Friday, January 30, 2009

Oh Sephia

Petang Rabu, 28hb Januari yang lepas, Luth ke Pulau Pinang untuk berjumpa dengan Cik Sephia. Sebenarnya, Luth berjanji nak berjumpa pada petang Selasa selepas balik daripada Kelantan. Oleh sebab dah lewat sampai ke rumah, Sephia pun sibuk sikit petang Selasa lepas, kami berjanji nak berjumpa pada hari Rabu.

Mau tak mau, Luth terpaksa pergi berjumpa dengan Sephia kerana masa pengebumian bapa Sephia pada hari Isnin yang lalu, Luth berada di Kelantan dan tak dapat menghadiri majlis tersebut. Maaf Sephia. Harap kau faham.

Dari riak wajah Sephia, aku tau bertapa sedihnya diri dia atas pemergian bapa dia. Tapi, sebagai seorang muslim yang beriman, kita kena pasrah dengan apa yang telah dirancang oleh-nya. Ingat, i'll always with you.

Entry yang seterusnya akan dipublish pada hari Sabtu dan blog ini akan kembali seperti biasa pada hari Ahad, 31 Januari 2008.

Wednesday, January 28, 2009

Kekasih Yang Tak Dianggap

 Kertas - Kekasih Yang Tak Di Anggap


aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan
selalu itu yg kau ucapkan padaku

reff:


sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan


repeat reff

sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah

repeat reff

Sunday, January 25, 2009

Al-Fatihah

Takziah diucapkan kepada bapa kepada Cik Sephia yang telah menemui penciptanya pada jam 4.15 petang tadi. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang yang soleh, Amin.


Maaf Sephia, aku tak berada disisimu ketika kau memerlukan diriku. Kita tak tau apa yang terjadi dan akan terjadi. Mungkin kau berkecil hati kerana aku tak berada bersamamu ketika waktu ini, aku mintak maaf.


Percutianku kali ini tidak seindah yang diimpikan.. Maaf.. Walaubagaimanapun, aku akan tetap memberikan sokongan kepadamu untuk menempuh cabaran yang maha hebat ini. 


Info : bapa Sephia sudah lama dimasukkan kehospital akibat penyakit jantung dan sudah menjalani pembedahan by-pass. Akibat pembedahan tersebut, jantung beliau dijangkiti oleh kuman dan mendapat penyakit baru iaitu Sakit pinggang dan hati. 


Arwah sebelum ini mengidap penyakit kencing manis.


P/s: Blog ini akan berkabung selama seminggu bermula hari ini.

Jalan Jalan KB : Sampai Juga Akhirnya

Salam semua.. Ini merupakan kali pertama Luth sampai ke Kota Baharu, Kelantan.. Huhu.. Malu betul.. Umur 20 tahun, baru nak sampai ke negeri Kelantan neh.. Actually, dah banyak kali Luth dan keluarga nak ke Kelantan, tapi, bila plan je, Luth mesti tak dapat join. Itu ini tak kena.. So, ni la 1st time Luth kat Bandaraya Islam nih..

Suasana di bandar KB tak se-sesak kota Georgetown  dan semeriah kota Alor Setar ibu negeri Kedah. Lain tempat lainlah cara mereka. Bagaimanapun, Alhamdulillah diucapkan. Syukur dilimpah kepada tuhan kerana dia memberikan peluang kepada Luth mengembara dinegeri orang.

Suasana baru.. 1st time driving ke Kelantan melalui jalan Baling - Gerik - Jeli dan itu merupakan pengalaman yang indah. Huhu.. Kami bertolak dari Bukit Mertajam pada jam 3 lebih dan sampai ke KB pada jam 8 malam.Sebenarnya, target kami untuk sampai ke KB dalam jam 6. Tapi, ekoran hujan yang lebat dan renyai - renyai di sepanjang perjalanan dari Gerik menyebabkan kami tak dapat memandu dengan laju.

Huhu.. Hebatnya keta PAY Fuad! Hanya memerlukan Rm35 untuk sampai ke KB! Hahhaa.. Padanlah, RM50 untuk memenuhkan tangki minyak Charade nya itu!


Kami bermalam sebanyak tiga malam di Hotel Nora Baru, bersebelahan KB Mall. Murah betul bayaran untuk 3 malam. Hanya Rm95.. Murah kan? Dengan hotel yang terletak di tengah - tengah bandar KB, senanglah Luth nak ronda - ronda..

Sekarang ni Luth meng-onlinekan diri di Mamak Spicy Specials, berhadapan dengan Wisma Ibrahim. Disini saja je la yang ada Wifi dan selesa. Tak mau la masuk KB Mall yang sesak dan crowded tuh.

Ehem.. Sampai je di KB Mall semalam, pakcik yang jaga parking tanya. "Korang dari Mana?" so.. Kami jawap kami dari Penang. "Kalu nak makan roti canai, tu kat hujung tu *sambil menunjukkan jarinya ke sebuah kedai yang bernyala* " hahaha.. Tau tau je pakcik neh.. Kami memang nak cari kedai mamak. Sebab selalunyam , kedai mamak je yang ada Wifi free..

Japg rasanya nak berjumpa dengan DJ Fairuz, penerbit di Desa FM! Ok.. Next posting k!!

**Aku nazak tanpa Internet
***Sephiaku, sabarlah syg..

Saturday, January 24, 2009

Away ~

Petang japg, Luth dan kawan, Fuad akan bertolak ke Kelantan untuk satu misi pengaman di negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.


Oleh kerana Luth menemani kawan ke sana, Luth memerlukan seorang Tourist Guide untuk menemani Luth disana.


Mana - mana bloggers yang free pada 24hb -  27hb ini, boleh la teman Luth berjalan - jalan yer.. Call / SMS / Misscall Luth di 013-4032925 yer.. See you later!

Thursday, January 22, 2009

Lagi - Lagi Tag : Ramai orang tag neh!

Oleh kerana Luth bosan malam neh, Luth jawap satu Tag daripada Kak Jaz, Farah Comey,Ochie, dan Daddy Cool


 
10 Fakta tentang Luth Textile
  1. Lelaki, komperm!
  2. Luth merupakan orang Melayu yang asli, tetapi dia tak penah makan budu, belacan, cencaluk, air asam, tempoyak dan sewaktu dengannya. Luth juga tak gemar makan ulam - ulaman walaupun tak makan ulam-ulam, Luth tetap nampak muda, memang muda lagi pon!
  3. Peramah, suka melawak dan cepat mesra dengan orang walaupun orang yang bersembang dengannya tak dikenali.
  4. Merupakan anak ke empat daripada enam orang adik beradik, tiga lelaki dan tiga perempuan.ehem, kebetulan lak sama ngn Ochie.
  5. Mak Luth kata, anak dia ni dapat sindrom suka online 24jam dan tidoq sampai tengah hari. Walaubagaimanapun, simptom tersebut tidak akan terjadi apabila anaknya demam ataupun akan mempunyai kuliah pada esok hari.
  6. Minat menyukat daerah di Malaysia ni. (suka meronda)
  7. Luth suka kucing. Terdapat 4 ekor kucing belaan Luth dirumah.
  8. Restoran Nasi Kandar merupakan lokasi utama Luth jika waktu mengisi tangki perut.
  9. Sekarang belajar di Politeknik Seberang Perai, tetapi sedang praktikal di Perai.
  10. Sudah mempunyai buah hati, iaitu Cik Sephia.Hihi.. Single but not avaiable.
Amboi.. Seksa jugak la nak jawap tag neh.. Bukannya senang!

Tuesday, January 20, 2009

Dj Luth "boleh didapati" Di DESA FM!

Ini merupakan pengumuman daripada Luth untuk memberitahu rakan bloggers bahwasanya, Luth telah rasmi menjadi salah seorang Deejay di radio Internet No. 1 Malaysia, Desa FM Poyo

Macam mana Luth boleh jadi Dj di DesaFM?
Oh.. Semua ni kena berterima kasih kepada Dj Fairuz, penerbit di DesaFM kerana meng"offer" Luth untuk menjadi ahli keluarga di DesaFM.. Sebenarnya Luth malu gak nak menDj pada pertama kali, sebab suara tak sesedap Dj Fairuz yang macho tuh.. Oleh disebabkan perasaan INGIN mencuba, Luth beranikan diri untuk On Air menjadi Dj disitu dengan tunjuk ajar Dj Fairuz dan Dj Teddy.

Luth, ada gaji/komisyen ke?

Nope.. Tak ada apa-apa bayaran dan ganjaran kepada Luth untuk tugas menDj di DesaFM. Bagi Luth, Luth nak cuba HOBI baru pulak. Dulu - dulu, kita gila ber-YM, lepas tu dah advance sikit, layan Friendster pulak, then Myspace, lepastu meluahkan perasaan di BLOGGER, Luth takkan tinggal dunia ber-blog dan kini Luth nak mencuba menjadi penyampai radio pulak. Sebenarnya, memang cita-cita Luth untuk menjadi Dj (impian.. hihi) oleh disebabkan Luth neh banyak cakap sangat. Mak Luth yang cakap macam tu. Ni kira mimpi menjadi kenyataan ar lebih kurang! ahaks..

Diharap rakan semua akan memberikan sokongan kepada radio DesaFM dan Luth semasa meng-onlinekan diri.. DesaFM, Muzik Anda, Muzik Kami!

Monday, January 19, 2009

07 - Yeeahaa!

Hari ini genap Luth berpraktikal di Toray Penfabric Perai.. Yeahaa.. Rasa macam best je.. Enjoy je hidup dan bekerja bersama - sama staff disana. Rasa dah boleh menyesuaikan diri dengan keadaan kilang dan bersama boss kilang tu yang ngok-ngek tuh..

Boss cha ya nun alif, biasalah.. Kerja mau cepat je.. Apa jadi, belakang kira. Janji kerja siap. Tu la cha ya nun alif. Ditempat Luth ditempatkan, di Engineering Department, Luth bersama - sama rakan se-bidang dengan Luth, iaitu bidang Mekanikal.

Pada permulaan ber-praktikal disini, Luth rasa macam menyesal pulak dapat praktikal kat kilang tu.. Tapi sekarang, rasa macam ok dan bertuah pulak. Walaupun dengan elaun yang tak seberapa, Luth enjoy! Tu yang penting kan?

Boleh dikatakan setiap hari selepas waktu kerja, Luth dan rakan, Azizi akan "melantak" direstoran mamak yang berdekatan. Tapi, yang selalunya lepak kat kedai Kasim Mustafa, Seberang Jaya. Yang penting, menu utama pada setiap jam 6 petang ialah sebiji roti pisang dan dua biji roti canai kosong! Hihi..

Kepada semua student politeknik khasnya, yang mana berpraktikal semester ni, Luth harap, perjalanan kita yang jauh ini akan berjalan dengan lancar dan selamat ke hala tuju masing - masing. Insyaallah!

Khairil, Faiz, Azizi, Mat Shahril, Ikhwan, Fuad dan rakan blogger, thankx kerana menemani hidup Luth sekarang ni.. tak lupa kepada Cik Sephia, tabahkan diri anda. Hadapilah cabaran dan dugaan daripada tuhan dengan sabar. I'll always with you, now, tommorrow and forever..

Lawak : Potret Keluarga Ayah Pin


SEJAK SEKIAN LAMA AYAH PIN MENGHILANG........DAN MENJADI MISTERI.......

INI LAH GAMBAR - GAMBAR KUARGA AYAH PIN...
UTK DI LIHAT.......SECARA ESKLUSIF UTK ANDA SEMUA...


MUNGKIN KAH ANDA ANTARA KELUARGA AYAH PIN?
SILA LIHAT RAJAH DI BAWAH.........


 
P/S : hehehehe jangan marah...........kihkihkihkih

Sunday, January 18, 2009

Terima Kasih Cikguuuuuu!!!

Ehem.. Bila pulak Encik Luth pegi sekolah ni? Haha.. Terima kasih cikgu.. Sebab ada seorang cikgu telah memberikan Luth hadiah semperna Birthday Luth yang ke 20, 12 hari yang lalu..

Cikgu tersebut ialah Mizz Jaz, seorang cikgu daripada SK Sungai Buluh Perak.. Susah - susah je kak bagi hadiah kat Luth.. Terharu..

Kak Jaz ada buat entri suspen kat blog dia disini.. hehehe.. Bungkusan yang kak kirim tu sampai kerumah Luth tak silap hari Selasa yang lepas.. Erm, dah berkurun eh, baru nak buat posting kat sini.. Sorila kak.. Kamera takdak, lepastu sibuk sikit dengan keje.. Harap kak faham..

Okla kak.. Terima kasih lagi kepada kak.. Kak memang seorang kakak yang baik, bertuah la sape yang jadi adik pada akak yer.. Thankxx...


 
P/s: Kepada semua bloggers, anda masih lagi berpeluang bagi hadiah birthday kepada Luth.. (perasan) Hihi.. Bulan Januari, bulan bahagia.. Hahaha.

Saturday, January 17, 2009

Aduhai...

Aduhai... Kesedihannya berlaku kepada diriku ini kerana ditimpa satu musibah yang datang dariNya..
Pastinya, musibah yang menimpa diriku itu berlaku akibat kecuaian diriku sendiri. Oh.. Ini salah satu pengajaran untuk diriku.. 

Hari Khamis yang lalu, kereta yang dipandu oleh Luth berasap.. Berasap apa? Berasap bonet depan.. Malu siootttt.. Luth tak perhati temperature level dekat meter kete tuh.. SO, kereta tu overhead dan berasap ditengah jalan!

Kejadian ini berlaku di lampu isyarat dihadapan kampus UiTM Permatang Pauh! Masa tu, Luth berada dibarisan hadapan di line belah kanan. Luth berhenti kerana lampu merah dah menyala.

Then, Luth perhati ada asap keluar dari bonet hadapan kereta dan dah bau macam minyak terbakar!! Aduii.. Macam mana nih, lampu merah lagii.. Luth dengan selamber badak, tak bagi apa - apa isyarat yang bergerak dihadapan "melanggar" lampu isyarat tu..

Kebetulan, giliran trafik yang bergerak adalah daripada pintu keluar UiTM, dan motorsikal yang nampak kereta Luth yang berasap tu berhenti nak melintas dan terus memberikan laluan kepada Luth. Aduiii.. Malunya.. Cepat - cepat Luth berhenti depan sikit dan berhenti terus buka bonet!

Tudiaa.. Asap berkepul- kepul keluar!! Adui, dah kecut perut.. Sebab ini merupakan kali pertama Luth mengguna kereta, sebelum ni naik moto. So, tak tau la bab - bab kereta ni (baru nak belajaq) hihi..

Luth terus "cergas" ke gerai makcik yang menjual air tebu berdekatan dan meminta air. Anak - anak makcik tu ikut Luth ambik air, siap tunjuk lagi tu lokasi paip dirumah depa.. Luth pakai botol kecik je nak isi air dalam radiator. Botol air mineral 500ml. Adui.. Nasib la ada towel Luth kat dalam kereta, boleh buat lapik nak bukak penutup radiator..

Asap keluar dari radiator dan air dalam tu kering mengelegak! Anak makcik tadi terkejut tengok dan depa terpegun! "Wah" jerit budak - budak tu.. Dalam kepala otak, Luth dok fikir, abes la aku.. Abes la.. Baru nak senang naik keta, dah jadik macam neh..

So, dengan pengetahuan yang "Zero" pasal tu, Luth terus menuang air dalam radiator yang panas dan tersembur wap air melalui muncung radiator. Huhu, budak-budak tadi terpegun dan sebut "hebat" dan mintak suruh Luth buat lagi.. Tudia aih depa neh.. Pelik.. Orang tengah susah hati, depa leh macamtu pulak.. adui..

I make a call to my mum to inform dan dia risau. Tula, kalau tak bagi tau kat mak, nanti dia tunggu pulak. Masa tu dah nak dekat pukul 7. Langit dah beransur gelap. Adui.. Lepas je Luth buat trip mengisi air sebanyak 3 kali, Luth start kereta dan terus melulu ke bengkel yang berdekatan.

Syukur, bengkel tu bukak lagi. Sampai - sampai je bengkel tu, bukak bonet dan terus bukak penutup radiator. Kain ditekup diatas radiator tersebut. Mak call, tanya boleh balik ke tak dan Luth kata boleh kot. Kemudian, Daddy Cool pulak call.. Aduhai, masa ni hang kol....

Kurang ajar jugak pomen kereta tu. suka - suka hati declair kereta Luth tak boleh jalan la, rosakla, ini la , itu la.. Suruh overhaul la.. Luth tau, berasap tu masalah air kering je.. Adui.. Ni la masalah orang Melayu, malas nak tulis, korang pk jela k.. Dia suruh letak kete kat bengkel dia.. Dia pandang Luth neh tak tau apa, dan mudah ditipu. Luth berkeras dan nak balik jugak lepas enjin sejuk 15minit lepas tu.

Dia akur, dan bagi kad bisnes dia kat Luth, kalau ada apa -apa call la.. Sori la boss, sekali hang buat macam ni kat aku, dah mula nak menipu, sampai bila-bila aku takkan pegi bengkel hang.. Luth selamat sampai kerumah, 10minit kemudian.. Aduhai...

So, kepada hampa semua, cek ur car before drive! Bahaya!

Punca: Penutup radiator tak tutup dengan rapat dan menyebabkan air didalam menjadi wap dan terbebas diluar.  

Tuesday, January 13, 2009

02 - Boring tetap boring!

Assalamualaikum..
Boring! Dah lepas pun hari kedua praktikal hari ni. Untuk hari kedua, Luth sudah diberikan kad pekerja Penfabric dan diberi elaun makan sebanyak RM30. Kira nanti bila makan, just touch and go saja, tak payah la nak guna cash. Kena habiskan elaun makan tu, kalau tak habis, kredit dalam tu tak akan dibawa ke bulan hadapan, baki akan "burn" macam tu saja.

Ok, kemudian kami dibawa ke Mechanical Department dibawak seliaan Mr John yang sporting. Kami diperkenalkan oleh staff-staff yang friendly. Malu jugak sebenarnya nak tegur - menegur ni, tapi Luth dengan selamber badak kena la jugak bersosial dengan depa, bukannya nak hidup kat situ satu dua hari, enam bulan woo..

Setelah selesan briefing dengan staff Mekanikal, kami dibawa diruang kerja mereka. Ruang kerja yang amat luas dan penuh dengan peralatan yang 'hebat'. Salah seorang pekerja senior, Ah Lu, dia kata "Lu kalau kerja sini ha, satu dua tahun lepastu cabut pi kilang lain, mesti kilang baru tu mau ambik dia. sebab sini kerja banyak teruk" Ehem, kerja di kilang ni memang teruk, nak maintan banyak department dengan mesin yang besaq gedabak. Takut jugak.

Luth dan Azizi dijaga oleh dua orang dalam bdang berlainan. Esok, Luth akan mula bekerja dibawah seliaan Jana (laki ok, India punya orang) dibengkel AutoCad dan Azizi dibawa ke bengkel. Luth tak kisah nak diberikan apa saja kerja. Rilex je..

Lepas je makan, kami dibawa ke kawasan "Bleaching" oleh Bro Khairani dan ditunjuk ajar bagaimana nak tukar Rolling Stick. Aduhai, kalau boleh bawa kamera, dah belambak gambar akan Luth display kat sini. Di department Bleaching, risikonya amat tinggi kerana penggunaan bahan kimia disana amat tinggi.

Luth tak ingat nama bahan kimia tersebut, tapi apa yang penting, habuk daripada bahan tersebut mesti dielakkan daripada terkena mata ataupun dihidu. Bahaya, kalau kena mata, akan terasa sakit seperti ditusuk jarum. Eee.. Takut.. Bahan tersebut digunakan untuk mengembangkan kain. Huish.. Air basuhan bahan tu jangan dikenakan kepada kulit, lama kelamaan, kulit akan menghakis seperti terkena air panas!

Kemudian, kami dibawa oleh bro Fairuz membaiki waterpump di kawasan yang sama. Pam air tersebut lambat berfungsi dan perlu diselerenggara untul meningkatkan prestasinya. Kali ini, kami hanya ditunjuk ajar bagaimana untuk membaiki alat tersebut. Bermula dari pukul 230ptg hingga masa balik, 530ptg, kami berdua hanya menjadi "penyibuk" dan "jadi tokong" dalam ruang kerja Mekanikal. Aduhai.. Letih siott..

P/s: harap-harap esok tak jadi tunggui lagi..

Monday, January 12, 2009

Hari Pertama di Penfabric Mill 4, Perai FTZ


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Luth melalui hari Pertama Latihan Industri (Praktikal) di Toray Penfabric Mill 4,  Perai Free Industrial Zone.. Memang letih sangat hari ni..

Sinopsis Hari Pertama di Penfabric

  • Luth pegi kekilang bersama dengan dua orang rakan, Azizi dan Hadi. Bertolak dari rumah Luth pukul 730am, ambil Azizi diperkarangan rumah Azizi jam 745am, sampai di Perai Indusrial Zone 800am, sesat mencari kilang 8.05am dan sampai dipondok jaga kilang 810am.
  • Luth dan rakan yakin sangat macam tau lokasi kilang tu, akhirnya masing-masing blur.
  • Kesemuanya, ada 5 orang pelajar Politeknik Sebrang Perai yang akan LI dikilang tersebut. 3 laki (Luth, Hadi dan Azizi), dan 2 perempuan (budak kelas tekstil)
  • Kami semua terkejut, antara kami bertiga, salah seorang daripada kami akan ke kilang Penfabric Bayan Baru, Penang. Luth memang dah "kia" sebab takut kena tukar ke Penang.2 orang budak perempuan tadik, kena pegi kilang Penfabric Mill 2.
  • Akhirnya Hadi terpaksa di'transfer' ke pulau sana. Kesian kat dia.
  • Kami (Luth dan Azizi) diberi taklimat tentang syarikat dan lain - lain.
  • Kemudian, kami dibawa pergi bersiar - siar dan mengenali sistem Water Treatment kilang Penfabric yang berada betul - betul bersebelahan dengan Jambatan Pulau Pinang. Hebat betul! Penerangan dan komitmen yang Encik Khairul Anuar berikan memang bagus. Puas hati. En. Khairul pon "friendly" dengan kami. 
  • Lepastu, sesi penerangan tentang Safety oleh Mr Tan, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan syarikat. Dia memang bagus! Payah nak jumpa orang cina yang sporting dan mesra, walaupun bahasa Melayu dia gunakan agak terabut, tapi English dia ok. Kami bersama dengan seorang pelajar daripada UM (Degree Chemical Eng.) 
  • Pukul 5.35pm, siren "perang" dan berbunyi, so kami dibenarkan balik. 
  • Esok baru tau Luth dan Azizi  ditempatkan dibahagian mana.. Tapi yang penting,mesin di Penfabric Mill 4 memang bahaya. Dah la besaq, hebat pulak tu.. Takut..
P/s: Good Luck kepada Cik Sephia dan rakannnya, Mek Minah Kelabu pada hari pertama praktikal di Hotel Bay View Georgetown, Penang.

P/ss: Khairil, Sabtu ni kalau free, aku pegi sana..

Sunday, January 11, 2009

Cuti yang terakhir kali


Assalamualaikum.. Akhirnya Luth selamat sampai rumah.. Hari ni, satu hari Luth berada dipulau sana.. Berjalan - jalan dan berenjoy sakan dengan si bloggers aktif, Khairil Afzal.

Actually, dia nak belanja Luth makan, semperna birthday Luth pada 6 Januari yang lepas. Lagipun, dia mintak Luth temankan dia ke satu tempat yang amat menarik.. Best..

Perjalanan balik yang menakutkan!! Luth pegi Penang kali ni menaiki moto disebabkan bajet yang tak mencukupi Luth bertolak balik dari Pulau jam 1020pm dan sampai kerumah dalam jam 1050pm.

Angin yang bertiup kuat diatas jambatan menyebabkan Luth rasa moto yang Luth bawak terapung - apung diatas jalan. Nak terbalik pun ada.. Ni pengalaman ngeri Luth menunggang motorsikal melalui jambatan Pulau Pinang. Ngeri amat! Dalam perjalanan yang sunyi dan sejuk gila - gila tu, Luth memang banyak pk macam - macam..

Fikir masa depan, fikir esok nak praktikal, fikir tak kawen lagi hihi dan macam - macam lagi. Mana la tau, kot mati dipertengahan jalan. Sapa nak tau kan..

Tak larat nak tulis panjang - panjang.. Nak wish GOOD LUCK dan ENJOY UR 1st DAY kepada semua pelajar Politeknik Malaysia yang kini berada disemester empat (diploma) dan semester tiga (siji) menghadapi Latihan Industri yang bermula secara rasmi esok.

Wish me luck! Nantikan posting Luth esok!

Gathering + Dating = Mini Gathering !!

Semalam Luth ber-mini gathering dengan pemilik belog Aku Mulakan Disini, Daddy Cool yang balik ke kampung halamannya disini..

Saja jela nak jumpa si Daddy Cool neh, maklumlah haritu kami buat Gathering 1st Bloggers Penang dia tak dapat nak join, so semalam jumpa dia sembang bagitau sebabla lebih kurang.. Hohoho..



Urm, banyak topik yang kami bincang semalam, dan topik yang paling best sekali ialah isu Perperangan Daddy Cool dengan pemilik blog Sedetik Hati yang amat cemburu akan pertemuan kami. MMS dihantar kepada pemilik blog berkenaan, saja untuk bagi jeles.


Betul ke Daddy Cool neh pemalu orangnya? Hahaha.. Malu ke? Luth rasa dia tak macam pemalu pun, seperti dakwaan seorang bloggers tersebut. Urm, Daddy Cool sudah memberikan sebab tak dapat menghadiri gathering yang lepas. 


Kini, ada tiga orang blogggers masih lagi tak berikan sebab mereka kerana tak dapat hadir gathering tersebut, si A, si B dan si C. Hehehe.. Just kidding!


P/s: Dah lama Luth teringin nak jumpa "orang hebat" si A tu..

Saturday, January 10, 2009

'Bagi balik ginjal saya'

NEW YORK - Seorang doktor di New York, Dr. Richard Batista mahu isterinya memulangkan semula ginjalnya yang diberikan kepada wanita berkenaan atau membayar pampasan berjumlah AS$1.5 juta (RM5.3 juta).

Bapa kepada tiga anak itu mendermakan satu organ tersebut kepada isterinya, Dawnell Batista pada 2001 apabila wanita berkenaan mengalami kegagalan buah pinggang.

"Dia isteri saya. Sudah tentu keutamaan saya untuk menyelamatkan nyawanya dan masa depan anak di samping mengekalkan keharmonian rumahtangga kami," kata doktor berusia 49 tahun itu.

Namun, Batista merasakan pengorbanannya selama ini tidak berbaloi apabila isterinya memfailkan perceraian empat tahun lalu dan dia mengesyaki wanita itu bermain kayu tiga.

Dalam satu kenyataan media minggu ini, doktor tersebut menyatakan dia menyaman isterinya kerana tidak dibenarkan menemui tiga anak mereka yang berusia 8, 11 dan 14 tahun.

Bagaimanapun, pakar-pakar perubatan Amerika Syarikat memberitahu, saman tersebut tidak beretika selain bertentangan dengan undang-undang negara itu. - Agensi

Sumber : KOSMO

KOMEN LUTH:
Kalau betul - betul bini dia main kayu tiga, berbaloi dia mintak balik buah pinggang dia.. Kalau bini dia tak buat benda lagu tu, laki tu memang betul - betul berkira!

Friday, January 09, 2009

LAWAK : Ayam Bogel Hidup

 
Pelik tak ayam ayam bogel ni? Serius lawak..
 Alamak.. LUCAH sikit r.. Sapa yang Under 18, sila dapatkan kebenaran penjaga untuk lihat gambar ini. Terima Kasih

Ayam betina yang SEKSI.. Auwww..

Urm, kalau ada ayam ni kat Malaysia la, tobat ramai orang makan ayam tepi jalan, yela.. Tak payah nak buang bulu.. Haha..


P/s : Ubey tak ada kena mengena pada entry kali ini.

Download Perisian Adobe PS


Special Edition Tweaks:
•Editted Resources to make the Loading 75% Faster
• Removed 25 Langauges from EULA
• Removed Adobe Registration
• Removed Adobe Rem Dialog
• Removed RAM Scan on Start-up
• make it work faster on 1GB RAM users
• Made Portable
• Added All Regular Photoshop folders (Such as Brushes, Prests etc)
• Added SFX Installer
• If you downloaded any older version, or other portable versions, just remove Adobe_Epic folder in App\Photoshop folder , So you dont have to accept the License anymore

Masks panel:

Quickly create and edit masks from the new Masks panel.
This panel offers all the tools you need to create editable pixel-
and vector-based masks, adjust mask density and feathering,
easily select noncontiguous objects, and more.

Content-Aware Scaling

Use the new and revolutionary Content-Aware Scaling
feature to automatically recompose an image as you resize it,
smartly preserving vital areas as the image adapts to the
new dimensions. Get the perfect image in one step without
time-intensive cropping and retouching.

Extended depth of field:

Easily create a single image from a series of shots that
have different focal points with the enhanced Auto-Blend
Layers command, which smoothly blends color and shading
and now extends your depth of field, automatically correcting
vignettes and lens distortion.

Auto-alignment of layers:

Create accurate composites with the enhanced Auto-Align Layers
command. Move, rotate, or warp layers to align them more
accurately than ever before. Or use spherical alignment to create breathtaking panoramas.

Efficient file management with Adobe Bridge CS4:

Get instant access to Adobe Bridge CS4 with faster start-up,
use new workspaces to jump to the right display for every task,
easily create web galleries and PDF contact sheets, and more.

Auto-blending of images:

Combine a range of images, each with a different exposure,
color, and focal point — with options to preserve tones and
colors — into a single color-corrected image.


 DOWNLOAD LINK


Link RapidShare
PASSWORD : www.hackerz-bb.info
Adobe Photoshop CS 3 Portable
59.2MB
Lepas sahaja anda mendownload, extract dan boleh terus guna

Thursday, January 08, 2009

Kisah Mat Rempit

Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.
 
Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan selamatkerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."
 
Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan Insya'Allah pun pak cik tak sebut?".
 
Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!".

Wednesday, January 07, 2009

That's True!

 
Percaya atau tidak? Sebuah Proton Iswara Standart 2001 dapat memecut laju sehingga 180 km/j?
Anda boleh buat? Haha..
Saja  - saja posting.. Bosan beb..

Alhamdulillah!

Kepada semua pelajar politeknik amnya dan pelajar Politeknik Seberang Perai khasnya, hampa boleh cek result final exam sem lepas. 

Wa.. Akhirnya penantian yang sekian lama terpendam dah berlalu.. Dah tau pun keputusan untuk final exam sem lepas. Alhamdulillah, semua subjek lulus.. Tak ada yang carry untuk sem 5 nanti, pada sesi Julai 2009..
Kepada member kelas yang ada carry tuh, jangan la nak bersedih - sedih.. Hampa usha takat tu, tu je la yang hampa dapat. Yang penting, HPNM hampa tak kurang daripada 2.5 untuk praktikal sem ni. Moga - moga, budak kelas Luth tahun neh semua lepas untuk praktikal.

Alhamdulillah, study bagai nak rak masa minit - minit yang terakhir, akhirnya membuahkan kejayaan. Ramai la jugak yang kandas subjek - subjek killer macam Fluid Mechanic, Material Technology dan Strength of Material tu..

Semester tiga yang lepas memang "maut" berbanding semester dua yang mempunyai satu modul killer iaitu Thermodynamic.. Okla tu.. Kita tutup buku untuk semester tiga dan buka buku baru untuk semester empat pula. Semoga sukses!

Tuesday, January 06, 2009

Aku DAH tua! Tidakk!!

Oh no.. Harini genap usia aku menjadi 20 tahun. 20 tahun? Wah, cepatnya masa berlalu. Aku macam berada dialam mimpi.. Aku masih teringat, ketika usia kanak - kanakku berlari dengan pantas untuk ke tadika pada waktu pagi keseoranganku. Aku berlari - lari ke PERNAMA di hadapan kawasan perumahanku untuk menanti kedatangan trak yang dipanggil 'feri' untuk ke tadika. Oleh kerana tadika aku berada dikawasan kem Jurutera, tadika yang aku belajar dipanggil Tadika Kemas Jurutera. Semoga aku dapat jadi Jurutera, kelak. AMIN

Aku masih teringat akan Cikgu Wati yang mengajar didalam kelas Biru. Aku masih ingat Pakcik Karim penjaga tadika yang selalu membersih reban arnab dikawasan tadika dan aku masih ingat kakak - kakak comel yang memasak bihun dan air milo untuk kami pada waktu rehat. Oh, sungguh manis jika kita mengimbau kenangan lalu.

Kaki aku melangkah laju memasuki sekolah rendah setelah setahun belajar ditadika. Muka babyface Amirul, Zulkifli dan Zulfadhli kawan karib aku disekolah rendah dahulu masih aku kenang dan sekarang depa semua dah jadi macam bapak budak. Aku meninggalkan sekolah rendahku 6 tahun kemudian dengan penuh pengalaman pahit dan manis.

Masuk tahun 2002, aku mula memakai seluar berwarna hijau gelap. Aku mendaftar masuk disekolah menengah lelaki yang paling terkenal di bandar Taiping. Aku amat berbangga sekali. Tetapi, aku tidak sempat menamatkan pengajianku disekolah tersebut dan terpaksa berpindah ke Pulau Pinang.

Dengan sayu hati dan sedih, aku tinggalkan bandar Taiping aku cintai sesangat.. Yang penuh dengan memori suka duka, tempat tumpah darahku.. Mau tak mau kena juga pindah ke Pulau Pinang, kerana ayah sudah tamat berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan. Kini, sedar tak sedar, dah nak masuk 7 tahun aku tinggal di Pulau Pinang, dan hari ini aku sedar, aku berumur 20 tahun.

Terima kasih mak dan ayah kerana bagi cukup makan, cukup selesa tempat tinggal, beri kemudahan yang baik kepada anak hampa ini. Walaupun anak mu ini cukup makan, dia tetap tak gemok - gemok, tidak buncit sama sekali. 

Selamat hari tua, Luthfi 
Opss.. Luthfi satu lagi pesanan untuk hang, tahun depan boleh la hang masuk clubbing.. Hihi.. Just kidding


Terima kasih cik Sephia ku sayang kerana susah - susah je bagi kek untuk ulangtahun kelahiranku tahun ini. Tahun lepas dah bagi, dan tahun ini merupakan kek yang kedua pemberian darimu. Aku harap hubungan kita akan kekal dan dirahmati oleh semua. Thanks sekali lagi



Ni sorang lagi, bloggers Ochie kerana sudi bagi kad yang comei. Ingat senang ke nak buat kad macam tu. Tak lupa juga jutaan terima kasih kepada bloggers yang lain yang ucapkan selamat hari lahir kat aku. *terharu*

Nah Ochie. Kad balasan untukmu. Senyummu memang manis.

P/S : Sapa - sapa yang birthday dia jatuh pada bulan Januari, bagitau la.. Nanti leh ucap sekali..
P/ss: Kak Intan kata nak bagi hadiah, Luth tunggu ni. Khairil pon sama, aku tunggu hadiah dari hang.
P/sss: Kek Coklat pemberian Cik Sephiaku memang sedap dan lazat..

Monday, January 05, 2009

5hb - Semua Ada



Ada apa dengan 5 haribulan?

Oh.. 1st skali, tahniah la kat adik Luth, Mohammad Syafiq kerana dapat jadi pengawas pada tahun ni. Dia dah masuk darjah 5, biasalah. Baru nak belajar jadi ketua. harap - harap nanti dia akan jadi pengawas yang berjaya.

Kedua, tahniah kepada adik pompuan Luth, ehem, dia baru melangkah masuk ke tingkatan empat, baru lepas PMR haritu. So, sekarang dia nak pilih, sama ada nak stay kat sekolah yang sama ataupun nak tukar ke sekolah teknik. Tu dia kena buat keputusan. Takmo paksa - paksa.

Ketiga, tahniah jugak kat kak Luth, Latifah sebab dapat keja kat tempat baru. Hari ni  dia dapat kerja baru sebagai KERAni di syarikat memproses ayam. Haha.. Dulu dia dah kerja di syarikat ayam terkenal di wilayah utara ni, oleh disebabkan ada masalah syarikat, syarikat lamanya, Prodinamik Sdn Bhd telah ditakluk oleh ketua alien jahat dan konco - konconya, Ashari Muhammad lalu depa tukar nama syarikat tersebut jadi Global Ikhwan Sdn Bhd. Sapa - sapa yang selalu makan produk tersebut, fikir - fikirkan! Nanti Luth posting cerita pasal syarikat Prodinamik dan Global Ikhwan Sdn Bhd.

Yang keempat, banyak dah dok ucap tahniah. Yang ni Luth nak ucap "good luck" pada kak Luth jugak, Syakirah sebab dapat mengajar pada sesi pagi tahun neh. Tahun lepas dia mengajar sesi petan, so tahun neh dia dapat mengajar pada sesi pagi pula. Kira good luck la kepada Ustazah Syakirah eh. Semoga jadi cikgu yang baik dan tak garang sangat.

Yang kelima, selamat kembali mengajar kepada cikgu - cekgi se-Malaya khasnya buat Daddy Cool, Kak Azza, Kak Nurul Tukang Cerita, Kak Jaz, Kak Myza Persona,  Cikgu BH, Untie Lin dan lain - lain (sori tak tulis semua) harap korang dapat mengajar dengan semangat dan tak 'ghalit' ber-bloging!

Yang keenam, selamat kembali ke sekolah kuliah kepada pelajar UiTM dan pelajar - pelajar universiti yang lain. Selamat menghadapi kuliah yer.. Jangan ponteng - ponteng!

Yang ketujuh, sok my birthday. So, siap sedia kan hadiah utk Luth.. Hihihi..

Sunday, January 04, 2009

Gawat Oh Gawat!

 
Masuk je bulan Januari 2009, banyak dah benda dan perkara buruk berlaku disekitar kita amnya dan didunia khasnya. Luth bukannya mengaji dalam bidang ekonomi ataupun perniagaan, tak tau sangat pasal ekonomi nih. 

Kesian la kepada kilang - kilang elektronik kerana terpaksa mengurangkan jumlah pengeluaran produk mereka dan yang paling kesian lagi, kepada pekerja kilang yang terpaksa diberhentikan oleh majikan mereka setelah berbelas tahun berkhidmat.

Ya Allah, macam mana la depa nak bagi anak bini makan? Sebelum ni kerja elok - elok, tiba tiba saja nak kena berhenti. Jiran sebelah rumah Luth, dan dua - tiga orang sudah diberhentikan kerja oleh majikan masing - masing kerana tempias kegawatan ekonomi.

Mereka diberikan cuti dengan gaji sejak sebelum Krismas lagi dan masih lagi tidak bekerja sehingga sekarang. Salah seorang daripada mereka sudah menerima surat pemecatan dan ramai diantaranya masih lagi ragu - ragu status mereka.

Kesianla kat kakak sebelah rumah Luth, laki bini kerja kilang dan dia dah diberhentikan kerja dua hari lepas. Nasib baik si suami dia tak kena berhenti kerja. Alhamdulillah la. Tapi, bagi orang yang biasa kerja dan pegang duit sendiri, mesti dia akan cepat bosan dirumah dan ingin kerja bukan? Itulah yang terjadi kepada mereka.

Tak silap Luth, bukan sahaja operator pengeluaran yang diberhentikan kerja, dengar kata, jurutera, dan juruteknik juga ada diberhentikan! Macam mana Luth nak praktikal nanti? Mungkin kesan daripada kegawatan ekonomi ni berlaku kepada syarikat berasaskan elektonik, syarikat tempat Luth praktikal bukannya syarikat elektronik, Luth kerja kilang kain!

Jika ada silap dan salah, minta diperbetulkan ya!

Perhatian!

Terima kasih kepada Cik Zahirah kita kerana memberitau kat Luth satu benda neh.. Korang perasan tak link blog Luth?


Pastikan anda masuk ke blog Luth dengan menggunakan url www.luthtextile.com.


Hal ini terjadi kerana ada orang telah menciplak url blog ni seperti disini http://www.luthtextile.blogpsot.com/

 
 
Luth tak guna domain BLOGSPOT lagi.. Tapi address tuh blogpsot.com/
 
Sapa la yang punya kerja nih??

Friday, January 02, 2009

Kenangan Pesta Penang

 
image credit to Flickr 


Pesta Penang memang salah satu acara Wajib bagi setiap rakyat Pulau Pinang. Ia merupakan salah satu tarikan pelancong untuk datang ke negeri pulau mutiara ini setiap hujung tahun, bermula pada 1 December hinggalah 31 December. Seumur hidup Luth, baru dua kali Luth pegi Pesta Penang, iaitu pada tahun 2007 sebanyak dua kali.

Kali pertama menjejakkan kaki ialah bersama Cik Sephia dan kali kedua Luth pegi bersama Faiz , Apit dan Mamat X.

Kali pertama Luth menjejakkan kaki di Pesta ni, Luth rasa macam ada kat tempat lain, orang betul - betul ramai. Luth ingat pesta ni macam SureHeboh, urm.. Ada la jugak persamaan SureHeboh dengan Pesta Penang, konsep dia berniaga, dan yang penting hiburan kat tapak pesta ni memang keterlaluan!



Luth bukannya nak share kat sini pasal kemeriahan pesta penang ke apa.. Tapi, lepas je kali kedua Luth ke Pesta Penang pada 2007, tahun lepas Luth langsung tak menjejakkan kaki kat sana. Meluat dan benci sebab ada satu peristiwa yang memang menyakitkan hati.

Luth dah ada ceritakan pasal Mamat X dalam posting yang lepas iaitu Part 1,Part 2,Part 3, Part 4 dan Part 5
Tolong jangan kata Luth bongkak, perasan baik, or etc k..


Pada kali kedua Luth pegi ke Pesta Penang, Luth rancang nak pegi dengan Apit dan Mamat X. Kami dah set masa, nak bertolak dari seberang dalam pukul 630pm. Bila dah cukup time, Luth dan Apit dah sampai ke rumah Mamat X dan kami tunggu dia nak gerak sekali. Lepas tu dia kata dia takleh gerak sekali kerana ada masalah dan dia akan pegi sendiri. Masalah bukannya masalah besaq tera mana pun, kecik ja. Dia yang buat - buat teruk!

Kami janji nak tunggu Mamat X kat Bukit Jambul (BJ) dan akan gerak ke tapak pesta sungai Nibong menaiki kereta Faiz. Faiz orang Penang, rumah dia kat BJ je.. Sesudah sampai kami di BJ dalam pukul 715pm, kami terus kontek Faiz dan 15minit kemudian, dia sampai dan terus ajak kami masuk dalam kereta dia..

Dia takmau keluar dari kereta mahal dia tu, Merc Benz Compressor dan ajak kami terus ke tapak pesta. Luth bagitau dah kat dia, kita kena tunggu Mamat X sekali, dia on the way kemari ni. Lepas tu, Faiz call Mamat X dan tanya dia ada kat mana dan dia masih ada di seberang tak bertolak lagi. Mungkin lewat sikit dia akan keluar dalam pukul 8 cam tu..  

Faiz dah kalut nak pegi tapak pesta, sebab dia takmo lambat nanti jalan jammed. Penang tau la kan, jalan kecik dan kawasan tapak pesta tu mamang susah nak cari parking. So, kami bertiga gerak meninggakan BJ tanpa menunggu Mamat X.


Gila! Takkan nak tunggu dia kot, kami dah ada sana pukul 715pm.. Nak tunggu dia mai, keluar rumah pukul 8, pukul berapa nak sampai? Nak mampus jadi tokong kat BJ tu..



Masa dalam perjalanan ke tapak pesta, Mamat X ada mesej ke phone Luth dan tanya lokasi kami. Masa tu jam dah pukul 815. Luth tanya dia ada dimana dan dia bagitau yang dia baru nak bersiap - siap nak keluar. Luth pun mesej bagitau kat dia 

"Wei, hang kena mai sendiri kat tapak pesta ni. Aku dah gerak dengan keta Faiz, hang datang sini k. Kami tunggu hang"
 
Dia balas mesej "Aku tak tau la jalan nak ke tapak pesta wei. Aku tak cam jalan"
Yeke tak tau jalan? sebelum nih dia dah datang dengan awek dia, takkan la tak tau jalan kot? Kata dah duduk kat Penang lama, cakap besaq yang dah teror jalan sini sana, tapi awat malam ni dia tak tau lak jalan nak mari sini? Pelik.. Alasan.. Luth yang baru pindah Penang pun tau jalan mai tapak pesta.
Dalam seminit dua kemudian, dia balas mesej Luth balik dan kata macam ni 

"Haram jadah betul, tak guna punya member. Nak tunggu aku sat pun tak boleh ka?" "Masa hang eksiden dulu, kalut cari aku mintak tolong, sekarang ni, aku suruh tunggu sat pun tak boleh"

Luth dah bengang dah sebab dia mesej macam tu. Tak patut la nak tunggu. Luth bukannya bawak kereta sendiri. Kami (Luth dan Apit) naik kereta Faiz. So, segala keputusan Faiz la yang berhak putuskan. Kenapa dia nak ungkit macam tu sekali? Luth diam..

So, kami sampai di tapak pesta dalam pukul 830 dan terus beli tiket. Hari tu, Faiz dia belanja kami tiket masuk yang berharga RM7 tak silap untuk Luth dan Apit. Lepas dia bagi tiket kat kami, dia dah pesan siap - siap, nanti kalau Mamat X tanya pasal tiket, hampa semua kata tiket tu hampa beli duit sendiri. Tu pesanan Faiz kat kami. Setelah beli tiket, kami bertiga masuk kedalam tapak pesta dulu sementara tunggu Mamat X neh nak mai. Kalau dia dah sampai nanti, kami keluar la. 

Mamat X sampai ke tapak pesta 15minit lagi  nak pukul 9. Luth tak cakap langsung dengan dia masa dia datang ke kami. Mulut dia dok sebut cilaka sebab tak tunggu dia. Luth diam. Kami nak masuk kedalam tapak pesta dan Faiz suruh Mamat X beli tiket. Kami semua dah beli tiket dah. Dia berdolak dalik nak beli ke tak mau. 

Faiz          :"hang beli la cepat tiket.. Kami semua dah beli tiket. Tunggu hang je"
Mamat X : "Faiz beli la"
Apit         : "Kami semua guna duit sendiri la beli tiket masuk, bukannya Faiz belanja"
Muka mamat X macam tak puas hati sebab Faiz tak belikan tiket kat dia dan dia terus cakap 
"Wei Fie (panggilan biasa kepada Luth) , aku ingat ! Aku ingat. Dah lama aku sabaq dengan hang!"
"Tak guna punya kawan" 
Luth lawan cakap dia balik dan perli sesedap kat dia. Lepastu, Mamat X terus meninggalkan kami bertiga dan nak balik sebab Faiz tak belanja dia tiket masuk

Faiz telefon Mamat X banyk kali dan dia tak angkat. Apit call baru dia angkat dan beberapa kali dipujuk Apit, dia patah balik dan Faiz belikan kat dia tiket untuk masuk ke tapak pesta. Kami semua masuk untuk berjalan - jalan didalam tapak pesta. 

Luth betul - betul terasa apa yang dia kata kat Luth. Kita kawan, masing - masing ada kelemahan dan kelebihan masing - masing. Lagi satu, kita kena saling tolong - menolong antara satu dengan lain. Tolonglah dengan IKHLAS. Kalau tak ikhlas, maknanya jadi macam Mamat X la. 

Perlu kah dia ungkit balik segala apa yang dia tolong Luth dulu? Luth kalau nak ikutkan, lebih banyak nak ungkit dari dia yang baru sikit saja tolong, nak mengungkit. 

 1st time di Pesta Penang. Bersama maskot

Cerita kat atas nih bukannya Luth nak share dengan niat untuk memburukkan mana - mana pihak

Thursday, January 01, 2009

Lagi ~ Lagi Tag! : Tag yang dah basi..

Tag dari Kak Jaz (20/12/2008)
Peraturannyer:

Pada yang telah berkahwin,anda dikehendaki postkan gambar perkahwinan anda dlm blog anda...
pada yang belum berkahwin plak, postkan gambar perkahwinan yang paling bermakna buat anda yang pernah anda hadiri...contohnyer perkahwinan X-kekasih ker,kawan baik ker,artis populer ker..tak kiralah,asalkan ianya membawa seribu erti buat anda...
jangan edit2 tau gambar2 tue..
kalau banyak postkan gambar2 lagi baguih
o.k tu jer,senangkan...then forwardkan ler tag nie pada 5 orang yg anda rasa patut diforwardkan..k,selamat menjawab tag...
  •  Gambar neh memang sudah lama di edit
  • Luth tak kawen lagi, yang kawin abang Luth.
  • Perkahwinan abang memang begitu bermakna sekali, sebab abang dah tamat menjadi bujang.
  • Mak dan ayahla yang paling seronok. Dapat menantu perempuan yang pertama.
  • Luth pun suka, sebab dapat kak ipar yang 1st.
  • Hiasan di Bilik pengantin pun tak bukak lagi sampai sekarang.
5 Person to tagged:
  • AXIMUD
  • Untie Lin
  • Khairil
  • Anap Ilmi
  • Goasop

tag2

 Tag kedua dari Daddy Cool 

SENARAIKAN HOBI - HOBI MELAMPO ANDA.... DAN NYATAKAN SBB2NYER

1. Meronda - ronda
melampau sebab selalu keluar pagi dan balik malam. Tak la selalu macam tu, bila free - free tuh, Luth akan keluar puas - puas.


2. Bloging 
 Hobi yang memang pecah kepala.. Mananya tak gila, tido pun tak cukup.. Lepas bangun semayang Subuh, tido balik. Memang macam tu kalau time cuti, tambah - tambah malam Sabtu dan Ahad.


3. Suka  - Melampau kenapa? Sakit jari, lenguh tangan, lenguh mata, lenguh kepala otak memikiorkan idea!

4. MENONTON FILEM - Melampau kenapa? Costly, tengok wayang abih duit, beli DVD abih duit, satu hari daddy bleh tengok 3 movie sekaligus!

5. MENONTON IKLAN - Melampau kenapa? Makwe Daddy bengang pasal Daddy tak kasik tukar channel...wakakaka...

Tagged ketiga dari Encik Azmie dan Kak Jaz

 
10 Perkara tentang Luth Textile

RENTETAN 2008 DAN HARAPAN 2009

PERISTIWA SEPANJANG 2008

Perisitwa yang Baik
  • Sudah dapat tempat praktikal untuk sem ni
  • Dah dapat lesen memandu "D"
  • Dapat kereta sebijik
  • Dapat menamatkan semester 2 dan 3
  • 1st time kawan-kawan raikan hari lahir dirumah. 

Peristiwa yang TAK Baik

  • Kemalangan Motosikal pada Mac 2008
  • Abang kemalangan juga, pada June 2008 (kes masih belum selesai di mahkamah)
  • Abang Din kena tahan polis.

Kematian

  • Pak Long, pada Oktober 2008
  • Pak Lang, pada August 2008

Perkahwinan

  • Perkahwinan Abang Sulung, Syukri pada 16 November
  • Perkahwinan Sepupu, Abang Kopi pada Desember
  • Perkahwinan Sepupu, Abang Din pada August

dan banyak lagi peristiwa baik/buruk, pahit/manis yang ditempuh pada 2008. Tak larat Luth nak senaraikan kesemuanya..

HARAPAN PADA TAHUN 2009

Perbelanjaan

Ingin membelanjakan wang PTPTN yang dipinjam dengan sebaik mungkin. Tak mahu membazir.

Pelajaran

  • Nak perjalanan Latihan Industri yang mula pada 12 Januari ni.
  • Nak dapat pointer yang lebih banyak dari sem - sem yang lepas.

Kehidupan

Family hidup bahagia dan inginkan seorang anak saudara yang baru. Amin


HAPPY NEW YEAR 2009 - Hentian Rehat dan Rawat, Bagan Ajam

 
Assalamualaikum./Selamat melangkah masuk ke tahun baru 2009.. Luth tak tidor lagi sejak balik rumah pukul 2 tadi. Tahla.. Mata takleh pejam, tadi minom nescafe..
Countdown New Year tahun neh Luth raikan di Perhentian Rehat dan Rawat Bagan Ajam. Tak elok sebenarnya kita meraikan tahun baru masihi neh, adalah cerita disebalik tabir yang tak elok pasal new year celebration neh.. BTW, Luth hanya intersted nak tengok bunga api je.. Macam perak la pulak tak penah tengok bunga api sebelum neh.. Haha..
Last year, masa sebelum countdown tuh, Luth ada di pulau sana, dekat Padang Kota Lama. Tapi, sambutan peringkat negeri diadakan di Queensbay Mall. Walaubagaimanapon, masih ada bunga api dibakar di Padang Kota. Not bad.. Tahun lepas Luth ditemani Cik Sephia, tapi tahun ni, Luth bersama kawan - kawan sejantina. Haha.. Azam tahun baru nak kurangkan berjumpa dan meluangkan masa bersama. Ok tak azam tu?
Sebenarnya, Luth dan Syukri mempunyai plan pada malam semalam. Luth ingat nak naik kereta "kuat" si Syukri, tapi apakan daya, kereta Syukri yang masih berada didalam wad tidak dapat dikeluarkan dari wad kerana doktor pakar tak bukak wad. So, kempunanla nak drive kereta kuat yang dipulihkan 'daranya' semula itu. Enjin 4g91 tuh.. So, travel kami ke hentian RNR Bagan Ajam menaiki kereta Luth yang dipandu oleh Syukri 
Kami pegi dua buah kereta, sebuah lagi dengan member se-taman. Keadaan di hentian RNR memang crowded gila dek kereta yang memakir ditepi jalan. Yang bestnya, bond siap sedia nak bagi surat cinta. Ada dah sebuah dua kereta dah dapat surat cinta dari bond.


So, lepas saja kami sampai di hentian tu, sudah semestinya tempat letak kereta tidak ada dan seterusnya kami pun parking di tepi jalan. Masa kami mula -mula parking, hanya dua barisan sahaja yang memakir ditepi jalan, tapi, 15 min sebelum pukul 12, dah jadi 4 line! gila!! Macam mana aku nak keluaq satg? So, lepas je dah tengok bunga api yang ciput itu, kami pun chow..


Agak - agaknya, Ketua Menteri Pulau Pinang 'saving' kot duit bunga api tahun neh.. Sekejap sangat bunga api tu.. Tak puas.. Macam tak berbaloi ja mai..


 
tengok gambaq diatas..Luth tersnap gambaq hantu dalam keta.. Haha..
Lepas je abis tengok bunga api, Luth pon drive balik ke Jusco untuk ambik kakak kerja. Menjeriit juga tadi, nak blah tinggalkan kawasan RNR tu.. Gila memang jem.. Jalan jadi panjang macam kereta api. Kalau pegi Penang semalam, tobat pukul 4 pun tak dapat balik lagi.
Malam tu ada seorang bloggers replay sms Luth.. Celebrate new year atas sofa
OKla kawan - kawan, nak tido neh.. Nite2..