Thursday, July 30, 2009

The Taking of Pelham 1 2 3


Ok, kali ni cerita aksi daripada negara orang putih iaitu filem yang agak lama, baru Luth nak saksikan. Terima kasihlah kepada cik ehem ehem kerana belanja Luth tengok citer neh. Memang gempak. Betul cakap brader Sepang. Memang puas.

Pelham 123 tu merupakan nama panggilan untuk sebuah kereta api bawah tanah. Asalnya cerita berkaitan En. Darber (Denzel Washington) yang mana jadi pengemudi kereta api bawah tanah iaitu Cab di New York. Kemudian, cab tersebut telah dirampas oleh Ryder (John Travolta) seorang samseng yang mana menjadikan penumpang cab tersebut sebagai tawanan. Wang tebusan dipinta dan pihak syarikat cab diberi masa 1 jam sahaja untuk menunaikan wang tebusan sebanyak 10 juta dollar. Apa yang menariknya, En. Darber ditugaskan memberikan wang tebusan kepada perampas cab tersebut. Ehem, nak taw cerita panjang, hampa pegi la tengok wayang yang berdekatan. Ataupun tengok aksi pada trailer dibawah nih :


Apa yang puas hati:

  • Jalan cerita yang baik (mula - mula je ngantok sikit)
  • Aksi dan teknik kamera yang memberangsangkan.. wakaka (skema ayat)
  • I like Denzel Washington punya suara. Seksi siot. 
  • Kecekapan polis semasa menghantar wang tebusan (tapi bodo la jugak, kenapa la depa tak hantar guna helikopter)
  • Banyak pengajaran yang ada dalam cerita ni (Jangan bohong walaupun ia pahit untuk dijelaskan)
  • Kasih sayang suami pada isteri dan anak - anak.
  • Keberanian penting dalam membuat sesuatu perkara.
Ok, tu je Luth mampu nak share pada posting kali ni. Haritu masa tengok Harry Potter : Half Blood Prince tak buat pon review. Tak syok, sebabtu tak buat review. Korang yang mana tak tengok lagi citer neh, pegi la serbu panggung yang terdekat. 

Wednesday, July 29, 2009

Kereta Idaman aku


Aku ada kawan baik kat sekolah. Nama dia Mahmood. Orang panggil dia Robin Hood. Dia memang periang. Periang macam dalam iklan kanak - kanak rebina. Bukannya setakat periang, Mahmood nakal gak. Dia selalu cerita kat aku nak jadi hero macam dalam citer Robin Hood, sebab tu dia suruh orang panggil dia Robin Hood.Dia cakap, kalau orang jahat pon boleh buat baik macam Robin Hood. Yelakan, 2 in 1 katanya.

Aku penah kata kat dia, kenapala ambil nama Robin Hood. Pakai la nama lain. Yusuf Haslam ke, Malek Noor ke apa ke. Tapi dia taknak jugak sebab nama Robin Hood tu dah sebati dengan dia sejak tadika lagi. Oh, lantak kat kau la Robin.

Aku dan Robin Hood ada satu angan - angan dan impian yang sama. Bila balik sekolah je, aku dengan dia selalu tengok sebuah kereta bapak seorang budak tu. Mitsubishi Lancer Evolution X tu. Aku memang suka kereta Mitsubishi sebab enjin dia power. Pakcik sebelah rumah aku ada jugak pakai kereta Mitsubishi, tapi model lama la, Mitsubishi Galent tahun 80an punya. Hikhikhik.

Lepas sekolah, aku dengan Robin akan belari keluar depan sekolah sebab nak tengok kereta idaman aku dan Robin. Aku memang suka warna merah. Tobat cun siot. Tak rugi kalau aku beli. Aku sebenarnya dah lama gila idam nak naik kereta tu. Macam mana ek? Aku dan  Robin berpakat dan cari idea macam mana nak naik kereta tu.

Mula - mula, aku pegi tanya anak si pakcik kereta Lancer tu. "Wei, aku nak tumpang kete ko boleh tak balik japg? Aku teringin la nak naik" kata aku kepada Ihsan, anak kepada pemilik kereta Lancer tu. "Eh, korang ni takde malu ke ha? Bapak aku beli penat - penat, korang nak naik free. Suruhla bapak korang belikan" balas sombong si Ihsan.

Sejak hari tu, aku dengan  Robin dah tak mahu nak tunggu si Ihsan balik sekolah macam biasa, semata - mata nak tengok kereta idaman aku tu. Benci aku dengan orang kaya yang sombong macam dia. Tapi, bapak dia aku tengok macam baik je.Aku tahu aku ni sapa je. Mak ayah aku tak dapat beli kereta cantik dan mahal macam tu.

Pada satu hari, aku dengan  Robin kena denda berdiri dalam kelas. Erm, kami pegi kacau ikan dalam kolam dekat sekolah. Aku memang geram ikan kap jepun dalam kolam tu, sebabtu la aku tangkap dan nak ambil bela dekat rumah. Aku dah letak air dalam beg plastik tu, macam mana boleh mati. Dah tu, kantoi dengan cikgu pulak dalam kelas.  Robin yang jadi partner pon kena sekali atas tuduhan bersekongkol.

Kami keluar sekolah jam 130 petang dan bas kami dah lepas. So, mau tak mahu kami berdua kenala balik jalan kaki. Rumah aku selang dua tiga lorong daripada rumah  Robin dan kami berdua jalan kaki balik kerumah. Aku takut nak telefon ayah aku. Nanti, mesti ayah aku tanya dan marah aku sebab curi ikan dalam kolam sekolah. Ayah  Robin balik kerja malam nanti. Terpaksa la kami balik jalan kaki.

Rumah kami dengan sekolah dalam 8km dari sekolah. Letihla jugak nak jalan kaki. Lepas je 10 minit berjalan, kami berhenti rehat. Maklumlahkan, budak kecik berjalan kaki bukannya boleh cepat macam orang tua berjalan. Hehehe.. Kemudian, tiba - tiba ada sebuah kereta hon kami dari belakang. Pin pin. Aku ingatkan aku jalan dekat tengah jalan, rupanya ada sebuah kereta merah, kereta Mitsubishi idaman aku tu berhenti belakang kami.

"Eh kamu, nak pagi mana ni. Kenapa main tepi jalan ni?" pesan seorang pakcik yang aku amat kenali. "Pakcik, kami tertinggal bas. Sebabtu la kami balik jalan kaki" jelas aku pada pakcik tu. "Pakcik bapak Ihsan kan??" tanya  Robin pada pakcik tersebut. "Ya, pakcik ayah Ihsan, marilah naik pakcik tolong hantarkan kamu balik" pelawa pakcik tu.

Aku dan  Robin berebut nak duduk dibahagian depan kereta tu. Akhirnya,  Robin mengalah sebab dia kata kesian kat aku sebab aku teringin sangat nak naik kereta tu. Sebenarnya, Ihsan demam dan tak pergi sekolah. Selalunya ayah dia akan balik melalui jalan yang sama kerumah dan pasti akan lalu depan sekolah. Sebabtu dia jumpa kami. Aku seronok sangat naik kereta idaman aku.

Nanti, masa aku besar nanti, kerja engineer aku nak beli kereta Mitsubishi Lancer macam ni jugak. Nak beli warna merah. Aku suka warna merah. Cun woo.. Dan satu lagi, kalau aku dah kaya, aku dah senang aku takmau sombong dengan orang lain. Tuhan marah, Tuhan tak suka orang sombong. Nanti tak pasal - pasal tuhan tarik balik nikmat yang diberikan pada aku. Tak ke naya tu?

Cerita diatas merupakan cerita rekaan semata - mata, tak ada kena mengena antara hidup dengan yang mati. Mungkin ada sedikit daripada cerita diatas aku curi daripada pengalaman hidup aku. Posting ini aku tujukan buat saudara Robin Hood yang mana membuat pertandingan  Kereta Idaman di blog beliau. Terima kasih kerana membaca.

Sukakan perubahan tak bermakna tidak berpendirian

Sebagai manusia normal, kita seringkali tak puas dengan apa yang kita capai dalam hidup. Apa yang kita ada hari ini belum cukup dan mesti mahu yang lebih baik dari apa yang kita perolehi.

Macamtulah aku. Aku memang dikenali kawan - kawan dengan sikap yang suka akan perubahan. Perangai ni bukannya baru dalam hidup aku. Bermula dari kecil, dari alam persekolahan, aku suka tukar paparan pada kotak pensel aku. Ala, kotak video tape yang besar tu. Aku jadikan ia kotak pensel aku dan aku sering ubah warna, hiasan dan macam - macam pada kotak pensel tu. Aku memang suka akan perubahan.

Selain itu, zaman kecil aku dihiasi dengan penuh perubahan dan kelainan. Aku suka mengecat warna basikal aku dan aksesori basikal. Boleh dikatakan setiap dua minggu, aku akan tukar warna basikal aku. Hitam, biru, hijau, kuning dan merah menjadi warna kegemaran aku. Aku puas dengan apa yang aku buat.

Kemudian, bila dah besar panjang, ayah aku hadiahkan aku sebuah motosikal dan seperti apa yang berlaku pada basikalku dulu, sering kali perubahan terjadi pada motor aku. Ada je itu ini aku nak tukar. Ada saja benda yang aku nak buat pada motor aku dan tak pernah nak puas akan apa yang aku dapat. Daripada motor asalnya hitam aku tukarkan ke warna biru. Kini, aku dah berhenti mengubahsuai motor aku. Cukuplah.

Pada usia muda, aku dapat pula kenderaan empat roda. Aku bukannya seorang yang kaya, tetapi kehidupan aku sederhana, tak pernah nak kebulur tak ada makanan. Aku bersyukur sangat dengan apa yang aku ada dalam hidup aku. Walaubagaimanapun, aku tetap tak puas dengan apa yang aku ada. Sebuah kereta standat aku nak juga ubah mengikut selera aku. Aku akan ubah selagi aku tak puas.

Kenapa tiba - tiba aku tulis macamni? Adalah seorang rakan blogger aku, asyik tanya pada aku yang mana paparan blog aku ni selalu berubah. Kejap ini kejap itu. Aku sukakan perubahan. Aku sukakan kelainan. Tapi, perubahan yang aku lakukan tidak bermakna aku tak berpendirian. Ada orang tua - tua cakap, kalau manusia yang berubah - ubah dalam hidupnya, manusia tersebut tidak mempunyai pendirian.

Dalam setiap keputusan yang aku nak buat, aku akan fikir dua - tiga kali sebelum decided. Aku takut nak buat keputusan yang muktamad dan sebab itu perlu masa dan ketenangan nak buat sesebuah keputusan. Itu aku. Aku sukakan perubahan tapi tak bermakna aku tak mempunyai pendirian.

p/s: masih lagi memerlukan masa untuk membuat keputusan akhir

Sunday, July 26, 2009

Budak Kacamata - Cinta Tak Perlu Dipaksa


Jikalau telah tersurat
Aku jadi milikmu
Tiada siapa yang dapat
Menghalang kenyataan itu

Hanya serah dan berdoa
Moga tiada bencana
Mengiringi perjalanan kita
Moga tersisih noda

( 1 )
Ku berjanji dengan sepenuh hatiku
Kan memahamimu
Tidak sedikit pun akan kusakiti
Hati dan hidupmu
http://www.free-lyrics.org

Tidak mungkin itu sekali terjadi
Oh tidak mungkin...
Tidak sekali kan ku berubah hati
Berubah janji...
Kuharap engkau pun sama

Jikalau ku tak peduli
Itu bukan maksudku
Untuk melepaskanmu
Tinggalkan dirimu

Hanya ingin beri mu
Tenang dan kebebasan
Kerana dalam cinta
Janganlah terpaksa

( ulang dari 1 )

Kerana dalam cinta
Janganlah terpaksa


Sumber : Free Lyric
Download MP3 5.13MB : Mediafire 



Tengah menyiapkan report final Latihan Industri. Akan kembali ke arena blog secepat yang mungkin. Kepada semua pelajar Politeknik Seberang Perai, cuti anda akan bercuti dari 27 Julai - 3 Ogos dan kepada pelajar semesteri lima dan empat, anda dikehendaki mendaftarkan diri pada 3 Ogos dan jangan lupa bayar yuran ye! :D

Thursday, July 23, 2009

Apa nak jadi lelaki kuat cemburu?

Salam semua. Aku saja nak tulis pasal kes cinta ni. Yela, tengok semua orang, kiri kanan bercinta. Hahaha, seronok aku tengok.

Cemburu sering kali kita kaitkan dengan sayang, lebih banyak pasangan kita cemburukan kita, bermakna dia memang sayangkan kita, tapi kalau terlalu cemburu apa kes??

Aku banyak berkenalan dengan kawan - kawan yang tak solo. Erm, kebanyakkan dari mereka amat sporting dan seronok dikawan tapi dalam satu masa yang sama, pasangan si perempuan tu tak se-sporting bidadarinya.

Kawan aku tu takut nak beritahu kepada pakwe masing - masing dan rela menipu dari beritahu perkara sebenarnya. Dari tak gaduh, jadi gaduh. Dari hidup bahagia jadi sengsara. Aku bukannya nak rampas ataupun nak gatal - gatal dengan makwe diorang. Huhuhu..

Bagi aku, aku memang open minded orangnya. Buatlah apa pun, pergilah mana pun aku tak lah terlalu mengawal pasangan aku, bak orang cakap kalau nak cemburu pun bertempat. Bukannya aku tak sayang,tapi aku takmau la nak cemburu gile babi. Yelakan, sampai nak buat kerja di kelas pun bersama rakan lelaki tak kan tak boleh? Itu cemburu ke mengongkong?

Sesetengah pasangan mungkin suka pasangannya kuat cemburu seolah - olah dirinya terasa dihargai tetapi, pada lain individu pula, terlalu cemburu akan membuatkan seseorang menjadi bosan, tak mengecapi kebebasan hidup dan lain - lain lagi.

Macam aku, aku suka berkomunikasi dan juga berkongsi dengan kaum perempuan sebab aku tahu jika aku berkongsi perasaan aku dengan lelaki, mereka tidak dapat memahami situasi aku dan itu pun berlaku sebaliknya pada perempuan. So, jika ada pihak yang menghalang perhubungan lelaki dan perempuan sebegitu akan menyebabkan ketidakpuashatian dan juga tidak tenteram pasangannya. Kang daripada buah cempedak, terus jadi nangka.

Kenapa perlu terlalu mengongkong ataupun cemburu? Tak percaya? Terlalu sayang? Takut orang rampas kekasih ke? Tak betul cara tu jika anda sayang pasangan anda, bagi aku, aku suka bersikap open minded dan rilex dalam bab ni. Sayang memang sayang, BE GENTELMAN bro! Awek korang takkan tinggal korang macamtu saje sebab aku tahu dalam setiap jiwa perempuan. Yela, sekali dia sayang payah benar dia nak tinggalkan insan yang di sayang. So, buat apa nak takut untuk ditinggalkan?

Kepada laki yang kuat cemburu tu, aku nasihatkan ubahlah perangai anda yang mana mencerminkan diri anda yang tak sporting itu. Be gentelmen bro! Aku kekadang malu lah pulak dengan lelaki macamtu. Tak menunjukkan betul - betul jiwa seorang lelaki yang boleh memimpin, aku lihat lelaki sebegitu penuh dengan emosional

Berubah untuk orang yang anda sayangi, perubahan untuk diri sendiri dan hubungan.

Tuesday, July 21, 2009

Susah sangat ke nak ucap Terima Kasih??

Aku lihat, zaman sekarang makin maju. Semua manusia mengejar kemajuan dan semua orang nak dilihat canggih. Aku pun nak juga diri dilihat maju dan up-to-date. Biasalah, hidup zaman 2000, tak sama macam zaman 1900an dulu. Semua orang nak benda besar - besar, kereta besar, moto besar, rumah besar, dan juga bini besar. Dalam manusia ghairah mengejar kemajuan dan kemodenan, ada je yang tercicir.

Dalam diam, diri manusia tak maju pun. Luaran je maju tapi perangai tak secanggih kebendaan. Manusia yang kaya, hina dan kutuk pada manusia yang miskin dan dalam diri mereka masing - masing ada sifat sombong dan tak tahu nak berterima kasih.

Aku amat tak suka manusia yang tak reti berterima kasih. Aku bukannya baik dan elok sangat nak banding dengan orang lain tapikan apa tah salahnya kalau kita ucap sepatah perkataan "TQ" ataupun "Thankx" takkpun panjang sikit "Terima Kasih". Tak rugi seposen pun. Tak kering pun air liur.

Nape aku "hangat" sangat ek? Yela, hari hari aku dilanda situasi yang sama. Situasinya, give and take semasa memandu di jalan yang sempit dan kecil.
Bayangkan satu lorong yang kecil, jalan kecil dekat ban (or orang lain panggil tali air) dan dikiri ada sungai dan dikanan ada parit kecil. Jalan tersebut hanya muat - muat sahaja untuk sebuah kereta bergerak. Hanya motosikal sahaja yang dapat cilok - cilok, tu pon bahaya kalau tak betul gayanya. Silap - silap masuk dalam parit. Ok, selalunya pada jalan yang sempit dan kecil, konsep Give anda take digunapakai. 
Yelakan, sapa yang bermurah hati, berikan laluan kepada orang lain untuk lalu. Beralah la senang. Kemudian, bila dah kita beri lalauan. orang yang lalu tu tak pun angkat tangan dan tak pun bunyi hon sebagai tanda berterima kasih atas laluan yang diberi. Bukannya nak tunjuk baik, tapi macam tak tahu menghargai orang la pulak.
Itu hanya salah satu contoh situasi yang aku hadapi setiap hari ketika amek akak aku balik kerja. Banyak lagi sikap orang kita yang mana tak tahu nak menghargai orang lain. Buat donno saja. Tambah tambah orang yang kaya.

Sebaik - baiknya, bila selesai urusan jual beli, cakaplah "Terima kasih kak, Thanks brader, TQ eh", dan lain lain. Sejuk sikit hati penerima atau peniaga tu. Berkat dapat. Ada sesetengah orang tu, dah la bagi duit pun macam campak je, tengok muka pon tidak. Apa ke hal? Anak raja kah?

Oleh itu, kita sebagai orang Timur yang penuh dengan adat dan budaya dari bangsa kita, elok eloklah menghormati orang lain dengan memberi ucapan sedemikian. Susah ke? Senyum sudah. Lagi elok. Silap - silap, dari mata, turun ke senyuman dan melekat dihati. Sapa tahu? Hihihi..

Budi Bahasa Budaya Kita. 

Sunday, July 19, 2009

Malaysia VS Man. United | Antara Fanatik dan Patriotisme


Apa itu Patriotisme? Meh kita refresh otak balik yer. Menurut Wikipedia, Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan bangsa dan/atau negara.

Aku bukanlah kaki bola atau fanatik bola macam sesetengah orang. Yela, aku rasa aku neh lelaki pelik sebab aku tak gemar bermain bola sepak. Kalau menonton permainan bola sepak, boleh gagahla aku akan tengok dan bergantung kepada pasukan yang bertanding dan mood permainan tersebut.


Dalam koleksi kawanku, aku mempunyai banyak jugalah kawan yang mana "gila bola" dan terlalu fanatik dengan permainan bola sepak. Sikit - sikit bola, sikit - sikit pemain itu ini dan aku akan menjadi kaku dan bisu jika diajak bersembang berkaitan dengan bola.

Perlawanan Manchaster United dengan Malaysia 18hb lepas dah uji rakyat Malaysia sama ada dijajah atau tidak. Ternyata, keputusannya ramai Mat Saleh celup yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil. Aku ingatkan mereka tu penonton import dari Manchaster, tapi bila ditengok kulit dan rambut mereka, jauh panggang dari api.

Apalah yang fanatik sangat diorang tu yang terang - terang rakyat Malaysia, tapi tak pula menyokong pasukan negara sendiri? Lautan penyokong merah hitam berpakaian bukan main hebat bersemangat menyokong MU, tapi penyokong Malaysia pula berapa ramai?

Mungkin mereka hanya menyokong perlawanan Malaysia dengan Brunei, Malaysia dengan Indonesia, tetapi bila Malaysia bertemu dengan MU, tiba - tiba dah jadi orang putih. Malu, bengang dan kecil hati aku rasa apabila menonton rakaman tersebut di Youtube. Taktau nak cakap apa,biarlah fanatik menyokong warga asing daripada menyokong sahabat senegara dengan kita beraksi.

Kalaulah sokongan yang diberikan oleh orang Malaysia tersebut kepada MU digantikan kepada Malaysia, aku pasti bukannya 2 -3, 6 - 4 pon boleh dapat, Insyaalah. Takkan boleh prestasi dan mutu bola sepak tanah air kita meningkat kalau dah semua orang sokong pasukan luar.

Apa - apa pon, aku masih lagi tetap menyokong barangan serta apa - apa sahaja dari Malaysia, tak kiralah kereta ke, apa ke, buatan Malaysia tetap no.1 Tak perlu nak sokong orang luar kalau diri sendiri pon tak cun. Buat malu je..

P/s: Macam emo la pulak ek.. hehehe..
P/sss: Berbangga MU dapat main kat Malaysia, kesian pulak kat orang Indonesia.. hikhikhik..

Saturday, July 18, 2009

Tutorial Photoshop : Jom Buat Bisnes Kad

Ok, Dah lama blog ni tak menyajikan Tutorial Photoshop kan. Kali ni nak share macam mana nak buat  bisnes kad. Actually, Luth nak share saja macam mana nak design kad sahaja.

Idea nak buat tutorial ni datang semasa Luth menolong seorang rakan  yang mana minta tolong designkan bisnes kad untuk dia.

Erm, design sesebuah kad bisnes terpulang kepada anda, ada spesifikasi kad untuk membuat kad bisnes.


Nak tahu? Tengok bawah:
Ok, kalau anda tak jelas macam mana format bisnes kad nih, boleh rujuk di laman web ini. Luth pun rujuk dari laman web tu.

Langkah - langkah :
  1. Buka New Photoshop Document
  2. Ambil Format 3.75 X 2.25 Inch (kalau nak convert ke pixel, 270 X 162px)
  3. Kemudian, terpulang pada anda nak buat frame ke tak. Kalau minat nak tengok kad tu nampak rasmi dan kegunaan rasmi, baik letak frame, kalau hanya untuk bisnes kecil - kecilan, terpulanglah.
  4. Setelah siap, save dalam format PSD ataupun PNG dan bawa ke kedai untuk dicetak.
Ok, begitulah lebih kurang bisnes kad yang mana telah dibuat. Member Luth tu dia buat bisnes kecil - kecilan saja. So, tak perlu lah nak buat detail sangat. Hanya perlu ada Nama, Nombor telefon dan juga tempat. Jumpa lagi pada tutorial lain.
Jika anda tidak mempunyai perisian Adobe Photoshop, anda boleh download disiniLanggan RSS untuk mengikuti pekembangan blog ini melalui E-mail anda. Ianya percuma!

Friday, July 17, 2009

Bahayanya Laman Sosial Networking!

Kalau kita singkap kembali, kenapalah wujud laman web sosial networking ek? Yelakan, kalau nak difikirkanla, adakah ia suatu laman web yang agak bodoh menghimpunkan kawan dialam maya.

Tapi itu dulu, pada permulaan aku mendaftarkan diri di Friendster tapi sekarang aku dah tak fikir macamtu. Dari alam maya, aku dah jumpa pelbagai ragam orang dan rupa bentuk. Ada yang jujur dan ada yang tidak.

Permulaannya dengan meletakkan nama dan gambar, bila kita tambah dia disenarai daftar rakan, dia terus dianggap kawan. Aduhai, senangnya mencari kawan diinternet.

Dengan gambar kita dapat mengenali seseorang. Gambar memang pelaris seseorang tersebut. Erm, kalau orang tu lawa, letak dua tiga keping je gambar, mesti ramai nak tambah sebagai kawan dan kalau disebaliknya, mesti kurang. Ala, ini semua mainan semata - mata.

Aku sebenarnya terbaca posting seorang rakan blogger yang mana gambarnya yang dipamerkan dilaman sosial networking disalah gunakan oleh orang lain. Dia tidak pernah mendaftarkan diri di Friendster, tapi bagaimanakah ada akaunnya di Friendster dengan menggunakan gambar yang diletakkan di Myspace? Tengoklah disitu, dah ada salah guna gambar kita.

Pada permulaaan umur aku nak meningkat, bila ada je gambar baru, saja je nak tambah dan letak dalam Myspace atau Friendster. Sekarang ni bila dah umur semakin meningkat, aku hanya letakkan beberapa keping gambar dan gambar tertentu saja. Entah.Dah tak ada mood nak jaja muka. Kenapa ek aku kata fotogedik di laman sosial networking membahayakan? Hah, tengok kat bawah nih:

Inilah gejala yang berlaku dalam laman web sosial. Betolkan?
  1. Letak gambar banyak - banyak di situ nampak macam nak tayang/ jaja diri je.Yelakan. Nak pakai lawa - lawa, bajet hensem, Nak cantik - cantik belaka.
  2. Nak menunjuk apa yang ada. Yelakan, aku ada pakwe, hampa takdak. Pakwe aku hensem. Awek aku cun. Hampa takde kapel. Aku je yang bercinta, hampa takdak orang yang hampa sayang.
  3. Nak membandingkan kecantikan diri pelbagai cara. Gambar yang bertudung ada, tengok - tengok ada je gambar yang tak pakai tudung. Macamnilah katakan, aku lawa bila bertudung dan dalam masa yang sama, bila aku freehair pon lawa jugak!
  4. Mencari populariti murahan. Eh, banyak betol kawan awek tu, dia cantik sebabtula banyak orang add dia. 
  5. Menjual maruah diri. Tudia badan, bengkak sana sini. Huh, nasib baiklah peraturan kat sosial networking kena pakai baju. Kalau takdak syarat tu, mesti semua nak tunjuk kat orang. 
  6. dan banyak lagi. Hampa sendiri cakap dan tuliskan.
Kenapa aku cakap bahaya? Ha, aku rasa yang ni la sebab bahayanya tuh:
  • Dedah gambar badan, mungkin ada orang yang tak puas hati dengan korang, gambar korang yang cun dan seksi tu diedit dan digunakan untuk perkara yang boleh memalukan anda.
  • Timbul fitnah. Yelakan, orang kenal si minah tu baik je kat luar, tak penah nak buka tudung. Tapi, dalam FS, MS dia Ya Allah, penuh gambar gedik. Pakai baju adik pun ada! Yang laki plak, dalam kelas memang alim, tapi gambar dengan awek laga - laga pipi lagi. Kan orang pandang serong?
  • Jatuh maruah. Maruh seseorang boleh jatuh kalau ada gambar anda yang tak senonoh beraksi dengan si balak atau si awek dijadikan modal orang ketupat anda?? Tak ke haru tu?
  • Gambar anda akan diguna pakai oleh pihak - pihak tertentu tanpa minta izin dari anda.Yela, dah anda tayang di akaun anda, bererti anda berkongsi kecantikan anda, keseksian anda. Kalau digunakan untuk benda baik takpa, kalau benda yang tak baik? Fikir sendirilah.
Sebenarnya, penggunaan gambar - gambar dari laman web sosial telah digunapakai sesetengah pihak untuk tujuan peribadi mereka.  Contohnya, masuk blog ini. Kalau gambar anda ada dalam tu, jangan marah. Anda yang letak di FS dan MS anda. Tertarik pada komen yang dilontarkan diblog tu
AINNA EMYRA said...
hey2. i jz wanna ask. u take those pic with or without their permission? could you pls think of ur manners. tayah nak jatuhkan maruah gadis bertudung. if they wear g string or wtsoeva, let them la. if u create this blog sb dengan niat konon nak sedarkan diorg, it's not worth it ok. tp rude gile








Masalah ini dapat diatasi dengan kesedaran dari "pengupload" itu sendiri. Yelakan, kalau tak pamerkan kecantikan wajah dan lain - lain, masalah ini tak akan terjadi. So, fikir - fikirkan dan selamat beramal!

P/s: Minta maaf kepada anda yang mana terasa apa yang aku tulis. Kalau rasa tu, baik berubah untuk diri sendiri. Saja tulis untuk inform rakan - rakan juga.




Wednesday, July 15, 2009

Tulanngg Oh Tulang!


Zaman sekolah menengah aku penuh dengan dugaan dan cabaran. Banyak pengalaman aku perolehi bila aku melangkah masuk ke alam sekolah berasrama penuh. Erm, aku dah cerita kat sini cerita masa aku sekolah asrama dulu.

Aku memang peramah dan pada masa yang sama aku pon pemarah juga. Biasalah, semarah - marah aku pada seseorang, jenis aku tak boleh hilang segala apa yang aku marah dan kalau nak hilang pun ambil masa yang lama.

Entry ni aku dedikasikan kepada Cik Neo Cikgu Tiga Suku yang mana ada satu hari dia menggelar aku Si Luth Ramping tah macam mana dia tahu realiti aku neh memang kurus. Ehem, dulu masa kat sekolah aku memang suka gelar orang macam - macam. Masa form 4, masa untuk mengenal kawan - kawan yang berlainan negeri dan berlainan kulit serta bentuk.

Dalam dorm aku, ada 12 orang keseluruhannya dan majoriti daripadanya adalah orang utara. Seorang saja budak KL, dan dia tak bercampur dengan kami disebabkan dia ego dengan tutur katanya yang Ke KL-an dan tamau nak gunakan bahasa dan istilah orang utara.
Dalam 12 makhluk dalam dorm aku, majoritinya berbadan gempal, gebu, sedap mata memandang dan juga montok. Hanya tinggal aku dan tiga orang kawanku, semuanya berbadan steady, mempunyai cutting yang menggoda, tampan dan lenggang - lenggok ketika berjalan termasuklah aku!
Dalam empat orang yang ter-slim, aku adalah salah seorang yang mana paling kurus. Adalah gelaran yang aku peroleh semasa satu tahun tinggal bersama mereka. Ada seorang member aku yang sangat jahat mulutnya telah mensakiti hati aku dan aku amat geram pada dia, lalu aku gelarkan dia Encik Roy. Nama glamornya Roy tetapi kalau ikutkan nama yang panjang ialah Boy-Roy (Boroi). Amat sesuai nama tersebut pada dirinya dan terus lekat sehinggalah dia berpindah ke sekolah teknik yang lain.

Salah seorang dormate aku merupakan classmate aku jugak dan kami selalu bergurau - gurau dan pada satu hari aku panggil dia Siam dan kemudiannya panggilan Siam tu terus melekat pada dia. Ehem, dia pun dah tukar sekolah masa aku tingkatan Empat.

Bukan mereka berdua sahaja yang lekat nama glamornya di sekolah, mulut aku amat masin dan seorang lagi kawan aku yang baik jugalah melekat dengan nama Boge. Bukan bogel ok, tapi boge. Tapi, erti kata boge itu bermasuk bogel kerana ada satu malam, dia tidur dengan kain pelikat yang terselak keatas dan kami kawan - kawan sedorm yang jahat telah tarik kain pelikat dia lalu disembunyikan. Oh tidak, keesokkan harinya, dia terjaga dalam keadaan terlanjang bulat dan mulai hari tu dia dipanggil boge.
Orang tua - tua cakap, what goes around, comes around dan aku kemudiannya dipanggil Tulang kerana akulah yang terkurus dalam geng kurus. Dua tahun nama yang mak aku berikan, Luthfi tidak digunakan dan aku dipanggil oleh rakan - rakan dengan gelaran "Tulang" dan ada dikalangan junior aku pon panggil aku "abang tulang" Oh malu betul..
Tapi, sekarang ni bila teringat gelaran tu, aku tersenyum sendirian. Yelakan, kenangan manis semasa disekolah asrama memang aku tak akan lupa sampai mati. Sampai harini, ada juga dikalangan kawan aku, termasuk Khairil masih panggil aku tulang. Erm, tak kisah janji jangan panggil pelik - pelik dah la.

Pengajaran : Jagalah mulut anda ketika menggunakannya dan gunakan dengan cermat. Ingat masa depan anda.

Tuesday, July 14, 2009

Aku blogging bukan untuk popular!

Apa matlamat asal korang berblog? Bagi aku, pada permulaannya aku berblog hanya untuk suka - suka, aku suka simpan kenangan aku dalam blog ini supaya kenangan tersebut tidak hilang dimakan waktu.

Kemudian, timbul pula niat aku nak membuat tutorial photoshop yang mana aku hanya suka - suka. Aku bukanlah arif dan handal sangat bab photoshop ni, bolehla sikit sebab aku merupakan pelajar jurusan kejuruteraan, bukannya design atau komputer.

Sejak dua menjak ini, banyak blogger baru yang muncul dalam dunia blog tempatan dan banyak blog peribadi, tips dalam berblog, photography dan banyak lagi. Banyak juga penulis blog muda muncul sebagai seorang blogger muda seawal usia 14 tahun.

Aku kerap juga berjalan dari satu blog ke blog yang lain. Memang seronok mengenali bloggers yang terdapat dalam alam maya dan banyak juga antara mereka sudah aku temui.

Walaupun blog aku ada tutorial photoshop, lebih kurang 21 posting berkaitan photoshop, aku malu nak letak title blog ini blog photoshop ke, atau blog panduan photoshop ataupun blog master photoshop sebab aku tahu ilmu aku tak tinggi dan tak layak nak letak title blog aku macam tu. Kalau Marzuki Jalil takpa la, dia memang hebat bab koding dan widget blog. Layak aku panggil dia sifu. Malu la aku. Ingat, setinggi mana ilmu kita, ada lagi orang yang pandai dari kita.Itu realitinya.
Aku tak suka announce dan suruh orang komen blog aku. 
Paling poyo pun aku kecoh - kecoh kat twitter dan facebook je tentang perkembangan blog aku dan apa - apa. Aku tak suka nak kacau privasi orang lain semata - mata nak suruh komen blog aku. WTF, kalau buat macamtu aku lagi tahu orang lagi benci dan meluat nak mai blog aku. Jemu kan?
Bukan cara aku suruh orang follow blog aku. 
Dan aku lebih suka tukar link dari suruh orang follow blog aku. Yelakan, nampak sangat kita neh gila followers dan followers tu tak ada apa makna pun. Tq pada korang yang follow blog aku. Sumpah benda  tu takdak erti. Sama la juga macam komen, aku takmau orang komen blog aku sebab nanti orang cakap aku gila komen.
Buat setakat ni, aku dah ada tiga ke empat blog dibawah jagaanku. 
Aku tak pun kecoh aku ada banyak blog. Buat apa la sangat nak bagitahu kita nih ada banyak blog kalau blog yang dibawah seliaan kita tu tak gempak dan sehebat mana pun. Kalau hebat macam blog KNizam dan JustKhai. Aku bangga kalau ada 50 blog macam tu. Kalau kuantiti banyak, tapi takda kualiti buat apa?
Aku rasa trafik blog aku neh maintain dan aku taklah gila trafik sangat. 
Aku pengguna platform blogger dan aku bangga dengan trafik blog yang aku ada. Tapikan, aku tak la gila trafik macam mamat ni. Gila trafik dia berhasil dan hebat dari aku dari orang yang gila trafik, tapi trafik blog dia tak hebat sangat dan pagerank pon tak melebihi PR3. Huhu.

Entahla, tiba - tiba aku tulis pasal topik nih sebab aku terlihat benda yang rapat disekelilingi aku selalu terjadi. So, tak salah kan kalau aku nak tulis macamni sebab ini blog aku kan?Korang mest cakap "apa ko nak kecoh tu blog aku". Whatever, aku puas menulis apabila dah tulis apa yang terbuku dihati. :P Aku blogging bukan untuk popular tapi untuk kepuasan diri!


P/S; kalau aku nak bangga la, aku neh lagi popular dari korang tuutt, deejay radio lg, blog, dan yang terbaru artis pun follow dan berkicau kat twitter aku. Ada aku kesah? Tapi aku tak la hebat sampai masuk dalam paper atau dalam tv. wakakaka.. Aku merendahkan diri yang tinggi!

Monday, July 13, 2009

Bila Mata Bertemu Mata

Setakat 13hb Julai nih dah banyak blogger yang Luth dapat jumpa secara bertemu mata. Dah ramai Luth dapat kenal dan mengeratkan silaturrahim sesama bloggers yang mana beribu - ribu dalam ruang alam blog Malaysia.Yang mana tak kenal, kita berkenal kenalan, asyik bersembang melalui YM dan juga SMS saja, baik kita keluar minum dan juga bertukar - tukar pandangan. Betul tak?

04 Julai 2009
Buat pertama kali Luth berjumpa dengan rakan setugas dari stesen radio internet, iaitu adminnya Dj Teddy yang mana datang ke majlis perkahwinan sepupunya dekat Tasek Gelugor Seberang Perai. Erm, sebenarnya Dj Teddy dah beritahu awal - awal lagi tentang perkahwinan sepupunya sejak bulan Januari lagi dan akhirnya Alhamdulillah dapat juga kami berjumpa.

Malu memang malu, masa kenduri perkahwinan sepupu dia, Luth dapat kenal dengan suami Dj Teddy dan juga anaknya. Comel betul, comel macam mak dengan ayah dia. Teringat pulak kat Upin dan Ipin bila tengok anak Dj Teddy tu. Hahaha. Terima kasihla eh sebab sudi jemput Luth ke kenduri tu dan sudi jumpa saya yang tak seberapa nih. Akhirnya hajat Teddy kesampaian juga ek. Hihihi.

Kalau anda nak dengar celoteh Dj Teddy di Desa FM, beliau keudara pada jam 10 pagi hingga jam 5 petang hanya di  Desa FM. Pasti tak bosan bila. Chewwaahh!


11hb Julai 2009
Sabtu lepas, Luth menghadiri kenduri "pindah rumah baru" Kak Azza Sedetik Hati yang mana dah lama beliau panggil. Dari awal lagi Kak Azza bagitahu suruh datang kenduri rumah dia nanti, tapi tak letak pun tarikh. Punyalah semangat. Hahaha. Memang besar rumah Kak Azza, sampaikan anak Daddy Cool si Alif tu suka belari sana sini diruang tamu yang luas tu.

Gambar? Sorila tak ambil gambar sebab masa majlis tu memang ramai orang dan agak segan sikit nak keluar handfon untuk tangkap gambar. Di majlis yang sama, Luth dapat juga kenal - kenalan dengan Cikgu Nurul Iman, seorang blogger juga yang mana bertugas satu sekolah dengan Kak Azza. Comel dan menawan orangnya. Minta maafla curi gambar anda di Facebook. Btw, terima kasih kepada Abang Khairul dan Kak Azza sebab panggil ke kenduri tu. Sedap nasi dagang. Luth tak makan pun nasi kerabu, tak lalu :P

12 Julai 2009
Nampak gambar abang hensem kat atas tu? Itula brader Helmi a.k.a Panglima Hitam admin besar blog Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang. Dah lama nak jumpa si panglima hitam ni, tapi tak kesempatan sebab masing - masing sibuk. Petang semalam dia ada SMS Luth tanya ada apa cerita dan sibuk tak.Kebetulan petang semalam memang free, tak kisah la nak keluar minum.

Ingatkan brader kita ni tinggal jauh dari rumah Luth, rupa - rupanya dekat je. Lebih kurang 15 min perjalanan nak ke tempat yang dijanjikan jumpa tu. Memang dekat. Hehehe. Banyak cerita yang kami sembang petang semalam. Dia memang hebat. Banyak cerita itu ini yang kami kongsi. Nasib baik dia pun agak peramah orangnya kalau tak Luth saja la yang cakap banyak.

Hahaha, seronok betul bila dah bertentang mata dengan blogger dan kenalan dari internet ni. Dari internet kita dapat belajar baik dan buruk dan boleh juga mencari kenalan baru. Kan kan? Berkawan biar seribu, bercinta hanya satu. Hihi.

Sunday, July 12, 2009

Artis, Peminat dan Mp3

Artis merupakan salah satu aset pada negara. Biasalah, kalau hidup tanpa lagu dan nyanyian dari penyanyi tak hidup mestila tak ceria. Tapi kena ingat, tanpa peminat dan pendengar, tiadalah artis tersebut.

Sama la macam aku, aku mendeejaykan diri di salah sebuah stesen radio internet di Malaysia nih. Kalau siapa yang pernah dengar aku mendeejay, ok la dan kalau sapa tak pernah dengar, dengarlah pada setiap malam jam 8 - 10 di Desa Fm.

Aku bukan nak buat entry promot diri sendiri, tapi entry kali ini berkaitan artis, mp3 dan peminat. Aku terlintas nak tulis dalam blog sebab ada seorang artis telah men-twitt aku di twitter pada tiga malam yang lepas dan mengingatkan aku pasal karya mereka dan download.

Artis zaman sekarang kena sedar, realitinya mereka menghadapi masalah cetak rompak ataupun secara jelas pengeluaran produk mp3 dari hasil karya mereka. Aku tahu, bukan senang nak hasilkan lagu, muzik dan banyak masa serta wang dilaburkan untuk sebuah album. Tapi, mereka kena sedar yang bukanlah artis Malaysia sahaja yang menghadapi masalah yang sama, ia merupakan trend dunia!

Aku pelik, kalau file berformat mp3 tu produk haram, tak la banyak gajet pemain muzik mp3 dilancarkan seperti I-pod, mp3 player dan bla..bla..bla oleh syarikat elektronik gergasi dunia. Kenapa keluar file berformat mp3 dan gajet untuk mainkannya? Pelik?

Jangan salahkan pendengar yang mana mendownload lagu artis kegemaran mereka di laman forum ataupun di torrent ataupun secara direct download di media kongsi, sebab file tersebut mudah didapati dan senang didownload. Kenapa tak beli saja album original? Erm, kalau aku nak beli album original, mungkin sekali atau dua saja album yang aku akan beli. Itupun, tengok artislah juga. Setakat ni, album artis gempak Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza pun aku tak pernah beli.

So, bermula dari mendownload mp3 artis, aku harap korang terbuka hati membeli album original dari artis yang anda suka. Harap begitulah tapi aku tak kot. Tengoklah macam mana. Teruskan sokong artis tempatan, dan artis pun teruskan keluarkan lagu berkualiti dan bermutu tinggi dan insyaallah peminat akan beli album anda.

Saturday, July 11, 2009

10 Fakta yang Aku Suka Tentang Nasi Kandar

Masuk tahun 2009 nih, dah lima tahun aku aku bergelar orang Pulau Pinang. Dari Taiping aku pindah kesini, aku dah dapat menghayati dan menyelami hidup sebagai seorang rakyat Malaysia berjiwa utara. Negeri Perak memang berada dibawah projek Koridor Utara, tapi sejak pindah ke Pulau Pinang ni aku rasa diri aku nih piaw ke-utaraannya. Haha.

Hidup sebagai rakyat Pulau Pinang memang tak boleh lari dengan nasi kandar. Tempat korang ada banyak ke restoran nasi kandar? Kat sini bersepah. Pegi je mana - mana sudut, pasti akan jumpa restoran nasi kandar yang mana taukeh besarnya orang India muslim a.k.a Mamak. Apa yang menarik sangat nasi kandar ni? Korang tak pernah makan kat restoran nasi kandar? Taktau ke? Meh aku cerita sikit :

  1. Lokasi restoran nasi kandar ni memang strategik. Dah la strategik, besar pulak tu. Sedap mata memandang.
  2. Restoran nasi kandar buka 24 jam. Pegila masa mana pun, mesti ada lauk dan nasi untuk anda yang kelaparan. Tak payah nak susah makan megi.
  3. Kebanyakan restoran nasi kandar ada perkhidmatan Wifi percuma. So, ramai member aku yang takda internet dirumah tu, depa kerap pegi restoran mamak. Wifi dah free, cuma kena bayar bil air je. Hihi.
  4. Dah ada wifi, mestilah ada siaran secara langsung bola sepak. Sambil tengok bola ramai - ramai dengan kawan, boleh makan dan minum. Seronok bukan? Meriah je rasa.
  5. Lauk dikedai mamak sedap. Air yang dibancuh memang pekat. Kalau kopi memang rasa kaw, minum milo rasa milo dari susu. Tak macam kedai lain, tawar je. Kedekut milo agaknya. Gula pemurah pula.
  6. Abang waiter memang hensem belaka. Hidung mancung, rambut ikal mayang. Macam Datuk SRK pun ada.
  7. Pelayan kedai mamak gemar memakai uniform yang ceria. Hijau + kuning, biru + kuning, pink + hijau. Aduhai, memang matching la dengan kulit depa. Wakakka. 
  8. Oleh sebab restoran depa terkenal, ia mudah dijadikan port untuk lepak - lepak bersama kawan - kawan. "Hello, nak sembang kat mana ni? Oh, Nasmir Perda ka? Ok Ok.. " Selalu macam tu.
  9. Sejuk mata memandang bila duduk dalam kedai depa, yelakan ada banyak ayat Al - Quran depa gantung. Alhamdulillah, makan berkat la sikit. Muafakat dapat. Hahaha.
  10. Perkhidmatan pelayan memang memuaskan. Ada setengah pelayan kedai mamak ni benar - benar mengutamakan pelanggan. Kalau oder 1 - 1 mereka memang taat dan patuh pada perintah. "Eh, mintak ais sikit" "Ok boss" "Macha, tisu ada?" "Roti canai satu" "Eh, roti canai lagi satu" "brader, roti canai lagi satu boleh?" "Dey, ini teh tarik kurang buih la, hang pi tambah buih boleh?" 
Itu sajalah yang dapat aku ceritakan berkaitan perkara yang aku suka di restoran nasi kandar ni. Aiseh, mana boleh kan kalau kita tulis perkara yang kita suka je kan, penulisan seseorang mestilah seimbang, ada baik dan tak baik. Nanti kalau aku lapang, aku nak tulis pulak pasal perkara yang aku tak suka pasal restoran nasi kandar ni.

Kepada anda yang tak biasa datang makan di kedai mamak, percayalah cakap aku bila anda dah merasakan sendiri pengalaman di kedai nasi kandar. Wallahualam.

Friday, July 10, 2009

Alahai PPSMI!

Akhirnya, setelah diasak dan diasak, kerajaan telah mengumumkan pemansuhan pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris yang akan berkuat kuasa pada tahun 2012. PPSMI yang dijalankan hampir tujuh tahun bermula dari tahun 2003 semasa era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.

Aku sendiri pada mulanya berasa amat rugi pada awal perlaksanaan PPSMI kerana aku merupakan batch yang terakhir belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda berbanding junior aku yang mana  telah diajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris pada awal kemasukan mereka ke sekolah menengah. Tetapi, selepas setahun dua perlaksanaan PPSMI, aku lihat akulah batch yang bertuah kerana aku dapat lari dari azab belajar sains dan matematik yang didakwa oleh junior aku susah dan mencabar.

Mungkin kita lihat pada awal perlaksanaan PPSMI prestasi murid merudum dan banyak pelajar dari luar bandar tidak dapat score dalam subjek matematik dan sains, itu tidak menjadi pengahalang bagi sesorang itu berjaya. Mahu atau tidak, kalau seseorang mahu belajar sesuatu ilmu dan bersungguh - sungguh, dalam bahasa apa sekalipun dia belajar, dia pasti akan berjaya dan aku lihat bukan semua junior aku gagal dalam Matematik dan Sains, tapi kebanyakkan darinya yang gagal disebabkan kurang berminat dengan subjek tersebut kerana tidak mahir bahasa Inggeris.

Tidak timbul kegagalan PPSMI dari tenaga pengajar yang mana tak fasih dalam berbahasa Inggeris tetapi kebanyakkan guru (guru lama) yang mengajar subjek tersebut gagal menguasai bahasa itu. Abang aku sendiri yang mana mengajar subjek kimia disekolah menengah mengakui cabaran untuk mengajar dalam bahasa Inggeris, tetapi dia tidak mengajar 100% dalam bahasa tersebut, tetapi dia campur bersama bahasa ibunda untuk mengelakkan pelajar bosan dan tidak minat dalam kelas itu. Ala, korang pun tahu kan belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Lecturer aku di politeknik pun tak lah mengajar dalam bahasa itu 100%.

Banyak orang nampak kegagalan daripada kejayaan dan ramai orang takut gagal daripada berjaya. Sama la tu. Aku nampak, pemansuhan PPSMI ni didorong desakkan sesetengah pihak yang mana mahu menunjukkan kepada rakyat mereka berkuasa dan membela rakyat dan pihak yang melaksanakannya pun dari belakang tabir juga ada yang tidak menyokong pengajaran ini 100%. Biasalah, benda baik bukannya semua orang sokong.

Nak seribu daya, tak mahu seribu dalih, sekarang ni serius aku rasa susah nak belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di peringkat politeknik. Yelakan, pengajaran subjek teknikal dalam bahasa Inggeris baru sahaja dimulakan pada semester lepas (Julai 2008) dan pada permulaannya memang susah nak faham. Tapi, bila dah lama - lama tu, bolehlah nak catch up sikit dan mujurlah pada semester tu pointer aku tak jatuh terutamanya pada subjek yang mana perlu hafal fakta dan faham konsep tu.

Ramai dikalangan kita sedih PPSMI dibubarkan dan juga ramai dikalangan kita bersorak gembira PPSMI dimansuhkan. Yang mana dah berbasah baru dan pedih mata berjuang diatas jalan raya tu, puas hatilah kan. Tak perlulah nak buat demo lagi, berpuas hatilah dengan keputusan kerajaan.Janganlah kita jadi seperti pepatah orang tua, yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.


Baguslah Tan Sri Muhyidin jadi Menteri Pendidkan dan tak terkata Dr.M bila anak emas buat keputusan sedemikian :D Pergilah mengundi pendirian anda di blog Che Det

Thursday, July 09, 2009

Tutorial Photoshop : Buat Teks Ber-bayang

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada pengunjung blog ini. Dah lama tak buat Tutorial Photoshop di blog ini. Tutorial yang terakhir berkaitan Teks ialah Membina Teks Seperti Ais dan kali ini Luth nak kongsi macam mana nak buat Teks yang mempunyai bayang - bayang.


Tulis text anda. Luth guna perkataan Luth Textile Dot Com. Tak semestinya teks anda dalam huruf besar, huruf kecil pun boleh.

Lepas je anda tulis teks anda tu, copy text tersebut dengan memilih layer teks dan tekan Ctl + C dan kemudiannya pergi ke toolbar dan pilih Edit > Transform > Flip Vertical 

Selepas itu anda tekan Ctl + T untuk transform. Tapi kali ini anda pilih Perspective.Tarik hujung bucu kotak yang anda ingin jadikan bayang - bayang tu. Tarik kebelakang untuk menjadikan ia efek bayang.

Dah siap teks untuk bayang - bayang tu, bila dah puas hati dengan keadaan teks bayang anda, kemudian ubah Opacity teks anda ke tahap yang anda suka. Luth ambil 28% sebab itu dah cukup cun jadi bayang - bayang.
Bila anda dah siap lakukan semua langkah diatas, teks anda dah jadi macam diatas tu. Teks ber-bayang. Senang dan cepat sahaja.

Jika anda tidak mempunyai perisian Adobe Photoshop, anda boleh download disini. Langgan RSS untuk mengikuti pekembangan blog ini melalui E-mail anda. Ianya percuma!

Wednesday, July 08, 2009

Jom Hurai dan Tanda Tempat Anda dengan Wikimapia!


Menurut Wikipedia, laman web khidmat peta dalam talian, Wikimapia dilancarkan pada tahun 2006 merupakan satu projek kerjasama antara pihak Wiki dan Google Map. Peta yang terdapat dalam Wikimapia berasaskan peta yang berada di Google Map yang boleh ditanda dan dihuraikan bagi setiap kawasan yang anda hendak nyatakan.

Di Wikimapia, pendaftaran tidak perlu untuk menghuraikan tempat yang anda ingin huraikan dan terdapat 101 bahasa ditawarkan untuk perkhidmatan Wikimapia termasuklah Bahasa Melayu. Menarik bukan? Luth sering menggunakan perkhidmatan ini dalam kehidupan seharian. Contohnya, semasa Luth merantau cari pengalaman semasa menziarahai Kota Bharu tempoh hari, hampir kesemua tempat dapat Luth terokai dengan menggunakan Wikimapia.

Anda boleh menanda tempat yang anda suka mengikut pelbagai bentuk dan sudut kerana Wikimapia menawarkan penandaan tempat berbentuk polygon, yakni anda boleh mengikut bentuk bumbung, panjang serta lebar kawasan yang anda ingin tanda. Selepas itu, anda boleh meletakkan pautan artikel di Wikipedia ditempat yang anda tanda dan huraikan selain meletakkan alamat serta spesifikasi tempat tandaan anda.

Selain menanda tempat yang anda ingin huraikan, di Wikimapia juga terdapat "tag" ataupun kategori yang anda ingin letakkan pada hurian yang anda ingin buat. Tambahan lagi, anda juga boleh meletakkan gambar pada tempat yang anda telah huraikan dan yang menariknya, video Youtube juga boleh diletakkan sekali pada tempat yang anda tanda, bagi menunjukkan suasana tempat yang anda tanda tersebut.

Sekarang, lebih kurang 10, 0000000 tempat didalam peta dunia tersebut telah ditanda dan dihuraikan oleh pengguna Wikimapia itu sendiri dan walaupun pendaftaran tidak diperlukan sebelum menghuraikan sesuatu tempat, terdapat 387,000 pengguna telah menanda tempat dalam peta dalam talian tersebut.

Tak tahu bagaimana nak menanda tempat yang anda ingin tanda? Jom kita cuba bersama - sama!

Dah banyak tempat Luth tanda dalam Wikimapia. Betul - betul seronok. Kalau ada masa lapang, jom kita hurai dan tanda tempat yang anda suka dalam Wikimapia dengan bebas tanpa halangan. Jangan tanda dan hurai benda lain sudahla ya! Pencarian lebih efektif dengan menggunakan Wikimapia. Tak percaya, cubalah dahulu!

Tuesday, July 07, 2009

Oh Michael Jackson!

Adat alam, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meniggalkan nama. Semua sama, tak kiralah bangsa atau agama apa seseorang itu, ia akan pasti dikenang apabila sudah tiada. Bagi Luth, ia lumrah alam. Semasa hidup, ia dilupakan oleh masyarakat, dimaki, dimaki dan dicerca oleh orang lain tetapi bila ia sudah tiada, semua caci maki cerca hina akan hilang begitu sahaja.

Luth kenal MJ sekadar nama. Sumpah Luth tak tahu lagu dan album dia. Yang Luth tahu, persembahannya kalau diadakan pasti akan mendapat sambutan hangat peminat dan memang gempak. Itu sahaja. Mak ada la cerita pasal MJ ni, dia macam ni macam ni dan Luth tak ambil tahu sangat benda remeh macamtu sebab Luth tak suka cerita berkaitan artis. Tak ada noktahnya dan tak ada manfaat.

Kematian bintang pop tersebut ditangisi dan dihayati oleh semua penduduk dunia. Ada yang tak kenal MJ pon menangis. Aduhai. Yang paling cepat sekali macam cendawan tumbuh, posting semua blogger - blogger didalam dan diluar negara berkaitan dengan MJ. Oh, sedih. Wa, sedihnya, MJ dah takderr dan macam - macam lagi. Bagi Luth, ia merupakan lumrah alam. Tak ada benda yang kekal hidup melainkan penciptanya.

Sempat Luth google cari wajah evolusi MJ tetapi apa yang Luth jumpa ialah satu penghinaan dan juga bahan tawaan orang berkaitan evolusi wajah MJ. Anda nak tengok boleh disini dan disini. Itu mungkin posting yang sudah lama, tapi bila dikenangkan semula, kesian pula buat macamtu kepada orang yang telah tiada.

Pemergian MJ diratapi oleh peminatnya dan di Malaysia juga ada peminat yang sedih akan pemergiannya. Tak kisah, itu hak masing - masing. Yang penting, jangan terlalu fanatik dan mengagungkan artis itu ini dalam hidup. Ingat, kita berada dihujung zaman. Al - fatihah disedekahkan kepada saudara baru kita tersebut, semoga dia dicucuri rahmat.

Dalam banyak - banyak lagu nyanyian Michael Jackson, lagu berjudul You are not alone sahaja yang Luth dapat sesuai dan dapat hayati dari lagu yang lain. Nak download pergi sini. Jom kita saksikan videonya.

Monday, July 06, 2009

Bagusnya tinggal diasrama


Masuk tahun ni, sudah tiga tahun aku meninggalkan dunia "berasrama" aku. Kali pertama dan terakhir semasa aku bersekolah diperingkat menengah di sekolah teknik di Bukit Mertajam. Teringat lagi, riangnya hati masa permohonan aku untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah teknik diterima. Sekolah yang aku akan masuk tersebut merupakan sekolah teknik berasrama penuh, maksudnya 100% pelajar sekolah itu wajib tinggal diasrama.

Oleh sebab aku pergi kesekolah teknik tersebut dengan kerelaan hati, perasaan teruja dan bangga menyelubungi aku, tak la macam kawan - kawan yang lain yang masuk kesana atas tekanan dan paksaan pihak keluarga, perasaan mereka masing -masing muram dan sedih. Yelakan, tak mahu tinggalkan kehidupan bersama keluarga.

Bagi aku, masa tersebut merupakan masa permulaan untuk aku belajar berdikari untuk memperoleh pengalaman baru dan ternyata banyak perkara baru yang aku tak tahu bila aku tinggal diasrama. Dulu, masa sekolah biasa bolehla mak siap sediakan semua untuk kita dipagi hari, tapi bila dah tinggal diasrama, semuanya diuruskan sendiri.

Pengalaman kali pertama meninggalkan rumah dan hidup diasrama mematangkan aku hidup disana. Yelakan, dulu kat rumah tak pernah nak basuh baju sendiri, kat asrama akulah yang kena buat semua. Basuh baju sendiri, sidai baju dan ambil baju diampaian bila dah kering. Kalau aku malas basuh, berlungguklah baju kotor. Dulu, masa form 4 ada kemudahan dobi tapi bila dah naik tengah tahun, pihak sekolah berikan kemudahan dua mesin basuh untuk satu blok. Lagilah senang hidup.

Di asrama, aku belajar hidup bersosial dengan kawan - kawan. Masa sekolah menengah rendah dulu, aku sosial juga dengan kawan - kawan, tapi bila disekolah teknik, pergaulan aku lebih luas dan bebes. Aku dapat kawan dengan orang yang lebih tua, dapat kenal dunia luar dila keluar jalan dengan kawan dan lain - lain.

Disana juga aku dapat mengecapi erti kebebasan hidup bila keluar outing. Kehidupan yang terkurung membuatkan aku jadi disiplin dengan aktiviti seharian dan berasa nikmat bila dapat keluar dari tahanan. Ala, macam banduan keluar penjara la. Memang seronok.
  • Makanan dewan makan tak sedap. Teringat dulu masa sahur pagi, ada sekali depa bagi makan ikan tongkol kering dan sejuk. Ada ke patut.
  • Makan nasi tak ada kuah. Sanggup makan nasik berkuahkan air oren, sebab takut tercekik kalau makan nasi tak ada kuah.
  • Duduk satu bilik dengan ketua asrama, pengawas asrama. Jadi otai sebab semua orang kuat tinggal sebilik. Semua boleh.
  • Teringat dulu, kalau bawak henset mesti jadi cepat gelabah. Yela, barang haram. Mana boleh simpan dan letak merata - rata. Nanti hilang tak pun kena rampas.
  • Duit tak ada, pinjam merata - rata kat member. Senang je pinjam, segan bila nak membayar.
  • Bab hantu? Rasuk? Meracau? Dah rasa dah semua tu. Ada dulu sekali serangan hantu kat asrama. Laki ke perempuan ke habis kena rasuk. Ayoma.. masa tu aku demam pulak.
  • Teman member patah kaki. Kesian dia. Aku dengan dia tinggal berdua dalam bilik tetamu dekat tiga bulan. 
  • Seronok teringat masa petang - petang. Nasib baik la sekolah kami tak ada prep petang. Hanya ada masa prep malam saja. Memang nikmat tidur petang. Lepas bangun je. keluar ke koridor ambil kain tuala, lambai - lambat kat awek yang on the way pegi dewan makan. Oh, syahdu!
  • Time form 5 rasa otai gila. Biasala, dah jadi senior. Tapi aku tak jadi pengawas. Jadi senior memang best dari junior.
  • Bulan puasa? Wah, rasa meriah juga walaupun tak berbuka diluar. Dah tak boleh keluar beli lauk berbuka, kami telefon la orang hantar makanan masuk kedalam! Hello McD, beger 10, air 10, fries 1o yer.
  • Time paling tak suka bangun pagi. Lewat je bangon, gerenti ustaz naik simbah air kat atas katil. Habis basah tilam. Selalu dorm aku yang kena sebab dorm aku popular.Lalala.. betul tak Khairil?
  • Roll Call? Suck! Kerap sangat jadi banduan. Beratur dalam line, lepastu kena caci maki kt depan dengan warden. Adui, sabar jela.
  • Yang bestnya, bagi orang yang bercinta kat sekolah dulu, bolehla dating dan berjumpa dengan awek masing - masing masa sembahyang maghrib. Kalau nak clear lagi, turun la sembahyang subuh. Gerenti orang tak kacau. Haha..
  • Member aku gila bisnes. Tiap - tiap minggu balik kampung refill stok bisnes dia. Nak apa? Semua ada. Barang halal ada, barang haram pun ada. Huahuaha..
Bila aku dah habis belajar, teringat pelbagai peristiwa dalam "penjara" dulu, kawan - kawan, warden, pakcik guard, abang dewan makan dan tak dilupakan awek - awek diasrama puteri yang memang kontroversi. Alhamdulillah, bila dapat lanjut belajar di politeknik aku dapat tempat belajar yang dekat dengan rumah. Hari - hari boleh berulang dan hanya ambil masa 15minit saja untuk kekelas dan tak perlu asrama.

Oleh disebabkan dulu aku tinggal diasrama, segala kerja - kerja remeh dirumah aku boleh dah tolong, tapi bila cuti je aku malas nak tolong mak itu ini. Biasala, cuti la katakan. :P

Saturday, July 04, 2009

Ushar Wayang : Ice Age 3 : Dawn Of The Dinosaurs

Adoi, Luth ketinggalan bas lagi. Agak lambat bagi Luth untuk mereviw filem ini sebab ia dah lama ditayangkan dipanggung wayang Malaysia. Apa yang Luth nak kata, kalau anda bosan dan tak tengok lagi filem nih, pegila serbu panggung wayang berdekatan. Taubat tak rugi.

Kawan Oh Kawan. Cerita ni berkisar semangat setiakawan dan perpaduan diantara satu sama lain. Tengok tu, haiwan pun pandai berpadu untuk selamatkan kawan dia yang susah, kita manusia ni suruh berpadu dan bekerjasama pun payah. Contohila cerita Ice Age 3 ni, Best! Tengok trailer Ice Age 3.


Luth bagi 5 bintang untuk filem animasi Ice Age 3 : Dawn Of The Dinosaurs. Memang lawak!

Friday, July 03, 2009

Yang mana patut kita hormat : Ahli Politik atau Artis?


Sekarang ni dah kecoh dalam Malaysia, semua macam dah celaru. Ahli politik ini buat itu ini, keluar parti masuk parti lompat sana dan lompat sini. Artis pun satu haru jugak. Si dia berdua - duaan dengan dia tu sampai terkantoi dan ditangkap, ada yang kawin anak dara tua dan ada yang buat persembahan tiba - tiba buka baju atas pentas. Apa ni? Mana standat orang Malaysia ni.


Antara satu kita nak hormat? Artis ke Ahli Politik?
  • Ahli politik ada buat skandal yang keterlaluan. Jatuh saham sebagai seorang pemimpin. Macam mana nak hormat seseorang pemimpin kalau akhlaknya amat teruk sekali? Diri pun tak dipimpin, nak memimpin orang. Macam mana tu?
  • Rasuah dengan politik memang tidak dapat dipisahkan. Bak kata Dr. Mahathir, Rasuah tu ibarat makan babi. Kalau makan barang rasuah, serupa makan babi, sebab haram. Erm, jika ada antara mereka yang ambil rasuah tu, perlu disingkirkan. Tak perlu diangkat sebagai pemimpin.
Sikit - sikit sudahla kalau nak komen pasal pemimpin. Bukannya semua yang baik dan bukan semuanya jahat. Kan kan? Kalau artis, Luth tak berapa suka sebab Luth tak layan sangat gosip artis itu ini. Sebab, Luth sayang pahala. Nanti kalau komen ke apa ke, hilang pahala. Free je artis tu dapat pahala dari Luth. 
  • Si artis A ada fair dengan si artis B. Dah terang - terang kantoi, tapi dorang nafikan. Luth tak suka artis yang bohong - bohong macam tu. Dah kantoi, bagitahu direct la. Sapa pon tak kesah. Kan?
  • Artis seksi. Pakai tak ingat dunia. Mula - mula jadi artis, mak oi pakai memang sopan. Macam anak dara kampung. Tapi bila dah lama jadi artis dan mula tunjuk belang, seksi seksa. Keras je tengok. Yang Luth respek, Dato Siti Nurhaliza jer. Dia memang sopan santun. Wah gitu.
Itu saja yang boleh Luth tulis. Nak tulis lebih nanti takut kena banned pulak blog ni. Dok sebut orang lain punya kesalahan je. Sayangilah pahala anda. Janganla suka menabur fitnah dan gossip murahan. Tak baik untuk kesihatan politik dan seni tanah air kita.


Bagi Luth, baik kita hormat dan sanjung ahli politik daripada artis. Ahli politik koman - koman pun dia buat sumbangan pada rakyat tapi kalau artis? Sumbang lagu dan filem sahaja. Walaupun sumbangan artis tak nampak sangat, tapi dalam tak sedar, industri seni kita pun ada juga beri sumbangan pada negara kita.

Aiseh, apa yang mengarut nih.. huhu..

Thursday, July 02, 2009

4 bulan sudah berlalu


Tiga bulan sudah berlalu. Aku aku. Kau Kau. Orang cakap, patah tumbuh hilang berganti. Aku tak ada feel nak berganti apabila sudah patah. Betul cakap kawan - kawan, terutamanya brader aku ni, aku percaya kata dia dan apa yang dia kata benar - benar terjadi.

Barang yang lama, usah dikenang. Bagaimanakah nak menyambung tali layang - layang yang sudah putus? Yang pastinya, layang - layang sudah hilang entah kemana. Tinggal talinya sahaja. Sekarang, layang - layang kembali nak cari tali yang terputus tadi. Nak ikat macam mana?

Entah, permulaanya aku ni macam tokong je. Tak ada guna, kemudian tiga bulan entah kemana. Angin pun tak ada, senyap macamtu saja. Betul cakap kak aku, "dulu hang sendiri yang jadi tak betul, kemudian yang elok dengan sendiri" Nasib baik ada kawan yang dapat teman aku selalu tiga bulan yang lepas. Dia banyak bagi nasihat. Ayat yang selalu dia cakap, ingat, bunga bukan sekuntum. Aku dah lali dengar ayat tu.

Katakan Tidak! Tidak!

Nampak tak makanan diatas tu? Luth seumur hidup tak pernah makan benda diatas tu. Rasa ke, apa ke langsung tak pernah. Dah 20 tahun hidup sebagai seorang Melayu, Luth tak kisah kalau tak makan benda kat atas tu. Wekk.. Tengok pun dah tak lalu, bila bau ee tak lalu nak makan. Macam mana korang boleh jadikan ia sebagai penambah selera? Wa tak tahu!

  • Sambal Belacan
Tengok warna cabai dan bijiknya pun dah tak selera. Apa yang bestnya, bila dah ditambah dengan belacan yang harum itu, sambal belacan terus jadi satu menu yang Luth tak boleh dekat. Rela duduk makan ditempat lain kalau menu sambal belacan ni ada atas meja. Tak tahan baru.

Dalam family Luth sendiri, adik beradik, mak dan ayah memang kuat makan sambal belacan. Tapi, Luth tak sikit pon teringin nak makan benda tu. Adik Luth yang perempuan tu gila betul, bolehnya dia ratah saja sambal belacan tu. Bukannya makan dengan nasi, makan saja. WTH?
  • Air Asam
Oleh sebab menu ini mengandungi belacan yang harum itu, Luth menghukumnya seperti Sambal Belacan jugak. Busuk dan tak lalu dilihat. Hairan, kenapa korang makan air asam ni sambil cicah daging rebus ataupun makan dengan ikan pari panggang? Aduhai, geli tau tak. Luth rela makan daging rebus saja dan cicah ikan pari panggang dengan kicap.
  • Cincalok
Dari zahirnya, nampak isi udang yang dihancurkan itu seperti meloyakan. Kalau diberi pilihan, rela makan air asam dari cincalok tapi Luth tak akan makan benda diatas tu. Tak akan makan sama sekali. Kesian pulak kat udang tu, badan dia kena hancur dan diisikan didalam botol. Kesian dia.
  • Budu
Spesis yang payah dijumpai di Pulau Pinang ni.Tapi ada juga sekali mak bawak balik budu ni bila ziarah ke Kelantan. Kenapala benda ni dicipta? Bagi orang Kelantan, mereka bangga makan budu. Apa la sangat  budu ni. Boleh cerdik ke? banyak orang cakap orang Kelantan ni bijak sebab makan budu Hukumnya, budu sama dengan cencalok. Cuma dia tak nampak kesian sangat sebab ikan bilis tu dah kena blander lumat - lumat.

Kesimpulannya, Luth ni orang Melayu moden. Hahaha. Cuba bawak bekal sambal belacan ni masa makan kat food cort mana - mana shopping complex. Tobat berbau. Rela lagi bau durian daripada bau sambal belacan. Boleh muntah hijau.

Wednesday, July 01, 2009

Selamat datang bulan Julai!!

Ini merupakan posting yang pertama dalam bulan tujuh. Kenapa Luth suka sangat bulan tujuh ni? Erm, bulan yang merehatkan badan yang sangat - sangat letih. Al-maklumlahkan, kerja teruk 6 bulan. So, kena la cuti pun 6 bulan. Tapi tak boleh nak cuti lama - lama, takut naik lemak kat badan. Encik Poli bagi cuti sebulan lebih je. Alhamdulillah.

Bulan tujuh ni target nak kurangkan blogging dan nak tumpu pada final report Latihan Industri. Boleh ke? Bolehla. Dah tiba masanya kurangkan masa  untuk blogging, FB dan Dj. Nak kena korek balik pengalaman enam bulan lepas. Nak tulis. Aduhai.

Kepada kawanku yang mana tak habis praktikal tu, selamatlah menghabiskan praktikal anda. Kepada kawan - kawan yang nak balik ke pusat pengajian masing - masing, terutamanya kepada kawan cumil ini, Cik Ain bersedialah bungkus barang - barang anda untuk pulang ke pendalaman.

Kepada kawan yang dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian yang baru, tahniah dan selamat belajar. Aduhai, ada lagi setahun bagi Luth untuk selesaikan misi diploma. Kemudian nak pulak ambil Ijazah. Kerja pakai diploma pun masih pening - pening lagi.

Ok, semoga bulan tujuh dapat memberikan sinar baru untuk hidup kita masing - masing.

P/s: nak cari kerja part time. Kerrriiinng..