Monday, December 27, 2010

Blog tak ada pelawat? Tak ada nak komen?

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia!

Sejak dua menjak kebelakangan nih saya tengok ada dua tiga orang blogger merungut kat Twitter, Facebook dan didalam blog mereka sendiri pasal prestasi blog mereka. Saya teruja membaca status dan isi kandungan dalam entry mereka dan rasanya dah mengalami perkara yang sama pada ketika dulu.

Oleh kerana saya berblogging bukan untuk popular dan bukan untuk mencari pendapatan melalui internet, saya tidak kesah sangat bilangan pelawat dan juga jumlah komen di setiap entry yang ditulis. Buat apa nak rasa tekanan? Set tujuan anda berblogging, jika anda berblogging untuk mencari kepopularitian dan juga mencari pendapatan pasti akan berasa sedimikian.

Saya ada kongsi sikit tips (pendapat) berkaitan penulisan blog dan saya yakin ramai blogger blogger lain menggunakan cara yang sama dalam berblogging. Hidup kena ada matlamat dan target, sama lah dalam dunia blog.

Kaji balik sebab apa kurang pelawat ke blog anda. Buat kajian dan tengok rekod statistik punca datangnya pelawat di Google Analytics. Kita boleh lihat berapa banyak sumber pautan yang membawa pelawat ke blog kita. Ahhh, pandai pandai sendiri la.

Mungkin, isi kandungan blog anda tak menarik minat. Itu punca utama kot? Tak semestinya blog yang mempunyai content yang menarik mempunyai pelawat dan pengomen yang banyak dalam setiap entry.

Kita mungkin silap dengan menggunakan komen di setiap entry sebagai simbol kehadiran pelawat. Tak semestinya sesebuah blog yang tak banyak komen tandanya tak ramai pelawat. Jangan jadikan komen sebagai kayu ukur.

Kita tak tahu siapa pelawat yang masuk ke blog kita. Mungkin pakcik dan makcik kita sendiri, pensyarah, peguam, dan yang pastinya pelawat sesat yang mencari infomasi singgah ke blog anda dari enjin carian seperti Google, Yahoo dan lain lain.

Rilex, ikhlaslah dalam berblogging. Lama lama dapat rasa la bertapa nikmatnya menulis blog! :P

Sunday, December 26, 2010

Tips Cinta : Adakah hubungan anda sihat?

Sebelum mengenalpasti jawapan kepada persoalan tersebut sebaiknya berfikir apakah elemen yang patut ada dalam sesebuah perhubungan yang sihat.

Justeru pakar psikologi berpendapat terdapat tujuh kualiti yang menjadi teras sebuah perhubungan yang sihat dan ia adalah seperti berikut:-

1) Rasa hormat Adakah dia menganggap anda seorang yang cool dan kenapa?

Rasa hormat terhadap satu sama lain dalam satu perhubungan ialah secara asasnya tidak melebihi had dan batas yang tidak disukai oleh pasangan masing-masing. Ertinya sekiranya kita mengetahui tahap kebolehan pasangan tidak seperti yang diharapkan maka jangan jadikan alasan untuk menjatuhkannya. Pilihlah jalan terbaik dengan meninggikan rasa hormat terhadap satu sama lain.

2) Kepercayaan Tidak mengapa untuk sesekali rasa cemburu tetapi jangan sampai menipu pasangan anda akan sesuatu perkara yang anda telah lakukan. Kepercayaan amat penting dalam satu hubungan kerana menerusi kepercayaan anda boleh melepaskan pasangan kepada dan ke mana sahaja dia mahu pergi. Dan jangan sesekali menggugat kepercayaan diberi kerana anda tidak mungkin lagi mudah mendapat kepercayaan yang amat berharga dari pasangan anda itu. Pasangan yang saling tidak mempercayai adalah tanda perhubungan yang tidak sihat.

3) Kejujuran Ini perlu seiring dengan kepercayaan. Pernahkah anda menipu pasangan anda, sebagai contoh anda memberitahunya bahawa anda terpaksa bekerja pada malam Jumaat tetapi sebenarnya anda menonton wayang bersama kawan-kawan? Awas , adalah sukar jika anda benar-benar memerlukan kepercayaannya kerana dia telah mempunyai persepsi bahawa anda tidak jujur dalam perhubungan.

4) Sokongan Sokongan perlu bukan sahaja masa senang tapi juga waktu susah. Ada pasangan yang boleh bahagia bila hidup senang namun tidak apabila terjadi sebaliknya. Dalam perhubungan yang sihat, pasangan harus bersedia menerima dan memberi galakan dalam apa juga perkara yang dirasakan mendatangkan kebaikan kepada mereka.

5) Kesaksamaan Perhubungan yang baik perlu menerima dan memberi seadanya. Jika anda suka menonton saluran lain sebagai contoh saluran hiburan, tetapi pasangan mahu menonton perlawanan bola sepak yang digemarinya, bolehkah anda beralah? Dalam satu keadaan lain adakah anda boleh bergaul baik dengan rakan pasangan anda atau anda hanya akan seronok jika bertemu rakan anda sendiri? Memanglah lebih seronok bertemu rakan sendiri tetapi bertolak ansurlah supaya dia juga bertimbang rasa jika tiba masanya kelak.

6) Cuba meletakkan diri di tempat si dia Dalam perhubungan yang sihat masing-masing mestilah berkompromi. Tetapi tidak bermakna anda tidak mempunyai pendirian diri. Anda tetap mempunyai keluarga, rakan, kegemaran dan hobi sendiri dan itu tidak akan berubah. Anda juga berhak menambah minat atau aktiviti baru dalam hidup, berkawan baru dan terus maju ke hadapan.

7) Komunikasi berkesan Anda mungkin banyak kali mendengar cara percakapan lelaki dan wanita tidak sama dari segi maksud dan bahasa. Apa yang dimaksudkan di sini ialah apabila pasangan bercakap tidak ada apa-apa, semuanya okay adakah dia benar-benar maksudkan. Sebaiknya berterus teranglah tentang apa yang anda rasa. Gunakan perkataan yang baik, jangan membiarkan emosi menguasai diri. Sebaiknya berfikir sebelum anda bercakap. Jangan memaksa pasangan melakukan sesuatu yang dia tidak mahu.

Bagaimana pula menilai perhubungan yang tidak sihat?

Apabila pasangan di dalam hubungan tersebut tiada lagi rasa hormat, salah seorang terlalu mengongkong dan tindak tanduk yang di luar batasan.

Ada orang yang membesar dalam persekitaran yang tidak sihat, sebagai contoh, dia sering didera atau melihat bapa membelasah ibu sewaktu kecil. Penderaan tersebut merangkumi emosi, kata-kata dan perbuatan. Jadi perkara keganasan nampaknya seperti normal kepada dirinya, tidak sama sekali!

Sifat kebaikan dan hormat adalah kriteria utama untuk perhubungan sihat. Jika anda atau pasangan anda mempunyai latar belakang pahit seperti di atas sebaiknya merubah diri dengan berjumpa pakar psikologi atau terapi. Dalam pada itu jika pasangan bersikap tidak patut terhadap anda, jangan biarkan perkara itu terus berlaku atas nama cinta, kerana perhubungan yang sihat ialah yang harmoni dan tiada penganiayaan dalam apa jua bentuk. Dalam kebanyakan kes penganiayaan perhubungan, pemangsa mungkin akan menjelaskan kepada pasangan bahawa tindakan tersebut dibuat kerana sayang. Sebagai individu yang rasional ketahuilah perhubungan yang membuatkan hati anda terluka tentulah perhubungan yang tidak sihat.

Tiada siapa pun berhak dipukul, dimarah atau dipaksa melakukan sesuatu yang dia tidak mahu.

Tanya diri, adakah pasangan anda

*marah jika anda tidak dapat meluangkan masa untuknya,

*mengkritik cara anda berpakaian dan bercakap yang anda bertuah kerana dapat memilikinya,

*tidak membenarkan anda bertemu atau bersembang dengan rakan lelaki atau perempuan,

*minta anda berhenti dari aktiviti yang anda gemari dan telah dilakukan selama ini,

*pernah cuba memukul ketika dia sedang marah,

*memaksa melakukan seks dengannya dalam keadaan anda tidak sedia.

Ini cuma beberapa soalan yang anda boleh tanya kepada diri anda sendiri, terdapat banyak lagi cara yang menunjukkan sesebuah perhubungan itu tidak sihat. Jika ini berlaku jangan pendam dan ceritakan kepada rakan karib atau ahli keluarga lain agar mereka tahu dan boleh memastikan anda selamat. Kini terdapat juga badan sukarela yang boleh membantu, jadi ambil inisiatif ke arah hubungan yang lebih sihat.

sumber : email

Thursday, December 16, 2010

Ramai blogger yang kecundang dek laman sosial!

Hai, harini aku update blog lagi.

Entah kenapa aku rasa happy sangat nak update blog walaupun benda yang aku nak update tu tak menggembirakan aku. Tapi takpa, semangat aku nak terus berblog tetap membara. Takpa kan? Ni blog personal. Tak kesahla aku nak tulis apa pun sebab dibawah niche blog personal.

Dah ramai sebenarnya blogger murtad dari berblogging. Terang terang kita dapat lihat sudah ramai meninggalkan blog masing masing dan terus serius bersosial di laman sosial. Kalau dulu zaman kegemilangan Facebook yang mana Facebook menawarkan perkhidmatan dan penyampaian maklumat yang begitu mudah. Kita boleh mengemaskini status, menambah gambar, berkongsi gambar dengan orang lain dan sebagainya. Fungsi itu memikat ramai blogger untuk terus menggunakan platform yang lebih mudah dari menulis blog.

Kalau dulu kita dapat lihat seorang blogger tegar dapat mengemaskini blog masing masing sebanyak dua atau tiga kali sehari tetapi sekarang tidak lagi. Mereka gemar menggunakan Facebook untuk berkongsi gambar kenang kenangan ataupun yang mereka suka lalu letak huraian bagi gambar berkenaan. Senang bukan? Tapi, setakat mana ia mampu bertahan?

Berbalik pula kita ke laman sosial yang baru nak meningkat naik, iaitu Twitter. Perkhidmatan micro-blogging yang mudah seperti SMS itu menarik ramai pengguna baru untuk terus setia menggunakannya dan meninggalkan platform lain untuk berhubung. Dengan Twitter, penyampaian yang padat dan ringkat serta cepat amat mudah sekali. Aku sebenarnya gila Twitter lagi dari Facebook. Ramai juga blogger yang mengabaikan blog masing masing kerana terlalu bersosial di Twitter. Lain padang lain belalang, lain tempat lainlah ragam.
So, bila blogger blogger ni terlalu kemaruk berFacebook dan berkicau di Twitter manalah ada masa untuk mengupdate blog yang dulu menjadi blog kesayangan? Tengok blog je tak ada mood, baru nak tulis entry je idea dah hilang? Macam mana tu? Lepastu tinggal je blog, pergi Tweet atau berbalas komen di Facebook!

Tetapi, persoalannya disini setakat mana blogger yang telah menduakan blog masing masing akan bertahan untuk menggunakan Twitter dan Facebook? Kot mana pun kelak mereka pasti akan cari blog dan akan kembali berblogging. Tapi, kalau dia tu blogger tegar macam mana sekalipun bersosial, blog pasti tak akan terabai. Nak cari makan la katakan. Huhuhu,

Okey, see ya!

Wednesday, December 08, 2010

Jangan cakap pandai sangat – Part 2

Julai 2007 menyaksikan secara rasmi Luth bergelar pelajar Politeknik Seberang Perai. Masa pagi pendaftaran tuh, ramai betul orang. Serabut kepala tengok orang ramai sangat. On that day, Luth pegi ngan ayah. Kami naik dua biji moto berasingan. Bila dah sampai poly, kami (luth n my dad) terus pegi ke Dewan Seri Mutiara, iaitu dewan tempat pendaftaran pelajar.

Tak sampai lagi, Luth ada nampak sorang makhluk Allah, dah lambai-lambai kat Luth dari jauh. Sapa ek? Luth wat la dono.. takut dia tuh lambai ke orang lain. maklumlah, kat situ orang ramai. tengah nak naik tangga masuk ke dalam dewan, ada sombody tepuk belakang Luth..

Wey, hang pon masuk poly nih eh? Bagus la.. Hang amek kos apa tanya si Mamat X. Dalam hati kecik Luth Aduih, jumpak lagi orang tua nih, meluat tol.. Urm, tak pela. maybe sekarang dia dah berubah kot rasa hati Luth. Luth sebagai seorang Muslim yang beriman (hahaha, beriman ke?) terima dia balik, walaupun dia sakitkan hati Luth masa keje dulu. Luth maafkan dia.. Semangat baru, azam baru, semua kena baru..

Urm.. masa proses pendaftran, kami ada bersama-sama. Pegi sana-sini berdua. Tempat baru, kekok sikit. Kalau ada member kat sebelah, kurang la kekok. I tell my dad, suruh dia balik dulu. Mamat X nih parents dia tak mai, ayah dia datang kalau tak silap masa hantar dia tadi je, pastu terus blah.. So, dia datang menempek ngn Luth la.

Ok, alhamdulillah, kami dah selesai mendaftar masuk dan dikehendaki stay kat asrama, utk proses orentasi selama seminggu. Tapi, masa orentasi nih, Luth ngn mamat X nih tak tinggal sebilik sekali. Tah la, tetiba si mamat X nih ilang, janji sebelum nih nak tinggal sebilik ngn Luth, tapi takde la pulak. Takpe.. biarlah. 4 hari kemudian, orentasi pon habis..

Kelas bermula.. Luth pada setiap pagi akan keruumah si Mamat X nih, jemput dia g kelas. Dia tak dak transport. Urm, my mum told me,takpe la pegi amek si mamat X tuh, kesian kat dia takde transport. G pon kan baik kalau pegi berdua, apa-apa jadi nanti senanglah kan. Luth ikut cakap mak (saye memang anak mak! :P)

Pagi pukul 730~ Luth dah terpacak depan rumah si Mamat x. Kami pegi kelas, dan balik sekali. Luth nak tanya korang, kalo korang tumpang orang, apa yang korang akan kata pada si beri tumpang tuh? maksud luth, orang tu da bagi tumpang, korang akan kata apa dan beri apa pada dia sebagai tanda terima kasih? Luth tak la mengharapkan balasan secara total, tapi atlease la, hulur la sikit duit minyak rm2 sehari, boleh la jugak tampung my poket.

Tapi, mamat nih dak. Dia bagi kekadang jew, tu pun kalo Luth mintak. Luth tak nak la balasan, saya ikhlas nak tolong sebab kesian kawan-kawan, tapi paham2 la kan. Iam student. Income pon tak dak lagi. Kita tolong/bantu-membantu la.. Kan berkat..

BERSAMBUNG PADA PART 3

Sunday, December 05, 2010

Jangan cakap pandai sangat Part 1

Atas permintaan ramai, aku repost kembali cerita aku dengan mamat x tiga tahun lepas. Erm, entry ini diambil bulat bulat dari blog lama aku, luthtextile.blogspot.com



Luth nak cerita satu benda kat member suma.. Luth ada kenal ngn sorang mamat nih, Luth namakan dia sebagai X. Si X nih Luth kenal secara tak sengaja, dia (si X) nih budak taman Luth jugak la. Dulu, masa time skolah, dia sekolah lain. Luth skolah teknik. So, bila hujung minggu, Luth akan balik umah dgn si Apit, member baik la jugak, satu sekolah ngn dia masa form 1-3.

Bi;la time balik jew, Kami dua (Luth & Apit) selalu balik sekali, naik bas. Dah naik bas, kami budak2 ostel nih akan pegi The Summit Bukit Mertajam (dulu masa skolah,summit mmg port yg sempoi).Dekat summit tuh, ada skali stesen bas, kira tempat transit dari skolah nak ke rumah Luth..

Diringkaskan cerita, Luth selalu terjumpak ngn mamat X nih masa balik.. Dia skolah lain, skolah orang2 pandai (kononlah pandai sangat) dia sorang2 ja balik naik bas. Tengok lagak skema. Rambut selalu sikat tepi, kemas ngn pendek. Tak macam kami dua (luth ngn apit) slekeh, rambut panjang, seluaq carrot (tapi tak gengster pon)..

Dalam bas tuh, Luth tgur2 la dia, kira saja la nak kenal2 kan.. Kami jumpak tak kerap, mamat X nih bukan kaki ronda mcam luth. Dia dok umah ja, tak pernah pon nampak dia ronda-ronda naik beskal, main bola. terperap ja dia.. Kekadang jumpak dia kat masjid, dia pegi masjid dari rumah jalan kaki jer.. Kesian.. Rumah jauh, paling koman naik la beskal, tapi dia tak dak apa-apa, jalan kaki jela..

So lepas Luth abis SPM, Luth ada mintak kerja kat kilang DELL di Bukit Minyak. Masa tuh Luth pegi ngn member, kami pegi berdua. Tah tersempak si Mamat X nih, dia mai dengan awek dia. Orang ada ngn awek masa tuh, hensem gila. Macho, bergaya tuh. Dia pon nak mintak keja jugak, nak kerja ngn awek skali. Tup tup seminggu pas tuh Luth diterima masok kerja DELL, dia tak dapat..

Masa Luth keja DELL, Apit keja Kedai runci ala.. mini market lebih kurang. Apit dia ada cerita, dia boring keja sorang-sorang, so dia tanya Luth sapa dia yang mau kerja ngn dia. teman, boring sangat. Terjadilah kesah, Luth ada jumpak si mamat X nih, dia tak dak kerja. Masa tuh Luth tanya kat dia, nak tak keja ngn Apit. Dia kata nak kerja, masa tuh mamat x nih takdak transpot. Dia pon menumpang lah dengan Apit. Apit dah ada moto.

2bulan berlalu, kontrak Luth di DELL dah abes. bulan 3, Luth nak cari kerja lain. Bosan dok umah, then Luth try mintak kerja kat Kamdar BM. Mintak2 dapat. Kerani tuh tanya, ada tak member2 nak keja, sebab diorang perlukan pekerja g. Luth sebenarnya kesian tengok Apit ngn mamat X nih, keja kat kedai cina tuh, kena hina, maki, kutuk.. Luth panggil diorang kerja ngn Luth kat Kamdar. Akhirnya kami 3 orang kerja kat Kamdar, satu department, iaitu Textile.

Apit dia ok. Baguih. Tapi si mamat x nih cam budak2. Main2 masa keja. Oleh disebabkan dia buat kerja main-main, sale kurang, sebab si mamat X nih la kami staff-staff baru (Luth ngn Apit) kena marah. Geram betol.. Masa kerja tuh, dia ada komplot ngn staff lain, korek seat supervisor then balas telefon yang ada kat situ. Pelaq punya perangai. Mamat x nih dia berhenti kerja, cabut lari macam tu saja. tak da surat2 takdak apa apa pun info kat company. Last skali. Luth ngn Apit berhenti kerja masa dapat tawaran masuk Poly, bulan 7.

BERSAMBUNG DI BAHAGIAN DUA

Friday, December 03, 2010

Lunch di Seoul Garden, Gurney Plaza






Actually haritu aku TER-makan kat restoran ni masa plant visit kat Perai Penang. During that visit, sales manager tu ajak lunch kat Seoul Garden di Auto City, Juru so kat sana aku dah try makan masakan Korean dalam bentuk set. Terdapat dua hidangan kat sana, iaitu Buffet dan Set. Masa tu kami makan set je sebab tak cukup masa nak makan buffet. Lepas hari tu aku berazam nak cuba makan buffet Seoul Garden.

Selasa lepas hajat aku tercapai nak makan buffet kat Seoul Garden branch Gurney Plaza. Sebenarnya branch kat situ dah lama, cuma aku je taktau. Hehehe, tu pun teruk aku meronda satu kawasan Gurney untuk cari kedai ni tapi lastly tengok tengok ia terletak kat dalam shopping complex, bukan  macam kat Seoul Garden Auto City.

Okey, ni 1st time aku makan benda benda macam ni weh. Ermmm, nak kata apa eh? Steamboat kot?

Kat meja belakang tu ada banyak benda oleh ambik




Oleh kerana ini pertama kali aku makan kat sini dengan Munie dan dia pun tak pernah nak makan kat sini, kami sama sama tempuh pengalaman baru. Hahaha, serius aku malu beb tak pernah makan kat sini. Just redah je apa yang patut dan tanya brader pelayan kat sana. Nasib baik dia okey dan jawab soalan aku.

Thursday, November 18, 2010

Jambatan Pulau Pinang mengajar akan erti kehidupan



Hari hari aku akan menyeberangi lautan untuk mencari sesuap nasi. Aktiviti yang baru aku praktikkan setiap hari sejak mula bertugas di pulau sana. Mau tak mau diri aku kena gigih. Berulang alik dari rumah di Seberang Perai ke Bayan Lepas memerlukan motivasi diri yang tinggi.

Jambatan Pulau Pinang menjadi saksi semua ini berlaku pada setiap hari. Isnin lepas memberi aku satu pengalaman baru dalam hidup. Tak pernah aku hadapi cabaran yang sebegitu hebat macam tu. Tak pernah aku rasa tercabar. Serius, pengalaman menunggang motorsikal diatas Jambatan Pulau Pinang ketika hujan ditambah pula dengan angin yang kuat serta petir yang sabung menyabung!

Friday, November 12, 2010

Syok tengok perempuan zaman sekarang

Eh, tajuk entry macam merujuk kepad aku ni gatal sangat. Hahahah takdela. Aku tak bermaksud aku suka tengok pompuan tapi aku suka tengok keadaan orang pompuan zaman sekarang. Zaman dah maju keadaan pun dah berlainan. Tak payah la aku nak kias mengkias lagi, sebenarnya aku jeles tengok orang pompuan sekarang ni. Tak payah nak tengok paras rupa la, cantik ke tak cantik ke, apa jua bangsa dan keturunan semua sama.
Kenapa aku jeles? Aku jeles pada kaum Hawa ni sebab depa kot mana pun pasti laku. Sebagai contoh kalau kita tengok Facebook seorang pompuan. Setiap kali update status, pasti ramai jejaka jejaka akan komen pada status tersebut. Tambah tambah orangnya cantik pulak, memang ramai peminatla.

Monday, November 08, 2010

Bila sembang dengan perokok..

Biasalah bila jumpa orang ramai dan kenal orang baru pasti kita akan bukak pelbagai cerita. Cerita itu dan cerita ini. Kalau hampa kenal aku, aku akan bukak satu cerita dalam tempoh perkenalan. Err.. Isap rokok tak? Kalau dia kata tak bermakna dia geng aku la dan kalau sebaliknya dia tetap akan jadi kawan aku. Haha

Kebanyakan perokok akan dabik dada. Depa kata takkan mati bila isap rokok ni. Lalu, depa akan berikan beberapa contoh terdekat, orang itu dan orang ini yang mana bukan perokok tapi dia pergi dulu mengadap tuhan. Yela bang, saya tak nafikan semua tu. Ajal maut ditangan tuhan, kita tak boleh nak pertikaikan semua tu tapi ingat tak ingat perbuatan kita menyebabkan kita sendiri tempah maut.

Sunday, October 24, 2010

Pejam celik pejam celik sekejap je dah sebulan!



Pejam celik pejam celik dah sebulan aku ada kat tempat kerja baru. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku dan berikan pekerjaan yang baik dan sesuai dengan aku. Nasibla aku ada kelebihan, aku senang nak sesuaikan diri dengankeadaan baru. Aku hanya perlu kurang dari seminggu untuk sesuaikan diri dan hanya perlu beberapa jam untuk sesuaikan diri dengan kawan baru. Ofkos! Kan peramah! Tapi bukan pemarah k.

Kerja dengan syarikat yang berpengkalan di Jerman membuatkan aku teruja melihat begitu ramai orang yang ada disini.Melayu, Cina, India, berkulit hitam gelap putih melepak hidung penyet hidung mancung dan macam macam jenis orangaku dapat lihat disini. Ermmm, nak bandingkan dengan tempat praktikal aku dulu hanya penuh dengan Melayu, Cina dan India saja. Kadang kadang ada la sorang dua orang Jepun datang melawat. Tu pun jarang jarang.

Aku berada di bangunan pentadbiran yang mana menghimpunkan kesemua pekerja dari pangkat tinggi ke rendah. Pangkat rendah macam aku la, pangkat tinggi tu kira boss boss. So, apabila dah berada dikawasan sini tata tertib dan pemakaian kena la jaga. Oleh kerana aku ni orang Engineering dan bukan akauntan ke apa ke, aku pakai cara orang Engineering la.Orang boleh tengok daripada penampilan dan gaya diri.

Penggunaan bahasa Inggeris yang tinggi disini memerlukan aku mahirkan diri dengan cepat. Kesemuanya menggunakan English.Aku bukan tak boleh cakap dan tulis English tapi tahap penggunaan bahasa tersebut dalam hidup aku kurang so akutak berapa cekap la. Mungkin perlu masa untuk terus mahir. Nak fasih macam cakap Melayu ni tak boleh la tapi aku kena cuba semua tu.

Siapa kata kerja swasta tak okey?

Orang kita biasanya terlalu memandang rendah kepada pekerjaan swasta. Alah, biasalahkan kalau kerja bukan gomen susah nak buat macam macam. Nak buat loan susah, nak pinjam itu pinjam ini payah nak lulus tapi orang gomen semua senang. Hah, bagi aku kurang la sikit peluang nak berhutang tu. Hahahhaa Tapi takpa, aku muda lagi dan perlu banyak belajar.

Alhamdulillah, dengan permulaan gaji yang agak okey disini peluang aku untuk terus survive dalam hidup di industri agak cerah bersesuaian kelulusan yang aku dapat. InsyaAllah kalau dah okey nanti rasanya nak sambung belajar lagi. Buat part time okey kot, sekarang ni senang je tak susah macam dulu kan?

Cabaran dan dugaan

Dalam tempoh sebulan aku ada kat sini, dah macam macam benda aku tempuhi. Pertama, haritu motor rosak kemudian motor rosak lagi dan kemudian kereta pulak rosak! Hah, macam macam la eh dah aku tempuh dalam masa kurang sebulan. Kesian kat orang yang aku selalu susahkan tu, sanggup dia datang dari seberang ke Penang balik ambil aku. Walaubagaimanapun, aku tetap ambil semua cabaran tu sebagai satu hikmah. Kalau tak sebab moto dan kereta aku rosak, aku tak akan dapat rasa naik bas dari Penang ke Seberang, dari Bayan Lepas ke Georgetown yang jem tu! Awsome!

Alhamdulillah, semoga aku terus berada disini =)

Monday, October 18, 2010

Blog Luthfi {dot} my

Selamat datang ke blog luthfi.my. Blog yang asalnya dirasmikan pada 31 ogos 2010 yang lepas kini telah bertukar konsep menjadi blog peribadi aku. Sebenarnya, aku membuat keputusan untuk menukar blog ini kepada blog peribadi setelah kekangan masa untuk mengadap blog yang mana 24/7 aku mengadap blog dan wujud aktif dalam dunia maya ini.

Alhamdulillah, 20 Oktober ini genap sebulan aku bekerja di tempat baru. Tempat kerja aku yang pertama menggunakan Diploma yang aku perolehi setelah tiga tahun berusaha mendapatkannya. Aku sekarang bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas. Insya Allah, jika tidak ada apa apa aral yang melintang aku akan berkonvo pada bulan April tahun hadapan.

Segala kandungan berkaitan dengan diri aku akan ditulis di blog ini seperti yang aku tulis di blog lama. Selamat datang ke blog luthfi.my. Semoga kedatangan blog baru ini akan memeriahkan lagi arena blog tempatan

Wednesday, September 15, 2010

Tuesday, September 07, 2010

Caring tu modal jerrr!!

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia

Entry ni ialah entry lanjutan daripada entry yang lama dulu, iaitu Attention Girls : Jangan kawan dengan laki orang! Kalau tak baca lagi entry tu dipersilakan baca dahulu ok!

Ya, saya ada mempertikaikan sejauhmana jujurnya persahabatan antara lelaki dan perempuan. Saya teringat dua tiga hari yang lepas semasa sedang berbual bual dengan Mamu dan Helmi tiba tiba kami terbuka satu cerita pasal hubungan. Cerita tu amat amat menarik perhatian saya yang kebetulan pada masa yang sama berada dalam situasi yang sama. Situasi apa? Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Okey, bila dah sembang rancak macam tu saya tanya dekat Mamu, sebagai seorang tua lama macam mana dia mengekalkan kebahagian rumahtangga sehingga kini walaupun sering bersama sama dengan orang lain dan bertemu dengan ramai orang.

Thursday, May 27, 2010

Tak rasa bersalah ke?

Aku ni rajin sembang. Rajin sembang dengan ramai orang dan suka berkongsi cerita. Ntah macam mana sedang aku tengah sembang terbukak satu topik berkaitan cinta dan macam mana layan pasangan masing masing. Aku lalu tanya kepada seorang kawan, perempuan yang lebih tua dari aku bagaimana hubungan dia dengan boyfriend sekarang ni ok ke tak.

So, dia buka la cerita yang dia sangat sayang pada bf dia yang sorang nih. Dia ada satu prinsip yang mana once dia dah couple dengan mana mana lelaki, automatically dia akan kurang dengan kawan kawan lelaki dia sebab dia dah ada bf. Buat apa dia nak rapat dengan kawan lelaki sedangkan dia dah ada bf? Tak perlu la kot nak lebih lebih dengan kawan lelaki tu sebab ada ada bf yang kita sayang dan lebih memahami kita dari dia yang dianggap kawan. Lagi satu, sejak dia couple dia tak ada pun kawan lelaki yang rapat, baik gila dan mesra. Dia jaga hubungan antara kawan lelaki dan perempuan macam biasalah. Dia nak jaga hati bf dia, takut bf dia makan hati dan tak suka nanti.

Monday, May 17, 2010

Attention girls : Jangan kawan dengan laki orang!

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia!

Apa yang aku nak merepek pagi pagi ni? Hah, dah lama tak online sebab tak ada internet, dah lama tak update blog dan banyak cerita yang aku nak kongsikan dekat blog ni. Apa yang aku nak kongsi ni, berkaitan dengan kawan dengan laki orang.

Kepada semua gadis gadis sunti diluar sana, yang solo ataupun mollow, yang segak ataupun tidak, yang sporting ataupun tak sporting dan yang gedik lagi menggedik tu, jaga jagalah diri anda daripada kawan dengan lelaki orang. Apa kena ni tetiba nak tulis pasal lelaki orang? Ha, banyak cerita dah berlaku sejak dua menjak ni berkaitan dengan kawin lari la, lari daripada rumahlah, menikah kat siam la dan banyak lagi perkara yang berlaku merisaukan aku.

Friday, January 22, 2010

Senarai motor idaman remaja zaman sekarang

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia!

Wah, semakin lama saya tengok semakin ramai remaja remaja sekarang menaiki motosikal dijalanraya. Yang tak tahannya, mereka tu masih berada di bangku sekolah dan hari hari ke sekolah menaiki motorsikal. Tak macam saya dulu, nak dapat motor sebijik pun susah, pakai je motor buruk yang ada kat rumah tu pun sesekali je. Selalunya pergi sekolah jalan kaki *sebab duduk kat asrama* hahhaa