Wednesday, December 31, 2008

BLOGGERS PENANG 1ST GATHERING

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.. Dah lama dah peram cerita nih, sekarang baru sempat nak cerita. Ha.. Alhamdulillah, apa yang Luth rancang selama nih, nak buat gathering dengan bloggers dari Pulau Pinang walaupun ada salah seorang daripadanya bukannya orang Penang tulin berjalan dengan lancar dan yang penting, telah berjaya akhirnya.
Luth dan Khairil pada hari tu ada dua agenda, 1 nak jumpa bloggers dan 1 lagi, nak teman pakcik hensem a-bit tu cari kamera. Akhirnya, dua - dua agenda dapat dipenuhi.


Sebenarnya, sebelum majlis ini berlangsung pada 28hb, tarikh asal gath kami ditetapkan pada hari krismas yang lalu, 25hb. Oleh kerana banyak sangat halangan yang diterima, sorang ada di Thailandlah, sorang lagi ada kenduri hari krismas tu, sorang anak sakit la, macam - macam rungutan yang Luth terima, Akhirnya terpaksa dipinda ke 28hb iaitu hari Ahad.
Urm, mengikut rekod blog Komuniti Bloggers Penang, ada lebih kurang 33 buah blog = 33 orang bloggers yang berasal dari Penang telah dilinkkan. Tapi, yang ada bersama kami semua, hanyalah 5 orang. saja yang dapat show thier face pada hari itu. Tak apa la, janji lebih dari 2 orang.
 
Cek Lala , Kak Azza dan Kak Intan datang bertiga dan depa semua dah pakat awal - awal. So, senanglah. Kalaulah hampa semua tak jadi nak jumpa hari tu, plan B, iaitu meneman si Khairil membeli kamera ada, kira ok la kan.. Hahaha..
Terima kasih daun pisang kepada Kak Azza dan Cek Lala beranak dua kerana membelanja kami pada petang tersebut. Luth memang kemalu-maluan ketika itu dan hanya sempat membaham 2 ketul ayam dan 1 1/2 gelas air yang ditaja oleh Cikgu Azza kita. Baik betol la cikgu neh.. Lain kali leh la belanja lagi.
 
  
Kesemua bloggers yang ada peramah peramah belaka. Memang best, tambah tambah Kak Azza dengan Cek Lala yang hingaq. Luth memang suka orang yang bising - bising neh. Senang nak masuk, senang nak sembang. Cuma yang agak "mandom" pada hari tu adalah Kak Intan yang kaver cun. Mula  mula dia sengap, dah nak balik tu baru la dia potpet.. Memang malu kot mula2.. 
kak Intan itu tinggi sangatlah!
 
Hah! Gathering kami sampai pukul 4 saja.. Masing - masing ada hal dan plan sendiri, termasukla kami. Ok... Terima kasih la yer kak dan cik semua. Kerana sudi bertemu dan membelanja kami. Senarai bloggers dibawah, sila hantar email tunjuk sebab kepada luthtextile@gmail.com
Jumpa lagi posting yang akan datang!
P/s : sorila kawan, tulisan agak pelik sebab mengantuk amat neh...

Tuesday, December 30, 2008

Ushar Wayang : Bedtime Stories (2008)

Assalamualaikum you all.. haha.. Dah lama betol Luth tak keluar tengok wayang. Wayang yang terakhir Luth tengok cerita Hancook, kat panggung wayang Center Square, Sungai Petani pada bulan June lepas.

Kali ni, penaja tiket wayang + lunch kita ialah Encik Fitri, merangkap sepupu Luth. Haha.. Kami keluar tengok wayang pada hari Sabtu yang lepas. Dia tengah kaya sekarang, so dengan baik hatinya dia belanja Luth tengok wayang dekat Sunway Carnival, Seberang Jaya.

Cerita yang kami tengok, Bedtime Stories yang termasuk didalam katergori tayangan Umum (U).


 
poster kredit kepada Movieweb

Cerita Bedtime Stories neh mengisahkan seorang lelaki yang sedang mengalami masalah dalam perniagaan hotel dia dan hampir muflis. Kemudian, demi menyelamatkan perniagaan hotelnya, dia telah menjual hotel tersebut kepada seorang orang kaya, Barry Nottingham dan Barry berjanji akan memajukan hotel tersebut serta turut berjanji akan menyerahkan pentadbiran hotel tersebut kepada anak lelaki tersebut, Skeeter Bronson setelah Skeeter dewasa.

25 Tahun kemudian, Skeeter menjadi seorang maintanance di hotel tersebut dan teringat akan janji Barry kepada bapanya, bahwasanya Barry akan menyerahkan pentadbiran hotel tersebut kepada dia.Angan - angan Skeeter tidak kesampaian kerana Barry menyerahkan jawatan tersebut kepada orang lain.

Dalam masa yang sama, Skeeter diminta menjaga anak saudaranya pada waktu malam selama seminggu kerana kakaknya ada urusan luar pejabat. Pada waktu siang, anak saudaranya akan dijaga oleh cikgu mereka, Jill.

Setiap malam, sebelum tidur, Skeeter akan membacakan sebuah cerita sebelum anak saudaranya tidur dan keesokkan harinya, cerita yang dia ceritakan kepadanya berlaku kepada dirinya. Luth tak larat la nak ceritakan keseluruhan cerita ini.Anda boleh tengok trailer dibawah:


Cerita ni, memang best dan lawak. Kalau sapa - sapa yang tension tu, tengokla filem ini dan Luth yakin, anda pasti akan tertawa.

Rating dari Luth

TAHNIAH!


Tadi pagi Luth bawa adik ke sekolah dia. Ehem, semalam cek dalam paper, keputusan PMR 2008 keluar 30 Disember 2008. So, lepas siap - siap Luth bergerak bawak ayah,adik pompuan dengan adik laki Luth + sorang kawan adik pegi ke sekolah dia.

FYI, adik Luth neh sekolah agama di Kepala Batas, lebih kurang 25 minit daripada rumah Luth.Sampai - sampai je sekolah, ramai dah orang sampai dan ambik keputusan diorang masing - masing. Lepas je ambik keputusan, kami terus balik rumah. Sebab ada function petang japg.

Result dia? Urm, biasa - biasa saja.Sekalung tahniah Luth ucapkan kepada adik kerana berjaya jugak menempuh peperiksaan PMR dan memperoleh keputusan yang memuaskan. Tahiah juga diucapkan kepada adik - adik blogger yang mana turut mengambil keputusan PMR pada hari ini.

Gagal sekali, bukanlah bermakna kita akan gagal untuk selama - lamanya. Esok masih ada peluang yang lebih baik untuk kita. Gagal PMR tak apa lah lagi, jangan gagal SPM! Untuk adik, good luck dan berusha lagi untuk peperiksaan PRA (Peperiksaan Rendah Agama) kalau tak silap la.. pada tahun depan.

Actually, Luth ada banyak posting untuk dipost kan, esok atau lusa Luth akan publishkan. Sibuk ya amat cuti - cuti neh.. Dahla kena jadi driver kehormat bagi family, nak kena jadi maintanance pulak kat rumah nih, buat itu ini. Luth saja anak laki yang besar dan boleh diharap kat rumah ni. So, banyakla kerja sikit. See you all at next entry!

P/s: Kepada pemenang kontes di blog Luth yang lepas, Kak Cutemiut, Zara JB dan Jentayu Tiara, tunggu la eh hadiah - hadiah korang akan diposkan pada waktu yang terdekat. Minta maaf yerr..

Adik Farah dan Cik Cacen, terima kasih kerana memberi E-Card kepada Luth. Luth simpan kat sini ok!

Monday, December 29, 2008

Hayatilah Maal Hijrah 1430

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, dapat juga Luth bernafas dan syukur masih hidup ditahun baru ini, melangkah setapak lagi iaitu tahun 1430 H.

Apa yang dah lepas pada 1429H akan menjadi sejarah yang paling bermakna dalam hidup Luth, suka duka, tawa riang serta cucuran air mata menjadi pengajaran serta perangsang untuk kita meneruskan kehidupan yang tidak tahu dimana penghujungnya.

1430H diraikan dengan penuh istimewa tahun ini. Kunjungan daripada Tuan Yang Terutama Yang di Pertuan Negeri (TYT) Pulau Pinang, TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas meraikan tahun baru hijrah di masjid Taman Guar Perahu, kediaman Luth.

Sayang sekali, Luth tak dapat menghadiri majlis tersebut dan hanya dapat membaca doa akhir dan awal tahun bersama - sama mak dan adik perempuan dihadapan televisyen serta mengaminkan doa yang dibaca oleh Imam Besar Masjid Negara tadi.Sampai je rumah, dah maghrib

Tak ada apa yang nak dikata, semoga kemasukan tahun baru ini akan membawa lebih makna, peningkatan rezki dan percambahan ilmu kepada Luth dan keluarga. Semoga apa yang dirancang pada tahun ini, akan menjadi kenyataan.


Pss : Kalau korang nak amek kad tu, leh jugak. Luth sentiasa memberi..

Sunday, December 28, 2008

Let's Go To Lata Bayu, Kedah Darul Aman

 
It's my first time here! The journey it very long and so challenging! I'm travel from my house and went to my sister's house 1st to prepared our food and stuff to eat. My mum cook for our lunch at Lata Bayu and prepared some cloth to get swimming overthere.
Abang Ngah is a leader, show me the road. BALING, 34km more

For me, driving to Lata Bayu is a very peaceful driving i ever had! No traffic jammed, no mat rempit make a show and the most important thing, is not the road dont have too much traffic lights. I hate traffic light! Traffic light make road become jammed! I hate it. Ok, back to our topic now, we are toward to Laya Bayu by using two cars. I'm driving my car with my little sister and brother. Also my little daughter. The second car conduct by my brother in law, with his wife (my sister) and my lovely parents.I dont know the way to the Lata. Abang Ngah guide me.

After we had a long journey, finally i'm arrived. The Lata like 'ulu' and I know, if you are come from KL maybe you must compalint the invornment here. It's still raining, but not to heavy rain.
  
MYVIan had a gathering here. They make the parking lot become full. WTF 
We had our lunch at 215pm. There are soo many people here. We are not in weekend. Today is Monday. But still many people here. 'Wakaf' already full! So, have a nice picnic boss.. After perfomed a solah, we are going to swimming! (mandi sungai pun swimming ke arr?
click the image if you want to see more bigger!
Finally, after lovely daughter enjoy swimming at the waterfall, it's time for going back. Before back, take a picture first.


Thats all.. Sory, my english not vey well

Friday, December 26, 2008

AWARD : BLOGGERS PALING MESRA 2008

Ya, dibulan terakhir pada tahun ini, dapat Luth buat kesimpulan, bloggers manakah yang paling mesra dan FRIENDLY dengan Luth. Kat bawah neh Luth dah senaraikan penerima trofi "Bloggers Paling Mesra, December 2008 a.k.a 2008"

FOLLOWERS DAN PENGUNJUNG BLOG INI.. TAK LUPA JUGAK, MEMBER YANG ADA DALAM BLOGROLL LUTH K..

Wednesday, December 24, 2008

Kisah Iswara

Kat sini Luth nak kongsi pengalaman yang terjadi kepada abang ipar Luth sendiri. Tujuan Luth berkongsi kepada hampa semua bukanlah untuk memburukkan mana – mana pihak, tetapi Luth hanya mahu hampa semua ambil pengajaran dan iktibar apa yang Luth sampaikan disini.
 
Peristiwa ni terjadi pada pertengahan tahun ini. Cerita dia bermula begini. Kereta yang Luth guna sekarang merupakan kereta pemberian abang ipar kepada Luth semasa sebelum raya puasa yang lepas. Urm, nak kata bagi free tu, tak lah. Luth kena sambung bayar lebih kurang 4, 5 bulan lagi. Sebelum kereta tu dapat ketangan Luth sekarang, abang ipar Luth telah menjualnya kepada seorang Doktor yang terkenal la jugak di area Sungai Petani nih.
 
Abang ipar Luth merupakan seorang guru di sekolah menengah di kawasan bukit Selambau, Kedah. Dia dah jual kereta Iswara tu kepada Doktor yang dia kenali kerana doctor tu sering kali membuat ceramah tentang agama dan kaunseling. Abang ipar Luth telah membeli kereta baru dan ingin menjual kereta lamanya kepada kedai, tetapi salah seorang rakan cikgu ada mengatakan Doktor tersebut hendak mencari kenderaan untuk diguna dan lalu abang ipar Luth bersetuju untuk menjual kereta lamanya kepada Doktor tersebut.
Oleh kerana kereta tersebut akan dijual kepada seorang ‘doktor’, abang ipar Luth pun ada membaiki sedikit sebanyak kereta tersebut. Kereta tu bukannya dijual kepada orang kebanyakan, tapi ‘doktor’ yang nak beli tu. So, malu la kalau nak jual kereta yang buruk dan tak terurus kan. Kereta abang ipar Luth tu tak ‘tua’ sangat, baru 7 tahun. Enjin masih sempoi dan tak penah meragam.
 
 Tarikh dan masa dipersetujui dan pada bulan 6 lebih kurang, kereta tersebut bertukar tangan dan doktor tersebut berjanji akan membayar RM450 sebulan kepada bank. Kira sambung bayarlah. Ok. Sebulan dua bulan kereta itu tiada masalah dan abang ipar Luth berasa senang hati kerana dia dapat menjual juga kereta tersebut kepada doktor. Dapatla kereta tu berbakti kepada doktor tu. Masuk bulan ketiga, ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh, surat bank sampai datang kerumah abang ipar Luth dan dia terus bertanya kepada doktor tersebut, kenapa tidak bayar duit kereta dan dia memberi alasan, wang tidak mencukupi dan minta tolong abang ipar Luth bayarkan dahulu.
 
Abang ipar Luth dengan baik hati tolong bayarkan duit kereta tersebut dan berfikir, mungkin doktor tersebut mempunyai sedikit masalah kewangan. Oh ya. Terlupa Luth nak ceritakan sedikit tentang doktor tersebut. Doktor tersebut memperkenalkan dirinya Dr Abdullah Muda yang mempunyai sebuah klinik di Kemunting, Perak dan dia juga aktif dalam politik dengan menyetai parti Pas. Dia juga ada menceritakan dirinya pernah ditahan di ISA dan dizalimi disana. Entah ada apa kes dia ditahan tah Luth tak tahu.
Dalam Pas, beliau juga ada turut mengenali dan akrab dengan barisan tertinggi parti. Oleh kerana abang ipar Luth orang kuat Pas, kepercayaan abang ipar Luth kepada doktor tersebut bertambah kuat ekoran perwatakan diri doktor tersebut selalu memakai kopiah putih dan menggunakan perkataan ganti nama diri anta – anta ketika berbicara.
 
Masuk bulan keempat, doktor tersebut ada meminjam wang sebanyak RM100 kepada abang ipar Luth. Dengan tak banyak Tanya, abang Luth meminjamkan wangnya kepada doktor tersebut dan meminta lagi abang Luth banyarkan wang untuk keretanya pada bulan tersebut. Abang ipar Luth tolong bayarkan sekalii lagi. Dia ada memberitahu, dia telah membaiki arm kereta tersebut dan menghabiskan wang sebanyak rm400.
Masuk tengah bulan, ada seorang rakan kepada abang ipar Luth ada memberitahu, doktor Abdullah Muda tersebut merupakan seorang penipu besar dan banyak menipu orang lain. Sebenarnya, dia tidak mempunyai sebarang kelayakan dan tidak mempunyai klinik pun di Kemunting. Klinik tersebut merupakan klinik milik bekas isterinya, dan dokter tersebut menggunakan klinik isterinya menipu orang lain, mendakwa dirinya sebagai doktor!!
 
Abang Luth mula naik angina dan bertanya banyak lagi kepada rakannya.
Rakan abang ipar Luth memberitahu pelbagai cerita benar tentang buruk baik si doktor palsu tersebut. Banyak orang memberitahu  yang doktor tersebut banyak hutang dan selali memperdaya orang lain. Patutlah dia gagal untuk mendapatkan loan untuk kereta iswara tersebut. Kereta iswara tu tak mahal dan hanya tinggal RM8000 sahaja di bank. 
 
Doktor celup tu pun gagal menggunakan nama seorang garentor yang didakwa isterinya yang bekerja di Politeknik di Kulim dan permohonan loan kali kedua turut gagal ekoran tidak lepas.
Mananya tak lepas. Perempuan yang menjadi pemohon loan kedua tersebut mempunyai 8 kad kredit dan juga menjadi gerentor kepada dua buah kereta!! Mak oii.. Terkejut abang ipar mendengar penjelasan daripada rakanya. Abang Luth tak dapat tahan kemarahannya dan bengang. Keesokan harinya, abang ipar Luth menalifon doktor celop tersebut dan meminta balik keretanya semula. Nasib baik tak tukar nama lagi, kalau tak, rugi mampuih.
 
Doktor tersebut memberikan dalih dan tidak mahu menyerahkan kereta tersebut. Setelah dimarahi abang ipar, barulah doktor tersebut berjanji nak pulangkan semula kereta tersebut dan abang ipar Luth meminta kembali wang tunggakan dan wang yang dipinjam oleh doktor penipu tersebut. Dia ada tangguh dan berjanji membayar kembali, tetapi tidak boleh membayar dengan segera.
 
Dengan hati yang lembut, abang Luth memberikan peluang terakhir kepada doktor tersebut dan hanya meminta dia memulangkan kereta tersebut kepadanya. Dua hari kemudian, doktor tersebut datang kerumah abang ipar Luth dan menyerahkan kereta tersebut bersama – sama 4 orang rakanya. Kenapa dia mai hantaq bawak kawan neh? Mungkin doktor tuh takut kot kena pukui dek abang ipaq Luth. Baru tau takut. Masa tipu orang tak tau takut.
 
Bila dapat je balik kereta dia, the car condition very bad. Kereta bau harpak! Macam orang bawak ikan dalam kereta tu. Dengaq kata doktor tuh asal Terengganu. Mungkin dia ulang  - alik Sg Petani – Terengganu kot sebab ada stiker Masjid Kristal Hadhari di depan cermin kereta tersebut.Dapat dapat je keta tuh, abang ipar Luth terus pegi servis dan tokey kedai tu cakap, kereta neh dah 3-4 bulan tak diservis. Tula bunyi macam feri.
 
Sampai sekarang neh, bulan 12 doktor laknat tu tak pulangkan duit abang ipar Luth, tah pegi mampus kat mana tak tau. Abang Luth kata, kalau dia tak pulangkan duit tu sehingga awal Januari, sakit dia tu. Nak repot polis pun tak boleh, sebab tak ada hitam dan putih. Payahla. So, pengajaran yang dapat kat sini, dalam apa jua perniagaan, jual dan beli, pastikan anda semua sediakan dokumen hitam putih untuk memudahkan urusan. Dah jadi macam neh, sapa yang untung dan rugi? Pikir sendiri.
 
Satu lagi, jangan mudah terpedaya dengan lakonan orang lain. Tak semua orang pakai kopiah putih tu baik dan alim. Sekarang neh, banyak orang yang pakai kopiah putih yang buat masalah dan jahat! Bukan semua, tapi kebanyakkan orang yang pakai kopiah putih tu yang merosakkan pandangan orang kepada dia. Orang macam tu kalau dapat, pancung buang. Kerat kerat, bagi boya makan. Baru pueh hati.
 
Panjang gila entri kali neh. Semoga hampa semua dapat pengajaran daripada kisah neh. Yang buruk dijadikan sempadan dan pengajan. Terima kasih kerana membaca. Nantikan artikel Luth yang akan datang ya! 

P/s: Ops.. Masa Luth taip posting neh, Luth berada dirumah abang ipar Luth di Sungai Petani. Huhu..

Monday, December 22, 2008

Politeknik oh Politeknik..

Kenapalah ceramah CIDB depa buat hari ni? Hari ni dah 22hb Desember.. Orang lain dah cuti. Dak poly lain pon dah syiok balik kampung depa masing - masing.

Harini Luth dikehendaki datang ke poli untuk proses terakhir dalam mendapatkan Kad Hijau, iaitu salah sebuah Insuran yang ditawarkan untuk pekerja yang berkerja di sektor Industri.


Kenapa Luth kena pegi ceramah CIDB?

Kan sem depan Luth nak kena pegi Latihan Industri, so pihak politeknik telah meng'sponser'kan kami (budak kelas DTP 3A) dan mungkin pelajar lain yang mana nak keluar praktikal, Januari nanti. CIDB neh amat popular dikalangan budak - budak poli.

Nak tau apa itu CIDB?

Hampa boleh masuk ke laman web rasmi CIDB di http://www.cidb.gov.my dan semua maklumat ada kat laman web tu.

Alhamdulillah, proses ceramah CIDB tadi dah berjalan dengan lancar. Amat membosankan. Biasalah, kalau ceramah - ceramah macam ni, memang budak budak engineering tak berapa suka. Kami tak minat tentang akta - akta dan perkara yang hendak dibaca. Tak percaya, hampa boleh tanya si Ubey.

Semalam, Luth tido di rumah member kat Taman Pauh. Semalam merupakan malam terakhir Luth tido kat rumah diorang sem neh. 6 bulan kemudian baru la dapat jumpa diorang balik. Luth bawak member Luth sorang, Syukri tido di rumah classmate Luth tuh.

Actually, Luth tak ada nafsu sangat nak berbloging pada malam neh. Tak larat. Semalam tido lewat, saja pegi jalan - jalan, ronda - ronda kat kawasan Bagan. Dah lama tak merayau malam - malam.

Sunday, December 21, 2008

Saga Iswara Club (SIC)



Last night, I meet my friend, Syukri at Restaurant Subaidah at Highway Seberang Jaya and got a new friend there. Syukri was a member of SagaIswaraClub (SIC). I'm very blurr at 1st meet like this.
Currently, there are about 14 members at the table and there all so cool. The founder of this club, Chai is very friendly person and talkative.

FYI, this club not for Penangities SIC owner only. There a lot of KL and Johorean member and there are the most active member in this club. If you're owner from Perak, you can enter SIC Perak. SIC  have all member in the country! So, dont worried if you are diffrent region from me. This is SIC Malaysia, not SIC Penang, or what ever..  

Sorry, I forgot to bring my camera and you all must be want to see the row of Saga's on the road. Next time i'll bring it. So, to Saga or Iswara owner here, lets join the club. Maybe we can change experience or you all can buy either sell your stuff here. The most important here, before enter this club, make sure you have Saga or Iswara cars ok? Haha..  Enter this blog to see one of the fellow bloggers comment about Saga Iswara Club. 

How to identify Saga or Iswara? I'll explain about it next entry! 

Saturday, December 20, 2008

Alhamdulillah! Alhamdulillah!



ALHAMDULILLAH, ITU JE PERKATAAN YANG LUTH UCAP KETIKA KELUAR DARI PERKARANGAN POLY, PETANG SEMALAM (18 Dec 2008)

I have a Taklimat Pra - Latihan Industri today and i feel so sad because i still not get any place for my Industrial Training. I hope, when i attend this seminar, i will get a practical place. The taklimat start at 930am and 6 presentator was invited to give us a good preparation for our industrial training next year.
The 1st presenter is Mr Chia, from MATAC or known as The Malaysian Textile And Apparel Center give us a lesson, what is a MATAC organization. He using English when speech and  all student are not very interested when he speak because most of the student not very well in English. For me, thats no problem if somebody talk in English. My problem now, my English level is very bad. So, i very shy to write in English or talk using English. Mr. Chia not very friendly with student and looks straight. So, i also feel very bored when he speak at the stage.. Hehe..

After Mr Chia's slot end, it's turn Miss Janet. She told us about her company and some tips when we must do in Industrial Training and some tips for applying a job at manufacturing factory.
For your information, Miss Janet is one of Human Resources Officer at Esquel Group. I very excited to hear her presentation because she using a Malay and English in her slot. No more sleepy! Her voice so loud and can make all audience not sleepy. Esquel is a textile company, who make a cloth, button and so on. I'm Manufacturing Student! Why must you tell me about TEXTILE?? Huhu..

The third presenter is Mr Suhaimi from Perodua. He is a manager of sale from his outlet. Anak Dato, biasalah. I don't like his attitude, because he look's sombong and a bit looks belagak. His present about the management. Oh god, I'm a Manufacturing student. Not a commerce ok! So, i dont want to hear about that. Boring and not very interested! When he talk infont, i talk with my friend and make some note for industrial training. That's lot of tips masa Miss Janet cakap tadi. Adala sikt, conteng - conteng. Kot - kot berguna when I'm start being a trainee.

It's Mr Azam's Show!! haha.. I like him. (ni bukan bodek ok) Seriously, Mr Azam more friendly and active when give a speech! I like his stlye, looks natural and relex. En Azam nih dia cakap orang belah utara, so his slange suitable with me (ala, kalau dia kecek kelate sekalipun, Luth boleh paham jugak) He is a IDT (Internal Device Technology) is a American company. The company make a chip or prosessor if i not mistaken (if you'll want to know more about IDT, just visit thier website here). Tak larat la nak tulis panjang - panjang pasal En Azam, apa yang penting, he want us contact with him via e-mail and want us keep in touch with him starting from now and end when we all finish our Industrial Training. 

Luth dapat praktikal di kilang Panfabrik, salah sebuah syarikat Toray Group. 12 Januari nih Luth akan start praktikal. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada kedua ibubapa Luth kerana tidak putus - putus berdoa semoga Luth mendapat tempat praktikal. Akhirnya dapat jugak. Kemudian, thanks to Daddy Cool, sebelum neh dia ada suggest tempat praktikal dan thanks kepada semua rakan bloggers sebab doakan dan berikan semangat kepada Luth untuk gigih mencari dan mencari.


(posting kali nih macam taik)

Thursday, December 18, 2008

4 penjenayah mati ditembak

PERMATANG PAUH: Polis menembak mati empat penjenayah yang merupakan anggota geng pecah rumah dan samun yang bergerak aktif di negeri ini dalam satu adegan tembak menembak di Guar Perahu di sini kira-kira jam 5 pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Salleh Mat Rasid berkata dua daripada empat lelaki berusia lingkungan 30 dan 40 tahun yang ditembak itu adalah warganegara asing dipercayai dari Indonesia sementara dua lagi adalah rakyat tempatan. BACA LAGI


Pagi tadi ada la kecoh kecoh, kes nih la.. Kejadian neh berlaku di jalan masuk ke taman Luth, berhampiran dengan sekolah.. Dahsyatla jugak. Ni kali pertama kejadian tembak - menembak ala - ala James Bond berlaku dekat taman Luth. Setakat kes curi moto, kena hambat polis tu biasalah. Tapi kes dadah, ni baru pertama kali berlaku.

Salah seorang perompak rakyat tempatan yang mati tuh orang kampung Luth, orang Kuala Mengkuang. Kalau tak silap, orang tu muda lagi. baru nak masuk 40an. Kesian la kat anak bini dia, laki yang kena tembak mati tu, baru je keluar jel 2 minggu lepas. Ingatkan dia tuh akan berubah lepas keluar dari jel, tapi, sebaliknya.. Dia masih macam tu jugak.

Habis pajero yang dia bawak belubang - lubang kena tembak dek polis tuh. Depa penjenayah, pegang pistol sekali sekala, polis pegang pistol hari hari, mestila tembakan dia tepat. Eee.. Harap - harap tak da dah kejadian macam neh berlaku lagi.

Wednesday, December 17, 2008

ADOYAI.. TENSENNYA!!

CUTI KALI NIH BUKANLAH SEBUAH PERCUTIAN YANG INDAH DAN MENENANGKAN!

Adui, apalah nasib badan. Hari ni dah 17hb Desember dan tak sampai sebulan lagi aku nak kena praktikal. Lagi 2 minggu, result final exam akan keluar. Tak habis habis nak mengeluh, mengingatkan nasib dan masa depan.

Tadi Luth dan Hadi  berdua - duan pegi mencari tempat praktikal kat Kelang Lama, Kulim. Sasaran kami di Kilang SANTOMAS, dengar cerita sebuah kilang yang produce besi. Wallaualam.. Kami memecut laju dari Poly ke Kelang Lama. Nak tengok nasib ada ke tak kat sana..

Sesudah sampai ke kilang SANTOMAS tuh, pak guard india tu kata, depa dah tak ambik budak praktikal. Berkecai hati dan jiwa, sebab pakcik Hadi kata, kat kilang SANTOMAS tu depa dok ambik budak praktikal. Kami dengan yakinnya terus serbu la kilang tu, at last... HAMPEH!!

Adui.. Plan masa cuti sem ni dah hancur, tak jadi la nak kerja part time. Kalau dah dapat tempat praktikal sekalipun, KFC not my choice. Dulu bolehla keja parti time KFC, bila dah rasa, baru tau macam mana perit kerja kat situ.. Ahh,, da melalut dah nih..

Besok kena pegi poly, ada ceramah pasal praktikal kat Dewan Besar Seri Mutiara, jam 9 pagi. So, tu budak - budak PSP yang mana terjah belog nih, ingat k.. depa masuk ke blog aku nih?? Sasaran esok, nak turun Penang, nak cuba nasib kat sana. Mana la nak tau, ada rezki di pulau sana..

Doakan aku!

Tuesday, December 16, 2008

Yahhhoo! I'm Free!!!

Alhamdulillah!! Alhamdulillah!! Akhirnya selesai sudah final exam untuk sem nih.. Cepat rasanya sem nih habis. Mana tak cepat, cuti lebih banyak daripada kuliah. Banyak sangat cuti, kami rasa sem kali ni betul betul hampeh daripada sem lepas. Sem ni macam tak ada perancangan yang tepat. Kami (student) rasa macam dipinggirkan je sem nih. Bila ada penilaian pensyarah, kami semua tandakan TAK PUAS HATI kepada pensyarah yang mengajar kelas kami. Huhu.. Tak apalah. Semua tu dah lepas. Cuti kali ni bukannya lama nak dibandingkan dengan sem sem lepas. Luth kena cari tempat praktikal yang masih dalam pencarian. Aduhai... Harini 16hb, nak praktikal 12hb Januari!

Semalam memang malam yang gila study betoi! Tak tidoq semalaman untuk menghadapi paper yang terakhir. Memang Luth dan kawan - kawan sturggle untuk paper Math 3  nih.. Actually, paper Math untuk sem nih tak se-payah sem sem yang lepas. Lebih senang dan santai.. Kami semua tak tidor sehinggalah paper math abis pada pukul 1015am. Rekod peribadi dibuat lagi pada sem nih. Luth tak penah datang poly se-awal semalam. 730 dah sampai poly. Punyalah semangat nak buat paper last. Haha..
 
Lepas je habis exam, kami semua terus chow serang tilam dan bantal kat rumah Syamsul. Memang syok tidor pagi tu. Sedapp.. Nikmat!! 

Hari - Hari yang lepas...
09 December 2008

Malam sebelum paper Kaji Daya Mesin, malam tuh merupakan hari lahir Amin yang ke 19. Haha.. Baru nak masuk 19 ke Amin? Happy Birthday to you.. Dia salah seorang classmate Luth yang happening. Memang dia neh jenis mulut yang bising jugak ar.. Masa jamuan raya kelas kami yang lepas, dia yang jadi pengerusi majlis dengan mencadangkan pelbagai aktiviti untuk majlis kami malam tu. Hadiah untuk Amin? Hahaha.. Malam tuh Luth just bagi sebatang rokok Gudang Garam kat dia.. Haha.. Asalkan Ikhlas.

09 December 2008 - 230pm

Lepas je habis paper Kajidaya Mesin, seorang daripada classmate Luth, Boy a.k.a Fitri ajak pegi makan kenduri kat rumah dia. Kenduri Korban katanya.. Pak dia kata, kenduri untuk rumah baru depa jugak. Sebelum neh, Boy duduk kat Balik Pulau sebab pak dia keja di Penang. Sekarang, ayah si Boy neh dah bertukar di Bomba Bukit Mertajam. So, tak jauhla Boy nak berulang dari rumah ke Poly.Thanks ya Boy.. Sedap lauk hari tu. Masa kenduri tuh, berpeluh - peluh badan Luth sebab 'hentam' banyak sangat daging kambing.. I like it.. Korang makan tak daging kambing??

Sunday, December 14, 2008

Semalam, 13 Desember 2008

Assalamualaikum.. Dah lama tak update, sebab Exam Mood masih lagi tak terpadam.So, nak blogwalking pon tak semua blog yang Luth terjah, mana - mana yang tinggal komen, tinggal pesanan dan jejak, nanti Luth balas ok. Esok paper yang terakhir, lepas tu, boleh la enjoy puas - puas ala sebelum nih pon dok enjoy
 
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada sepupu Luth, abang Kopi (Yuri) dan pasanganya, Kak Norliza kerana sudah sah bergelar suami isteri. Syoikla depa..

Pengantin kedua-duanya memakai baju yang bertemakan HIJAU amat cun sekali. Kalau mana - mana majlis perkahwinan, temanya kaler hijau, majlis tu memang berseri - seri.. SAMA DENGAN KENDURI ABANG LUTH YANG LEPAS Luth skali lagi menjadi photographer yang tak bertauliah. Haha..

Esoknya (14/12/2008) kenduri di rumah pengantin laki pulak. Kenduri di belah lelaki buat kecil - kecilan saja, panggil adik beradik terdekat.

Pada malam harinya pulak,Luth, adik dengan anak sedara, Aqilah pegi jemput kakak balik di tempat kerja dia, kat Jusco Bandar Perda.

Gila babeng dia keluar punya lambat, biasanya dia akan keluar tepat jam 10 malam, tapi senakan Jusco tutup lambat, pukul 11. Dahla dengan henset pon tak bawak, sebab dah boring sangat menunggu, Luth bawak depa nih pegi makan donat, di Nash Dounuts and Bakery, Bandar Perda. SEDAP!!


Saja aktifkan night mode, malas nak guna flash. Yang penting, nampak kesedapan donat tuh, Luth minat yang kaler ijau, donat kiwi..

Thursday, December 11, 2008

LETIH ~


Letih.. Bertungkus - lumus meng'cover' 12 topik untuk modul Teknologi Bahan 1dalam masa 1 malam.
12 tengah malam sehinggalah pukul 530 pagi, peperiksaan akhir untuk modul J3022 bermula pada pukul 815 pagi..
Nak tido.. Nak Rehat.. Nak Rilex.. Tinggal 1 paper lagi.. Alhamdulillah
Maaf kerana tak dapat balas komen hampa semua.. Nanti Luth balas yer..

Wednesday, December 10, 2008

Faris dalam kenangan

Sedih dan menyayat hati mendengar pemergian seorang insan yang berada disamping Luth dan Keluarga.
Ahmad Faris bukanlah seorang yang asing dengan Luth. Dia sering kali bertandang ke rumah Luth setiap hari untuk mengaji Iqra dengan ayah dan mak Luth

Berpewatakan yang nakal dan banyak mulut, Faris memang selalu menjadi perhatian mak dan ayah Luth sebab dia amat bising ketika menunggu "turn" baca dengan ayah. Selalunya, dia lah orang yang awal datang kerumah berbanding budak budak mengaji yang lain. Selalunya, budak mengaji datang kerumah Luth lebih kurang jam 745ptg ataupun selepas solat Maghrib, tetapi si Faris datang selepas Azan Maghrib berkumandang. Begitu semangat dia nak mengaji. Padahal tak baca sangat pun

Pernah sekali Luth rotan Faris masa tengah ajar dia baca Iqra' sebab dia main - main ketika sedang baca Iqra'. Sakit hati pun ada dekat dia, sebab dia tak mau dengaq cakap. Bila ayah Luth balik saja dari Masjid, semua budak - budak mengaji yang bising macam market ikan, jadi senyap macam tunggui kayu termasuklah si Faris nih.. Masa tu semua cover - cover, buat macam baca. padahai tak tengok pon Iqra tuh..

Nasib baik si Faris neh ada seorang kakak yang agak cun dan mantap comel, nama kak dia tak silap, Fatin Fatihah kot.. Kak dia tu budak sukan, budak sekolah Guar Perahu banyak yang main sukan, aktif dalam hokey, bola baling dll. Kak Faris muda setahun dari Luth. Dulu, masa baru - baru pindah sini, ada la jugak perasaan nak tackel kak Faris, selalu jugak Luth suruh Faris kem salam kat kak dia, mintak no fon kak dia dia la, macam - macam dah buat, tapi apakan daya, orang tak hensem dan stylo, dia mana nak layan. Hahaha..

Semalam, terkejut Luth terima SMS dari kak, kata Faris dah meninggal. Apa sebab? Sakit? Tak dengar khabar pon dia sakit, sebab sebelum nih dia tu aktif, budak nakai la katakan. Mana la nak dok diam. Semalam, sebelum Luth pegi ke rumah sewa member untuk study, dalam perjalanan pegi tu Luth ada tengok satu kemalangan dalam taman Luth nih. Moto langgaq kereta. Tapi, takkan eksiden yang tu kot.

Balik - balik tadi, dalam jam 1 tengah hari selepas habis paper Kaji daya Mesin, Luth balik kerumah dan tanya semuanya dari ayah. Ayah kata, si Faris tu eksiden moto dengan abang dia dekat highway berdekatan Pasifi (Penang Megamall). Abang Faris bawak moto laju, tiba tiba ada sebuah kereta berhenti mengejut dan abang dia nak mengelak, tengok tengok kat depan pon ada kereta berhenti. Depa nak 135 LC, memang laju abang dia bawak moto..

Si abang tu terbang macam supermen dan jatuh menirap atas tengah jalan dan si adiknya yang ada kat belakang terbang melambung terkena divider dan terseret atas tar.Astaghfirullahalazim.. Dasyatnya.. Takut Luth dengar cerita dari ayah. Luth tak sempat nak pergi ziarah arwah Faris sebab dia dah dikebumikan pada pukul 1230 tghari tadi.

Tadi, lepas ambil kakak dari kerja, Luth dan kakak singgah sekejap di rumah Faris yang hanya berada dilorong belakang rumah Luth. Suasana sunyi dan sepi menyelubungi rumah dan kelihatan abang Faris duduk dikerusi di ruang tamu. Setibanya dirumah Faris,selepas bersalam - salaman dengan hadirin yang datang, Luth bersembang dan bertanya cerita yang sebenar kepada abang si Faris.

Berat hati nak bertanya banyak - banyak dan kesian melihat keadaan abang Faris tu. Tempurung lutut abang Faris pecah kedua - dua belah , bercalar dan luka. Mujur, alhamdulillah si abang tu tak ada patah atau cedera parah, hanya pecah tempurung lutut dan lenguh badan sahaja. Kejadian mengingatkan Luth kembali, ketika Luth juga eksident seperti abang Faris lalui. Tapi mujur ketika tuh Luth tak ada apa- apa, takda retak atau patah, just luka saja kat pinggang. Sekarang, hanya tinggal parut.

So, kepada rakan -rakan sekalian, ambil iktibar akan peristiwa ini. Seram bulu roma Luth dan kesian kepada keluarga Arwah Faris. Semoga dia dirahmati oleh-Nya. Amin.

ps: maaf, penulisan yang berterabur

Tragedi Malam Rabu

 
  • Kami sekarang tengah keluar makan di Nasmir Bandar Perda 
  • Waktu sekarang menunjukkan tepat 1:45 am dan kelihatan ramai pelanggan berada di premis ini
  • Luth betoi betoi hangat masa on the way nak datang ke Nasmir
  • Tah pehape tah, ada dua ekor polis berpakaian lengkap menaiki dua buah motor meronda - ronda di kawasan perumahan taman pauh
  • Tah kenapa tiba tiba polis masuk ke kawasan kediaman kebanyakan pelajar poli dan Uitm itu? adakah mereka ada agenda yang tersembunyi?
  • Luth dan kawan kawan ketika itu bersiap sedia untuk 'gerak' ke nasmir, tiba - tiba niat murni kami berlima dihalang oleh dua ekor polis tersebut.
  • Kami disiasat seperti pendatang asing tanpa izin, Masing - masing  diminta mengeluarkan kad pengenalan dan diminta keluar daripada kereta kami.
  • Kenderaan kami diperiksa seolah - olah kami membawa barang larangan. Adakah kami berpewatakan seperti perompak ataupun penyamun? adakah kami bersalah kerana keluar pada tengah tengah malam? Pagi Kami semua meragui kehadiran polis - polis tersebut.
  • Tak mengapalah, mereka polis. Kami hanya pelajar. Mereka ada hak untuk menahan sesiapa sahaja yang mereka mahu kerana mereka ada kuasa.
Kita sedekahkan Al Fatihah kepada keluarga Allahyarham Faris,13 kerana  kehilangan anak mereka pada jam 115 pagi tadi kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya di Taman Guar Perahu. Semoga beliau dirahmati Allah.  

Monday, December 08, 2008

Kita Enjoy!!

Jumaat, 05 Desember 2008
  • Alhamdulillah, lepas jugak dua paper final exam.. Fuh.. lega.. Dua Paper maut dah lepas, tinggal lagi  3 paper yang akan datang iaitu pada 10 Dec dan 11 Dec.. Alhamdulillah lah, sem nih ada 5 paper final exam. Tak la sebanyak sem lepas.
  • Hari Jumaat tuh boring ya amat.. Memang membosankan. Lepas semayang Jumaat, Luth plan nak cari tempat praktikal. Hari Jumaat minggu lepas (5 Dec) dah jumpa pun kilang besi yang dicari, tapi masa hari tu Luth dan member tak bawak resume ataupun isi borang disebabkan masa tuh orang opis kebanyakkan dah kuar rehat dan sembahyang Jumaat. So, petang Jumaat lepas Luth nak pegi kilang tu. Lepas je siap print resume dan lain - lain, Luth pon bergegas ke Bukit Mertajam.
  • Ini hari, kakak Luth yang kecik molek tuh start kerja di Jusco Bandar Perda. As a promoter kat bahagian Men's. Huhu.. dia jaga bahagian branded tuh, John Master. 
  • Lepas kat Petronas Berapit, teringat pulak kat ex-schoolmate, Fathi yang tinggal kat sebelah stesen minyak tuh. Luth pon terus pegi kat rumah dia.. Sembang - sembang. Tak jadi la pulak nak g kilang besi tuh, Luth ajak Fathi ke Seberang Prai City @ Jusco Bandar Perda. Dia baru sekali pegi Jusco. Alang - alang nak pegi amek kak, baik jalan - jalan skali dengan fathi.
  • Satu Jusco kami pusing. Fathi dia nak tengok wayang, siap offer nak belanja lagi. Tapi memandangkan Kakak Luth kuar kerja pukul 630, kami batalkan hasrat nak tengok wayang tuh. Fathi just belanja makan Donat dekat Big Apple Donut. Best Woo!!
 
 
 Saja taruk pic donat, nak bagi hampa suma teringin.. Hahaha
 AKAN DIUPDATE KEMUDIAN

Sunday, December 07, 2008

Datuk Shah Rukh..

 
Hari Sabtu, segalanya berlangsung seperti dirancang. Bintang Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan kini bergelar Datuk setelah menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.  
Berbaju Melayu hitam lengkap bersamping yang diikat ala P Ramlee, Shah Rukh menerima darjah tersebut daripada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob sempena sambutan hari jadi ke-70 beliau di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. 
 ``Saya berterima kasih kepada kerajaan Melaka kerana memberikan pengiktirafan ini dan menjadikan saya penerima pertama anugerah ini untuk bintang filem Bollywood,'' demikian reaksi Shah Rukh selepas menerima anugerah berkenaan.  
Beliau juga berjanji untuk datang kembali ke Melaka bagi menjayakan rakaman sebuah filemnya tahun hadapan dan juga memberikan komitmen untuk membantu kerajaan negeri Melaka untuk membangunkan sebuah studio tertutup. 
 Sebelum ini melalui filem One 2 Ka 4 lakonan Shah Rukh Khan, telah memaparkan kawasan-kawasan menarik di negara ini termasuk kawasan peranginan A' Famosa Resort, Melaka. 
RUJUKAN : AGENDA DAILY 
Psss: Nanti Kalau Luth berbakti kepada negara dengan mempromosikan negara kita, boleh la Luth dapat gelaran Datuk Luthfi.. Hihihi

Saturday, December 06, 2008

Selamat Hari Raya AidilAdha - 1429H

Disini Luth nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1429H.. Rayakan hari kebesaran agama kita dengan membesarkan Allah dengan sepenuh hati. Kad ini ditujukan kepada:

Luth Textile Day ~ Life Followers
Kawan-kawan
Pengomen, pembaca, pemerhati dan lain lain
Luth saja tak taruk senarai nama.. Nanti kalau sapa yang tak tersenarai, kecik ati la pulak kan.. 

Friday, December 05, 2008

Thanks Maxx

 

Alhamdulillah, Luth menjadi pengunjung ke 1000 di blog Maxx www.maxx256.blogspot.com
Masuk2 je, Luth ambil dulu countersite meter yang ada.. Niat tu saja - saja masuk kontes tuh..
Tengok - tengok i'm the winner.. Thanks bro.. Terima Kasih
Semalam, satu bungkusan sampai kerumah Luth. Rupa-rupanya hadiah dari Bro Arff Maxx..
Masa bungkusan tuh sampai, Luth takda kat rumah, semalam ada paper petang tuh. My sis yang sign untuk amek bungkusan dari Maxx tuh..
Hadiahnya ialah:

Sebuah buku bertajuk "Amalam Doa Harian untuk semua peringat"
Sebuah Pendrive Kingston 4GB
dan sebuah DVD yang mengandungi pelbagai benda.. Macam - macam ada..
Terima Kasih ya bro.. Semoga Allah menambah rezki kepadamu..
NotaKaki: Hadiah Luth dalam kontes Visitor ke 2020 pon tak hantaq lagi.. Hihihi

Thursday, December 04, 2008

48jam kita memerah otak!

Yuks! Study last - last minit mamang best.. Terasa nikmat betul.. Kalaulah Luth dan kawan-kawan pulun study macam ni la untuk sepanjang semester, bukannya dapat Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) tapi anugerah Oscar pon leh dapat (Daddy dah bagi dah)..
3hb Dec 2008
  • Untuk paper pertama, Luth dah berkampung kat rumah member di Taman Pauh Indah. Kawasan flat Taman Pauh Indah memang tak senyap dan sunyi sebab majoriti penduduk kat situ kesemuanya student Poly dan Uitm. Dak - dak uitm dah berambus awal. So, tinggal la budak poly yang memekak kat sana.
  • Semangat nak study Kajidaya Bahan meluap - luap. Soalan final sem - sem lepas dikumpul, dikaji dan dibincang bersama-sama. Haritu Luth study dengan Raja je.. Dia cekang dalam bab-bab mengira nih.. 
  • En. Ajmir, lecturer Kajidaya Bahan dan cakap. Setengah daripada kelas akan dia gagalkan. Penilaian Berterusan (PB) dak kelas kami untuk subjek Kajidaya Bahan amat amat menyedihkan. Sampaikan ada sorang tuh PB dia 2/100..
  • 215 ~ 415.. Jawap soalan Kajidaya Bahan di Dewan. Oh god! Very nervous.. Dalam kepala otak, dok pk lulus atau tidak. 
  4hb Dec 2008
  •  I still camping at my classmate's house.
  • Kami study dari pukul 10 sampai kul 1 pagi.. Lepas je jam 1 pagi, 5 orang kami dah bersiap - siap ke Nasmir Bandar Baru Perda, nak cuci otak. Nak buang sikit asap yang dah berkumpul dalam kepala (i'm not smoking person). Roti Nan Cheese dan Roti Kawin jadi pilihan. Tambah pulak dengan Nescafe tarik. Luth bawak laptop ke Nasmir, ada Wifi free, leh online sekejap. Bukak-bukak je YM, mokcik sorang nih kalut suruh tengok blog dia yang serba baru.. Haha.. Comel..
  • Kami sambung study balik jam 230 sampai 5 pagi.. Ah. Kepala dah berat, pengsan terus. 
  • Paper Mekanik Bendalir / Fluid Mechanic berjalan lancar pada jam 215 ~415pm. Alhamdulillah, daripada 6 soalan pilihan, Luth dapat jawap 3 daripadanya. Dari 6 wajib jawap 4, lagi 1 soalan, i'am blurr...
  • Balik dari Poly, terus pengsan. Alhamdulillah, dalam sedar tak sedar, dah 2 paper kami jawap. Tinggal lagi 4 paper..  

Wednesday, December 03, 2008

Cara mudah meng-edit header blog anda

 Ok.. Untuk tutorial kali ini, penulis nak tunjukkan cara - cara mengubah header blog dan meng-edit header anda dengan menggunakan adobe photoshop. 


Model kali ini adalah Cikgu Azza, pemilik blog Sedetik Hati. Minta kebenaran ya Cikgu Azza.

Langkah Pertama :
Kenal pasti header blog anda. Jika template yang anda pilih itu mempunyai default header, lagi bagus.. Senang sikit nak mengedit..
Langkah Kedua :
 
View image dan save image to computer. Dengan ini, header asal dapat disimpan dan diedit. 
Langkah Tiga :
 
  Open image di Adobe Photoshop 
Langkah Empat :

 Tekan CTL + A dan tekan DEL untuk mendelete gambar asal pada header tersebut.
Kemudian, hiasilah header tersebut mengikut selera anda. 
Langkah Enam :
 
Ok, header yang penulis buat sudah siap. Kemudian, host kan image anda di Photobucket, blogger dan lain - lain.
Langkah Tujuh :
 
Pergi ke EDIT HTML dan cari url header yang asal.
Kemudian, gantikan link URL yang asal dengan URL header yang baru.
Setelah selesai, SAVE TEMPLATE dan REFRESH BLOG anda.
Tada.. Dah siap!
Senang dan cepat.. 

Powered by Blogger.

Comments

Recent

Bottom Ad [Post Page]

Contact Form

Name

Email *

Message *

Labels

Full width home advertisement

Keep Traveling

Featured Grid Widget

Travel everywhere!

Author Description

Hey there, We are Blossom Themes! We are trying to provide you the new way to look and use the blogger templates. Our designers are working hard and pushing the boundaries of possibilities to widen the horizon of the regular templates and provide high quality blogger templates to all hardworking bloggers!

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi

Advertisement

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

Post Page Advertisement [Top]

Advertisement

Follow Me On Instagram