengunjung yang mengunjungi festival yang diadakan disitu.

Luth dah hangat hati dengan orang kat sana, kenapala depa mai ramai - ramai. sampaikan parking penuh melempah ruah, pejalan kaki di kiri dan kanan bahu jalan pon berlambak - lambak menyebabkan permandangan mata amatlah semak sekali. Oh, bagaimanakah nak elak daripada keadaan ini? Jawapannya ialah balik awal.

Pertemuan dua mata, dari SMS turun kehati

Kak Jue ada kursus pada hari tu, then kami dapat jugak berjumpa dengan kak Jue. Terima kasih banyak - banyak sebab sudi jumpa. Eksyen dia hari tu sebab tak mau makan makanan yang kami sajikan kat dia (sajikan? Hahaha)

Walaupun kami plan nak balik awal, tapi tetap jugak jumpa dia. Luth ada tulis SMS kat dia, "Kak, kalau ada rezki nak jumpa, jumpala. Kalau tak ada, lain kali la eh!" dan respon kak Jue selepas itu adalah memberangsangkan. Hahahaha.

Kekuatan silaturahim melalui Blogger dan YM

Walaupun kami tak pernah berjumpa dan bertemu muka, Luth dengan kak Jue sembang macam dah kenal lama. Prong prang keadaan masa tu, macam meriah la pulak. Riak wajah kak yang begitu excited nak jumpa tu menyebabkan kami sembang begitu lama pada petang tu. Sedar tak sedar, jam dah pukul 7 lebih. Kawan - kawan Luth pon sibuk nak balik rumah.

Dan kesimpulannya, terima kasih diucapkan kepada kak Jue kita sebab sudi jumpa walaupun dalam keadaan yang tergesa - gesa. Luth dah pesan kat dia, "Kak, jangan langgaq lampu merah" dan dia tak dapat memenuhi pesanan tu dengan melanggar juga dua tiga lampu isyarat di pekan Manjung. Hahaha.

P/s : Kak, nanti Luth bawak cik A ok?
P/ss: Bila kak nak kawen? Ramai member dah kawen tuuu...
P/sss: Daddy, betoi kata hang! Hihi

Saturday, April 25, 2009

Jom Buat Brush Photoshop!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung. Dah lama tak update pasal photoshop nih. Al maklumlah kan, sibuk sikit. Ok. kali ni nak share dengan kawan - kawan macam mana nak buat brush sendiri. Tahukah anda, brush di photoshop boleh ditambah dan dibuat sendiri?

Langkah untuk membuat brush sendiri amat mudah dan cepat. Nak tahu, jom ikuti tutorial dibawah! Luth menggunakan lambang Proton, sebuah  logo hakmilik Proton Holding Berhad

Petama sekali, kecerahan warna perlu diubah untuk menghasilkan brush yang elok dan cantik. Anda boleh mengubah kecerahan gambar dengan pergi ke IMAGE > ADJUSTMENT > LEVEL dan lakukan pengubahan level warna dengan memilih 95, 2.06 dan 179. Ini amat penting untuk menghasilkan brush yang cantik dan berkualiti.

Langkah Kedua :
Pilih kawasan brush anda dengan menggunakan Crop Tool. Luth memilih size 280 untuk membuat brush proton ini. ( bergantung kepada kreativiti dan kehendak anda)

Kemudian, simpan brush anda dan letakkan namanya. Baru senang nak buat apa - apa kerja, tak payah nak kena belek lama - lama.

Brush anda sudah siap dihasilkan. Cepat kan? Anda boleh menggunakan brush ini dengan mengubah size nya.
Contoh penggunaan brush yang dihasilkan tadi, cun tak? Selamat Mencuba!

Monday, April 20, 2009

Gathering Vs Dating : Syoknya!!


Eh, tajuk posting nampak macam poyo la pulak kan? Dah lama tak buat poyo dalam blog sendiri. Ok, weekend pada minggu lepas merupakan weekend yang best pada bulan ni. Apa yang best ek? Ada la ceritanya. Nak tau, sila baca perabis posting ini. Hihi..

Kes Pertama, Malam Minggu (18 April 2009)

Luth memang bosan malam minggu yang lepas. Yela, selalunya Luth akan keluar bersosial bersama kawan - kawan, tapi kawan - kawan Luth semua tak balik lagi dari asrama masing - masing, so bosanla. Tiba - tiba, Luth teringat dekat seorang pendengar Desa Fm,
iaitu saudara Kham. Dia dok ajak Luth jumpa dia. Dua minggu lepas, dia ada sms dan call Luth, tapi Luth bz sikit. Lepastu, malam Ahad yang lepas, dapat juga jumpa dia.

Kham Lee memang ramah. Bagusla kami berdua, bak pahat bertemu dengan penukul (eh, betol ke?). Malam tu kami sembang tentang banyak topik. Pasal diri sendirila, R n R Bagan Ajam la, Bloggers la, Chating la, dan terbanyak sekali, cerita tentang Dj - dj di Desa FM dan juga perkhidmatan Desa FM.

Malu Luth! Kham asyik dok panggil "dj, Dj". Luth neh bukannya DJ yang hebat macam dj Fairuz or Dj Teddy. Janganla panggil Luth Dj. Adeh.. Segan siot!

Not bad, Terima kasih kepada Kham sebab sudi jumpa Luth pada malam tu. Hebat sangat bersembang, sampaikan air atas meja pon boleh tertumpah. Macam mana ek? Hahaha. Kalau anda nak berchating bersama saudara Kham, anda bolehla ke http://www.sembang.lagubaru.net/. Kham sentiasa berada disana.

Kes Kedua, Tengah hari Ahad (19 April 2009)


Rasa macam nak pegi jalan - jalan je hari Ahad tu. Selalunya, bila cuti hujung minggu, Luth akan enjoy puas - puas berjalan - jalan. So, Luth rasa macam nak ke Penang pulak. Lepas bersiap - siap pada pagi tu, Luth terus ke Penang. Dah lama tak naik moto, so pegi la. Sampai ke Penang jam 1030 pagi. Pagi pagi dah hujan. Potong stim betol.

Luth teringat kat Kak comel kita ni ha, dia pesan dari bulan lepas, kalau turun penang, jangan lupa kontek kak. Luth ajak dia keluar. Kami pon tak ada plan nak pegi mana - mana, dia hanya cadangkan pegi main Boling lepas Zohor, hari tu.

Luth ke rumah saudara mamat hensem kita ni. Dia pon tak ada plan. Kemudian, kami keluar ronda - ronda, dari Sg Gelugor sampai ke Balik Pulau (Teringat kat Encik Hadi masa ronda kat sana). Lepas je ronda - ronda sementara nak sampai waktu Zohor, kami pergi makan tengah hari di Restoran Hamidiyah, di Campbell St. Memang sedap nasik Beriyani dia, harga pon sedap la jugak. Memang puas.

Then, lebih kurang 2.30 petang, Kak Intan dan juga Cik Eyza sampai di USM, nak amek kami pegi ke Bukit Jambul. Saje je nak rasa naik kereta baru Kak Intan. Hihi. Sampai - sampai je Bj, kami pergi ke pusat bowling Bj. Ramai juga orang pada hari tu. Biasala, hari minggu.

Kami main 2 game je. Dah lama tak main boling. Agak - agak dalam setahun lebih kurang. Dulu, selalu turun main bowling, tapi dok sibuk je, tak jadi nak main. Puas! Tu yang Luth dapat ungkapkan selepas main boling. Pemenang pada game pertama ialah cik Eyza dan winner yang kedua ialah Encik Krell. Takpa hampa, nanti aku menang pulak. hihihi


Terima kasih kepada hampa semua sebab sudi keluar dengan Luth, kepada Khairil dan kancilnya, serta Kak Intan dengan Saga baru itu. Tak lupa pada Cik Eyza yang cun gitu! Minggu depan, kita main bowling di Penang Megamall pulak. Asyik aku je turun Penang, hampa pulak kena mai Seberang. Apa macam? Kita dah janji kan? So, minggu depan kenala ada orang belanja bowling. Bowling + Makan + Wayang + Parking kete. hihi..

Sunday, April 19, 2009

Edisi Pagi : Tahniah Buat Chi!

BUKIT MERTAJAM, 12 April: Pada jam berapa tah tak dapat dikenalpasti, seekor kucing berwarna hitam putih bertompok selamat melahirkan bayinya di Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam. Mengikut risikan forensik, kucing hitam putih bertompok tersebut melahirkan tiga ekor anak kucing, iaitu belang - belang, kelabu dan berwarna sepertinya, hitam putih. Tetapi malangnya, pada keesokan harinya, anak kucing yang baru lahir tersebut tinggal dua ekor sahaja. Kelabu dan belang - belang. Keghaiban seekor lagi anak kucing mencetuskan misteri kepada penduduk di taman perumahan tersebut.


Petang 13 April merupakan hari yang paling menyayatkan hati bagi Chi, (bukan nama sebenar) yang mana kehilangan seekor lagi anaknya, belang - belang yang tak dapat meneruskan hidup di alam yang penuh mencabar ini. Walaubagaimanapun, Chi amat bersyukur kerana dikurniakan seekor anak yang berbulu kelabu dan gebu, hasil perkongsian intim dengan seekor kucing siam yang termahsyur di Lorong 17.

(klik imej untuk lihat tumbesaran gambar)
Sepatutnya artikel ini ditulis pada awal minggu lepas, oleh kerana kesibukan yang melanda tuan tanah, ia telah dipinda penerbitannya pada hari ini, 19 hb April 2009. Walaupun lebih kurang seminggu dah berlalu, kegebuan bulu si kucing kelabu ini tak dapat ditandingi. Gebu giler!
Chi, ibu muda yang baru sahaja kali pertama mengandung dan melahirkan anak amat sayang pada anaknya. Pada permulaannya, beliau diletakkan diluar rumah Encik Luth. Tetapi, tak sampai beberapa jam, beliau telah membawa anaknya masuk kedalam rumah Encik Luth walaupun didesak dengan sekeras - kerasnya. Mungkin, Chi merasakan dirinya dan anak kelabu tersebut selamat ketika berada didalam rumah Encik Luth.
Untuk tak mahu nak cakap panjang - panjang, sila tatap video yang disajikan dibawah :

Saturday, April 18, 2009

Tutorial Photoshop : "Pelangi"kan Gambar Anda!

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Hihi, dah lama giler tak buat tutorial Photoshop. Maklumlah, sekarang ni Musim Sibuk Sedunia (MSS). Kesian kat hampa yang mana ziarah blog ni dan Luth tak ziarah balik blog hampa. Selain sibuk, laptop Luth rosak menyebabkan Luth tak dapat nak online gila - gila. Tak larat la nak guna PC, nak kena duduk mengadap skrin besaq. Hahaha.

Ok, tutorial kali ni merupakan tutorial mengedit gambar anda menjadi cantik. Ada juga tutorial edit gambar seperti disini dan disini. Model kali ini tak lain - tak bukan seorang pengguna Myspace yang terkenal dan salah seorang blogger yang popular, iaitu Cik Ajwin Ajeera kita.
LANGKAH PERTAMA
Hampa copy background asal dan dapatkan Background copy.
LANGKAH KEDUA
Pegi ke LAYERS dan tukar mode layer Background Copy kepada Soft Light. Pastikan Background Copy berada diatas Background.

LANGKAH KETIGA
Bila dah siap tukar mode layer, hampa pegi warnakan gambar yang hampa suka. Sebagai contoh, Luth ambil empat warna, iaitu Biru, Hijau, Kuning dan Merah. Warna - warna tersebut hampa pilih mengikut kesesuaian gambar tersebut. ( Gunakan Brush untuk mewarna | size yang digalakkan : 48pix ) Ok?
LANGKAH KEEMPAT
Lepas dah puas hati dengan warna pilihan anda, hampa pegi ke FILTER >> GAUSSIAN BLUR >> dan setkan radius kepada 90.0 pix. ( Radius tu boleh diubah mengikut kreativiti dan kesesuaian gambar )
Siap! Hanya memerlukan empat langkah untuk mengedit gambar menjadi cantik sebegini. Terima kasih kepada anda yang Follow blog ini. Jumpa lagi pada tutorial akan datang!

Sunday, April 12, 2009

Sepetang di Sungai Petani


Sibuk sangat makcik - makcik kepoh blok C4 nak pegi Pc Fair Sg Petani. Masa hari kami pegi Bukit Bendera haritu, diorang da sound Luth, nak ajak g tengok Pc Fair. Luth pon tak berani janji, takut ada pape. Then, semalam seperti yang diajak oleh geng makcik kepoh tu, kami berangkat ke Sungai Petani.

Pehape - hape. Sorang - sorang tergedik - gedik macam tak penah naik keta. Hahaha. Biasala,makcik la katakan. Hahaha. Kami sampai ke Village Mall, lokasi baru Pc Fair Sungai Petani.
 Akibat terlalu bosan dan juga terlalu pening kepala, Luth dan cik A pegi minom - minom dekat dengan Tesco Sg Petani. Sebenarnya, Luth bukanya beria sangat nak pegi Pc Fair. Luth nak pegi rumah kakak, sebab Luth tertinggal kunci kereta. Nasib baik ada simpanan. Kalau tak, ha, teruk la.

Masa kami minom - minom, kawan cik A iaitu cik D nak mai join kami. Then, kami tunggu la cik D. Cik D dengan ayunya mai kat kami. Hahaha. Cik D pun budak poly Penang gak. Tapi Luth memang tak cam dia.

Lebih kurang pukul 7 kami berangkat balik. Nak kena hantar macik - makcik kepoh lagi. Dah masuk dua minggu Luth tak lepak R n R Bagan Ajam. Rindu nak jumpa member - member SIC.

Friday, April 10, 2009

Ajai ft Marsha - Sayang

Lagu ni memang ada banyak makna. Kalau u'all 1st time dengar lagu nih, mesti u'all akan kata lagu neh terpehape-hape, tapi kalau dah dua tiga kali dengar, mesti u'all akan faham dan tahu apa makna tersurat dan tersirat lagu nih..

Luth selalu putarkan lagu ni di DesaFM. Memang ramai pendengar bagi feedback. Nak download? Klik sini

Thursday, April 09, 2009

Sudah setahun ia berlalu..

Sudah setahun tragedi yang amat menakutkan itu berlaku. Tak silap Luth, hujung bulan Mac 2008 dan ia masih segar dalam ingatan dan menjadi salah satu pengajaran semasa Luth naik moto dan juga masa bawak kereta.Tiba - tiba nak cerita pasal kejadian ni. Itu pun atas permintaan Cik Yaya yang bertanya kepada Luth. Gambar ini ada dalam salah satu gambar sharing di Myspace Luth.

Jangan tipu mak! Bila mak tanya, bagitahu benda yang betul. Luth tak ada niat nak tipu mak masa hari tu, tapi hari tu, Luth keluar tanpa bagitahu mak apa - apa. Luth keluar ke Sungai Petani pada hari tu. Tujuannya, nak amek Sephia dari kolej dia. Jarak antara rumah Luth ke Sungai Petani tak jauh mana pun. Dalam sejam ataupun 45 minit.

Luth keluar amek dia lepas bangun tido. Masa tido, ada la mimpi pasal kemalangan. Kemalangan tu tak tunjuk sapa dia yang kena. Luth ada masa kemalangan tu. Lepas je solat Asar, Luth terus ke Sungai Petani dan lebih kurang 3km dari bandar Sungai Petani, ada sebuah kereta Wira keluar dari stesen minyak dan terus masuk ke line tengah.

Masa tu, speed motor tak laju, dalam 100km/j je. Dan Luth kekok masa tu terus langgar bontot wira tadi tu. Kedebabom. Moto yang ditunggang jatuh keatas kaki Luth dan tak dapat nak bergerak.Kejadian tu berlaku begitu cepat dan tak sedar.Kemudian, ada orang angkat moto Luth dan Luth berlari ketepi.

Mujur tak ada patah - patah. Sorang abang runner tu ada hello member dia "ada eksiden kat sebelah esso, moto langgaq kereta. Moto takdak papa, orang ni boleh makan nasik lagi". Owner Wira tu terkejut dan dia pun tak sangka ada moto nak melintas. Motor Luth, dibahagian depan memang hancur, tapi yang pelik tayar tak bengkok langsung. Yang kena repair hanyalah fog depan saja.

Petang tu, lebiih kurang RM400 dibayar kepada owner Wira tersebut dan motor Luth dalam RM300 dibaiki. RM50 untuk duit ubat. Memang banyak habis duit haritu dan cukuplah sekali ianya berlaku. Luth terpaksa balik rumah malam tu juga sebab esoknya ada Kuiz. Mau tak mau kena la balik.

Luth hanya luka di siku, muka sikit dan pinggang. Gambar diatas tu merupakan luka dibahagian pinggang. Lama juga nak baik tu, lebih kurang dua minggu sebab dalam la jugak. Luka tersebut baik dengan jayanya. Tak perlu dijahit. Macam tu saja dia kering dan sembuh.

Sephia salahkan diri dia ekoran kejadian ini. Dia kata, kalau tak suruh Luth pegi ambil dia petang tu, mesti kejadian ni tak berlaku. Luth tak mahu nak salahkan dia. Luth terima ini sebagai salah satu pengajaran yang tuhan tunjuk kepada diri ni. Cukup sekali ianya berlaku. Sekarang, biarlah parut luka ini menjadi sejarah dan kenangan dengan dia.Parut ini mungkin akan hilang menanti hari dan mungkin, ia akan tetap berada sehinggalah hari penamat nanti.

Wednesday, April 08, 2009

Tahniah Kepada Mereka!

Wah! Panas! Panas! Setelah berhempas pulas, mereka semua akhirnya telah mengetahui keputusan yang dinantikan selama ini. Kepada yang menang, tahniah diucapkan dan kepada yang kalah tu, jangan berputus asa. Cuba lagi di pilihan raya yang akan datang.

Bagi pendapat Luth, ketiga - tiga pilihanraya ini tak mempunyai pemenang. Tidak ada pertukaran lambang dari bulan ke dacing, ataupun dari dacing ke mata ataupun dari mata ke dacing. Masing - masing dapat mempertahankan kerusi mereka.

Apa yang diharapkan oleh Luth disini, sebagai rakyat, pemimpin yang telah dipilih tersebut hendaklah melakukan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat. Jangan anda semua menghampakan harapan dan amanah yang diberikan rakyat.

Dah banyak janji manis dan tawaran yang dihambur semasa tempoh bekempen. Harap anda semua dapat mengotakan janji anda. Janganlah berlagak kerana menjadi juara dan janganlah bersedih kerana kalah. INGAT, ini semua permainan dunia dan telah ditakdirkan oleh Allah. Buruk, baik semuanya datang daripadaNYA.

Janganlah berpolitik sehingga lupa akan kedudukan kita di tanah air tercinta dan janganlah kita mengubah wasiat yang tok nenek kita perjuangkan pada masa dulu. Sebagai generasi muda, Luth berharap semua ahli politik di negara kita ini jangan terlalu taksub akan permainan politik. Fokuskan kepada kerja anda.

P/s: Hanya mahu mengomen dan memberikan pendapat sendiri semasa isu ini masih panas diperkatakan. Ketiga - tiga PRK ni tak dapat lawan kehangatan PRK di tempat Luth dulu.

P/ss: Ada juga cerita panas yang berlaku di tempat kediaman Luth. Nak tahu? Klik sini.

Tuesday, April 07, 2009

Enjoy Gila [ Part 2 ]

Dah puas berjalan - jalan semalam, rasanya macam nak keluar lagi la. Hahaha. Ok, esoknya, pada hari Ahad, Luth bertiga bersama kakak dan pipi tembam ke Kuala Kangsar. Pada permulaannya, kak la nak sangat makan laksa Kuala Kangsar (KK), sebab tu la dia ajak pegi sana.

Alang alang kereta luas, Luth ajak si pipi tembam pegi ke sana. Dia pon orait je. Ok la mcmtu kan. Hahaha. Kami bertolak dari Bkt Mertajam pada jam 1130 dan sampai ke tol Changkat Jering pada 1215 kalau tak silap. Yang pastinya, perjalanan dari BM ke Changkat Jering tak sampai sejam.

Luth nak tengok sangat suasana hangat pilihanraya kecil P.59 tu. Dulu, kat tempat sendiri dah ada dah. So, nak la tengok kat tempat sendiri pulak. Memang hangat. Nasib baik la masa kami sampai tu, jalan di Changkat Jering - KK tak jem. Perjalanan lancar bak iklan penggunaan minyak Petronas.

Kami melawat pekan KK dan singgah ke muzium diraja Sultan Azlan Shah. Hensem siot bangunan kat sana. Memang puas hati bila dah dapat masuk didalam bangunan tersebut. Tambah tambah kagum bila lihat koleksi peribadi Sultan Azlan. Yang paling Luth suka, persalinan baju Yang Dipertuan Agong. Cun! Lepas tu, perut dah lapar, dan terus kami mengisi perut yang menangis tu. Kesian kat perut.Hahaha.

Lepas solat Zohor di Masjid Ubudiah, kami terus gerak ke Ipoh. Macam tak caye je dapat drive sejauh ni. Sebelum ni, ada jugak nak pegi jalan - jalan macam ni. Tapi, tak berani. Perjalanan dari KK ke Ipoh tak lama. Lebih kurang 30 - 45 minit je. Ingatkan lama sangat. Ini merupakan kali pertama Luth drive di bandar Ipoh. Lebih kurang sama macam bandar - bandar yang lain seperti Georgetown, Alor Star, Kuala Terengganu dan juga Kota Baharu.

Semuanya "One way". 1st time kat sini, Luth langgar je jalan yang mana one way. Buat tak tahu je. Nanti kalau polis tanya, katala "1st time encik. Saya tak nampak signboard". Tak pun Luth nak lekat kertas kat belakang kereta, "AWAS, Pemandu Pertama Kali Memasuki Ipoh" so, nanti tak la orang nak hon Luth sesuka hati. Hahahhaa. Berguna juga bawa Cik Pipi Tembam tuu..

Di Ipoh, sempat juga Luth jumpa Daddy Cool yang sentiasa cool. Kami jumpa sekejap je, sebab masa dah maghrib. Minum air pun tak habis segelas. Thankx Daddy sebab sudi jumpa Luth. Nanti kita sembang panjang lagi. Kak Juzaidah pun tak dapat jumpa. Nanti, bila Luth turun Manjung, Luth kontek k?

Puas hati sangat dapat berjalan - jalan di bandar Ipoh dan dapat rasa pengalaman pertama memandu kat sana. Sesat - sesat Luth, jumpa juga jalan nak balik. Macam mana kita masuk, macam tu la kita keluar.Bukannya Luth nak bangga. Hihihi..

Monday, April 06, 2009

Enjoy Giler [ Part 1 ]

Last week merupakan weekend yang paling enjoy Luth rasakan! Memang enjoy. Hari Sabtu lepas, Luth dan kawan - kawan poly ke Bukit Bendera.

Ini bukanlah 1st time pergi ke Bukit Bendera, tetapi ia merupakan kali ke 11 dalam hidup Luth pergi ke sana. Banyak kali kan? Segala kenangan suka dan duka dah dilalui sana. Ada yang seronok dan ada yang tak seronok.

1st time Luth jejak kaki di Bukit Bendera ataupun Penang Hill ni masa tahun 2005, masa tu umur 16. Dua tahun lepas tu, baru Luth pegi pulak, dan pada 2008 sebanyak lapan kali serta pada 2009 ini merupakan 1st visit Luth kesana. Banyak rekod kan? Hahaha..

Sabtu tu, Luth plan nak pegi jumpa mamat hensem ni dan juga abang kaya ni kat sana, tapi disebabkan Luth pegi ramai - ramai, hasrat tu Luth lupakan jela. Next time la nak jumpa mamat hensem dan abang kaya tu.

Percutian ke Pulau Pinang kali ni meriah la sikit sebab bawak makcik - makcik dibawah ni ha. Diorang nak sangat berjalan dan tak pernah jalan - jalan. Kesianla kan kat diorang.Tak ada apa - apa pun kat atas Bkt Bendera tu, cuma yang seronoknya, naik train dari bawah menuju ke puncak bukit. Itu la daya tarikan Bukit Bendera!

Kali ke 11 ni, Luth baru je 1st time dapat tengok pertunjukan ular dekat atas tu. Kiranya, sebelum ni, pegi sana tak ada fuction pape pon. Tapi kali ni rasa meriah sangat, sebab ada lawatan budak - budak Perda Tech dan juga budak - budak bola jaring Negeri Sembilan. Meriah sampai pening.

Lepas je turun dari bukit tu, kami terus makan di Kapitan. Kapitan ni merupakan restoran nasi kandar yang terbest sekali Luth penah makan. Tu pun mamat hensem yang rekemenkan.Memang fun, setiap kali Luth pegi makan kat situ, mesti Luth akan makan nasi beriyani yang kat bawah nih. Sedap! Layan~

Thursday, April 02, 2009

Ada apa pada tarikh 1 April?

Pertama sekali, 1 April merupakan hari ulang tahun kelahiran Kak Ixora. Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 29. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. AMIN! Hihii. Semoga kekal bersama abang tersayang.

1 haribulan April, merupakan titik akhir dan titik mula Luth untuk bernafas selega - leganya. Tiada lagi keluh kesah yang menyebabkan jiwa terseksa dan derita. Tiada lagi cinta agungku. Selamat tinggal cinta. Biarlah memori dua tahun bersamamu menjadi kenangan dalam hidup.

Aku tak perlu mengasihi dan menyayangi insan yang tak menyayangi aku. Aku tak perlu simpati kepada insan yang tak menyimpati kepada diriku dan aku tak perlu insan yang tak menzalimi diriku dengan perasaan simpati itu. Aku tak perlu.

Cukup setakat itu kita bersama. Jika nama kita sudah ditulis bersama disana, sejauh mata kita berlari dan kita berjauhan, jodoh itu tetap akan sampai kepada kita. Dan jika nama kita tidak ditakdirkan berdua, tak guna kita berusha untuk mencapainya, kerana Dia tak meredhai kita berdua.

Itu saja dari aku untuk bulan ini, bulan April. Aku harap, memori Januari, Febuari dan Mac 2009 yang mana menyebabkan aku menjadi bukan aku akan lenyap begitu sahaja.

Aku tak megharap dan memberi harapan kepada apa yang aku ada sekarang. Kerana aku tahu, harapan itu menyebabkan kita kecewa. Tak perlu harapan.

Wednesday, April 01, 2009

Jalan - Jalan Cari Makan!

Semalam, Luth tak pegi kerja. Urat Baloq dah naik kat belakang. Punyala malas nak bangun pagi. Rasa macam nak demam je. Semput pun ada juga rasanya. Rasa macam tak sedap badan. So, Luth tak pegi kerja.

Bangun je tido, dalam pukul 1 Luth bangun dan nak pegi bayar bil internet. Hmm, hidup tanpa internet, memang membosankan. Bila pakai internet, memang best. Kalau nak membayarnya, gila liat nak bayar. Rasa rugi je rasa nak bayar duit untuk internet. So, nak ajak si dia la nak temankan Luth pegi bayar bil.

Lepas pegi bayar bil, kami pegi makan Rojak Tonggek di Pantai Road. Kalau korang datang ke Penang, singgah la ke Pantai Road untuk merasa rojak tonggek yang begitu terkenal di daerah utara.

Budak tu dia pertama kali makan Rojak Tonggek di Pantai Road. Luth pon kali pertama kat sini, tinggal dah 7 tahun kat bumi Penang ni, tapi tak penah pegi pon. Tak mahal pon rojak disitu. 30sen secucuk. Kami makan sepuluh cucuk je. Tu pun dah rasa banyak.

Rojak Tonggek dekat Pantai Road hanya dibuka pada waktu siang sahaja.AWAS! Jangan pergi kesana pada malam minggu ok? Jaga - jaga!
p/s ; Urat baloq = Pemalas