Sunday, July 26, 2020

Durian kahwin ataupun Durian kampung?



Nak beli sebijik tapi ada kualiti ataupun nak beli kira kuantiti?

Pengalaman 5 tahun aku duduk di Balik Pulau, ubah persepsi terhadap Durian. 

"Beli durian adalah satu PERJUDIAN!"

Seumur hidup aku, makan durian depa jual kira lunggok. 13 tahun aku duduk Taiping, mak tak pernah pun beli sikit-sikit. Sekali beli selunggok banyak bijik. Happy betul. Time tu hanya kenal buah durian Taiping. Durian batu kurau dan bukit gantang memang umppphhj

Pindah ke Penang

Kali pertama aku tengok orang jual durian secara timbang. Lepas aku meningkat dewasa, aku merantau dan rata-rata jual timbang kilo. Perasaan protes dalam diri membuak-buak. Kenapa depa jual timbang kilo?

Kulit bukannya boleh makan pun!

Lepas kahwin, aku pindah ke Balik Pulau. Tempat yang famous dengan durian. Start pindah sini baru aku kenal jenis durian. Rupanya, ada banyak jenis durian ni. Kahwin ada. Kampung ada. Start kat sini baru aku tahu beza buah kahwin tempatan dan buah kahwin siam.

Aku still stick dengan beli buah durian kampung. Bagi aku, masih rugi beli buah timbang mahal mahal, tapi hanya buang kulit & isi sejemput. 

Utamakan kuantiti daripada kualiti

Bila orang cakap pasal buah kahwin, aku tetap dengan pendirian "rugi beli durian kahwin. Sikit". Baik aku beli buah kampung, beli timbang kilo baru RM8-10. Dapat banyak bijik. Puas makan. 

Aku suka "kopek" buah. Bukak je. Mekna yang perabis. Nasib dapat bini hantu durian jugak. Beli banyak mana pun tetap habis. Jimat. 

Best kalau makan ada partner.


Frust 

Masuk tahun ke 3 kat sini, keghairahan aku happy dengan kuantiti buah durian kampung hampir luntur. 

Asal beli je, dalam 10 bijik, 5 ok. 5 lagi tu ada buruk, mangkaq (tak masak), tasteless, isi nipis, bijik besar, terlalu banyak ulas dan terlalu besar. Aku jadi jem. Serius jem

Sampai bila nak compromise kuantiti dengan kualiti ni?

Durian ni Setahun sekali je. Nak makan puas, makan berbijik-bijik, tapi tak dapat rasa yang sempoi. Lepas pada tu aku cuba beli buah yang branded. Ada nama. Ada jenama. 


First try udang merah

Asyik dok dengar tentang Udang Merah, ni dia Udang Merah. Aku cuba makan ni pada tahun 2018. Rugi la baru tau sedap udang merah ni. Sebelum nak kopek, selalunya depa ketok2 dulu. sebab buah ni jatuh atas jaring. So tak macam durian kampung yg lasak tu. 

Sedap, tapi....

Beli time tu RM25/kg, buka tengok isi dalam tu ada beberapa ulas je. Tapi, pada la isi dia tu kawwww. 
Isi tebal, bijik kecik. Nak makan udang merah, kena makan banyak bijik sebab kulit dia tebal & berat

So sejak makan durian kahwin, aku dah tau beza rasa durian. Serius beza!

Since buah durian kahwin ni ada pelbagai nama, of kos ada pelbagai rasa.



Hang suka jenis apa?

Manis?
Manis pahit?
Pahit banyak manis kurang?
Isi nipis?
Isi tebal?
Rasa bergas?

Semua ni ada jenis dan nama dia. Complicated? Haha

Ya, benda sedap memang complicated sikit.


Ketagih

Sejak makan durian kahwin ni aku jadi agak "ketagih" nak cuba setiap jenis durian kahwin yang ada

Musang king lah, ang her, hor lor, ang bak kia, kacang merah, D14, D2, D15, Ganja (tangkai panjang), ochie, dan pelbagai nama lagi. Banyak. Macam aku share sebelum ni, lain nama, lain jenis, lain rasa, even lain warna.

ada yang kuning, putih, kuning pudar dan paling aku suka cari warna oren.

bukan warna oren macam durian kat sabah tu. ni warna oren lain punya.... 

selalunya beli durian mesti kata kat tokei tu nak buah "isi oren". tapi recently aku kena ceramah dgn sorang apek peraih durian lepas aku cerita jenis apa aku suka

"lu tengok warna ka? salah tu, kita makan ikut rasa. Ada warna pudar tapi rasa banyak syiok"

Aku diam. Betul jugak

So, aku dan Mekna mula menghargai dan menghayati durian ikut rasa.

Makan durian ikut rasa 

Kami makan setiap jenis durian dan tanya pendapat masing masing.

Aku suka durian pahit + manis, dia kurang sikit. pahit sikit2 ok.

Aku suka durian isi macam krim/planta. Dia pun suka.

Aku tak suka durian isi tebal sangat, sebab makan seulas dua dah muak, tapi dia suka. boleh makan banyak. So kami agree to disagree. kalau beli buah, kami mix ikut taste masing-masing. campur2 makan. happy.

buat apa nak gaduh kan? haha

so kesimpulannya, aku ni bukannya pandai sangat pun tentang durian ni. cuma kalau nak sembang pasal durian tu boleh la, sebab aku minat pasal durian ni. Minat tu takdak la terer sangat, tahu la nama, rasa, cam lah jenis durian tu melalui warna, bentuk duri dll.

durian tu adalah anugerah! dan siapa yang makan durian adalah seorang manusia yang bertuah dalam dunia. So, next time kalau nak makan durian pastikan tahu jenis apa yg hampa nak makan, isi kuning/oren, pahit@manis, dan semestinya, buah durian kahwin ye!

haha durian kampung cane?

durian kampung boleh je nak makan. makan je la. tapi jangan letak harapan yang tinggi sangat. okay?

setakat ni je perkongsian aku dalam entry merapu ni.

aku nak cuba durian ni pulak. paling top, DURI HITAM

Harga pulak tak tahan! Satu lagi. sebelum aku akhiri posting ni, pendapat aku beli durian ni adalah SATU PERJUDIAN

Nak tahu rasa kena makan semua jenis.

Nak selamat, kena beli kopek boh dalam tupperware baru tak buruk

Nak senang, jimat, tak payah makan durian.

Monday, July 06, 2020

Road to South Korea - Part 10 : Itaewon - Seoul - Incheon & Selamat Tinggal Korea!

Aku plan untuk tamatkan episode di Korea Selatan sebanyak 10 siri. Cukuplah takmau tulis panjang - panjang! Haha 

So kami sampai kat Itaewon 1:30 tengah hari. Time tu keluar je dari station subway rupa-rupanya tengah salji! Wow bestnya. Romantik sangat jalan time salji ni sambil pegang tangan. Aku jadi pelik sikit, kat Korea ni walaupun tengah bandar tetap ada salji turun. Masa aku kat Germany & Italy, kat tengah bandar salji tak turun sebab lebih panas dari tempat lain.

Kami singgah beli kopi kat Starbucks berdekatan dan jalan-jalan area Itaewon tu tengok kedai & orang ramai. Perut kenyang lagi. Bekal pun dok ada. Tak risau kalau lapar makan je. 

Mekna dekat Starbucks yang cantik

Antara menu yang ada

Semalam dah aktifkan kad debit CIMB untuk kegunaan diluar negara. So, ni first time guna Debit card beli starbucks kat Korea ni. Cashier tanya "Nak guna rate KRW ataupun MYR?". Then wife pun jawap guna MYR. Rate dia pun not bad.

Bil kami

Starbucks, aku dan kamu di Itaewon

Best jalan time sejuk sambil minum kopi. Sempat aku buat live dekat Facebook. Haha

Lepas je puas jalan - jalan kat sini, teringin pulak nak makan Kebab. So try la kebab kat sini sama ada rasa dia sama tak macam dekat Jerman. Lepas makan, terus kami ke Myeondong untuk tengok keadaan kat sana time ni.

Sebab dah familiar dengan public transport kat sini, aku dan mekna naik bas je ke sana. Mudah!

Tak ramai orang dalam bas haritu

Kat Myondong pun agak sejuk & salji pun lebat. Time petang-petang ni ramai jugak orang. Kami hanya tengok keadaan situ. 

Lepastu kami terus jalan ke station subway untuk ke Naedemun Market.

Dah berkali kali naik subway ni aku tak cuak dah. Rilex je. Sebab ada pengalaman kan? Haha Mekna pun ok tak stress macam mula-mula sampai dulu. Masing-masing redha kena banyak jalan dan naik turun tangga. Adat la kalau ke Korea Selatan ni! Huhu

Keadaan di Myondong

Lepas dah puas ronda, kami terus balik rumah. Nak kena kemas beg, tido awal sebab esok pagi tu dah nak kena keluar & terus ke airport. 

Perjalanan ke Airport Incheon

Esoknya, kami siap awal dan keluar dari airbnb sebab takut tak sempat. Actually, flight kami malam 17hb tu. Tapi sebab aku ni jenis tak percaya kalau tak sampai awai kat tempat tu, kami terus ke Incheon Airport untuk tengok keadaan.

Kami terpaksa jalan jauh lebih kurang 2 km untuk ke bus stop yang bawa kami direct ke Airport Incheon. Tapi bila sampai je kat situ, driver bas suruh kami naik train sebab size beg kami besar & terlalu banyak luggage (kami beli beg baru kat Incheon). Pulak dah!

Stesen subway yang kami "menapak"

So terpaksa kena jalan kaki ke stesen subway! Nasib baik dah tak jauh. Tapi penat jugak la. Huhu

Park luggage dekat Safex & kembali ke Seoul

Bila kami sampai je kat Safex, kami letak luggage & tengok keadaan airport incheon. Time tu dah tengah hari. Kami ada half day lagi, so kami buat keputusan untuk naik AREX dari Incheon ke Seoul Station.

Tempat simpan luggage di Incheon Airport

Malam tu masa aku book untuk simpan luggage kat Incheon, aku fikir sama ada nak letak luggage ke Seoul Station & transfer ke Incheon Airport ke tak. Sebab lagi dekat & mudah. Tapi kos simpan luggage & transfer tu lebih tinggi, aku batalkan hasrat aku nak simpan luggage kat Seoul Station.

Kami naik train biasa ke Airport Incheon, letak luggage & kembali semula ke Seoul guna AREX.

Ada lah peluang aku naik AREX dari Incheon Aiport ke Seoul Station. Kami beli tiket kat Klook guna Debit Kad. Tiket sehala untuk dua orang adalah RM46.70. 

Menunggu AREX & ketika didalam train AREX

Perjalanan dari Airport ke Seoul Station ambil masa 1 jam. Bila naik AREX ni best pulak. Sebab smooth dan tak menyinggah mana - mana station kan.

Lunch di Kampungku Restaurant 

Lepas sampai je kat Seoul Station, kami terus ke station Myendong & ke resotran milik orang Malaysia yang terkenal di Seoul. Rasanya tak sah kalau tak tak singgah ke restoran ni sebab banyak menu makanan Korea yang halal kat sini. 

Dengan Mekna dia tak selesa makan dekat restoran yang "muslim friendly". Kena bawak dia makan kat restoran yang betul-betul HALAL. 

Yeay, dah sampai!

Makanan yang kami pesan

Antara yang best kat restoran Kampungku ni adalah waiter yang ambik order tu orang Malaysia. Hanya bagitau benda yang kita nak makan then depa terus ambik order. Mudah bila ada orang kita kat sana. Huhu

Masa kami tengah makan, salji turun dengan lebat. Wah! Syoknya tengok salji dekat tengah bandaraya Seoul ni. Subahanallah. 


Bila perut dah penuh, kami jalan - jalan dari Myeongdong sampailah ke Seoul Station. Permulannya ingat nak panjat tengok Seoul Tower tu. Tapi bila salji lebat sangat, kami patah balik. 

Rasa berat hati nak tinggalkan Seoul ni. Rasa sekejap sangat kat Korea, tak puas rasanya nak jalan-jalan lagi. Tapi apa daya sebab semua dah book. Malam tu kami kena balik dah. Huhuhu

Robocar Poli. Tetiba teringat kat Rizqi. Huhuhu

View dalam stesen train yang tengah dalam proses upgrade

Sebenarnya sebelum balik Malaysia, aku nak rasa makan kebab macam kat Germany. Aku google tengok sekitar Seoul Station ada banyak kedai kebab. Tapi bila tengok nak kena cross keluar dari Seoul Station rasanya tak perlu la kot. Next time.

Gambar kenangan di Seoul Station

Farewell Seoul

Hampir jam 4 petang, kami topup T-Money untuk tambang ke Airport Incheon. Perjalanan dari Seoul ke Airport Incheon ni guna train henti-henti yang biasa. Perjalanan kami ambil masa 1 jam 30 minit.

Destination

Naik turun travellator ni normal kat Seoul

Macam biasalah bila naik train biasa ni kena tukar line. Kami tak kalut, so enjoy je jalan - jalan sambil tengok keadaan dekat station train, dalam train dan sekeliling. Dalam keadaan pandemik ni nampak orang Korea sangat - sangat patuh & berdisiplin ikut rules & regulation yang ditetapkan oleh kerajaan.

Bila duduk dalam train, aku suka tengok couple muda. Sweet sangat. Aku tak pernah tengok drama korea, tapi rasanya sweet macam tu la kot. Hahaha

Sampai kat Airport Incheon, aku perabihkan T-Money yang ada. Guna beli sweets kat kedai serbaneka. Jam 5 lebih, aku terus ke tempat simpanan luggage, terus naik ke tingkat atas untuk tengok-tengok apa yang ada. 

Lepak Airport Incheon

Aku ni jenis suka prepare awal, takut apa - apa jadi kalau lambat sampai kat airport. Walaupun flight kami jam 11 malam, jam 5 lebih dah sampai kat airport. Selalunya untuk international flight kita kena ada dekat airport 3 jam sebelum departure kan.

Airport Incheon

So lepas check in beg, aku terus jalan - jalan, tengok kat area dalam departure area. Apa yang aku buat, kami habiskan duit won yang ada dekat tangan. Minum kopi, beli makanan dan lain - lain lagi. 

Malam tu kat gate departure, ramai betul Malaysian. Semua dengan keadaan happy nak balik rumah.

Bagi aku, aku excited nak balik rumah sebab dah seminggu lebih tak jumpa anak. Huhuhu. Cuma, yang merisaukan aku adalah keadaan Coronavirus kat Korea ni dah makin teruk, takut takut kami ni positif dan jangkit kepada keluarga terdekat pulak!

Cantik kan?

Direction

Kopi KRW 5k

Muka letih dah

Flight kami memakan masa selama 6 jam dari Incheon ke KL. Alhamdulillah, flight smooth je. 

Nanti aku akan buat summary disepanjang 10 siri entry aku. 

Entry sebelum : Part 1Part 2Part 3Part 4Part 5Part 6, Part 7Part 8 & Part 9