Tuesday, June 30, 2020

Road To South Korea - Part 9 : Turun naik train bas di Incheon & pertama kali Mekna main salji!

Alhamdulillah, flight kami Jeju Air selamat sampai di Gimpo Airport, Seoul pada jam 130 tengah hari. Phewww, menarik betul flight kali ni sebab smooth sangat. Aku suka dengan flight yang smooth macam ni. Terbaik betuk pilot Jeju Air!

Perjalanan kami tak terhenti disini (baca : Incheon) sebab kami dah booked Airbnb di Incheon. Dua malam terakhir di bumi Korea kami tinggal dekat Incheon pulak. Lokasi dia bukannya di tourist spot tapi di tempat kediaman orang tempatan. 

Sebenarnya keputusan untuk tinggal kat kediamaan orang tempatan adalah sebab terlalu semak kepala tengok orang ramai sangat kat Seoul tu. Haha. Gila tak? 

Masa planning awal bulan Januari haritu, aku dah check lokasi tempat Airbnb tu ada laluan bas & train. Kiranya tak ada masalah untuk ke sana dan bergerak. 

Dalam travel list ada banyak tempat yang kami nak lawati di Incheon, tapi bergantung kepada cuaca dan masa. Takmau rushing sangat sebab nak enjoy tengok keadaan sekeliling je.  

Naik turun train & bas 

Dari Gimpo airport, kami ke Seoul Station dan tukar ke line 1 Line Gyeyang Station untuk ke Incheon.

Perjalanan kami atas train dan bas ambil masa dalam 1.5 jam. Mencabar kan? Yang mencabar adalah nak usung sekali dua beg luggage yang besar! Haha

Mekna tengah tunggu train

Hari tu hari Isnin. So time lunch tu memang ramai sangat orang kat train station. Lagipun walaupun hari Isnin, aku rasa orang tempatan pun ramai yang bercuti kat Pulau Jeju. So memang crowded time tu.

Permandangan dalam train ke Seoul Station

Masa kat Seoul Station kami dah siap topup T-Money untuk mudahkan perjalanan kami. Aku tak rekod pulak berapa Won perbelanjaan kami topup T-Money tu. Tapi banyak jugak la. 

Sampai je kat stesen tren Ganseok Ogeori, kami naik bas selama 21 minit. Jauh jugak tu nak sampai kat tempat yang betul.

Lepas turun bas, nak kena menapak ke rumah Airbnb tu selama 6 minit! Huhu 350 m jugak dari bus stop. 

Basuh baju 

Alhamdulillah, rumah Airbnb kami mudah je nak akses masuk. Maklumlah kan tak pernah stay kat Airbnb hihi. Masukkan pin ID terus boleh masuk ke dalam rumah. Bestnya dapat baring setelah hampir seharian travel.

Barang dalam rumah ni semua lengkap. Mini studio home kan. Ada kitchen dan mesin basuh sekali. So kami ambil kesempatan untuk basuh baju kami yang berlambak tu. Kami dok kat sini dua malam. Rasanya dan la nak kering kan?

Kecik je katil tu muat untuk sorang je

Dapur untuk memasak

TV dan Wifi pun disediakan tau

Siap sedia segala sabun bagai. Bagusnya tuan rumah ni

Alkisah mesin basuh baju kat sini tulis dalam bahasa Korea daa. Satu hal pulak nak check manual instruction dia macam mana nak operate mesin ni. Malam tu kami godek -godek & cari dalam Youtube macam mana nak operate machine tu. Haha!


Nasib ada video operation machine ni. So kami dapat basuh semua baju yang bertimbun tu. 

Naik turun bas demi makan malam

Oleh kerana waktu masih awal, jam 6 petang kami bersiap untuk keluar cari kedai menjual bahan mentah halal. Bila google, tempat tu tak jauh pun dari AirBnB kami. Kenderaan kami untuk bergerak adalah bas. Mencabar sikit bab bas ni. 

Nasib baik ada pengalaman naik bas dekat Jeju, bila sampai di Incheon ni lebih sesak & complicated dah boleh tangkap kat mana perlu berhenti & kat mana perlu turun. Penting! Kita nak guna public transport jangan sesekali menggelabah okay?

Permandangan bangunan yang unik di Incheon, di persimpangan untuk tukar bas 

Dari tempat kami naik di Yongheon, kami turun & tukar bas di Inhadae. Kemudian, 11 minit di atas bas baru sampai di kedai yang kami hajati terletak di Neungheodae-ro, Ongnyeon-dong, Halalco Food Mart. Tak jauh sebenarnya tapi jalan kat sana bersimpang siur. Sibuk sungguh.

Aku baru perasan area sini adalah kawasan orang muslim sebab banyak kedai halal. 

Kedai yang kami singgah

Tak masuk pun. Saja ambil gambar buat kenangan

Petang tu kami habis banyak jugak beli benda masak. Lepas je beli kami terus balik ke rumah untuk masak. Bab masak ni aku serahkan kat Mekna sebab dia memang terer masak. 

Alhamdulillah, jam 10 malam dah siap masak & makan! Yeay, best betul dapat masak & makan masakan sendiri. Dah lama sebenarnya tak makan masakan bini (baca : makanan Malaysia) sejak ada kat sini. Hhuhu

Antara bahan masakan yang kami beli malam tu. Biskut tu tak makan sampai la balik Malaysia. Haha

Paling penting kami beli ayam halal

Alhamdulillah, simple tapi SEDAP! cuma kicap je takdak

Tengok ramalan cuaca

Aku ni kalau kat overseas selalu akan tengok ramalan cuaca. Sebab tempat orang kan, kita tak tahu macam mana keadaan cuaca kat sana. Dalam ramalan cuaca tu, esok hari (16hb Febuari 2020) suhu akan jatuh dan tengah malam akan bersalji.


Takmau cakap banyak, malam tu tido sebab terlalu letih. Nak dijadikan cerita, tidur atas lantai rumah tu jadi terlalu panas sebab ada heater! Dammnn, sakit badan sebab terlalu panas. 

Bangun pagi tengok ada SALJI!

Pagi tu Mekna start masak untuk sarapan & kami tapau untuk makan tengah hari. So far, kami planning awal nya nak ke Incheon tapi haritu tak puas lagi jalan-jalan Seoul, so kami ke Itaewon. 

Bangun je tengok tingkap dah ada SALJI! Wahhh, Mekna pun excited. Kami terus siap-siap keluar. 

Bagi aku walaupun bukannya first time tengok salji tapi bagi aku tetap rasa teruja sebab dah lama tak main salji kan. 

Dah la first time pegi jalan - jalan overseas dengan wife. So kita pun 2x5 sama teruja. 

Perjalanan kami dari Incheon ke Itaewon ni tak mudah sebab jauh. Itulah pi dok kat Incheon kan dah jauh nak ke Ittaewon. Haha. 

Ambil gambar masa berjalan nak ke bas stop

Dari rumah airbnb kami berjalan dalam 10 minit ke bas stop. Area sini betul-betul kejiranan orang tempatan. Tak nampak langsung pun kelibat orang asing. Hanya kami je. Wife je la sorang perempuan yang bertudung. So far selamat je.

Lepas tu, kami turun ke stesen train iaitu Inha University Station. Masa tengah jalan ke station tu, kami nampak area kat luar yang penuh dengan salji. Lebat jugak salji malam tu sebab banyak sangat salji kat padang berhampiran pintu masuk Inha University tu. 

Apa lagi, kami berdua decide untuk ambik gambar dengan salji. Saja share dua gambar dekat blog ni

Her first step on SNOW!

Selfie dengan salji

Best sebenarnya main salji ni! Aku bagi chance kat Mekna untuk ambik gambar puas - puas. Sebab apa, niat nak main salji kat Jeju tak kesempaian. Rupa-rupanya Allah nak bagi peluang rasa main salji jugak walaupun kat Incheon ni. 

Perjalanan kami dari Inha University ke Itaewon mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Jauh tak? Haha. Bersambung di part 10 ye. 

Entry sebelum : Part 1Part 2Part 3Part 4Part 5Part 6, Part 7 & Part 8


1 comment:

  1. Do not think about gambling as a way of incomes money and only play with money that you could afford to lose. Remain in control of|in cost of|in 카지노 사이트 command of} your gameplay through the use of Mr Green’s Predictive Tool, set your self gaming limits, take a break or self-exclude your self. For extra information on our Green Gaming instruments please click on here.

    ReplyDelete