Thursday, August 27, 2009

Sunday, August 23, 2009

1 Ramadhan dan Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir

Alhamdulillah, selesai sudah kita berpuasa satu hari pada 22 Ogos 2009. Kenikmatan berpuasa tu terasa. Tapi, yang bagusnya puasa semalam tak la ada lapar dan dahaga. Sebabnya dari pagi sampailah ke petang,hujan tak berhenti mencurah curah sehingga keladang gandum. Bumi Seberang Perai dihujani oleh hujan rahmat.

Biasala, walaupun kat sini tak semaju KL ataupun Penang, jalan utama disini memang sesak tahap cipan. Tensen kalau memandu pada ketika ini. Terutamanya pada waktu puncak, pada jam 5 ramai orang balik dari perjabat dan terus ke bazar ramadan. Yang pastinya, jalan telah menjadi "roti buku" dan ada tukang sapu jem ditengah - tengah jalan. Semuanya ghairah dan nak cepat untuk pulang ke rumah untuk persiapan berbuka. Takdak hal yang istimewa sangat kalau puasa macamni. Jalan sesak tu kira biasalah.

Tambahan lagi, jalan raya di pekan Penanti ni makin lama makin banyak kerana pertambahan pendatang asing dan orang luar yang mana menghadiri majlis dan memeriahkan kempen pada pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir. Yang ada pilihan raya di Permatang Pasir, tapi bahangnya terasa sampai ke Penanti. Nasib baik depan rumah tak ada bawak naik bendera. Kalau macamtu susahla.

Walaupun bulan puasa, itu tak menghalang petugas - petugas dari dua parti yang bertanding berkempen. Kereta besar, mahal, kecil dan murah berlegar - legar membawa bendera parti masing - masing dan terlihat kelibat serta barisan kereta YB dan MP melintasi setiap jalan disini. Kalau dah mai sini tu bawak la sorang dua cukuplah, ni nak angkut geng satu kapal. Mana tak jem jalan. Polis pun tak kurang hebatnya. Jalan raya disepanjang pekan Penanti menjadi jalan sehala dan itu tak menunjukkan respon yang positif pon untuk tak sesak. Sesak lagi ada la.

Yang herannya, Penanti yang tak ada kena mengena dalam PRK Permatang Pasir pun dah jadi macam tempat bertanding. Cukup - cukuplah tiga kali pilihan raya sudah diadakan disini, PRU ke 12 Mac 2008, PRK P.44 Parlimen Permatang Pauh pada Ogos tahun 2008 dan yang terbaru PRK N.12 Dun Penanti yang berlalu tiga bulan lepas menyaksikan perlantikan baru Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor  Othman selaku YB yang menggantikan Muhammad Fairus. Cukuplah politik menyusahkan rakyat, habis polis satu Malaysia turun nak jaga pilihan raya. Nanti kalau perompak rompak rumah, salahkan ahli politik yer!

P/s: Tak nampak semangat Merdeka langsung tahun ni. Tak ramai yang kibar Jalur Gemilang dikenderaan masing - masing. Dah dua tahun jadi macam ni.

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan!

PEJAM CELIK pejam celik, harini dah masuk 1 Ramadhan bersamaan 22 hb Ogos 2009. Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kepada Maha Esa kerana Dia memanjangkan usia kita untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini. Rasa beruntung diri dapat bertemu dan mengecapi kemanisan Ramadhan tahun ini berbanding insan yang telah pergi beberapa hari yang lalu.

Pada tahun ini, kita berpuasa pada bulan Ogos dan InsyaAllah akan merayakan Aidil Fitri pada 23 September 2009. Masih terlalu awal nak bicara dan menulis disini pasal hari Raya sebab ia memang jauh pada kita semua. Pada golongan alim ulama, mereka mahu sepanjang tahun dilimpahi oleh berkat dan keistimewaan Ramadhan pada setiap bulan.

Oh ya, kepada yang berkemampuan untuk berpuasa, puasalah dengan mengikut syarat - syarat sah puasa dan jauhilah perkara yang boleh membatalkan serta mengurangkan pahala puasa. Siapa nak puasa dengan sia - sia? Tak mahu kan? Kepada insan yang tak boleh berpuasa akibat sebab - sebab tertentu, kalau nak mengisi perut yang kosong tu, sembunyi - sembunyikanlah dari pandangan orang lain. Malu itu tetap ada bukan? Hormatilah orang lain, baru diri anda akan dihormati.

Di kesempatan ini, Luth nak memohon ampun dan maaf jika ada tersilap dan terlanjur dalam penulisan blog ini yang  menyinggung mana - mana pihak. Biasalah, kita hanya sedap menulis di blog, tapi yang membacanya bukannya kita sendiri. Selain itu, harap maafkan jika ada terlanjur kata dan tersilap bicara semasa Luth ke udara di Desa FM, kot - kot ada anda ada tak berpuas hati dengan perkataan yang Luth bicarakan ketika menjadi deejay pada jam 8 - 10 malam.

P/s: Ada member melalak, tahun ni puasa dan raya tanpa partner.
P/ss: Tak larat nak kerja part time macam tahun lepas.

Friday, August 21, 2009

Dilemma Topik Final Projek!

ADOI, dah masuk semester lima (5) ingatkan bolehlah merehatkan diri dengan tumpukan pada pembelajaran dalam kelas, tapi macam diorang cakap, semester lima ni barulah nak rasa beban jadi pelajar. Oh, yeke? YEZZA. Memang baru rasa macam seorang pelajar, seorang pelajar yang kena berkorban, penggunakan akal fikiran untuk belajar.

Kalau tak ada pengorbanan, tak jadilah sesuatu benda dan tak tercapailah matlamat seseorang. Macam sekarang, aku dah kena handle kumpulan projek aku. Kawan - kawan dah bagi amanah kat aku untuk mengetuai mereka, lepastu aku kenalah bertanggungjawab. Kerja dalam kumpulan ni senang. Dalam masa yang sama, kerja kumpulan juga susah. Tapi yang pastinya, kenalah bagi komitmen 100%. Itu yang penting.

Sekarang, penyelia projek sudahpun dapat dicari, alhamdulillah, dan yang peningnya sekarang nak cari topik dan juga projek apa yang hendak dibuat pada semester hadapan (semester enam) dan proposalnya pada semester ini. Tarikh tutup untuk tajuk projek ialah pada minggu depan. Kena la perah otak memikir, kena rajin menyelidik dan juga kena aktif bertanya.

By the way, tadi aku baru saja belajar menggunakan sebuah perisian yang super hebat dan sejuk daripada Autodesk iaitu Inventor. Untuk kerja - kerja kejuruteraan, perisian ni aku rasa perisian yang paling mantap pernah aku gunakan. Sebelum ni aku belajar Auto Cad yang maha melecehkan. Aku tak minat dengan Auto Cad sebab terlalu banyak coding, tapi apabila menggunakan Inventor, aku jadi bertambah minat untuk explore.

Alhamdulillah, aku beruntung belajar dalam bidang Mekanikal Pembuatan sebab hanya pelajar Mekanikal Pembuatan sahaja yang diajar menggunakan perisian ini dan aku rasa sangat - sangat bertuah untuk mempelajari perisian ini. Kalau nak download, ada link kat sini. Memang best belajar dalam lab CadCam yang sejuk itu. Hahaha.


Satu lagi, hari rasa lega sangat - sangat sebab aku dah lepas interview latihan industri. Memang lega habis. Report aku tak lah di-reject oleh pensyarah, cuma ada satu muka surat yang aku letakkan gambarnya terlalu besar. Nanti bila nak binding, pasti akan tak nampak gambar tersebut. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

Wednesday, August 19, 2009

Patah tumbuh hilang berganti

Betul la kan, orang cakap kalau benda yang pergi tu biarkanlah ia pergi dan pasti ianya akan diganti. Macamtula yang Luth terima sekarang. Haritu, kami sedih dengan pemergian Chi Kelabu, anak pertama Chi Hitam Putih a.k.a Chi Tompok.

Terbaru, 12hb lepas Chi Tompok telah selamat melahirkan anaknya selepas mengandung dengan perut yang besar. Hoho, memang besar perut Chi masa sedang mengandung. Kesianla dia gendong perut yang besar tu. Nak lompat keatas almari dan meja pon tak lepas.

So, kucing neh telah melahirkan anaknya dibawah katil Luth pada pagi Rabu lepas. Selepas dia beranak tu, dah seminggula masuk harini Luth tidur bertemankan anak kucing tersebut. Takmau panjang cerita, tengok pic kt bawah tu.

Lepas tiga hari dia beranak, Chi dah mula angkut anak dia kesana dan kemari selepas Luth ushar dia menyusu anak dia. Mungkin, dia nak privacy kot. Dia angkut anak dia sekor - sekor ke bilik mak Luth. Dia percaya bilik mak lebih selamat dari bilik Luth. Adoyai. Kemudian, lepas dia dah pindahkan anak dia tu, dia mai balik kt bilik Luth, cari semula anak dia.
Adoi, dasar kucing pelupa!

P/s: Mata ketumbit sebab mengintai kucing menyusu. 
 

Monday, August 17, 2009

SERIUS, susah gila nak cari awek yang SOLO

Ini kenyataan benar dan fakta! Setelah beberapa lama aku berkeadaan begini, aku cuba untuk mencari layang - layang kepunyaan aku yang terputus talinya. Semua orang cakap kat aku, "Ala, patah tumbuh hilang berganti" tapi ingat senang ke nak tunggu benda yang patah tu tumbuh balik? Makan masa wooo.. So, aku cuba untuk "menumbuhkan" benda yang patah tu.

Pada masa ni, aku tak pikir pon nak mencari "hubungan intim" dan "hubungan serius" macam yang dulu - dulu. Aku hanya nakkan somebody yang sama macam aku. Tak terikat dengan mana - mana pihak yang ketiga. Kalau family tu tak termasuk la

Jujurnya, kebanyakkan kawan perempuan yang aku ada semuanya tak solo. Semuanya MOLO. Single but NOT AVAIABLE. Hahaha. Mana la pegi awek - awek yang solo dimuka bumi Malaysia ni? Kemanakah korang pergi? Hahaha!

Topik ni aku ada sembang dengan seorang teman blogger yang aku jumpa, JulietAnna Sabtu lepas. Dia pun telah mengakui kebenaran kenyataan ini. Tula, aku pon bertanya pada dia "Anna, kawan - kawan u pun semua dah berpunya eh? Classmate, roomate, UITM-mate pun takde ke yang solo untuk saya?" dalam nada gurauan. Haha. Jawapannya TIDAK ADA.

Aku pelik. Tapi, ada la juga dikalangan perempuan - perempuan yang MOLO tersebut mengaku SOLO. Dan ada dikalangan mereka yang terus sebut dirinya SOLO apabila lelaki kacak, berkereta besar, bergaya dan juga menarik bertanya tentang status mereka. Oh S**it! Apa jenis perempuan macam ni.

P/S: Lebih sedap teman tapi mesra!

Politik Radio

Semalam (16/8/2009) pasti salah seorang daripada anda telah mendengar siaran radio Desa FM pada jam 1030 malam sehingga 12 tengah malam. Ini ialah posting untuk penjelasan kejadian semalam.

Umumnya kita tahu salah seorang Deejay di Desa FM telah mengumumkan pengunduran dirinya dari radio internet tersebut dan dia telahpun memberitahu sebab dan musabab kenapa dia berbuat demikian. Beliau telah menudingkan dan juga secara tidak langsung melabelkan pihak lain hendak menjatuhkan karier beliau di stesen radio tersebut.

Tugas sebagai penghibur
Untuk pengetahuan anda, saya dan kami barisan deejay

Sunday, August 16, 2009

Jom 'hangatkan' Twitter Merdeka 2009!

Anda ada akaun Twitter? Anda pengguna aktif Twitter? Ataupun tak tahu apa dia tu Twitter? Hah, kalau anda pengguna tegar dan aktif di Twitter, jom kita hangatkan malam 30hb nanti dengan membuat "countdown" pada malam tersebut dan menantikan detik 12tgh malam untuk meraikan tarikh keramat 31 Ogos 2009.

Kalau dah malas nak keluar tu, baik kita raikan kemerdekaan negara kita yang ke 52 di Twitter dan kita tunjukkan pada dunia bahawasanya kita telah menyambut kemerdekaan negara kita. Berminat? Jom kita lihat bagaimanakah nak sertainya :

  1. Pertama sekali, kalau korang tak ada akaun Twitter, anda boleh daftar disini.
  2. Jangan lupa follow Luth di Twitter ok | www.twitter.com/luthtextile
  3. Hebahkan tentang Twitter Merdeka 2009 ini kepada rakan - rakan anda dengan membuat sebuah posting di  blog anda ataupun twit di twitter anda.
  4. Hanya letakkan perkataan "#merdeka" untuk twitt di Twitter anda nanti ok?
  5. Kalau baik hati, anda letakkanlah banner menyokong Twitter Merdeka 09 di sidebar atau diblog anda. Banner boleh diperoleh disini.
Ok, Twitter Merdeka 2009 adalah salah satu projek kelolaan brader Mohd Ismail kita. Nak maklumat lanjut, anda boleh ke blog Mohd Ismail dan juga kalau berminat nak letakkan banner Twitter Merdeka 2009, anda boleh ke blog Azman Ishak kerana disitu terdapat banyak banner yang direka khas oleh bro Azman kita. So, tunggu apa lagi? Tunjukkan semangat patriotisme anda melalui Twitter!


1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


P/s: Blog ni pon dah jadi blog 1 Malaysia semperna merdeka. Hehehe

Saturday, August 15, 2009

Boleh percaya ke pada cinta siber?

Dari skrin turun ke hati. Itulah detik pertemuan yang menemukan seseorang A kepada B. Erm, apa pendapat korang pasal kes ni ha? Actually, aku pon pernah terjebak dengan cinta siber ni. Pada permulaannya dulu, aku terjebak dengan semua - semua ni dengan gian berchatting.

Dulu - dulu aku tak aktif lagi sosial networking seperti Friendster, Facebook, Myspace dll dan aku hanya suka berchatting. Dah lama dah aku tinggalkan dunia chatting, lebih kurang 2 tahun yang lepas sebab aku rasa chatting ni lebih membuang masa dan sia - sia. Dari gila berchatting, aku kenal ramai "kawan" dari alam maya tersebut.

Pada permulaannya, hanya gatal - gatal tangan untuk menambah rakan didalam senarai daftar, aku mula kerap berchatting dengan si dia. Daripada malu untuk berbicara, kami selalu bercerita tentang peribadi, sekolah, perasaan dan lain - lain lagi. Dulu, aku tak kerap pegi cyber cafe dan sejak dari aku kenal si dia tu, kekerapan aku ke cyber cafe meningkat. Boleh dikatakan, tiap - tiap hari aku akan pegi ke situ dan menunggu si dia.

Boleh dikatakan, kami akan membuat temujanji pada setiap selang sehari. Aku amat suka akan gaya dia mengambil berat tentang diri aku walaupun kami hanya kenalan di internet dan juga tak pernah nak jumpa. Dalam beberapa bulan kami kenal melalui internet, kami mengistiharkan kami telah "bersama". Aku suka dia, dan dia suka aku. Perhubungan kami yang "istimewa" itu bertahan lebih kurang enam bulan.

Lepas kami declare, aku suka ke cyber cafe dan kekerapan tu bertambah. Kalau aku tak dapat ke cyber cafe, aku akan telefon dia (masa tu takdak henset, so telefon rumahlah jadi sasaran). Aku pemalu. Aku malu nak panggil gelaran yang macam korang dok panggil sekarang. Kemudian aku sendiri meminta putus sebab terlalu bosan. Itulah salah satu daripada cerita "kayangan" aku dan si dia. Itu cerita aku, bagaimana cerita korang?

Apa yang aku dapat simpulkan adalah:
  • Percintaan diinternet tak boleh dipercayaai 100%
I leb u, U leb me, tapi habok pon tak ada. Konon setia, cinta sampai mati gila - gila, tapi dimanakah kesetiaan dan kasih sayang tu dibuktikan? Telefon sampai subuh? Online sampai lebam? Takde pape pon. It's nothing. Ada daripada mereka, hanya menjadikan si dia tu sebagai pakwe/makwe no. 2 ataupun awek/balak online jer.

  • Hipokrit/Penipu
"Pinggang i 32 setengah, i kulit kuning langsat" berikut keterangan si dia, tapi bila dah jumpa, masyaAllah, aku takut nak tengok. Tak sekuning buah langsat pon. Yang si laki pulak 'gebang' pulak "Esok i tunggu u tepi pokok rambutan, rambut i kerinting, badan i 'tough' dan tinggi" tapi tengok kecik kemetot. Adoyai.

  • Pembaziran masa
Mana tak bazir masa, asyik - asyik tengok laptop, mengadap Pc dok cari awek/balak baru. Kalau dapat yang elok, alim dan warak takpe, tapi yang dapatnya kaki pompuan, laki gila seks dan banyak lagi.

  • Takut hadapi realiti
Bab ni ada la juga sangkut paut. Yela, selalu ajak jumpa, takmboh. Nak jumpa je taknak. Alasannya tak bersedia. Tah makan tahun la bercinta dalam internet, sampai dah muak, nanti terus putus macam tu je. Hohoho.

Apa - apa pun, pendapat yang aku tulis tu tak lah 100% betul dan aku letakkan apa yang betul bagi aku. Aku dah rasa meluat kalau orang jadikan internet sebagai medan cari jodoh. Tak semua orang baik ada kat internet ni.

Satu lagi, selain chatting, cinta cyber boleh berlaku bermula daripada tambah kawan - kawan di laman web sosial network. Aku dah alami semua ni. Cuma satu je tak lagi, bercinta dengan bloggers aku belum cuba lagi. Hehehe

Wednesday, August 12, 2009

H1N1 : Gunalah 'mask' untuk elak jangkitan

Statistik menunjukkan sudah 41 orang telah mati ekoran wabak selsema babi, Influenze A H1N1 yang kini menghantui semua penduduk Malaysia.

Banyak institusi pendidikan, sama ada diperingkat rendah, menengah dan juga tinggi ditutup disebabkan wabak maut ini. Politeknik Seberang Perai (PSP) juga telah ditutup seminggu pada 28hb Julai yang lepas kerana ada dikalangan pelajarnya dijangkiti wabak tersebut.

Kini, sebagai langkah mengatasi penyebaran wabak tersebut dan juga langkah menghindari diri daripada terkena penyakit berjangkit tersebut, pihak pengurusan dan pentadbiran politeknik kami telah mewajibkan pemakaian penutup mulut dan hidung (mask) kepada semua, termasuk pelajar, pensyarah, staff, makcik cleaner dan lain - lain lagi.

Semalam, sebuah seminar telah diadakan di dewan besar diadakan untuk memberitahu semua pelajar dan juga pensyarah serta warga PSP tentang wajibnya pemakaian 'mask' ketika memasuki perkarangan PSP. Untuk pelajar pula, hukuman berat akan dikenakan kepada mereka yang gagal memakai 'mask' dan dilarang sama sekali memasuki PSP. Ketika berada didalam kuliah, pelajar dan juga pensyarah perlu memakai 'mask' untuk menghindari wabak berjangkit tersebut.

Hari ini hari pertama pemakaian 'mask' pada pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan, DTP semester 5. Kesemuanya agak kekok dan juga 'lemas' kerana memakai penutup mulut dan hidung tersebut. Bagi Luth, pemakaian 'mask' tersebut memang wajar dipakai kerana ia akan menghindarkan pelajar daripada risiko penyakit berjangkit itu.

Prevent is better then cure! So, pakailah mask anda. Jangan malu dengan orang ramai. Ingatlah orang yang tersayang!


Pesanan masyarakat : Jika boleh, penggunaan mask ini tidak lah terhad ketika berada di politeknik sahaja, tapi penggunaannya kalau boleh di pakai semasa keluar di tempat yang mempunyai ramai orang, di pasaraya, di pasar malam, dan dimana - mana sahaja.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran!

Wah wah, rasa macam tahun nih ada dua orang yang aku kenal menyambut hari lahir pada tarikh yang sama. Haha, rasanya macam kebetulan. Tapi okla kan, tanggal 12hb telah memberikan aku satu tarikh baru, tarikh baru yang aku akan tambah dalam diari hidup aku.

1st skali, aku nak ucapkan selamat ulang tahun ke 22 buat Cik Munirah Hashim. Ehem, baru 22. Muda lagi. Haha, tak perlu nak takut tua. Ok what angka 22. Nampak cantik je. Hehe. Terima kasih la sebab sudi teman diri ni. Maklumlah kan, situasi yang kita hadapi sama. Apa - apa pun, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Hidup kena enjoy.

Lagi satu, selamat ulang tahun ke tuttt buat Mama Rozi. Aritu jumpa kat KL, Mama memang spoting, ceria dan santai gitu. I like. Ok Mama, nanti kalau turun Penang, make sure Mama roger saya ok? Saya doakan Mama cepat dapat jodoh dan dimurahkan rezeki.

Monday, August 10, 2009

Dj duet secara langsung!

Pada posting yang lepas, Luth ada bercerita berkaitan Mini Un - official Gathering Desa FM yang dianjurkan bersama Mama Rozi, Co Author Penulisan2u, Luth telah bermalam di kediaman Dj Aus yang terletak di Wangsa Maju Kuala Lumpur.

Memang dah lama Luth nak mendeejay bersama Aus, dan alhamdulillah harapan dan angan - angan Luth tercapai akhirnya. Walaupun hanya kenal di internet, kami rasa macam sudah dua tiga tahun berkenalan. Haha, itulah kekuatan internet neh.

Kami berdua sempat keudara bersama di Desa FM menggunakan konti Aus di Wangsa Maju. Memang best. Memang seronok dapat keudara bersama - sama. Walaupun kami berdua hanya deejay di stesen radio internet, tapi kepuasan yang dikecapi tu amat - amat puas.

Nak tengok sedutan live Deejay Desa FM? Jom tengok video dibawah:



Ada lagi sebenarnya cerita yang banyak nak dikongsi, tapi mood untuk berblogging tak mai lagi. Badan masih letih, tak bermaya nak blog walking. Huhuhu.

Sunday, August 09, 2009

Selamat akhirnya! Desa FM Un - Official Mini Gath 2009

Ok, alhamdulillah. Akhirnya apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Luth selamat sampai ke Kuala Lumpur pada jam 11-15pm di Puduraya dan disambut oleh rakan blogger dan juga Dj Desa FM. Walaupun agak tersasar seperti dalam perancangan awal, tapi perjalanan pertemuan tetap berlangsung.
Sungai Petani, 8hb Ogos 2009 : Jam 1.30pm

Pengantin berbaju 'Pink' bersama Sic Crew

Majlis perkahwinan Acai @ Azfar dengan pasangannya berlangsung dengan amat lancar sekali. Luth yang mempunyai salah faham semasa perjalanan konvoi, ingatkan majlis berlangsung di pihak lelaki di Seberang Jaya, tapi rupa - rupanya majlis berlangsung di Taman Ria, Sungai Petani.

Konvoi dari Seberang Perai ke Sungai Petani hanya disertai oleh tiga belas buah kereta bertambah ke lima belas setelah sampai di Tol Sungai Petani Utara. Majlis Acai memang meriah. Siap boleh karaoke lagi untuk pengantin. Haha. Yang pentingnya, kami dah selamat sampai dan pergi majlis di pihak perempuan, cuma Luth tak dapat nak sertai majlis pihak lelaki pada hari ini. Diucapkan, semoga panjang umur dan berkekalan perkahwinan korang. Selamat tamat zaman bujang. Hahaha.


Puduraya, 8hb Ogos 2009 : Jam 11-15pm


Memang rushing! Lepas abes konvoi dari Sungai Petani, Luth terus ke Penang Sentral untuk amek tiket bas ke KL. Aiseh, ingatkan tiket 5.45pm tu sempat la Luth nak balik - balik untuk bersiap, rupanya tak. Ada sedikit kelewatan 10 minit. Tapi, tetap sempat catch - up bas tu. Huhu..

Munirah, Dj Eva, Mama Rozi, Musang
Dj Aus, Dj Double D, Luth dan Mie (Tupai Terbang)

Luth menjejakkan kaki ke KL setelah dua tahun tak datang sini. Dah dua tahun tak naik bas, tahun ni Luth naik bas. Hahaha, lain kali Luth akan turun ronda - ronda KL pulak. Terima kasih pada kawan yang menjemput tu, korang memang best. Terharu Luth.


Lepas sampai je di Pudu, kami terus ke Pavilion untuk berjumpa dengan Mama Rozi (co-author penulisan 2u) dan juga lima pendengar Desa FM lain serta Dj Aus di Red Box. Tiga jam juga berada disana. Habis dj - dj nih melalak. Kemudian, selepas abes je minum, kami terus beredar.


Thankx to Dj Aus sebab tumpangkan Luth untuk gath kali ni. Budi baik anda amat Luth hargai dan tak dapat dibalas. Ok, update seterusnya selepas ini. :D

Friday, August 07, 2009

Jumpa disana!

Aduhai, sudah lebih kurang lima hari Luth melangkah masuk kembali semula ke Politeknik Seberang Perai setelah hampir 6 bulan tidak masuk ke kelas. Alhamdulillah, pendaftaran sebagai pelajar semester 5 di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal berjalan lancar dan juga penyerahan laporan akhir latihan industri pun berjalan dengan baik sekali.

Biasala adat belajar di politeknik, pada minggu pertama selepas pendaftaran, sebarang kelas pengajaran dan pembelajaran tidak akan bermula lagi. Lepastu, kami ni pegi kelas untuk dengar 'briefing' daripada pensyarah dan juga menghabiskan masa bersama rakan - rakan je. Maklumlah, enam bulan tak jumpa. Banyak cerita itu ini.

Ok, Esok, Luth akan sertai konvoi untuk meraikan kenduri perkahwinan president kelab Saga Iswara (SIC) Malaysia yang berlangsung di Seberang Jaya Pulau Pinang. Sebagai ahli SIC Penang, Luth kena la juga sertai konvoi tersebut. Dalam anggaran, sebanyak 50 buah ahli / kereta saga iswara akan menyertai konvoi hari esok. Tak tahu pula 50 buah tu daripada mana pun tak tahu.

Esok juga, Luth akan sertai perjumpaan deejay Desa FM yang mana bertempat di Kuala Lumpur dan perjumpaan tersebut diadakan pada waktu malam. Luth sendiri akan sampai kesana pada waktu malam juga.

Ok, sampai disini saja untuk posting ini, kalau mana - mana bloggers yang lapang untuk minum2 santai bersama Luth pada hari Ahad nanti, jangan malu - malu sms, call or misscall Luth. Contact number ada disini.

Wednesday, August 05, 2009

Demam Windows 7


Dah lebih kurang dua hari aku dilanda oleh demam Windows 7 neh. Ehem, aku sebenarnya lama dah tahu kewujudan "awek mantap" windows yang terbaru nih, tapi empat lima hari yang lepas, baru terbuka hati aku nak berubah daripada Windows Xp aku kepada Windows 7 yang cun tu. Bermula daripada kekecohan yang berlaku di Twitter, aku cuba dekati dan belajar macam mana nak menukar Windows aku kepada Windows 7.

Oleh kerana terlalu 'teruja' dan semangat, aku dah berjaya mendownload 25 link mediafire Win 7 yang bersize 3.2GB lalu aku format laptop kesayanganku itu. Percubaan pertama aku memang berjaya, tetapi ada sedikit kehampaan berlaku setelah driver pada Windows 7 aku tak menyokong laptop tersebut. Aku bersihkan hard disk aku dan cuba sekali lagi, ternyata aku tak berpeluang untuk menggunakan Windows hebat ini.

Walaubagaimanapun, aku tetap puas kerana dapat menggunakan Windows 7 pada laptop milik kawanku yang aku terima untuk dibaiki. Oleh kerana pengalaman yang aku dapat semasa memasang Windows 7 di laptop aku, aku berjaya memasang Windows baru tersebut pada laptop milik kawan aku dan pada sebuah laptop baru, milik rakan aku juga yang baru sahaja dibeli pada malam semalam. Kini, aku telah berjaya memasang Windows tersebut pada dua laptop dan seterusnya dapat meng-aktifkan windows tersebut.

Komen aku tentang Windows 7 RTM 7600:

Windows yang lancar, laju dan juga menarik paparan muka hadapan yang lebih cantik daripada Windows Vista. Lazimnya, kita tahu Windows Vista mempunyai masalah untuk loading dengan cepat, tapi pada Windows 7, kelajuannya amat memuaskan.

Bagi pengguna Windows 7, ternyata anda pengguna yang memang selalu up-to-date. Yelakan, semua perisian dalam Windows 7 amat sempurna dengan perisian baru seperti Adobe Photoshop CS4, Internet Explorer 8 dan lain - lain lagi. Memang nampak seperti anda amat maju kehadapan dan 'hebat'.

Sungguh mudah! Tidak perlu pening kepala untuk mencari driver pada komponen dalaman laptop tersebut. Aku boleh goyang kaki sambil melayari internet ketika memasang Windows ini. Ini baru kecanggihan teknologi. Teknologi yang tak menyusahkan manusia.

Walaupun aku agak sedikit cemburu kerana tidak dapat menggunakan Windows 7 ini, aku tetap berbangga kerana dapat ilmu baru. Malam semalam, dua laptop, iaitu sebuah laptop milik aku dan milk kakak aku telah menjadi mangsa ujian untuk Windows 7. Setelah kedua - duanya gagal, aku dengan pantas kembali memasang Windows Xp semula pada laptop tersebut. Frust menonggeng weh!
Paparan win 7 milik Ziela yang aku pasang

Jumlah laptop yang aku telah pasang Windows 7 ialah empat buah, tetapi yang kekal adalah dua buah sahaja. Lagi dua tu, takpela. Tak ada rezeki lagi nak guna Windows baru. Nanti kalau aku beli laptop baru, akan aku pasang "awek mantap" ini.

P/S: Thanks rakan - rakan Twitter semua kerana sudi tolong aku. Kalau korang pening macam mana nak aktifkan Win7 anda tu, anda boleh rujuk di sini dan juga disini ya.

P/SS: Kalau aku tunggu nak pinjam CD orang tu, nampaknya janggut aku panjang sampai kelututlah baru nak rasa Windows 7 ni.

Tuesday, August 04, 2009

Abadi Selamanya..

Tengah hari tadi, lepas je balik daripada pendaftaran modul di politeknik, aku diberitahu oleh mak yang mana anak kucing kami, kucing chi kelabu dah jumpa. Sudah dua hari chi kelabu hilang dan tak dapat dikenalpasti kedudukannya. Ayah, selaku baby sitter chi kelabu pon risau. Dua hari lepas, hujan lebat sangat. Aku ada parking kereta kat belakang rumah. Lepastu masa aku nak keluar dan hidupkan enjin kereta, kucing - kucing yang berteduh bawah kereta aku tu semua lari bertempiaran.

Kemudian, chi kelabu pun turut lari ke tempat berteduh yang lain. Dua hari lepas juga, chi kelabu ada masuk kedalam rumah dan berak cirit birit. Hmm, mak punyalah marah kat kucing tu dan terus letak keluar semula. Chi kelabu memang kami tak bagi tinggal dalam rumah sebab dia selalu berak cirit. Mak dia je, chi hitam putih tinggal dalam rumah. Yang anaknya tinggal diluar. Chi kelabu sebenarnya sakit. Dah dua hari dia tak makan. Mak bagi makan ikan segar dia tak makan. Ayah suap dia frieskis pon dia tak jamah. Ntah, memang ajal dia kot.


Tadi, aku pegi ambil bangkai chi kelabu yang dah kembung. Busuk. Perut dia dah buncit. Berat dari biasa. Selalunya kucing chi kelabu tu kecik dan ringan ja. Tapi bila mati jadi macam tu. Aku kesian sangat - sangat tengok bangkai dia. Teringat dia selalu gesel - gesel kat kaki aku, gigit jari dan macam - macam lagi.

Insan yang paling sedih, ayah sebab masa chi kelabu kecil dulu, ayahlah orang yang bertanggungjawab suap susu pada anak kucing tu. Selain tu, sebab kucing chi kelabulah, ayah sanggup pegi beli sangkar kucing untuk pastikan chi tak lari - lari dan tak berak merata. Mak pon nampak tabah je. Masa bela chi kelabu, berak chi semua mak basuh. Mak sayang kucing chi kelabu, sebabtu mak tak kesah.

Aku? Aku sedih sebab tak dapat nak main dengan anak kucing neh. Aku suka main dengan dia sebab dia lincah dan cergas. Pantang ada benda bergerak - gerak sikit, mesti dia nak terkam tangkap. Aku ada rakam aksi dia. Nanti aku upload kat sini. Yang dah pergi biarlah dia pergi. Best dia jadi haiwan, tak ada hisab semasa mati.Tak macam manusia, masa matilah nanti kena seksa.

Tribute to Chi Kelabu : Hari pertama dalam sangkar

Aksi Lincah Si Kecik Chi Kelabu


Chi kelabu, terima kasih kerana menjadi penghibur dalam rumah kami. Semoga kau tenang dan bahagia disana.

Monday, August 03, 2009

Tahniah! Selamat kembali dan Selamat Bulan Ogos!

Pertama - tama sekali, aku nak ucapkan tahniah, syabbas bethi, dan juga congarulation kepada diri aku sendiri kerana berjaya mengharungi latihan industri yang mana berlangsung selama enam bulan, bermula daripada 12 Januari sehingga 12 Jun 2009. Erm, tahniah juga la kepada rakan - rakan bloggers yang lain dan juga bloggers daripada Politeknik Seberang Perai juga iaitu Encik Khairil dan Cik Mira kerana berjaya juga habiskan modul yang wajib ni ha.

 Ok, selain itu tahniah juga kepada diri aku kerana sempat buat laporan praktikal dalam saat - saat akhir bermula dar 27hb Julai hari tu yang mana mengambil masa selama seminggu. Mungkin, kali ni aku selamat dan tuhan sayangkan aku, Dia bagi peluang kepada aku suruh buat yang terbaik untuk laporan akhir aku tu sebab Politeknik Seberang Perai diumum tutup sebab wabak H1N1. Alhamdulillah. Aku syukur sangat - sangat. Terima kasih kepada semua yang mana tolong aku buat report ni. Yang pentingnya, report aku neh 100% usha air tangan aku sendiri, tak tiru dari orang lain, tak ciplak sapa - sapa punya pon, 100% aku perah daripada kepala otak aku sendiri.




Terkenang kembali cerita aku masa praktikal dulu, kalau korang nak tahu, klik la sini. Aku pon tak sangka, enam bulan bukan tempoh masa yang lama pada akhir zaman macam ni. Janggut daripada pendek pon dah jadi panjang, rambut daripada smart stylo dan jadi sarang tebuan. Hakhakahak. Tapi takpa, aku nak buat kenang - kenangan dalam entry ini :

OK, ini merupakan surat pertama aku dapat sebelum praktikal. Surat pengesahan tempat.


Ini pula surat pengesahan akhir aku praktikal. Alhamdulillah.


Yang paling best, pengesahan ini. Memang gempak. Puas hati


 Ok, tu saja yang aku nak tayang. Ini merupakan fast update untuk hari ini. Gambar pon tak edit bagi jelas. Korang nak tengok, pandai - pandaila perbesaukan ok. Oh ya, kenapa aku letak gambar makanan kat atas tu? Ha, orang berbudi kita berbahasa. Aku tolong member siapkan laporan akhir diorang, diorang belanja aku makan Cheese Nan, Alhamdulillah.

 Oh ya, nasib baik tak lupa. Selamat Ulang tahun kelahiran yang ke 20 buat teman baik aku, Annorassikin bt Mokhtar yang mana baru je berganjak dari umur belasan ke umur puluhan tahun. Harap kekal bahagia, semoga berjaya dan ingatlah orang yang tersayang. Nak tahu pasal dia? Klik sini ok.

Apa yang aku harap, bulan ini lebih baik daripada bulan lepas dan apa yang aku nak, aku nak concern 100% pada study lepas ni. Aku masih lagi nak mendeejaykan diri, it's passion. Hakhakahkak.

Ok, dengan ini rasminya aku akan menjadi pelajar semula pada hari ini, 3hb Ogos 2009 setelah enam bulan menjadi pelajar pelatih. Selamat kembali ke kelas kawan - kawan!


P/s : tengah blurr dengan windows 7.. Thankx fren tolong aku.

Saturday, August 01, 2009

Ushar Wayang : Setem



Semalam, Jumaat Luth dan kawan - kawan bloggers Penang seperti Encik Hadi dan Cik Munirah keluar menyaksikan filem baru iaitu Setem. Terima kasih la kepada Encik Hadi sebab sudi belanja tengok cerita yang hebat ni dan terima kasih juga kepada Cik Munirah sebab belanja makan. Haha. Malu chek..

Ok, Filem setem merupakan filem wajib tonton pada tahun 2009 nih sebab filem neh memang gempak gila.  Kalau siapa yang tak tengok lagi tu, pakat - pakat pegi serbu wayang yang berdekatan. Taubat tak rugi kalau tengok cerita ni.

Cerita ini mengisahkan sebuah setem zaman British yang berharga USD 4 Juta yang ingin dipamerkan di Muzium Melaka. Pada masa yang sama, Joe dan Sidek serta Vellu dan Mani juga mahu mendapatkan setem itu dengan cara melakukan rompakkan pada sebah van keselamatan. Dalam cerita ini, menyentuh masalah keluarga dan juga masyarakat.

Boleh dikatakan filem ini filem produk 1 Malaysia kerana semua babak dalam filem ini menyentuh kebudayaan dan bahasa yang berbilang bangsa di Malaysia.

Antara sebab - sebab anda perlu tengok cerita ini ialah:

  • Jalan cerita yang gempak. Walaupun ada la sedikit mengarut, tapi memang terhibur.
  • Aksi yang penuh mendebarkan.
  • Lawak gila yang boleh pecah perut.
  • Pengajaran yang melampau - lampau.
  • Support filem Melayu
Ah, kalau tak mau baca review neh, jom kita tengor trailer yang gempak kat bawah:

Suka makan ikan? hahahaa