Sunday, May 31, 2009

Akhirnya!


Bagus! Itu perkataan yang Luth boleh katakan apabila selesai sudah perjumpaan yang dirancang, iaitu Mini Gathering Bloggers Penang yang diadakan semalam, jam 5 petang - 10 Malam. Lama bukan? Hahaha, tak ada aktiviti yang diadakan pun, hanyalah sesi bertemu muka, pandang memandang dan jeling menjeling.

Muka lama seperti yang ini dan yang ini masih setia menghadiri gathering yang diadakan seperti yang dirancangkan dan muka baru yang kami dapat kenal seperti Cik Munirah, En. Hadi dan En. Sepang mewarnai perjumpaan kami pada petang itu.

Just for fun, akhirnya Luth dapat jugak bertemu dengan pemilik blog Myfr3ak yang mana pada ketika dahulu tak dapat nak berjumpa. Tula, sebesar - besar Semenanjung Malaysia, kecik lagi Pulau Pinang. Haha, Tq Hadi sebab sudi jumpa dan belanja makan pada petang semalam.

Sejarah berulang lagi dan berjalan seperti yang dijangka. Dalam beratus - ratus blog dan berpuluh - puluh bloggers Penang yang berkumpul di KBP, hanya 5 orang sahaja yang dapat turun bersua muka untuk mengeratkan silaturrahim yang mana terjalin daripada kecanggihan IT. Tak mengapa, apa yang diharapkan, pada Gathering Bloggers Penang V.2 yang akan diadakan kelak, harap semua bloggers - bloggers yang tersenarai di KBP dapat turun untuk memeriahkan majlis yang diadakan.

Sehingga berjumpa lagi! TQ kawan!

Thursday, May 28, 2009

Selamat hari tua!

Aduhai, entry ni patut di postkan pada 25hb yang lepas. Tapi masa tu Luth amat - amat sibuk dan tak sempat nak buat spesial entry. Ehem, selamat ulang tahun kelahiran kakakku, Latifah Suib yang mana telah berganjak masuk 25 tahun pada tahun ini.

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki yer. Nanti dapat gaji boleh la belanja orang makan! hehe.. Walaupun anda dah 25 tahun, tapi anda tak dapat nak ambik tin biskut kat atas almari. Adikmu yang muda ini jer yang tolong ambikkan tin biskut tersebut. Dulu masa kecik - kecik bukan main kerek gelakkan orang, tak dapat nak ambik duit belanja sekolah yang mak letak atas peti ais. Ha, sekarang ni dah terbalik pulak!

Selamat hari tua!

Monday, May 25, 2009

Terima kasih! Terima kasih!

Tahniah diucapkan kepada anda kerana berjaya menamatkan pelajarannya! Fie amat berbanga Ano dapat menamatkan pengajian di Politeknik Seberang Perai ni. Pejam celik pejam celik, dah dua tahun pengajian kita di poli ni.

Tak mengapa, kali ni anda berjaya menamatkan pengajian di peringkat sijil, ada rekezi nanti, sambunglah ke peringkat diploma pulak k. Jangan risau, bab kemasukan ke PSP serahkan kepada Daddy Cool. Hehehe.

Terima kasih kerana menemani fie selama ni. Sana sini fie bawa Ano berjalan. Minta maaf kalau fie terkasar bahasa dan juga perbuatan. Walaupun masa kita bersama tak lama, tapi fie amat hargai kerana Ano dapat menemani fie semasa fie kehilangan seseorang.

Dalam tempoh tiga bulan, banyak nasihat yang Ano berikan pada fie untuk menempuhi semua cabaran tersebut. Fie amat hargai pesanan Ano tersebut. Terima kasih juga kerana menjadi pendengar setia selama kita berkawan.

Ada jodoh, ada masa kita bertemu lagi. Fie doakan Ano berjaya dalam pelajaran dan juga final exam yang sedang dihadapi. Nanti, kalau panjang umur, fie akan pergi ke konvokesyen Ano tahun hadapan. Itu pun kalau fie masih ada di bumi Pulau Pinang ni.
I'will keep all our memories dan fie akan simpan didalam hati ini. Kenangan di BTN 2007 masih kekal dalam ingatan. Terima kasih kerana menjadi kawan yang baik dengan fie. Terima kasih atas hadiah yang Ano berikan. Maaf, fie tak ada apa pun nak beri pada Ano. Berpeganglah pada janji yang Ano janji pada fie. Itu untuk kepentingan diri Ano. Ok?

Sehingga berjumpa lagi, terima kasih kawan!

Mohammad Luthfi bin Suib
Diploma Kejuruteraan Mekanikal,
Politeknik Seberang Perai.
Kem BTN Nov 07 Gua Kelam Perlis

P/s : jangan takut pacat lagi yer!

Komuniti Bloggers Penang (KBP) berwajah baru!


Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada Md Hadi @ Myfr3ak  kerana berjaya mengubah kulit pada laman web Komuniti Bloggers Penang : Himpunan Blog dari Pulau Mutiara . Atas usaha dan komitmen yang anda berikan, blog komuniti tersebut telah menjadi semakin gempak dan semakin menarik.

Dulu, Blog KBP hanyalah salah satu blog komuniti syok sendiri yang dibina oleh Luth dan juga sokongan daripada abang Razifembi , bertujuan untuk mengumpulkan blog - blog serta bloggers yang mana berasal, menetap dan berada di Pulau Pinang ni. Tak kisah la orang mana, asalkan anda berada di Pulau Pinang, layaklah anda berada didalam senarai blog KBP 

Bermula dari 2, 3 buah blog yang tersenarai disana, sekarang senarai blog yang berada di KBP  telah mencecah 110 buah blog. Terima kasih kepada anda semua yang sudi menjadi ahli KBP .
Gathering yang pertama telah diadakan pada Desember 2008 . Walaupun penyertaan pada gathering pertama tersebut tidak ramai seperti yang dirancangkan, itu sudah cukup menceriakan hati Luth kerana dapat juga bertentang mata dengan bloggers dari Penang ni. Alhamdulillah.

Ok, terima kasih kepada anda kerana menyokong Komuniti Bloggers Penang. Jika tidak ada aral melintang, nanti kita akan bertemu dalam Gatherting #2 Bloggers Penang. Insyaallah.

Saturday, May 23, 2009

6 + 6 Photoshop Tool & Photoshop Resources

Ok, dah lama tak update pasal photoshop kat sini eh. Kali ni, Luth nak share dengan korang semua, 20 laman web yang mana memberi Photoshop Tool seperti brush, pattern, shape, dan lain - lain secara percuma.

Website ini merupakan website yang sering Luth ziarahi untuk mencuri segala - galanya ilmu tentang photoshop. Ada la sikit link yang boleh Luth share dengan korang semua. Cuba la tinjau - tinjau yer..

Aksesori Photoshop ~ Brush/Gradient/Plugin/ Dll

PS Brushes.Net  - Menyediakan pelbagai koleksi Brush untuk Photoshop yang menarik. Nak brush apa, semua ada kat sini.

FilterForge  - Himpunan filter yang cun. Filter yang ada dilaman web tersebut dibuat sendiri oleh pengguna Photoshop.

The Imaging Factory - Koleksi pelbagai plugin untuk Photoshop. Hanya untuk penggunaan peribadi sahaja, bukan untuk komersil


GrafNet  - Beribu - ribu filter dan juga efek untuk pengguna Photoshop


Brushfed - Macam - macam jenis brush ada. Rabun mata nak download.


AV Bros  - Terdapat plugin untuk Photoshop yang canggih.


Sumber - sumber tentang Photoshop


Adobe - Merupakan website rasmi untuk Adobe dan anda boleh merujuk pelbagai info tentang Adobe Photoshop dan lain - lain lagi.


Photoshop Cafe - Ruangan Forum untuk pengguna Photoshop dan juga tempat bertanyakan masalah serta tips untuk photoshop.


Photoshop Help - Kalau anda nak tanya apa - apa, tanyalah disini. Di pengerusikan oleh Jim Barthman, masalah anda pasti akan selesai!


Photoshop Forum - Tempat untuk anda berkongsi apa sahaja berkaitan dengan Photoshop
Adobe Digital Kid Club - Website yang dibina untuk menolong cikgu, pelajar dan juga ibu bapa tentang Photoshop.


Photoshop 911 - Ada masalah? Hantarlah masalah anda disini. 


Simple Photoshop - Hanya yang simple belaka.


Ini sahaja yang dapat Luth share pada kali ini. Jumpa lagi dalam sesi photoshop akan datang.

Apa hang ni?

Cerita nih dah basi dimamah usia. Aku simpan nak cerita kat blog aku, tapi dok tangguh ja. Taktau la nak kata macam mana, nak kata aku bz, aku tak la bz gila - gila yang mana nak pegi blogwalking pon tak sempat. Adala jugak masa bagi aku nak bergolek - golek dalam blog orang, nak buat lawatan sambil belajar, ataupun nak pegi cek binaan blog orang lain. Haha, semua tu kerja gila.

Ehem, kejadian yang mana agak mengguris perasaan aku di kilang kain tu. Haha, bukanlah terasa ataupun kecewa, tapi, ia mengguris perasaan aku yang mana sebelum ni dok selalu tuang pegi keja kepada aku bertambah semangat nak pegi kerja untuk 15 hari yang akan terakhir.

Lokasi kejadian : Bleaching, CBR DW1 1st section, washbox no. 1 Padder no.1 before Dancer.
Tujuan : Mengubahsuai dan menggantikan Expended Roller kepada Guide Roller.
Pelakon: Mr. Luth dan Mr. Zakaria.
Person In Charge : Mr. Zakaria

Zakaria : Apa hang ni, lemah sungguh. Nak suruh bukak bolt dengan nut pon lambat. Macam mana nak kerja
              ni?
Luth : Apa pulak lemah bang. Sempit ni, nak bukak nut pelan - pelan bang. Relex~
Zakaria : Yelatu, meh aku buat. Cepat sikit.

Zakaria mengambil alih tugas Luth untuk membuka nut dan bolt. Dan akhirnya :

Zakaria : Meh tolong pegang belakang nut ni sat, payah nak bukak. Ketat. Sempit.
Luth : Hah, tula bang. kan saya dah cakap tadi, macam mana nak bukak cepat - cepat? Adui..

Setelah mereka berdua berjaya membuka keempat bolt yang menjadi pemegang expended roller tersebut, Luth diarah untuk mengetuk dan membawa turun pemegang expended roller dan juga membawa turun roller tersebut.

Luth : Ha bang, dah keluar dah (block) pemegang dia. Jom bawak turun expended roller.
Zakaria : Ok, hang mai tepi, satgi hang turun bawak turun bawah, letak atas lantai.

Setelah rolller tersebut dibawa turun, tibalah giliran Luth untuk mengalihkan expended roller tersebut keatas lantai

Zakaria : Apa ni wei, nak angkat roller ni pon tak larat. Macam mana hang boleh ambik kos mekanikal ni. Macam tak larat ja nak buat kerja?

Luth : Bang, kalau roller ni ringan macam angkat spana, abang tak payahla nak tolong angkat. Saya sorang pon boleh angkat bang. Tapi, sekarang ni roller ni bukannya ringan kan. Nak dekat 70kg, boleh ke nak angkat sorang. Abang angkat tadi pon muka dah merah.

Zakaria : Hang ni, kita kerja dalam bidang mekanikal ni kena pakai tenaga. Kalau takdak tenaga, payahla nak buat kerja. Satg hang kena angkat jack padder tu berat jugak, lebih kurang 50/60 kg. Aku nak tengok hang boleh angkat ka dak.

Zakaria : Kalau tak larat nak buat kerja macamni, baik hang masuk elektrikal, senang sikit kerja hang. Hang ni, tak boleh nak kerja macamni.

Luth : Bang, abang nak bandingkan saya dengan abang, abang kerja dah nak dekat 15/16 tahun buat macamni dengan saya yang kerja baru je 4,5 bulan. Mana sama bang. Kalau saya kerja sini dah dua tiga tahun, takpala abang kata macamtu.

Zakaria : Kita kerja dalam bidang textile ni memang payah sikit. Mesin sini besaq - besaq. Barang komponen berat berat. Nanti hang habis praktikal ni, pegi la cari kilang lain. Elekronik ka, senang sikit. Gaji pon mahai.

Luth : Kalau saya dah habis nanti, saya pun tak teringin nak kerja sini bang, kesian. Kerja berat tak setimpal dengan gaji. Cuma sini boleh rilex je kerja bang. Kalau dah takdak pilihan lain dan terdesak sangat, mungkinlah saya kerja sini. Kalau tadak apa -apa, sorila nak kerja sini.

Dan dialog panas tersebut reda antara Luth dan Zakaria. Mungkin hari tu Zakaria tak berapa betol sebab dia selsema. Hari tu dia kerja dengan aku, esoknya, dia terus demam teruk. Siap angkat MC dua hari lagi tu. Hahaha.

Oleh disebabkan abang Z cakap macam tu lah, aku dah makin lama makin semangat nak meneruskan sisa - sisa latihan industri aku kat kilang ni. Macam tak percaya dah nak dekat 5 bulan kat sini. Rasa baru macam bulan tiga. Tut tut dah bulan enam.

Kepada hampa yang mana tengah bercuti tu kan, selamat bercuti dan kepada hampa yang tak habis lagi jawap final exam tu, good luck dan try ur best. Lepasni, aku sibuk pulak nak siapkan final report yang nak kena hantar 30/7 nanti.

Expended Roller : Penggelek yang dibuat daripada getah padat yang berfungsi untuk membuka lebar kain semasa mesin sedang beroperasi. Ia juga menghalang daripada kedutan pada kain yang dihasilkan. 

Monday, May 18, 2009

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Cikgu!

Selamat Hari Guru kepada semua guru - guru yang berada di Malaysia dan yang berada di Dunia! Tanpa anda siapalah kami sekarang ni. Terima kasih kerana sudi mencurahkan ilmu dan memberikan khidmat yang terbaik untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Kepada kakak dan abang - abang bloggers yang mana menjadi seorang pendidik tu kan, bersemangatlah anda untuk menjadi pendidik yang tak penah jemu untuk memandaikan anak bangsa sendiri. Khas kepada Kak JuzaidahKak Azza, Kak Myza, Kak Nurul SMTSM, Untie Lin SMTSM, Abang One Z, Daddy Cool, Abang Rashid, dan ramai lagi bloggers cikgu di arena blog Malaysia.

Eh, tak lupa juga kepada kaum kerabat Luth yang mana menjadi pendidik, iaitu ayah, Suib Rejab, mak Salmah Chat, abang sulung, Syukri Suib, kakak ipar pertama, Nurul Huda, kakak Syakirah Suib, abang ipar pertama Abdullah Abd Rahman, Paksu Mohamad Chat, Maksu Asma serta sepupu Azme Abdullah, Badariah dan juga tak lupa cikgu baru Kak Cik.

Teringat Luth pada zaman sekolah dulu - dulu :
Masa sekolah rendah, Luth kena tibai dengan cikgu disiplin, tak silap masa darjah 3 kot kerana kejar monyet kat padang sekolah. Lepas je seronok kejar monyet - monyet tu, balik balik je kelas, cikgu dah siap pegang rotan dan tunggu depan pintu kelas. Ehem, dapat free la 2 sebatan kat punggung masa tu, Free je.

Dah habis masa sekolah rendah yang banyak meninggalkan kenangan bodoh, kenangan masam, kenangan masin, manis dan macam - macam lagi, Luth terus bergerak ke alam persekolahan sekolah menengah. Walaupun dah masuk Form 1, tapi pemakaian masih lagi macam zaman sekolah rendah. Tak percaya? Tengok la kat bawah:
Masa form 1 kat SMKE7, Luth boleh dikatakan rapat dengan cikgu kelas masa tu, Pn Noriah Ahmad. Walaupun Luth sekolah kat situ tak lama, hanya sembilan bulan je, tapi cikgu Noriah tetap menghubungi Luth dan setiap tahun Luth akan kirimkan kad Selamat Hari Raya. Hanya tahun lepas je dia dah lupa nama Luth, tapi mug pemberian Luth pada dia semperna Hari Guru 2002 masih lagi dia simpan dan letak diatas meja di bilik guru. Oh, banyaknya kenangan.

Lepas berpindah ke Pulau Pinang, Luth ke SMK Guar Perahu yang menjadi penyambung menuntut ilmu. Kat sini, kebanyakan cikgu - cikgu Melayu dan diaorang semua sempoi sempoi. Gambar kelas di SMK Guar Perahu tak ada, sekolah kedekut nak jual gambar kelas. Hahahhaa.

Dah bosan dua tahun kat situ, Luth nak berhijrah ke sekolah teknik dan dapat ke SMT Seberang Perai. Kat sini, banyak dorongan dan sokongan diberikan oleh cikgu - cikgu dan warden untuk membimbing kami mendapat kejayaan untuk SPM. Alhamdulillah, cikgu disana memang berusaha yang terbaik untuk membantu kami berjaya.
Dan sekarang, bila dah lanjut pelajaran ke Politeknik Seberang Perai, kami dah tak panggil cikgu dah. Kami panggil cikgu tu pensyarah. Hahaha. Dan terima kasih kepada pensyarah yang pulun buat kelas ganti pada waktu petang, walaupun mereka amat sibuk dalam aktiviti seharian mereka, alhamdulillah, Luth berjaya dalam setiap semester. Thanks Teacher.

TQ - Warga pendidik :

Politeknik Seberang Perai, Bukit Mertajam
Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai, Bukit Mertajam
Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Bukit Mertajam
Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII, Taiping
Sekolah Rendah Kebangsaan King Edward VII - 2, Taiping
Tadika Kemas Jurutera, Taiping

Friday, May 15, 2009

Oh tidak! 27 hari lagi!


Bangon pagi, pegi kerja, balik kerja, tido, esok pagi lagi bangon nak pegi kerja, balik kerja dan tido. Itulah rutin harian Luth lebih kurang lima bulan yang lepas, bermula 12hb Januari 2009. Januari 2009, tahun berpraktikal, berpeluang untuk menambah pengalaman!

Bertuah?


Bertuah pulak Luth dapat training dikilang kain ni. Dulu dah pernah jual kain, berhadapan dengan customer, dan kini berpeluang pulak pegi tengok,lihat dan pandang sendiri cara bagaimana mereka menghasilkan kain yang kita pakai sekarang ni. Untung kan?

Pengalaman dan pengalaman


Dulu, masa mula - mula masuk praktikal, nak pegang spana asyik jatuh je, nak amekkan peralatan, blurr je nak pikir, dan suruh buat kerja je, teragak - agak nak buat. Sekarang ni, sebut je spana apa, sku apa, bolt saiz apa, laju je ambik. Nak suruh ambilkan barang di stor? Tak kesah la!

Pengurusan oh pengurusan!


Oleh kerana Luth bekerja di syarikat pengeluaran tekstil yang terbesar di Malaysia ni, kilang yang sudah lebih 35 tahun beroperasi, walaupun dunia dah makin maju, surat kabaq dah makin kecik, pengurusan disini masih lagi ditakuk yang lama.

Orang lama yang berkhidmat 20,30 tahun yang bermula dari pangkat bawah kini dah berjawatan pengurus, supervisor dan juga taukeh, cara lama masih lagi digunakan. Tak perlu tulisan cetakan komputer, tak perlu Wi-fi ataupun talian internet, jika ada breakdown, sesetengah daripada mereka masih lagi suka mengusung buku panduan mesin yang sebesar rumah!

Kerja lebih, gaji kurang. Kerja macam gila, tekanan hebat gila!

Kawan baru yang sporting


Walaupun kami disini dianggap seperti anak tumpangan, menumpang kasih ditempat orang, mereka melayan kami bagai kawan mereka sendiri.Ada sesetengah dari mereka, begitu mesra seperti bertahun - tahun lamanya dah kenal. Itulah kuasa persahabatan.

Tambahan pula Luth neh memang mesra alam, pakcik operator, kakak opis, abang guard dan juga amoi di stor boleh jadi kawan baik. Hubungan baik kami bukan sahaja didalam kilang sahaja, tapi ia turut berlaku di luar kilang. Teringat pada Sabtu minggu lepas, Luth berjumpa dengan rakan sekerja, ehem, bukan rakan lah, uncle lebih sesuai. Beliau sering kali mengingatkan Luth, turun je Penang, jangan lupa kontek aku dia akan belanja Luth, Akhirnya, bila Luth kesana, beliau menunaikan janjinya. Inilah kuasa persahabatan.

Terima kasih


Mungkin awal lagi Luth nak ucapkan terima kasih kepada semua, kerana hari masih lagi berbaki 26 hari jika dihitung pada esok hari. Opss.. esok tak kerja. Isnin masuk kerja balik. Adakah perlunya jamuan perpisahan? Ataupun sekadar nasi bungkus ataupun open table? Oh tidak!

P/s: Lebih kurang lagi 20 hari, dia dah tak dapat menemaniku lagi! 

Wednesday, May 13, 2009

SSeeelllaaammmaatt Haarrii Iiibbbuuuu!!!

Aduhai, dah lewat dah posting ni. Dah berapa hari dah lepas, sambutan Hari Ibu peringkat dunia. Hahaha.. Hari ni dah 13 Mei, dah lewat 3 hari daripada hampa - hampa semua buat posting pasal hari ibu.

Ok, Luth nak ucapkan selamat hari ibu, selamat hari emak, selamat hari ummi dan apa sahaja panggilan untuk semua insan yang sudah berkahwin, dan mempunyai anak. Kepada anda yang dah berkahwin tu, dan tak ada anak, ucapan selamat hari ibu ni bukanlah untuk anda ok?

Dan juga kepada kapel - kapel yang menggunakan nama panggilan Mama - Papa, eeee... seriusly aku geli geleman dengan panggilan sedemikian, dan ucapan tersebut bukan untuk anda.

Gambar diatas ialah ibundaku dan mak Luth yang mana tengah memotong kek yang diberikan oleh anaknya. Haha. Kek yang simple dan kecik je mak. Harap mak tak kisah. Mungikn mak Luth membaca posting kali ni, sebab tahun ni, dia dah pandai nak bukak internet dan melayari laman sesawang. Wah wah, dah maju mak zaman sekarang yer!

Ok la mak, terima kasih kerana membela kami dan terima kasih kerana MELAHIRkan kami. Tanpa anda, siapalah kami dimuka bumi ini. Terima kasih mak! Kepada anda yang mana ada mak lagi, hargailah mereka, dan kepada anda yang mana dah tak ada mak, sedekahlah doa dan al - fatihah untuknya. Doa anak yang soleh akan dapat membantu dia disana. Jangan sedih - sedih ok, hidup kena diteruskan.

P/s: Mood sibuk akan mula dinyalakan tak lama lagi. Praktikal dah nak abes dan report final dah nak buat.
P/ss: Selamat bercuti kepada yang bercuti
P/sss: Letih siot.

Sunday, May 10, 2009

Tutorial Basic Photoshop : Tonjol diri dalam imej hitam putih!

Ok, ini merupakan tutorial yang amat basic. Memang senang nak membuat imej seperti diatas tu ha. Model kali ini ialah tuan tanah blog iaitu Luth sendiri. Hehehe. Sesiapa yang nak jadi model tutorial photoshop Luth, boleh hantar email ke luthtextile@gmail.com

Haha.. Langkah nak buat gambar kita berwarna dan latar belakang hitam putih memang senang. Ia perlu menggunakan layer yang mana akan menyebabkan kesan hitam putih + warna akan naik. Ok. Langkah pertama:
Ok, Luth pilih gambar tu. Luth nakkan badan Luth sahaja berwarna dan nakkan gambar latar belakang yang berwarna hijau tu menjadi hitam putih. Langkah kedua :

Ok, kemudian anda perlu copy layer yang asal dan jadikan dua layer. Satu Background dan satu lagi Background copy.


Kemudian, potong tempat yang anda suka. Pastikan anda memilih layer background copy untuk memotong gambar anda tu. Ok, dan alat yang paling direkemenkan untuk anda menggunakan ialah Pen Tool. Cara lain boleh dilihat disini  yer.

Dah siap semua tu, kita pegi ke langkah ke tiga:

Ok, dah siap imej anda dipotong, pilih layer background dan pegi ke IMAGE > MODE > GRAYSCALE dan jangan lupa, anda memilih layer background.

Contoh lain penggunaan teknik ini :


Letakkan layer hitam putih dibawah dan yang berwarna diatas yer. Itu saja. Selamat Mencuba!

Friday, May 08, 2009

Tutorial Photoshop : Meriahkan Text anda dengan gambar!!

Okeh, Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera kepada kawan - kawan semua. Dah lama tak update Tutorial Photoshop kat blog ni. Asyik share cerita je. Ok, pada posting kali ni, Luth nak share macam mana nak buat text yang mempunyai imej didalamnya.

Bagi kawan - kawan yang mana dah tahu cara ini, boleh la refresh ilmu anda dan kepada anda yang mana tak tahu macam mana teknik ni, anda boleh mencuba. Apa salahnya jika kita meluangkan masa untuk bermain bersama Photoshop.

Tak susah sebenarnya Photoshop ni, kita cuma kena berani mencuba dan explore benda baru!

Ok. Langkah Pertama :
Tuliskan perkataan yang anda ingin jadikan text bergambar tu. Luth saja ambil perkataan Malaysia Boleh!
Langkah Kedua:
Dah puas pilih perkataan anda tu, sediakan gambar (image) untuk anda jadikan ia sebagai gambar didalam perkataan tersebut. Kemudian, bila dah siap semua tu, pastikan LAYER anda tu betol seperti dalam gambarajah diatas.Image diatas dan Text dibawah k?
Langkah ketiga:
Tekan ALT + CTL + G pada layer image (sebelum tu, pilih layer image k?) dan pastikan ada lambang anak panah kebawah tu ha. Dan hasilnya akan jadi macam gambar kedua diatas. Cun tak?
Dan seterusnya, anda boleh menghias text bergambar anda tu dengan meletakkan Shadow, Stroke, Outer glow dan lain - lain lagi. Tunggu apa lagi? Jom cuba!

Dibawah ada contoh text bergambar yang telah siap! Bye - bye, jumpa lagi pada tutorial akan datang!

Wednesday, May 06, 2009

Ushar Wayang : Bohsia, Jangan Pilih Jalan Hitam

Pertama sekali, mungkin Luth adalah orang yang terlewat untuk mereview cerita ni. Oleh sebab musabab yang tak dapat dielakkan, Luth terpaksa posting hari ni, maklumlah, musim sibuk dah melanda, dah nak dekat seminggu Luth tak dj. Hehehe..

Erm, kedua, terima kasih kepada Encik Munier kerana membelanja daku tengok movie neh. Kalau tak kerana Encik, Luth tak tengok la wayang sekarang ni. Almaklumlah kan, dah tak ada peneman yang nak teman Luth tengok wayang.

Secara keseluruhan, jalan cerita movie neh memang best dan memang menarik gila. Tahniah kepada penerbit dan penulis skrip kerana menghasilkan cerita yang benar - benar FRESH dari ladang. dan awek - awek yang mana belakon dalam movie neh pon FRESH FRESH belaka. Memang segar. Hahahaha.

Luth memang seriau tengok aksi - aksi mat rempit dalam cerita ni, sampaikan Encik Munier pon ushar Luth semacam je. Bukan apa, Luth takut sikit tengok aksi kemalangan, so sebab tu la seriau. Hahaha.

Asyik cerita yang best je kan, dan yang tak best pada movie neh adalah ending yang betol - betol tergantung. Apakah terjadi pada Mus? Amy? dan juga si cik manis adik Azman tu? Ha, mungkin lah kan ada sambungan lagi movie neh. Kalau ada sambungannya, pastikan mereka membuat filem yang bergenre U (umum) tak macam movie neh (18PL)

Luth boleh bagi 4/5 untuk filem neh. Good Job!

Monday, May 04, 2009

Sehari bersama SIC Crew


Ahoiii.. Lama gila tak update blog nih, dah nak berhabuk dah. Semenjak dua menjak nih sibuk, lepastu ada masa pun duk menDj jer. Erm, 1 May haritu, Luth join satu even yang diadakan oleh KPSK iaitu Kelab Pemilik Saga Kedah yang menjadi tuan rumah untuk even tahun ini.

Even kali ini diadakan di Kuala Nerang Kedah dan disertai oleh sembilan buah kelab pemilik Saga wilayah utara iaitu SIC (Saga Iswara Club), PFC (Proton Fiore Club). PRISM (Proton Iswara Saga Motor), GEN-SIS (Generasi Saga Iswara), EMPEROR, Fiore King, LFC (Lumut Fiore Club), TFOC, dan PMC.

Memang ramai orang yang menyertai, mengikut pendaftaran, ada 120 buah kereta telah menyertai program kali ini. Bagi kami, geng SIC Penang, kami bertolak daripada Sungai Dua pada jam 330 pagi. Menurut info yang kami dapat, geng dari Tanjung Malim, Ipoh, Manjung dan dari selatan bertolak dari tempat mereka pada jam 12 tengah malam dan kami semua akan berjumpa di RNR Gurun pada jam 430 pagi. Itulah mengikut plan kami.

Sebenarnya, mengikut plan asal kami, budak - budak SIC Penang akan mengikut geng - geng Saga yang lain untuk berkonvoi dan memeriahkan aktiviti tahunan nih ha. Kami hanya buat ramai dan tak ikut aktiviti diorang yang mana perlu dibayar RM80/bujang dan RM180/family.

Sampai je RNR Gurun, ramai gila geng - geng Saga yang datang dari Ipoh dan Tanjung Malim tu. Dalam 60 buah kot. Semuanya hebat - hebat. Ada yang dah modified bodykit, ada yg dah modified enjin dan kedua duanya sekali.

Kami, geng SIC Penang + Sg Petani menuju ke Pendang pada jam 630 pagi. Lepas Subuh je, terus gerak. Memang mata dah tak tahan masa tu. Terlelap ja jugak sekejap. Then, sampai di Tol Pendang, kami berhenti sekejap. Bukannya apa, mana - mana anak yang nak buang air tu, singgah la jap, Padahal bukannya jauh RNR Gurun dengan Tol Pendang.

Sampai sampai je Pendang, pukul 7 lebih. Lambat sebab ada sorang member kami pegi tandas tak bagitahu. Abang Li, nasib baik tak kena tinggal. Hahaha. Marshal kami pada pagi tu, Badarudin nak sangat nak makan Roti canai Pendang. Tapi tak ada pon, Yang ada hanyalah nasik lemak. Kami yang mana lapaq sangat pagi tu bedal je la nasik.

Lepas jam 830 pagi lebih kurang, kami SIC Penang dah bertolak meninggalkan perkarangan mini stadium Pendang sebab kami tak ikut aktiviti seterusnya, ialah aktiviti sendiri yang di-marshalkan oleh Badar, selaku anak jati Kedah. Destinasi seterusnya ke Bukit Wang, dekat Jitra.

Luth baru pertama kali jejak kaki kat sana tu. Kalau dengaq kata ayaq terjun, memang best. Tapi apa yang ada kat sini memang hampeh. Sori la orang - orang Jitra, mungkin masa Luth pegi aritu kan, MB Kedah lupa nak bayaq bil air untuk air terjun kot. hahahha.Masa kami kat Bukit Wang ni, ada 11 buah kereta. Ramai la jugak 11 buah tu.

1 May hari Jumaat, so lepas kami mandi kat sana tu, kami terus lepak - lepak jap di Tasik Jitra, sambil tunggu masa nak pegi sembahyang Jumaat. Kat sini kami dah tinggal berapa buah je, sebab ramai member kena balik. Hal itu la, hal ini la, awek baru balik dari KL la. Macam - macam. Erm, kawasan tasik tu memang cun. Tapi, yang tak cunnya, parking dia kena bayaq. Dan yang cunnya, kami tak kena bayaq pon parking pada tengah hari tu. Semuanya keluar free je.

Kami semua sembahyang jumaat di Masijd Bandar Darul Aman dan terus ke Alor Star untuk lepak lepak. Keseluruhan pemandu pada hari tu dah flat, semua tak larat dah. Pakat semua mengantuk dan perlukan rehat. So, yang mana ada dua driver tu, tak risau la dan yang mana jadi single driver tu memang parah.

Luth dah tak larat nak celik mata pon, terpaksa ganti Syukri yang dah tak larat tu. Kena la bagi dia rehat jugak, kan kan. Kami pekena ais kacang, len ci kang suam dan laksa dulu. Kemudian Luth dan Syukri terus beredar meninggalkan Alor Star dan singgah kerumah Syukri untuk landing - landing. Kalau ikutkan geng SIC lain, diorang ada sesi fotografi yang lain. Luth tak ikut, tak ada la dalam gambar. Hahaha.

Rugi la jugak Luth tak bawak kenderaan sendiri masa konvoi kali ni. Tapi, Luth ingat jugak. Kalau bawak kete sendiri, nanti pening kepala sape yang nak bawak? Kan kan. So, kami memang berpuas hati dengan aktiviti pada hari tu walaupun amat - amatlah simple. Thankx to Acai, selaku main marshal dan taklupa pada Syukri, Apit dan rakan - rakan lain.

Kerjasama dari hampa amat Luth hargai. Jom lawat portal forum SIC di wwww.sagaiswaraclub.com